CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Jom Request Malu Malu @ Radio ERA

 Close [Copy link]
Post time 28-1-2011 05:04 PM | Show all posts
Reply 1195# taurus-71


    betul 2 kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2011 05:10 PM | Show all posts
Wazzup Milanians
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 05:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by aFViRGo at 28-1-2011 17:14

Taken from Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 27 Jan. - Selepas kejayaan mencatat kehadiran penonton hampir 50,000 pada penganjuran kali pertama Karnival Wow! Putrajaya, ia sekali lagi dianjurkan tahun ini.

Karnival yang diadakan selama tiga hari berturut-turut itu akan bermula pada 11 Februari ini di Tapak Pasar Tani, Presint 2.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, karnival kali ini sangat bermakna kerana ia akan turut diadakan bersempena Sambutan 10 Tahun Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, ia juga bertujuan menjadikan Putrajaya sebuah bandar ceria.

"Karnival kali ini akan lebih menarik apabila pameran yang diadakan lebih menyeluruh bersempena dengan ulang tahun ke-10 Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

"Ia juga bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria dan bertenaga terutama selepas waktu pejabat dan hujung minggu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan acara pra-pelancaran Karnival Wow! Putrajaya 2011 di sini malam tadi.

Tambah Samsudin, pelbagai acara menarik berkonsepkan sambutan yang meriah dan berwarna-warni akan dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir.

"Pelbagai gerai jualan dan pameran yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan bagi seisi keluarga akan diadakan," katanya.

Antara program menarik disediakan adalah persembahan Tatu Angkatan Tentera Malaysia, pertunjukan raja layang-layang, belon udara panas, pameran simulator F1 dan F1 Power Boat.

Majlis perasmian karnival itu pada 12 Februari ini akan turut menampilkan persembahan beberapa artis terkenal tanah air seperti Ella, Awie, Amy Search, Hujan, Mila dan Ito.

Turut mengambil bahagian dalam acara kali ini ialah ahli kelab penunggang Harley Davidson, pameran kereta Ferrari dan kereta vintaj serta pameran auto saloon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 05:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 05:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 06:30 PM | Show all posts

kredit dari fb mila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2011 08:40 PM | Show all posts
Yea yea!..nak bagi tau kita dah dapat album Mila tu, seronok nya
Sepupu kita ada pegi launching album Mila aritu,dia memang nak bawak kita tapi apakan daya tak kesempatan. Jadi dapat album ni syukor amat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 08:44 PM | Show all posts
Hari ni bergegas balik rumah selepas kelas ptg tadi.Album pon masih panas lagi ni
Baru dengar sempintas lalu je.Malam ni rasa nya nak digest satu persatu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 08:47 PM | Show all posts
Terima kasih kat semua yg update majlis launching album Mila dan rajin tepek pic Mila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 09:12 PM | Show all posts
Hari ni bergegas balik rumah selepas kelas ptg tadi.Album pon masih panas lagi ni
Baru dengar s ...
seraiwangi Post at 28-1-2011 20:44


Congrats! Tak payah nak tunggu lama for the album
Nanti sile buat review yer
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 09:37 PM | Show all posts
Milanians Luahan Hati play kat Suria FM now and I am so happy!!! Baru launch semalam kot when I am so terkejut
so let's request kat Suria FM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 09:43 PM | Show all posts
Milanians Luahan Hati play kat Suria FM now and I am so happy!!! Baru launch semalam kot when I am s ...
mila_jirin Post at 28-1-2011 21:37


Yay! Jom request jom!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 29-1-2011 01:05

Sumber; mStar online
Sabtu Januari 29, 2011

Mila Jirin Rasai Susah Payah Jadi Artis
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



Mila tampil dengan album terbaru berjudul 'Mila Jirin'.

KUALA LUMPUR: Pengalaman empat tahun dalam industri seni dilalui oleh penyanyi tersohor, Nursyarmilla Jirin atau dikenali sebagai Mila dengan pelbagai situasi termasuk pencapaian mengadakan persembahan di luar negara iaitu United Kingdom dan Bulgaria.

Penyanyi lagu Persis Mutiara ini akui industri seni banyak memberikan perubahan dalam hidupnya dalam mengajar dirinya tentang jatuh bangun sebagai anak seni.

“Banyak perkara yang saya belajar dalam kehidupan sebagai artis seperti cara mengendalikan acara, berjumpa dengan orang atasan, peminat dan sebagainya.

“Saya juga mencuba menulis lirik untuk album terbaru saya iaitu lagu berjudul Bebas,” katanya yang melancarkan album terbaru berjudul Mila Jirin di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, Khamis.






Menyentuh tentang album keduanya bernilai RM120,000 itu, ia memuatkan lima buah lagu baru iaitu Bebas, Malu-Malu, Luahan Hati, Kata Hati dan Kasih Yang Terdampar dan tiga buah lagu bonus iaitu Aku Lebih Tahu Remix, La Ober dan Siapa Tak Perlu Cinta.

Mila menggunakan khidmat beberapa komposer hebat tanah air seperti Ajai, Aidit Alfian dan Amir untuk album berkonsepkan Pop Moderate di bawah terbitan MJ Panacea Records Sdn Bhd dengan kerjasama Erama Records Sdn Bhd.

“Alhamdulillah dengan terhasilnya album ini di pasaran, saya berharap ia diterima oleh peminat. Selain dimuatkan dalam album fizikal, peminat juga boleh mendapatkan album saya dalam bentuk digital.

“Kelainan dalam album ini adalah dari segi pemilihan lagu dan cara nyanyian. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings,” katanya mengenai album yang dijual di pasaran mulai Khamis lalu.

Menerusi kad prabayar digital yang diedarkan oleh Erama Records dengan harga RM15, peminat boleh memuat turun lagu, klip video dan wall paper.

Selepas ini, duta produk UMW Toyota, Lot 100 Gummy, Maxis, Biotherm, Loreal, Mamee Slurpp dan Clenx Herbal Tea ini merancang untuk membuat promosi jelajah albumnya di beberapa pusat membeli-belah sekitar Semenanjung Malaysia.

Juara Akademi Fantasia musim kelima ini turut menyampaikan lagu-lagu baru dari albumnya dalam sebuah showcase pada majlis pelancaran yang dihadiri oleh ibu dan bapanya, Pengerusi Erama Records, Datuk Md Afendi Hamdan dan rakan artis iaitu penyanyi Dafi, Heliza, Noni AF dan pelakon Tam.

Sebelum ini, Mila pernah menyertai pertandingan akhir Open Mic UK di Manchester, United Kingdom pada Disember 2010 dan 'Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery Ke-17' di Bulgaria pada 2008.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 03:17 AM | Show all posts
ermm alahai erama buat hal balik lak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 07:17 AM | Show all posts
Salam semua...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 07:20 AM | Show all posts
Milanians Luahan Hati play kat Suria FM now and I am so happy!!! Baru launch semalam kot when I am s ...
mila_jirin Post at 28-1-2011 21:37


Yes! Luahan Hati dah berkumandang di Suria FM,tahniah.Lagu ni featured song ke atau terpulang pada stesyen radio nak pilih yg mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2011 07:38 AM | Show all posts
Congrats! Tak payah nak tunggu lama for the album
Nanti sile buat review yer
aFViRGo Post at 28-1-2011 21:12


Review sikit2 tu boleh le, nanti bila ada kesempatan k
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 07:54 AM | Show all posts
Salam Pagi warga Milanians
Hi cik serai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 08:02 AM | Show all posts
Milanians Luahan Hati play kat Suria FM now and I am so happy!!! Baru launch semalam kot when I am s ...
mila_jirin Post at 28-1-2011 21:37



   
Seronoknyer...lagu Luahan Hati dimainkan di Suriafm Jom Milanians request lagu Luahan Hati di semua stesyen radio
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 08:06 AM | Show all posts
Yes! Luahan Hati dah berkumandang di Suria FM,tahniah.Lagu ni featured song ke atau terpulang pa ...
seraiwangi Post at 29-1-2011 07:20



   
Rasanya terpulang pada stesyen radio kot nak putarkan mana2 lagu dlm album seseorang artis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066072 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list