LONDON: Rafael Benitez mahu Liverpool melenyapkan detik kenangan pahit babak kehancuran di Tottenham, Sabtu lalu dengan memburu tiket ke pusingan kedua kejohanan bola sepak Liga Juara-juara Eropah apabila menentang Atletico Madrid, hari ini.
Tidak dinafikan dia mengharapkan sentuhan berbisa ayam tambatannya, Fernando Torres yang dijangka akan kembali beraksi selepas diketepikan gara-gara kecederaan lama.
揌arap-harap dia akan bersedia dan dapat memulihkan maruah pasukan ketika ini,