CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
 Author| Post time 7-12-2011 09:59 PM | Show all posts
SALAM,
aku SR jer kat sini, bercakap pasal kemalangan ni, aku teringin nak berkongsi cerita dengan  ...
aiva Post at 7-12-2011 17:42


maaf leee...dah malam sikit baru dapat on line
Pengalaman yang menarik Aiva...kongsi lagi yeee...selaku orang lama dalam forum mesti banyak pengalamankan....{:4_182:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 11:30 PM | Show all posts
Reply  aKudaRikayanGan


    Lot bungalow 1tingkat... Masih dalam proses untuk tenantcy agreemen ...
chefmizan Post at 7-12-2011 16:16



   bunglow kt putra permai???do u mean bandar putra permai or taman putra permai???
hikhik byk tny plak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 11:32 PM | Show all posts
chef bila nak continue cite ni?? dah lma tunggu... btw majlis kawin tu majlis yang kat blog chef tu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:08 AM | Show all posts
Salam sume,
Sorry bunga lama tak update. Salam maalhijrah utk sume. Sblum ni bunga ade share tak bunga kdg2 slalu mimpi mcm hari kiamat? Bumi dh hncur org2 binatang cri tmpt perlindungan? Bunga ade gak mimpi mcm nampak dlm mimpi tu sebaris orang tengah terjun kat api pastu naik muka hitam pastu tukar jd muka asal patu diorg repeat terjun lg. Pastu lately ni bunga ade mimpi perang. Sikit2 mimpi perang. Sejak awal muharam haritu bunga dh rasa mcm sesuatu. Tp bunga tatau ape la. So bunga lg dekatkan diri kat allah, skng bunga baca yassin hari2, surah ad dhur, al baqarah, lukman, yuSuf, aj jin, at taubah, selawat, bismillah 5,7,9, 4 kul dn surah lain2, alhamdulillah memang boleh tdur. Tp ntahlah. Org kata ckup amalkan yg simple je. Sbb ayat quran ni klu salah tajwid ke amalkan slalu jd panas? Ntah bunga tak pasti kat situ. N btol ke klu amalkan bismillah 5,7,9 tu buat kek ke tapaitak jadi? Sbb kawan baik bunga ckp nenek sdare die ni amalkan bismillah 5,7,9 ni haritu buat kek n tapai tak jd. Wallahhualam.

P/s: nnt bunga update cite yg panjang2 tu eh. Nnt cri mood. Ni type gune phone leceh la. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:11 AM | Show all posts
Sambungan hari memasak..

Pagi2 lagi dah sampai rumah pengantin untuk get ready tolong2 apa yang patut.. Memang tak sia2 datang awal sebabnya 1 apa pun belum siap. Telur dekat 4ribu biji belum rebus,bawang semua belum kupas,cili belum gunting serba serbi belum la. Pembantu saya dah tepuk dahi. Saya suruh dia buat apa yang penting dulu sementara saya siap2 nak rebus telur. Sambil tu ushar2 dahan pokok 'Y' untuk nak stand buat golek bullet born. Nampak yang ngam saya pun ambil parang cantas dahan tu. Sebelum tu ada la jugak minta izin,tempat orang kan.. Then rebus telur semua tuan rumah kelam kabut sebab makanan tengah hari untuk jamu tetamu yang datang majlis nikah belum masak. Saya ni tak tau punca ikut gelabah sama la kan. Last2 saya jugak yang masak. Start dari tu non stop masak sampai malam. Sekitar jam 8 hujan turun selebat2 alam. Tengok wife dengan pembantu dah lentok semacam saya suruh masuk kereta dulu rehat. Saya teruskan memasak sebab ada 2kawah daging lagi belum cukup masak. Lama jugak la diorang tunggu dalam kereta sampai wife saya 3kali hantar sms suruh cepat sikit. Masa tu hujan memang tak hengat dunia. Sekitar jam 11.30 malam siap saya terus siap2 nak balik. Masuk je kereta tangan saya bermula dari siku sehingga ke pergelangan tangan terasa kebas dan ngilu yang amat sangat. Wife saya pun bising2 la sebab saya dah basah kuyup masa tu. Ingatkan kebas biasa sebab sejuk. Terus je la jalan slow2. Pegang stereng masa tu hanya menggunakan kedua2 siku saya. Alhamdulillah selamat jugak sampai dirumah.

Masuk rumah terus minta tolong wife urutkan tangan saya. Sambil sembang2 dengan ibu tentang kenduri. Tiba2 dengar seperti ada sesuatu jatuh atas bumbung rumah diikuti black out. Intai rumah jiran kiri kanan pun gelap gelita. Lepas tu riuh suara jiran bagitau ada pokok tumbang selang 4buah rumah dari rumah saya. Saya pun keluar nak tengok apa yang berbunyi atas bumbung tapi suluh2 takde apa2 pun. Call TNB semua tengok keadaan wayar utama rumah semua ok saya masuk semula. Mandi terus siap2 nak tidur sebab dah penat. Malam tu ibu suruh tidur bilik atas sebab kakak sulung sekeluarga tidur kat ruang tamu bawah.

Saya ajak wife tidur kat ruang tamu je sebab katil dalam bilik jenis bising. Tak selesa nak tidur. So pembantu la kene tidur dalam bilik tu. Kami hampar tilam baring kat pintu bilik tadi. Masa tu dah dekat pukul 1.30pagi. Wife saya letak je kepala terus hanyut. Saya biasa la sebelum tidur pagar dulu sikit terus hanyut. Dalam 10minit tidur saya terjaga sebab terasa tangan saya panas,bisa dan macam2 lagi la. Meraung2 gak saya masa tu. Wife saya bangun terus picit2 tangan ni. Tapi tak rasa apa2. Sakitnya masa tu hanya ALLAH yang tau. Sampai meleleh air mata saya. Wife saya pun nangis la risau tengok saya macam tu. Dalam gelap2 tu dia gagahkan diri panggil ibu. Kebetulan ibu belum tidur masa tu terus naik atas. Ibu tanya kenapa semua saya cerita la apa yang saya rasa. Ibu pegang kepala,picit2 tangan sikit ibu cakap ada something ni. Terus ibu panggil ayah. Ayah pun naik. Tiba2 ayah sound,apasal aku tengok lain je suasana rumah ni?.. Wife saya yang duduk sebelah ni tadi terus peluk dan berpindah kesebelah ibu. Ayah turun balik buat air semua. Ibu suruh saya baring dan beristighfar. Tapi yang hairan masa tu saya cuma boleh baca dari dalam hati je. Kat mulut tak terkeluar. Otak masa tu memang tak mampu nak fikir apa2. Yang saya tau merintih kesakitan.

Paksakan jugak diri baring. Tiba2 saya terasa ada jari jemari sedang geletek tapak kaki saya. Sekilas saya pandang nampak satu bayangan hitam melintas betul2 kat hujung kaki. Saya kejap la kaki saya sebab kat ibu jari kanan masa tu dah rasa dingin macam letak ais batu. Dalam hati memang tak berhenti zikir dan selawat. Pastu bayangan tu berlalu sebab ayah saya naik atas. Ayah suruh ibu sapukan air pada ubun2,tangan dan kaki. Masa tu saya nampak semua yang berlaku,ibu dengan wife dah menangis. Ayah sambil2 picit kaki berzikir cara dia. Sambil picit tu ayah tanya wife tentang orang kampung rumah kenduri tu. Bila wife saya cerita mengenai perilaku seorang makcik tu terus ayah saya bagitau orangnya badan besar,tinggi,ada tahi lalat besar kat dagu,pakai kurung purple,selendang purple. Terdiam la sekejap wife saya.  Memang gambaran yang ayah saya bagi tu tepat. Cumanya kita takde la syak yang bukan2 kan.

Tengah ayah saya sembang2 dengan wife tu saya bangun sebab tak selesa. Sakit sangat2 dan badan masa tu menggigil teruk. Kejap sejuk kejap panas. Kejap2 saya rasa tangan saya mengembang,kuncup,mengembang,kuncup. Saya memang tak berhenti beristighfar la masa tu. Segala ayat Quran saya baca. Tapi masih tak mampu nak mententeramkan perasaan. Tiba2 saya dengar suara saya dipanggil. Sayu sangat. Tapi dalam masa yanag sama saya nampak bayangan putih lak. Berdiri betul2 belakang pintu anajung rumah. Berdiri bulu roma saya menaip ni. Saya bagitau ayah,tapi ayah cakap takpe,'dia' takkan boleh masuk. Pastu ayah suruh ibu kejutkan abang ipar saya. FYI abang ipar saya ni bekas tahfiz dan sehingga sekarang pun masih aktif belajar kitab dan Feqah..

Sampai je kat atas,BIL pun cakap benda yang sama. Kenapa kusam je ni?.. Pastu ibu cerita. Sambil BIL salam saya. Masa salam ni kami berlawan zikir melalui pancaindra keenam. Dia suruh saya follow apa yang dia baca dalam hati. Saya pun ikut la baca still melalui hati. Tapi masa tu saya betul2 tak nampak kedudukan BIL. Yang saya dapat rasa hanya genggaman tangan dia. Dari mula dia naik saya memang tak nampak. Then masa baca tu sekali lagi nama saya diseru. Kali ni saya nampak 'dia' berdiri kat tangga anjung lak. Walaupun anjung tu diluar kawasan rumah tapi saya jelas nampak 'dia'. BIL suruh fokus ikut bacaan dia. Lama jugak la bacaan tu. Kalau nak tau itu bacaan ayat HAIKAL 1 hingga HAIKAL 7,disusuli ayat 1 hingga ayat 7,diakhiri dengan doa Syeikh Abdul Qadir Jaelani.. Lepas habis tu BIL suruh ayah saya apa yang saya nampak. Saya bagitau saya tak nampak BIL tapi saya nampak bayangan putih kat luar cuba untuk masuk rumah tetapi ada halangan. Saya nampak bayangan tu mengelilingi rumah berkali2 sebab nak cari ruang untuk masuk. Dan saya nampak bayangang tu kali terakhir diruang halaman rumah bersama makcik yang ayah saya sebutkan tadi.

Lepas BIL habis bersalam bayangan tu hilang dan tangan saya beransur pulih. Memang terasa setiap urat ditangan saya seolah2 bergerak dan bercantum satu persatu kembali normal. Masih jugak terasa kebas tapi dah tak sakit seperti mula2 tadi. Ibu sarankan sambung tidur kat bawah sebab jam masa tu dah dekat pukul 5.30pagi. Subuh berjemaah pastu lepak2 sembang dengan BIL dan ayah kat bawah. BIL pesan tak payah la pegi rumah kenduri tu lagi.. Pulangkan balik deposit yang dorang dah bayar. Ayah pun setuju dengan pandangan BIL. Tapi mengenangkan janji dan keadaan orang kampung sana yang memang tidak menolong saya kata terpaksa. Saya jenis yang berpegang pada janji. Pagi tu dengan mata yang rabak tak cukup tidur,ibu berat sangat nak lepaskan kami pergi.

Sampai pagi tu terus kami menuju ke dapur. Siapkan barang2 untuk nak masak makan beradap. Wife masa tu yang mula2 tiba di bahagian dapur. Katanya makcik semalam tu ketara sangat mempamerkan reaksi terkejut dengan kehadiran kami. Saya suruh wife dan pembantu siapkan barang2 dikawasan khemah tetamu. Tak perlu jejak kedapur. Alahamdulillah majlis berjalan lancar walaupun ada sedikit kekalutan sebab semuanya hanya kami bertiga yang menguruskan untuk hampir 5ribu tetamu dan raja sehari. Siap packing barang2 saya semua kami pun bergegas balik rumah sebab kakak dan BIL tunggu. Diorang dah nak gerak balik ke KL tapi nak jumpa saya dulu. Ada pesanan nak disampaikan. Drive sampai rumah dah dekat pukul 6. Kakak saya cerita apa yang berlaku malam tadi. Dia taknak naik atas sebab bayangan putih tu cuba nak ganggu anak2 dia kat bawah. Kakak cakap masa tu jelas sangat dimana dia nampak bayangan tu bergayut pada tingkap ruangtamu bawah tempat dia tidur. Kakak dan BIL pesan berhati2 sebab kemungkinan benda tu akan datang semula.

Lepas maghrib sebelum kakak semua gerak kami pakat kuatkan lagi pagar rumah ibuayah. BIL dibahagian belakang rumah dan saya didepan. Selesai sekitar 30minit lepas tu kakak terus gerak balik KL. Saya pulak bersiap2 sebab kami kena pergi ke Gambang untuk jumpa orang. Sebelum balik ayah bekalkan air untuk kami semua minum. Alhamdulillah semuanya selesai di Pahang dan kami sampai ke KL sekitar jam 5pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:15 AM | Show all posts
Reply 1203# aKudaRikayanGan


    Sorry... Taman Putra Permai.. Yang simpang kiri sebelum Giant dari highway tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2011 12:17 AM | Show all posts
Reply 1204# apejanpunyer


    Dah,baru je sambung.. Ye saya,itulah majlisnya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:24 AM | Show all posts
Reply 1205# bunga321


    Untuk makluman bunga,ayat Quran ni mana ada yang panas. Penyebab jadi panas tu akibat jenis amalkan separuh2. Makna separuh2 tu baca Quran malas tapi mengamalkan apa yang diamal bagi mengelak sebarang musibah je. Panas tu bukan apa pun cuma tak serasi dengan diri. Sekadar baca,tapi tak memberi apa2 manfaat kepada diri.

   Tentang Bismillah 5,7,9 tu ye,memang betul. Kepada pengamal tak jadi masalah pun. Cuma masalah timbul bila si pembaca terbaca ketika mana ada orang tengah buat roti,tapai,kuih atau apa sahaja yang berkenaan. Memang benda tu takkan menjadi dan secara drastiknya akan rosak.

Wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 12:27 AM | Show all posts
Chef tu belaan makck tu ke? Kenapa die ganggu kerja chef? Sbb chef ganggu periuk nasi die ke sbb die tanak pengantin tu kawin jd die kacau? Maksi tu sape pd pengantin tu?

Teringt ttg ape yg trjade pd keluarga bunga. Tatau nak crite cmne. Ikutkan sejak si dia ni jd bini no 2 pkcik keluarga belah mak huru hara. Sbb dia hntar mcm2 sbb nak harta keluarga kami. Nnt bunga crite detail. Bende mcm ni takde bukti tp bile ustaz tolong ubatkan je msti die ckp bende yg same. Sekali may b kebetulan kan. Berkali2? Wallahhualam. Skng katanye die nak attack mak saye. Mak skang asik ngadu bdn bisa n sakit2. Die penah tunjuk saye adde lebam besar. Saye diam tak boleh buat ape. Cuma doa n kuatkan amal ibadah. Ntah ustaz kata sebaik mak ni rajin beribadah n sentiase mengamalkan surah, puasa sunat n smyng sunat, jd bende tu nak kacau susah skit. Kesian tgok mak. Pakcik pun kena attack jugak dengarnye skng ni. Tatau lah bila bende ni nak berakhir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:38 AM | Show all posts
Cite la lg. Mane yg lain. Meh leee
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:47 AM | Show all posts
Reply 1210# bunga321


    Ayah dan BIL saya cakap memang belaan makcik tu. Dia hantar 3benda. 1 melalui minuman saya masa kat rumah pengantin lagi yang membuatkan tangan saya sakit dan 1 lagi bayangan hitam yang mula2 tu. Yang bayangan putih tu pulak datang sebagai ganti kepada bayangan hitam sebab yang hitam dah tewas. BIL cakap sebab dengki kerana tuan rumah yang suruh saya handle dan atur segala persiapan dari pihak dapur. Lepas tu pulak saya ni kan berbayar,tapi kalau dia buat mana ada pernah orang bayar dah nama pun gotong royong. Cumanya saya terkilan sikit la sebab orang kampung datang sekadar makan terus balik. 2hari macam tu. Wife dengan pembantu la bersusah payah berkilo2 siang bawang merah,putih,halia dan sebagainya.

    Hari kenduri pulak,siap je masak lauk kenduri sekitar jam 9pagi orang2 kampung bukan sibuk nak siapkan untuk hidangan tetamu tapi sibuk bungkus lauk nak bawak balik. Siap bungkus makan kat depan terus hilang balik rumah. Bungkus pulak bukan sikit2. Lauk hidangan pengantin pun ibubapa pengantin tak sempat nak merasa sebab selesai je majlis santapan diorang berebut bungkus nak bawak balik.. Manusia... Manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 01:32 AM | Show all posts
Dah agak dah. Lebih kurg mcm bini no 2 pkcik tu la. Die dengki kat keluarga kami. Memula die dtg mmg baik. Brtudung litup sume. Tp mse tu sy kecik. Kecik2 sy sy dpt rase smthng wrong jugak. Die cuba nak rapat dgn mak die slalu hntr anak die yg no 2 ni suruh mak jaga. Mak mmg baik suke bela anak sedare die. Mmg penyayang die buat mcm anak die. Kitorg takde adik lelaki jd kitorg bela la die. Mse tu budak tu kcik lg. Ayah syg kat dIe siap bukak account asb, asd utk die. Tp smpai skng mak ayah saye pegang n tak bgtau makcik tu. Sbb dgr cite die dh bodohkan anak die tu tak bg ingt kitorg lg. Dgr cite die dh bsr skng n kerja jd pelayan restoran je. Sian die.

Mse tu arwah atok sy hidup lg. Arwah atok ade kebun kat BP, so die mmg rajin pegi sane. Tp sejak2 kaki die ngadu berbise die dh kurang la pegi. (Ni owner kebun seblah atok hantar tak bg atok jaga kebun lg dengan harapan atok jual kebun tu kat dia, atok rajin pegi masjid slalu jln kaki takde masalah, smpai ade ustaz tgur npe kaki awak wak meh saye tgok. Die ckp awk kena buat org ni. Atok tak caye sbb owner kebun seblah tu baik ngn die kan. Ni lah mnusia) nak ikutkan bnyk la pmpuan tu buat kat arwah atok n maktok. Skali tu die hantar mknn n pisang baru lg. Atok ni pantang pmpuan tu hntr laju je die mkn. Maktok rase tak sdap trus sound pompuan tu. Kau buat ape ltak ape kat mknn kau smpai busuk mknn kau ni? Tak smpai sehari tetibe mknn n buah pisang tu jd busuk. Pastu die ni rajin lepak bilik maktok. Mak tok mmg simpan duit kat tmpt die je tau. Slalu kitorg ni cucu2 msuk main2 blah la. Maktok ade ngadu duit die hilang. Pastu maktok sound la die. J duit aku ilang. Kau amik ke. J selambe ketawe. Ntah mak toyol kepale itam kot. Lagi die buat maktok n atok ni pelupa. Die ni duduk rumah sewa maktok n atok. So atok ni p la kutip sewa kat die. Die ckp eh haritu kan abah dah kutip. Nape dtg lg. Atok ni patah balik smpai rumah die bru trsedar. Eh ape yg brlaku td. Soknye die p lg. Bende yg same pmpuan tu ckp. Atok mcm trpukau. Ntahlah. Pastu tak lama arwah atok sihhat tu trus pergi. Mungkin dh ajal. Takpe saye redha. Maktok pula terlantar sakit tetibe kurus cengkung. Die tak habis2 ckp pmpuan tu dtg, (tak silap saya maktok jd sakit lepas die terima panggilan msteri ade lelaki ajak kawin, n rumah die selalu di ddatangi org main door bell, yg maktok ni pantang laju berlari bukak pintu tgok takde org, punce die jatuh mse tu die kat tingkat atas, ade org dtg mcm salesman tak silap. Die nak pnggil ayah sdare lgi sorg kat atas, tetibe trgolek. Ayah sdare dgr bunyi pasu pecah tgok maktok dh trgolek tnye nape maktok ckp ade org dtg td, pakcik pelik) mse maktok meracau ade pompuan dtg die describe sebijik mcm pmpuan tu. Die ckp pmpuan tu asik mintak duit je. Mse maktok sakit mak yg bela. Jd mak ade gak kena tempias. Sian mak n arwah. Ni maktok dh pergi pon die kacau lg keluarga kami. Skang die kacau mak sedara n madu die pulak. Ntahlah ape yg die nak pun tatau. Nak harta pusaka? Mak n ayah sdare di amanahkan jaga harta pusaka tu n tak boleh jual. Mgkin die angin. Pastu die pengaruh ayah sdare n mak sedare yg lain suruh mak n ayah sdare tu jual je sume harta arwah peninggalan atok n maktok. Haih. Dulu keluarga kitorg sgt happy. Skng kusam. May b bende ni akan senyap bila kitorg akan bahagikan harta tu ke? Ntahlah. Oh ye. Sape yg kena tu berubat lah ngn ustaz kan. Ustaz pon describe la psl pompuan tu (bini no 2 ) pakcik. Die ckp die ni membela n mcm2 die bela. N ilmu die kuat. Wallahhualam. Harap allah lindungi keluarga kami. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 01:33 AM | Show all posts
Sabar la chef, manuasia mmg penuh dgn hasad dengki. Harap allah lindungi kita semua. Harap chef tabah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 01:42 AM | Show all posts
Reply 1213# bunga321


    Saya ada seorang kawan yang mengalami nasib seperti bunga.. Tapi alhamdulillah diorang sekeluarga kuat semangat n tak mudah berputus asa. Sampai sekarang masih lagi berusaha berubat walaupun sebenarnya gangguan2 tu dah takde. Sebab risau kerana isteri kedua ayah dia memang pengamal ilmu hitam yang kuat. Pengubatnya pun kalau tak silap saya adalah seorang jawa dari indonesia yang menetap di Johor. Nanti saya tanya kalau2 boleh membantu bunga...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 01:50 AM | Show all posts
Reply 1214# bunga321


    InsyaALLAH saya takde apa2.. Ntah la saya sendiri hairan macam mana saya boleh kena. Bukan nak kata kita ni perfect sangat,tidak.. Cuma bila terkena ni terasa seolah2 amalan saya masih belum mencukupi,banyak lagi sebenarnya yang saya perlu perbaiki. Minggu lepas berkesempatan jumpa Tuan Guru dia sendiri terkejut. Dia tau kejadian tu cuma katanya malam tu dia ada kerja so tak dapat nak 'datang'.. Apa yang Tuan Guru saya pesan agar lebih berhati2 sebab manusia ni terlalu susah untuk dijangka. Bayangkan makcik tu denagn saya ok je. Rupanya dengan pembantu saya bukan main lagi dia caci maki. Yang si pembantu saya pulak langsung tak bercerita dengan saya. Alasannya takut chef mengamuk...hehehe..

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 02:34 AM | Show all posts
Cerita berlaku semasa saya mula2 kerja kat hotel dulu. Kisah penunggu bangunan. Hotel ni saya mula bekerja dari sebelum opening lagi. Bangunan hotel masa tu kosong dan takde apa2 lagi. Tingkap pun belum siap pasang. Masa tu kami 4orang kena naik ke tingkat paling atas untuk dapatkan gambaran nak buat decoration executive lounge. Laif masa tu pun naif sangat. Scary jugak la bila mengenangkan sejarah bangunan tu. Bukan sejarah hantu apa,sebab tak pernaj dengar. Tapi sejarah bangunan terbengkalai untuk tempoh masa yang lama. So paham2 sendiri la kan. Sampai kat atas terus draw atas kertas sambil bincang sekian2 tentang keluasan,susun atur dan kelengkapan. tenagh2 bincang2 tu saya terperasan macam ada sesuatu sedang memerhatikan kami dari dalam lif. Lif saya kunci sebab taknak orang lain guna. Takut nanti bila nak turun bermasalah pulak. Lif bila kita kunci pintu takkan tertutup. So saya pun jenguk. Takde apa2. Ok la,sambung bincang. Tiba2 kawan saya bagitau kita draw lagi sikit pastu bincang kat ofis la. Die tak selesa katanya,panas. So kami pun siapkan apa yang penting terus naik lif.

     Saya yang last masuk sebab nak kene tekan kod kat papan kekunci bebas tangan. Tengah tekan tu saya nampak 'benda' tu rileks je lalu sebelah saya tumpang masuk lif sekali. Meremang la bulu roma. Saya cakap kat kawan2 kod tak boleh masuk. Sebenarnya alasan nak suruh diorang keluar. Saya bagitau no choice kene turun ikut tangga dari tigkat 28 huhuhu... Semua pakat mengeluh tapi alasan saya kukuh,nak call engineering coverage hp takde,walkie talkie pun takde. Redah jugak la turun. Sampai kat tingkat berapa ntah kawan saya tiba2 bersuara. Dia tanya betul ke lif rosak. Sebab button dalam lif elok je menyala. Saya tak jawab pun masa tu tapi sekadar senyum. Masa tu kami berdua je kat belakang. Yang lain dah mendahului sebuah anak tangga.

Sambil sembang2 pasal deco tiba2 dia bersuara lagi. Dia tanya saya ko nampak ke apa yang aku nampak. Masa tu kami turun kat penyambung anak tangga. Kene lalu floor then sambung turun anak tangga. Bila dia cakap macam tu terus saya terpandang kat sudut penjuru nak turun ke anak tangga tu ada 'benda' berpakaian putih kepala ditutupi rambut sedang seolah2 terpaku didinding memerhatikan kami. Saya bagitau kawan ni tadi just lalu je. Sambil tu saya baca la ayat2 yang saya tau. Melepasi je 'benda' tu tadi hidung saya menangkap bau yang teramat busuk. Sampai terasa nak muntah. Tapi saya pesan kat dia terus je berjalan sebab saya rasakan 'benda' tu sedang mengekori kami dari belakang. Tapi masa tu kawan saya ni tadi dah tak nampak apa2. Sedangkan saya masa tu dengan jelas nampak 'benda' ni memang sedang ikut kami.

Sampai je kat tingkat 5 kalau tak silap saya baru la 'benda' ni stop. Masa tu kawan kami yang kat depan tadi dah jauh kebawah. Saya bagitau kawan saya ni 'benda' tu dah tak ikut. Baru la die lepas tangan die yang dari tadi duk pegang saya. Kami pun turun sampai la ke bawah. Buat report pada security semua then pergi ofis. Aritu kami berdua minta balik awal sebab badan tak sihat. Lama jugak la 'benda' tu mengganggu pekerja hotel. Tapi tak semua la yang kena. 'Dia' pilih orang jugak. Biasanya kemunculan 'dia' memang dalam lif je. Selalu la security yang jaga control room terperasan akan kemunculan 'benda' tu.. Tapi bila rewind atau dimainkan semula untuk dijadikan bukti samada cd tu akan rosak atau takde kemunculan. Sebab tu sehingga sekarang apa yang saya tau 'benda' tu masih berada kat hotel tu. Tapi takde pulak 'dia' ganggu tetamu2 hotel..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 08:04 AM | Show all posts
Reply  aKudaRikayanGan


    Sorry... Taman Putra Permai.. Yang simpang kiri sebelum Giant dari  ...
chefmizan Post at 8-12-2011 00:15


owh....mknanyer tmp tu bdepan ngn giant la yer???rmh kt atas bukit tu ek???ok2 dh thu dh....

tu rmh chef ke nt?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 08:16 AM | Show all posts
Patut la member opis ni citer.. ayah dia kalau tegur atau dpt tau,, mak dia ke jiran2 dia ke akan buat tapai... mesti tapai tu tak jadi... nak buat kene sorok2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 08:45 AM | Show all posts
Assalammualaikum...
selamat pagi dan salam sejahtera..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 08:57 AM | Show all posts
Reply 1220# KAULAT


    selamat pagi kaulat...xde cite terbaru ke? x sabar2 dah ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.268531 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list