Gaji premium lepasan TVET ditetapkan sehingga RM4,000
H: MTVET tetapkan gaji premium lepasan TVET sehingga RM4,000 Oleh Mohd Iskandar Ibrahim PUTRAJAYA: Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) bersetuju menetapkan gaji premium kepada lepasan bidang itu pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penetapan kadar gaji itu melebihi daripada pendapatan minimum RM1,500 yang ditetapkan kerajaan ketika ini. Katanya, ketetapan dibuat itu adalah bagi menarik lebih ramai lepasan TVET untuk bekerja di sektor berkaitan. "Saya ingin menjelaskan bahawa ini bukan ikut persatuan majikan, persatuan kilang atau sebagainya, ini adalah antara institusi TVET dengan pihak syarikat itu sendiri. "Setakat ini, kita sudah mengadakan memorandum perjanjian (MoA) dengan majikan yang mana gaji premium dipersetujui melebihi gaji minimum ditetapkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)," katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan MTVET dan Sesi Libat Urus 66 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Syarikat Swasta bersama 12 kementerian TVET di sini, hari ini. Berita lanjut menyusul
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301963/gaji-premium-lepasan-tvet-ditetapkan-sehingga-rm4000
|