CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] Rumah Borak Negeri Sembilan #122

 Close [Copy link]
Post time 21-11-2022 12:13 AM | Show all posts
Hi slmt malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 12:14 AM | Show all posts
BN tidak pernah bincang dengan GPS, PN tubuh kerajaan - Ahmad Zahid
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:15 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan terbaharu itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata tiada sebarang perundingan dilakukan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:15 AM | Show all posts
Bengong sungguh dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:15 AM | Show all posts
Beliau turut memaklumkan, semua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada beliau untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

"Justeru, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:16 AM | Show all posts
Petang tadi, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg memaklumkan, gabungan itu bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan menerusi kerjasama dengan tiga lagi gabungan iaitu PN dan BN.

Abang Johari berkata, keputusan membentuk kerajaan campuran itu dibuat demi mengukuhkan dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2022 12:16 AM | Show all posts
Katanya, GPS juga bersetuju Muhyiddin menjadi calon Perdana Menteri.

Pengumuman oleh Abang Johari itu, susulan pertemuan antara beliau dengan Muhyiddin di kediaman Muhyiddin, pagi tadi, bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:17 AM | Show all posts
Tok Mat juga diminta letak jawatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 12:18 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, wajar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, atas kekhilafan strategi hingga BN kalah teruk, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus, berkata kegagalan Mohamad mengotakan janjinya, termasuk mengekalkan penyandang Ahli Parlimen dan kriteria 'Winnable Acceptable Likeable', (WALI) mengakibatkan berlaku kehilangan kepercayaan penyokong secara keseluruhan. Beliau berkata, selari dengan kenyataan media Mohamad yang akan melepaskan jawatan jika BN tewas, hendaklah dikotakan.

Katanya, ketidakcekapan pimpinan UMNO mengurus perjuangan dan usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti mengakibatkan BN tewas teruk dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar melepaskan jawatan Presiden UMNO.

"Kami mengucapkan terima kasih atas sumbang baktinya selama memimpin. Namun, penolakan jelas rakyat terhadap UMNO atas kebimbangan mereka parti ini dipimpin oleh beliau terpaksa diambil kira bagi meletakkan semula kepercayaan rakyat, seterusnya mengembalikan UMNO di hati mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:18 AM | Show all posts
Muhammad Anuar berkata, perbincangan dan usaha menyatukan UMNO dan BNdengan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh diterima kerana UMNO menegak syiar agama dan perjuangan masa depan Melayu dan Bumiputera,
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:19 AM | Show all posts
Katanya, persefahaman dengan PH yang dikuasai DAP ialah pengkhianatan paling besar dan mereka yang bersekongkol dengan usaha ini tidak boleh dikompromi daripada ditolak parti.

"Semua pemimpin UMNO yang jelas dilihat dekat di hati rakyat, hendaklah diberikan tempat dalam kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO.

"Mereka jelas menjadi perhatian rakyat melalui pertambahan majoriti kemenangan yang ketara. Mereka berjaya merampas kembali kawasan yang sebelum ini tewas, terutamanya kawasan bandar," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:20 AM | Show all posts
Piala Dunia Qatar kini bermula
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:22 AM | Show all posts
AL KHOR, Qatar: Piala Dunia 2022 menyingkap tirainya di Qatar hari ini, selepas pelbagai kritikan dan rintangan dihadapi negara Teluk itu menjelang kejohanan berkenaan.

Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, tiba di stadium diiringi presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dan disambut meriah penonton yang memenuhi stadium Al Bayt.

"Dari Qatar, dari dunia Arab, saya mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Piala Dunia 2022.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:23 AM | Show all posts
Muhyiddin ulangi dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:23 AM | Show all posts
SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi beliau sudah mendapat bilangan yang cukup untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri, berdasarkan sokongan Ahli Parlimen secara individu.

Beliau menegaskan dalam Perlembagaan, tidak dinyatakan seseorang yang mahu dilantik sebagai Perdana Menteri perlu mendapatkan sokongan parti saja tetapi perlu memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:24 AM | Show all posts
Beliau ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan BN tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama PN.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata tiada perundingan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 12:24 AM | Show all posts
Muhyiddin berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu hanya pandangannya selaku Pengerusi BN.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:25 AM | Show all posts
"Kalau ikut Perlembagaan, seseorang nak jadi Perdana Menteri mesti mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli Parlimen

"Kalau ikut istilahnya, perlu mendapatkan sokongan 112 kerusi. Tak kata daripada parti A,B atau C. Itu hanya mengikut tafsiran Zahid saja (sokongan parti)," katanya.

Ditanya mengenai sejauh mana Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti menyekat individu menyokongnya sebagai Perdana Menteri, katanya, akta itu tidak menghalang sokongan individu kepada beliau.

"Hatta macam tadi bukan semua datang (sokongan) dari PN, GPS, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ahli Parlimen bebas.

"Memang tidak melanggar peruntukan akta itu. Mereka tak keluar daripada parti tapi mereka secara individu sebagai Ahli Parlimen memberikan sokongan kepada saya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:26 AM | Show all posts
Mana satu betul dh ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 12:27 AM | Show all posts
Yg sorang tak faham2 lagi ahli dh suruh letak jawatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.572326 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list