CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

KPH - VILLA 100TH ~ DAPATKAN ALBUM KEDUA HAFIZ DI PASARAN SKRG!!!!

 Close [Copy link]
Post time 5-4-2013 08:55 AM | Show all posts
Wah! Ari ni hari Hafiz......Kosmo dan Utusan Malaysia dedua ada citer Hafiz.......yahooooo!! walaupun.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 10:53 AM | Show all posts
HAFIZ BERCINTA DENGAN PELAJAR KOLEJ? TIDAK MAHU DEDAH IDENTITI KEKASIH?

Hafiz Bercinta Dengan Pelajar Kolej? Tidak Mahu Dedah Identiti Kekasih? | Pagi Jumaat yang indah ni kalau boleh malas nak layan cerita kontroversi. Namun pagi ni ada cerita mengenai Hafiz. Bukan apa, ammboi puji sikap Hafiz. Buat apa nak dedah hal kekasih hati kepada umum. Baik simpan sahaja. Kalau dah terdedah ni macam-macam spekulasi akan timbul.


Begini ceritanya, Hafiz akui dia sedang bercinta dengan seorang wanita yang masih belajar di sebuah kolej. Bagaimanapun dia ditekan hebat oleh pihak media yang mahu mengorek rahsia cintanya itu. Memetik laporan Kosmo Online, Hafiz mengulangi ketegasannya itu.

“Saya tidak mahu menguar-uarkan identiti dia (kekasih) kepada orang ramai kerana saya menghormati peribadi dia. Lagipun, dia masih seorang pelajar di sebuah kolej. Kami sedang menjalinkan hubungan dan saya tidak mahu memberitahu siapa (identiti) dia. Biar saya simpan sendiri.

“Kerja adalah kerja dan peribadi adalah hak saya. Ada perkara yang saya boleh cerita dan tidak semua saya perlu ceritakan, begitu juga tempoh perkenalan kami yang saya mahu rahsiakan buat masa sekarang,” ujarnya pada sesi fotografi di Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Kata Hafiz lagi, dia tidak ambil pusing pandangan masyarakat mengenai pendiriannya untuk menyembunyikan identiti kekasihnya. Malah katanya, dia akur akan persepsi masyarakat yang mungkin melihat dia terlalu berjaga-jaga dan kelihatan seolah-olah bermain silang kata.

“Orang sekeliling akan memandang dengan sendirinya setiap gerak-geri kita dan itu adalah perkara biasa dan semula jadi. Semua orang berhak bercinta. Buat masa sekarang kami belum merancang untuk ke langkah seterusnya melainkan pernah berbincang untuk menjalankan bisnes bersama-sama,” tutur Hafiz.

p/s: Ok la tu kalau nak simpan kan. Cuma lepas ni konfom la banyak blog akan keluarkan spekulasi mengenai ‘siapa kekasih Hafiz‘.


link http://www.ammboi.com/2013/04/05/hafiz-bercinta-dengan-pelajar-kolej-tidak-mahu-dedah-identiti-kekasih/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 10:55 AM | Show all posts



"Saya tidak mahu menguar-uarkan identiti dia (kekasih) kepada orang ramai kerana saya menghormati peribadi dia. Lagipun, dia masih seorang pelajar di sebuah kolej. Kami sedang menjalinkan hubungan dan saya tidak mahu memberitahu siapa (identiti) dia. Biar saya simpan sendiri.

"Kerja adalah kerja dan peribadi adalah hak saya. Ada perkara yang saya boleh cerita dan tidak semua saya perlu ceritakan, begitu juga tempoh perkenalan kami yang saya mahu rahsiakan buat masa sekarang," ujarnya pada sesi fotografi di Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.



Last edited by nemobarracuda on 5-4-2013 10:59 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 10:25 PM | Show all posts
Hafiz dilamun cinta

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


KEHADIRAN kekasih baru bukan sesuatu yang mahu dikongsikan dengan semua.

MENEMANI hari indahnya, dia sendiri mengakui sedang mengenali seseorang. Enggan mendedahkan identiti kekasih hatinya, Hafiz Suip mahu mereka di luar sana mengetahui adalah penting untuk dirinya menghormati permintaan kekasihnya itu agar tidak terlalu diberi perhatian.

Mengakui berganjak ke alam dewasa, dia kini semakin matang untuk mengejar apa yang pernah diimpikan suatu ketika dahulu. Hafiz juga tidak mahu menoleh kebelakang lagi dan enam bulan pertama tahun ini dilihatnya sebagai satu permulaan yang baik buat kerjayanya yang kini berusia empat tahun.

“Saya akui sedang mengenali seseorang, tetapi siapa dia dan bagaimana saya mengenalinya bukan satu perkara yang akan dikongsi buat masa ini.

“Bukan mahu berahsia tetapi saya fikir ini adalah sesuatu yang perlu memandangkan ia adalah permintaan kekasih saya sendiri. Dan sebagai seorang penyanyi yang boleh saya katakan masih lagi belajar buat masa ini tiada apa yang boleh melarikan fokus utama saya dari mencapai apa yang pernah diimpikan suatu ketika dahulu," katanya ketika ditemui di Damansara, Selangor baru-baru ini.

Enggan mengulas lanjut mengenai kekasih hatinya, Hafiz bagaimanapun mengakui tetap menjalani kehidupan biasa seorang remaja. Dia juga bersedia seandainya suatu hari nanti peminat juga akan turut terserempak dengan kekasihnya itu di mana-mana lokasi.

“Hidup perlu realistik, jika satu hari nanti ada peminat yang melihat saya bersama dia, kesimpulannya boleh di buat mereka sendiri.

“Saya fikir secara logiknya, semua akan bersetuju bahawa dalam umur sekarang, adalah sesuatu yang normal untuk saya mengenali seseorang dengan lebih dekat lagi. Cuma apa yang bezanya hanyalah gelaran seorang artis yang saya bawa," katanya.

Mengakui hubungan ini sudahpun diketahui keluarganya, menurut Hafiz tiada perancangan yang mahu dikongsikan dirinya lagi memandangkan kekasihnya itu juga masih seorang pelajar.

“Keluarga saya sudah tahu, namun seperti yang saya katakan tadi fokus saya lebih kepada kerjaya.

“Bukan soal serik menyebabkan saya lebih berhati-hati berbicara soal cinta , tetapi apabila meningkat matang kita secara keseluruhannya lebih tahu apa yang penting," katanya.

Semakin kurus imej baru

Jika sebelum ini dia lebih dikenali melalui gaya rambut unik namun kini ada mesej baru yang mahu disampaikan Hafiz buat peminatnya. Mengenangkan kembali usia kerjayanya yang kini masuk empat tahun, Hafiz tahu perlu ada kelainan di dalam dirinya.

“Tujuan utama saya memotong rambut adalah untuk mendapat imej yang berlainan dari ketika mula-mula saya memasuki industri.

“Kalau diikutkan mesejnya jelas, saya mahu nampak lebih matang dan memberi penampilan yang lebih segar buat peminat," katanya.

Gembira memberitahu dia kini tidak lagi berseorangan di bandar besar Kuala Lumpur, menurut Hafiz sejak beberapa bulan lalu ibu serta bapanya sudahpun menetap bersamanya di sini. Mengakui mendapat perhatian yang lebih baik dari keluarga kehidupannya kini dilihat semakin sempurna.

“Selama tiga tahun tanpa keluarga di sisi boleh saya katakan ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya melaluinya. Namun sejak beberapa bulan lalu, ayah saya bertukar ke sekolah di Kajang, dan kini keluarga sudah menetap bersama saya. Berbeza dari sebelum ini secara jujurnya kehidupan saya lebih teratur kini," katanya.

Kesan akibat kesibukan yang melanda mula jelas kini, mengakui kehilangan lebih 17 kilogram sejak awal kemunculannya sebagai penyanyi, bagi Hafiz itu merupakan bayaran yang harus diterimanya.

“Mungkin terlalu sibuk, menyebabkan berat badan saya agak susut kini. Sejak Anugerah Juara Lagu lagi saya tidak merasa cuti panjang.

“Bagaimanapun sebagai manusia saya tidaklah mempunyai tenaga luar biasa, ada masanya juga saya akan tetap berehat sebentar," katanya yang sudah merancang percutian untuk tahun ini.



~~~ utusan.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 08:11 AM | Show all posts


HooAh°‏@IlyHaiqa10h
With @hafizsuip You're so handsomee,wish yr luck #ABPBH tomorrow glad to see you
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2013 01:14 PM | Show all posts
Hafiz @ Nasi Lemak Kopi O TV9.....


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 01:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 03:13 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 7-4-2013 08:11 AM
HooAh°‏@IlyHaiqa10h
With @hafizsuip You're so handsomee,wish yr luck #ABPBH tomorrow  ...


Nak wish good luck Hafiz tuk malam ni (ABPBH). Semoga menang dalam kategori penyanyi lelaki popular dan duo popular
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 03:21 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 7-4-2013 01:15 PM

Hafiz nyany lagu ape kat NLKO tadi??? terlepas nak tgk...

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 03:22 PM | Show all posts
harap hafiz menang malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 04:04 PM | Show all posts
As salam n hyee kph...
just drop to wish good luck n all the best hafiz for abpbh tonight...
semoga hafiz menang penyanyi lelaki popular mcm last year n duo popular dgn adira..n mane laa tahu mlm nie ade kejutan dpt artis paling popular ke? aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 04:06 PM | Show all posts
kasutburuk posted on 7-4-2013 03:21 PM
Hafiz nyany lagu ape kat NLKO tadi??? terlepas nak tgk...

owhhh i sempat tgk pg tadi...hafiz nyanyi bahagiamu deritaku..pg2 nyanyi pon mantap n best..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 04:13 PM | Show all posts
owhh yea, ari tuu kwn i nk beli ticket konsert hafiz dkt dewan philhamonic tuu but sadly dah sold out tp kwn i tuu ckp maybe pihak organizer akan extend 1 hari memandangkan tix dh sold out before promotion lg...ade sape2 tahu btol ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 04:57 PM | Show all posts
asmwbt...

up sikit... goodluck Hafiz
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 05:42 PM | Show all posts
kasutburuk posted on 7-4-2013 03:21 PM
Hafiz nyany lagu ape kat NLKO tadi??? terlepas nak tgk...


dah bole tgk kat tonton.com.my....

http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV9/nasi_lemak_kopi_o_2013_b860cb366a274717af86a13500facb77/episode_42_70acc44f1bb946b58798a13500fad164 Last edited by blackberry90 on 7-4-2013 05:45 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 06:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 06:53 PM | Show all posts
assalamualaikum....gud luc to hafiz n kph...
thanx tempekkan vc n gambar, i loike penampilan kemas hafiz ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 06:55 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 3-4-2013 08:18 PM

ku akui...best!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 06:56 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 7-4-2013 12:14 PM
Hafiz @ Nasi Lemak Kopi O TV9.....

lawak time dorang citer kupu-kupu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.122830 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list