wei... mcm mana aku boleh x perasan ajumma lee ll hwa nie yg berlakon jadi mak joo won dlm fashion king.. dan dia berlakon dlm moderm farmer dgn hong ki patutlah aku mcm pernah nampak...byk juga dia nie berlakon drama/filem.. satu reseach yg bagus..
Post time 17-1-2016 06:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
masdiana-ana replied at 17-1-2016 12:37 AM
wei... mcm mana aku boleh x perasan ajumma lee ll hwa nie yg berlakon jadi mak joo wo ...
kan...yg nas tgk citer she was pretty pun x perasan yg dia ni mak si heroin..mcmana jd x cam ni..hehehe..sama makcik mi ran tu de berlakon citer the heir.smpai tgk blk scene the heir..mmg btl mmg dia..hahaha..aura makcik2 ni mmg kuat dlm citer reply ni...mmg x le lupa gaya lakonan dia dlm reply.
Disebabkan agak terlambat iols hantar research project ni.. maka.. kita buat dalam bentuk point-point.. boleh ke eh? harap harap diterima...
tidak boleh dinafikan lagi bahawa penyertaan LKS di dalam Running Man telah melonjak kepopularan jejaka tinggi lampai, sweet dan sangat di senangi ramai ini.
berikut merupakan klip utube di mana episode pertama yang memperkenalkan RM dan juga our LKS
mengulas tentang nicknames / nama panggilan LKS, terdapat beberapa nicknames LKS yang kesemuanya terhasil dalam variety show yang sememangnya melonjak kepopularan LKS, Running Man.
Berikut merupakan klip dari utube yang di mana awal kemunculan LKS, beliau amat gemar meng 'frame' rakan-rakan RM beliau dan menyebabkan terhasilnya nickname framer itu...
btw, penulis amatlah suka pada LKS yang bermisai spt di awal kemunculan beliau di RM.. bila agknya lagi beliau nk bermisai/berjmbang ni
Berikut pula merupakan list-list drama / film / variety show/ music video yang dibintangi oleh LKS :
walaupun kita dapati banyak watak dalam drama mahupun dalam iklan yang menampilkan LKS sebagai watak yang gila-gila / humor dan bodoh2 alang,
namun, LKS pernah berkata di dalam interview nya bahawa :
Q: You appear really outgoing on screen, is that your true personality?
LKS: I’m actually very shy with people and tend to get serious. Thankfully in Running Man, all the members are active and bubbly and I become “high” and have more energy because of them.
selain dari itu, di sebalik pengambaran RM, ada sesetengah masa yang kita dapat lihat personaliti sebenar LKS di mana beliau sering mengambil berat akan orang sekeliling beliau terutamanya jihyo nunna nye
a very caring person
LKS sememangnya seorang yang berhati besar walaupun nampk tidak seiiring dengan watak beliau di dalam RM.
berikut merupakan komen netizen :
Lee Kwang Soo had gone to a friend’s wedding and when the bride’s veil got caught around the potted flower, he quickly untangled the veil releasing it.. As Lee Kwang Soo’s manner hands story spread quickly throughout many online communities the netizen reaction was heated. He is really a nice guy!
kim joong kook juga pernah berkata :
Kwang Soo is his favourite dongsaeng, and that he wouldn't hesitate to let him borrow hundreds of thousand of dollars..
berkenaan dengan ideal girl LKS, walaupun beliau adalah seorang yg tinggi... tapi rakan baik beliau telah mendedahkan bahawa LKS lebih gemar perempuan yang rendah.. ok semua rakyat mesia.. masih ade peluang utk anda semua.. hahaha
Lee Kwang Soo tried to rephrase what his friend said, by saying, "Basically he's saying that I like short women on the slightly chubbier side." But when Lee Young Ja told him to be clear, his friend once again interjected, "He likes women with big breasts", and made everyone laugh.
berikut merupakan list-list award / nomination yang diterima oleh LKS :
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini masuknya sesi kuliah ...
LEE JOON THE NEXT WORLD STAR
Untuk research project ini, me akan bentangkan pasal LEE JOON bekas anggota MBLAQ. Maaf kalau tak menarik. Semua intipati research adalah berdasarkan google, youtube, memori me menonton filem, drama dan variety Lee Joon. Me bukanlah kipas susah mati Lee Joon tetapi individu yang mengagumi bakat lakonan pelakon muda ini dan merasakan beliau mempunyai masa depan depan yang cerah dalam bidang lakonan jika attitude-nya dikekalkan di tahap sekarang.
Ok, cukuplah dulu pendahuluan mengapa me memilih pelakon K-Drama bernama Lee Joon. Jom kita terjah dulu segalanya tentang Lee Joon dulu.
BIODATA RINGKAS
Nama Sebenar
Lee Chang Sun
Nama Gelaran Oleh Fans
Honey Abs, Little Rain, Babo Idol, Cheapskate, Muscle-dol
Tarikh Lahir
7 Februari, 1988
Asal
Seoul
Tarikh Debut
Sebagai pelakon: 2008 (melalui drama Here He Comes / MBC)
Sebagai penyanyi: 9 Oktober 2009 ( semasa konsert Legend of Rainism Penyanyi Rain)
Syarikat Pengurusan
J-TUNE Entertainment (2009-2014)
PRAIN TPC (2015-Sekarang)
Pendidikan
Seoul Arts High School
Korea National University of Arts major dalam Modern Dance
Kyung Hee Cyber University.
Personality
4D Character
Babo
Innocent
Mong
Selalu gagap kerana tidak dapat luahkan apa yang difikirkannya atau ketika kantoi sesuatu
jarang mandi
penjimat tegar
Karisma
LEE JOON pada mulanya mengikuti kelas lakonan tetapi diberitahu bahawa dia tidak berbakat untuk menjadi pelakon. Oleh itu, dia belajar menari, tetapi diberitahu pula tariannya tidak bagus dan harus fokus untuk menjadi kareografer kerana mereka rasa dia berbakat dalam bidag ini. Walaubagaimanapun Lee Joon tidak putus asa, meneruskan belajar menari, mengambil course tarian moden di Korea National University of Arts dan sekarang pelajar kelas lakonan tercorot ini menjadi pelakon yang terkenal.
DRAMA DAN FILEM LAKONAN LEE JOON
1. NINJA ASSASSIN (2009)
Ninja Assassin adalah sebuah filem aksi Hollywood lakonan Rain sebagai Raizo. Filem ini mengisahkan tentang Raizo dan kanak-kanak lain yang diculik sejak kecil oleh suatu kumpulan (clan) rahsia dan dibawa ke suatu kem rahsia di tengah pergunungan yang tersorok untuk dilatih menjadi senjata pembunuhan tidak berperasaan. Setelah kehilangan kekasihnya yang juga tahanan kem neraka tersebut semasa awal remaja, Raizo lari daripada clan tersebut untuk menjejak kekasihnya yang dikejar oleh ahli kumpulan kerana melarikan diri. Lee Joon memegang watak Raizo semasa remaja.
Kebanyakan babak Lee Joon adalah di kem tahanan. Lee Joon telah menunjukkan lakonan yang sangat memberangsangkan bagi seorang pelakon yang baru pertama kali berlakon filem terutamanya filem aksi Hollywood pula tu. Lakonan Lee Joon di dalam filem debutnya ini mendapat respon yang positif daripada pengkritik dan penggilat filem. Ramai yang menjangkakan Little Rain ini akan menggegarkan industri perfileman Korea Selatan suatu hari nanti.
Terdapat banyak babak aksi oleh Lee Joon yang dikatakan tidak sepadan dengan usia dan pengalamannya. Ia melangkaui jangkaan - itulah komen para pengkritik filem yang memikirkan Lee Joon dipilih berdasarkan muka seiras Rain sebagai watak Raizo serta faktor artis bawah label syarikat Rain iaitu J-Tune Ent.
Tentu tidak masuk akal jika filem aksi Hollywood berbajet besar hanya tangkap muat untuk mengambil pelakon yang babak bukan sedikit di dalam filem mereka. Lagi pula, watak Raizo remaja adalah tunjang jalan cerita yang menceritakan bagaimana proses Raizo menjadi pembunuh ninja jahat dan mengapa ia terjadi.
Walaupun Lee Joon perlu melalui beberapa English-class untuk memantapkan sebutan agar tidak keterlaluan telor Korean-English nya, Lee Joon tetap mampu menjiwai watak dan dialog bahasa inggeris itu yang diketahui umum bahawa kebanyakan orang Korea hamper fail English mereka!
Lakonan Lee Joon dalam Ninja Assassin ( Lee Joon cut)
JUNGLE FISH 2 / KBS1 (2010)
Drama adalah terbitan KBS2. JUNGLE FISH 2 adalah sebuah drama remaja school-drama tentang sekumpulan enam orang remaja sekolah tinggi yang berkawan baik semenjak middle school yang cuba menyelesaikan misteri tentang kematian rakan baik mereka seorang pemegang carta no 1 sekolah.
Plot adalah mengenai pelbagai masalah umum remaja masa kini iaitu bunuh diri, kehamilan remaja (teenage pregnancy), eksploitasi remaja, masalah keluarga yang mempengaruhi sikap remaja, eksplotasi rakan sebaya untuk kepentingan diri, percintaan remaja, keganasan, perlumbaan untuk ke university, hiburan dan korupsi.
LEE JOON memegang watak AHN BA WOOL yang terbabit dalam isu kekeluargaan dan keganasan rumah tangga, percintaan, eksplotasi remaja oleh orang dewasa, remaja bawah umur yang bekerja part-time untuk sara hidup sendiri dan juga berhenti sekolah awal kerana dimasukkan ke pusat pemulihan remaja serta terbabit dlm isu gangsterisme dan shaddy business.
AHN BA WOOL adalah remaja malang yang kehilangan ibu dan bapanya berkahwin lain serta mempunyai anak baru. Ibu tiri Ahn Ba Wool tidak menyenangi kehadirannya yang pulang ke rumah setelah habis tempoh hukuman. Berkecil hati dengan layanan bapanya yang lebih sayangkan keluarga baru sehingga sanggup memukulnya, Ahn Ba Wool kemudian keluar ke dunia dewasa bekerja part-time untuk mengumpul wang menyewa rumah. Lebih malang lagi, dia diambil kesempatan oleh hyung pangkat atasannya dalam kongsi gelap. Walaupun tidak lagi bersekolah, dia masih rapat dengan rakan-rakan lamanya. Mereka selalu berjumpa di kedai guksu bapa saudara geng mereka selain untuk menyelesaikan misteri kematian tersebut.
Dari segi lakonan pula, Lee Joon sememangnya berjaya melangkaui skill lakonan rakan-rakan co-actor yang lain walaupun usia mereka sebaya dan ia adalah drama pertama lakonan Lee Joon yang menampilkan watak leading (mereka berenam sama-sama lead actor). Lee Joon berjaya menjiwai watak rebel-teenager melalui gerak tubuh dan bahasa badan yang berkesan.
Beliau juga berjaya menampilkan watak remaja yang memendam perasaan dengan ketidakadilan yang dilaluinya melalui eye-acting (lakonan mata) yang memberangsangkan. Jika diteliti, ini adalah drama mainstream pertama lakonan Lee Joon di Korea Selatan setelah Ninja Assassin, menunjukkan dia masih lagi rookie actor, tetapi penghayatan dan kaedah pembawakan watak olehnya adalah seperti mereka yang berpengalaman dalam bidang lakonan lebih 5-10 tahun!
Terdapat juga babak yang memaparkan sisi romantic Ahn Ba Wool dan Lee Joon berjaya membuatkan peminatnya menjerit AWWWW selain mereka terpesona dengan senyuman Little Rain ini.
(TRAILER)
SENT FROM HEAVEN / KBS2 (2012)
SENT FROM HEAVEN adalah sebuah drama sitcom panjang 100 episode lakonan utama oleh Cha In Pyo sebagai President Cha dan Hwang Woo Seul Hye sebagai bidadari Chae Hwa. Sitcom ini adalah adaptasi ke dunia moden daripada dongeng/folk tale orang korea tentang tukang kayu dan bidadari dari syurga yang turun ke bumi untuk mandi di kolam sakti. Malangnya, baju bidadari disorokkan oleh tukang kayu yang terpesona dengan kecantikannya kemudian mereka hidup bahagia sehingga tukang kayu mengaku menyorokkan baju bidadari tersebut dan dia tersepit antara kasihkan keluarga di bumi atau kehidupan di syurga.
Dalam drama ini, bidadari Chae Hwa turun mandi ke bumi yang kebetulan menjadi tempat penggambaran syarikat perfileman President Cha. Berlaku salah faham menyebabkan kru set mengambil pakaian Chae Hwa yang dianggap props kemudian dikitar semula dan diderma ke Afrika. Dipendekkan cerita, Chae Hwa tinggal bersama keluarga President Cha; duda anak dua kerana tidak mempunyai tempat tinggal.
Lee Joon berlakon sebagai Lee Joon, seorang trainee di bawah syarikat President Cha yang akan debut dalam masa terdekat dan jatuh cinta dengan noona Chae Hwa yang selalu membersihkan gym latihannya. Berbagai babak lucu antara mereka dipaparkan dan Lee Joon berjaya pull-off untuk watak komedi dalam drama ini.
Dalam drama ini, banyak scene memaparkan Lee Joon b-boy, ballet, hip hop, tarian, popping, shuffle dan berbagai kareografi lain. Terdapat banyak kareografi untuknya dan co-host lain dikareografikan oleh Lee Joon sendiri.
Melalui drama ini, boleh disimpulkan bahawa Lee Joon adalah pelakon versatile yang boleh berlakon sitcom dengan bersahaja dan tidak kayu, selain mempunyai skill martial art yang tinggi dan badan yang fleksibel.
Lakonan Lee Joon dalam Sent From Heaven ( Lee Joon cut)
IRIS2 / KBS2 (2013)
Dalam instalments IRIS ini, Lee Joon memegang watak Yun Shi Hyuk, seorang Agen VIP NSS dan ace yang mempunyai skill penyamaran, seni bela diri yang tinggi serta bersifat bangga diri.
Dalam IRIS2, Lee Joon berjaya memberi nyawa kepada watak arrogant dan egoistic Shi Hyuk sehingga menarik minat peminat drama ini walaupun drama ini mempunyai rating agak mengecewakan berbanding promosinya dan siri IRIS terdahulu tetapi masih mendahului carta di beberapa episode. Tidak dinafikan wataknya memberi impak reversal kepada IRIS2 sebagai perisik dan memberi sense of suspense kepada drama ini. Lakonan “fake-crying” nya yang menyerlah telah mendapat pujian ramai.
(Lee Joon Cut)
Komen netizen:
Source: Newsen via Nate
[+14, -0] His scenes were short but I remember his gaze and facial expressions clearly. He has a charm to him.
[+11, -3] This guy did 1,000 times better than Doojoon and Yunho. He's decent for a supporting role.
[+76, -7] Lee Joon's a hundred times better than Doojoon
[+17, -3] He should quit being an idol and just go into acting
Source: OSEN via Nate
[+44, -8] I don't think he had enough screentime to even make a fair judgement on his acting yet ㅋㅋㅋㅋ Barely a minute all together ㅋㅋㅋ Seems like he'll have a bigger role tomorrow but I think his character fits the drama since everyone else is so dark and heavy
[+39, -18] Lee Joon only acted for a moment but I like how he carried his character.
source: X Sports News via Naver
[+121, -11] Lee Joon barely had any screentime~ but his acting was good
[+140, -16] Oh, so this kid was Lee Joon?? An idol?? ㅋㅋㅋ He was not bad, his face led me to think he was an actor ㅋㅋㅋ
[+106, -11] It was decent and natural!
[+106, -11] It was decent and natural!
GAP-DONG / tvN (2014)
Gapdong adalah drama genre thriller, misteri dan detektif terbitan tvN. Ia berdasarkan kes pembunuhan bersiri Hwaseong iaitu kes pembunuhan dan rogol bersiri wanita secara pelik dan kejam dalam tahun 1986 -1991serta diinspirasikan daripada filem Memories of Murder.
Dalam drama ini, kes pembunuhan yang yang pembunuhnya dikenali sebagai Gap Dong kembali terjadi setelah 17 tahun dan detektif Mu Yeom lakonan Yoon Sang Hyun perlu menyelesaikan kes tersebut selain untuk membersihkan nama ayahnya seorang OKU yang dituduh sebagai Gapdong. Walaubagaimanapun, pembunuh sebenar siri jenayah terancang ini bukanlah Gap Dong tetapi rakan sepenjara psikiatrinya iaitu Ryu Tae Oh yang genius yang mempunyai IQ 150 yang mempunyai daya memori yang kuat, instict yang tinggi serta keupayaan memperdayakan orang lain.
Dalam drama ini, Lee Joon memegang watak Ryu Tae Oh seorang psikopath dan sociopath yang menganggap Gap Dong idola dan tuhannya. Malahan Ryu Tae Oh mempunyai keupayaan merancang jenayah dan IQ yang lebih tinggi daripada Gap Dong. Ryu Tae Oh akhirnya turut membantu dalam menagkap pembunuh sebenar Gap Dong iaitu polis senior dalam pasukan pemburu Gap Dong juga
Lee Joon diberi kepercayaan oleh pengarah untuk membawa watak berat yang bermain dengan berbagai perasaan dan pembunuh psikopath membuktikan skill lakonannya adalah A+. Watakse begini sukar untuk dibawa dan dihayati walaupun kepada pelakon senior sekalipun namun Lee Joon berjaya membawa watak Ryu Tae Oh melangkaui jangkaan penulis skrip itu sendiri.
Terdapat babak Lee Joon menari tarian klasik dan ballet di dalam drama ini dan tariannya kena dengan babak dan kesinambungan cerita. Dia berjaya beralih perasaan daripada menangis, sedih, ketawa, gembira, ketawa dalam sedih, dan memaparkan berbagai perasaan dalam satu masa serta dalam sekelip mata tanpa ‘take’ yang banyak yang menjimatkan masa penggambaran.
Drama memaparkan Lee Joon banyak bermain dengan reaksi muka, bahasa badan dan lakonan mata (eye acting) dan bahasa badan yang tinggi. Jika tvN mempunyai festival awards nya sendiri tidak mustahil Lee Joon bakal membawa pulang tittle pelakon pembantu terbaik atau pelakon baru terbaik kerana komen yang diterima amat memberangsangkan.
Gapdong MV
LEE JOON CUT
MR BACK / MBC (2014)
Drama ini mengisahkan tentang seorang taikun conglomerate berusia 70tahun bernama Choi Go Bong yang terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan diri dan keluarga termasuk anak lelaki tunggalnya; Choi Dae Han (lakonan Lee Joon) dari kecil sehingga berusia 28tahun sekarang. Pada suatu hari, selepas kemalangan jalan raya, Choi Go Bong bertukar menjadi lelaki berusia 30an tetapi tidak dikenali oleh orang sekelilingnya kecuali setiausaha dan tidak lama kemudian anaknya. Plot cerita adalah berkenaan struggle Choi Go Bong untuk mengekalkan syarikatnya agar tidak jatuh ke tangan orang lain, mendekati anaknya dan kisah cintanya dengan wanita muda.
Lakonan Lee Joon sebagai 2nd lead telah berjaya membawanya dicalonkan sebagai PELAKON BARU TERBAIK MBC DRAMA AWARDS 2014.
Lee Joon sebagai Dae Han juga jatuh cinta kepada wanita yang sama dengan ayahnya. Akibat kehilangan ayahnya, Dae Han terpaksa menggantikan bapanya mengetuai syarikat gergasi mereka.
Adalah sangat jelas Lee Joon berjaya menjiwai watak sebagai Dae Han, seorang spoil brat, rebel, minat terhadap aktiviti lasak, berbakat dalam tarian dan ingin menjadi panari serta menggilai seorang wanita biasa. Ada babak Dae Han menari ballet, dan seperti dijangka ia melakonkanya secara bersahaja.
HEARD IT THROUGH THE GRAPEVINE (2015)
Drama bergenre satira keluarga ini mengisahkan tentang sebuah keluarga sosilite yang terpaksa berdepan dengan kejutan anak remaja mereka yang terkenal dengan term budak baik yang skor dalam pelajaran tiba-tiba membawa pulang kekasih yang ditemui di summer camp. Lebih parah lagi, teman wanitanya itu terpaksa melahirkan anak di rumah mereka kerana sudah cukup bulan. Bermula daripada babak mendebarkan itu, maka bermulalah tragedy dalam keluarga berpengaruh ini yang terpaksa menjadi nenek segera, menantu bukan pilihan, anak lelaki sulung harapan keluarga bernama HAN IN SANG yang tiba-tiba menjadi bapa dan perjalanan kisah mereka menepis khabar angin.
Han In Sang amat sayangkan isterinya sehingga kedua ibu bapanya terpaksa melakukan berbagai cara untuk memastikan pelajaran dan masa depannya tidak terjejas.
Lakonan Lee Joon sebagai pelajar tahun akhir sekolah tinggi yang bijak tetapi sayangkan anak isterinya yang bersahaja mendapat pujian para peminat. Malahan turut menjadi topic di program variety dan program hiburan. Selain itu, beberapa babak lakonan Lee Joon turut diparodikan di mainstream sama ada di rancangan anugerah ataupun variety, dan youtube oleh fans.
Melalui drama ini, Lee Joon berjaya merangkul anugerah Exellence Award, Actord dan Excellence Award, Actor in a Serial Drama serta beberapa pencalonan lain.
ROUGH PLAY / FILEM (2014)
Filem ROUGH PLAY jika diterjemahkan secara literasi daripada “BAEUNEUN BAEUDA” bermaksud “An Actor Is An Actor”
Filem ROUGH PLAY adalah kali pertama Lee Joon menjadi pelakon utama. ROUGH PLAY adalah bergenre thriller, black theme dan aksi yang membawakan kisah seorang pelakon OH YOUNG yang menjadi superstar dalam sekelip mata melalui lakonan watak sampingannya di dalam sebuah filem kerana keberkesanan dan karisma yang ditunjukkan dalam lakonannya yang outshine pelakon-pelakon utama serta kerana attitude OH YOUNG yang menjadi perhatian. Walaubagaimana pun, popularitinya tidak disukai oleh para pelakon utama sehingga mengundang bahaya kepada orang sekelilingnya. Akibat daripada popularitinya, OH YOUNG hanyut dalam dunia baru dengan menjadi ego, mempermainkan perasaan wanita selain dikelilingi wanita cantik serta skandal sex.
Lee Joon berjaya membawa watak gelap dalam filem ini dengan cemerlang sehingga dicalonkan pelakon terbaik dan pelakon baru terbaik filem di beberapa festival filem. Anda dapat melibat Lee Joon berjaya bermain dengan pelbagai perasaan tertekan, sombong, arrogant, ego, takut, risau dan berbagai lagi.
Melalui ROUGH PLAY, sekali lagi Lee Joon berjaya berlakon babak aksi dengan cemerlang. Selain itu, ada babak bed-scene yang hardcore tetapi Lee Joon tidak kekok melakonkannya malah mendapat pujian pengarah.
Melalui filem ini Lee Joon dianugerahkan PELAKON BARU TERBAIK dalam 1st Wildflower Film Awards dan beberapa pencalonan lain.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini masuknya sesi kuliah ..
post 2/3
LAKONAN MUSIC VIDEO (MV)
GOING CRAZY / KAN MI YOUN
Lakonan yang baik sebagai mangsa obsesi seorang wanita yang diikat dan dikurung. Nampak di situ dia berjaya menjiwai watak terseksa, rejection, keterpaksaan dan pasrah seorang lelaki dengan obsesi tersebut melalui body-acting dan eye-acting
SINGING GOT BETTER / AILEE
Lee Joon melakonkan watak bekas teman lelaki Ailee sebelum berjaya, sebagai mentor dan sebagai teman berlatih Ailee sehingga dia nampak curang di mata Ailee. Scene romantik boleh dipertingkatkan lagi bagi MV mungkin juga ini disebabkan dia cuba meletakkan dirinya pada par yang dengan Ailee yang bukan pelakon. Pada babak bergaduh, dan lain2, nampak bahawa Lee Joon lead lakonan dan Ailee follow sesuai dengan pengalamnnya dalam bidang lakonan. Seperti biasa Lee Joon membawakan watak berperang dengan perasaan sendiri dengan baik sekali.
BUBBLE POP / HYUNA
tidak banyak parts Lee Joon dalam MV ini tetapi cukup untuk menyatakan dia kekasih Hyuna. Terdapat scene Lee Joon menayangkan Honey Abs nya di scene tepi kolam. Tidak tahulah sama ada scene yang kecil atau di-outshine oleh hyuna, ataupun skripnya memang begitu, tetapi lakonan Lee Joon dalam MV ini tidak cukup meyerlah.
CAN’T OPEN UP MY LIPS / K.WILL
video ini me suka kerana jalan cerita cinta monyet antara Lee Joon dan IU yang cute. Babak Lee Joon menari sampai patah kaki tu menarik perhatian me. Dari segi lakonan, MV ini bergenre ringan, jadi tidak memerlukan bermain dengan perasaan yg ‘makjang’. Walaubagaimanapun Lee Joon berjaya memaparkan perasaan rindu, cinta monyet dan beraksi cute.
LAIN-LAIN PROJEK LEE JOON
Gnomeo & Juliet
Adalah filem animasi yang dialihbahasa ke hanggul dan Lee Joon memnjamkan suara untuk Gnomeo (watak utama) yang mischievous dan jatuh cinta dengan Juliet.
Housewife Kim Kwang-ja's Third Activities
Memegang watak sampingan dari tahun 2008 dan berhenti untuk berlakon dalam Ninja Assassin pada 2009
The Piper
Lee Joon berlakon watak Nam-soo iaitu anak ketua kampung.
Seoul Station
juga filem animasi dialihbahasa ke bahasa korea
Sebagai Cameo
Here He Comes / MBC (2008)
History of a Salaryman / SBS (2012)
K-POP – The Ultimate Audition / Channel A (2012)
Pinocchio / SBS (2015)
LEE JOON THE PIONEER
1. ARTIS TERMUDA DARI KOREA DEBUT DI HOLLYWOOD melalui NINJA ASSASSIN (telah disimpulkan dalam bab NINJA ASSASSIN)
2. ARTIS KOREA TERMUDA dianugerahkan ANUGERAH SCENE STEALER AWARD melalui SEOGWIPO SCENE STEALER FELTIVAL
3. HAKIM TERHORMAT PALING MUDA bagi MISE-EN-SCèNE SHORT FILM FESTIVAL, 2014
SEOGWIPO SCENE STEALER FESTIVAL
SEOGWIPO SCENE STEALER FESTIVAL ialah festival pertama seumpanya di dunia iaitu satu festival penganugerahan kepada para scene-stealer yang lebih menyinar daripada pelakon utama atau dengan kata lain; outshine the lead actors.Bukan senang untuk digelar scene stealer kerana ia memerlukan suatu lakonan berskill tinggi, penghayatan watak yang mantap dan mendapat kepercayaan daripada produksi perfileman itu sendiri selain daripada oleh pengarah dan penulis skrip.
Kriteria penganugerahan? Sudah tentulah skill lakonan bertahap master semata-mata di mana lakonan mereka outshine pelakon utama. Dan ianya lebih sukar berbanding pemilihan pelakon utama mengikut kata juri anugerah.
“I’ve been to many film festivals but ‘Scene Stealer Festival’ is very unique than any other film festival in the world. Actually, it is harder to cast those scene stealers here than the main characters." (Director Yoon Je-kyoon)
Seramai 22 scene stealers berkumpul di 1st Scene Stealer Festival ini iaitu nama besar dan PELAKON MASTERS antaranya Oh Dal-su, Yu Hae-jin, Jin Kyeong, Ahn Gil-Gang, Jung Man-sik, Jang Gwang, Park Chul-min, Kim Jung-tae, Lee Min-sik, Lee Won-jong, Lee Jae-yong, Lee Cheol-min dan, Hwang Seok-jeong.
Untuk pengetahuan anda, Lee Joon adalah satu-satunya pelakon berusia 20an sebagai penerima anugerah ini.
UCAPAN PENERIMAAN ANUGERAH OLEH LEE JOON
"I feel nervous than ever with those great seniors. I don’t think I stole a scene at all. I think I got this award to be a scene stealer later. I will try my best on acting fiercely."
"I really want to be a scene stealer"
“I will try my best on acting fiercely. Like those seniors"
"I'm honored to join this precious ceremony. I felt that I should do harder after seeing those great seniors here. I’m working on the movie ‘Key of Life’ at the moment. I’ll be a scene stealer again in next year with more matured acting"
I’M THE YOUNGEST SCENE STEALER
THE YOUNGEST HONORARY JUDGE
(MISE-EN-SCèNE SHORT FILM FESTIVAL, 2014)
Tahukah anda Lee Joon adalah juri kehormat termuda untuk (MISE-EN-SCèNE SHORT FILM FESTIVAL, 2014) iaitu satu festifal filem pendek yang sangat berprestij di Korea Selatan. Anugerah dalam festival ini sangat diinginkan oleh penggiat filem pendek di sana. Terdapat 57 filem pendek dipertandingkan. Ini menunjukkan bakat lakonan dan pengalaman Lee Joon tidak dipandang enteng oleh industri seni di sana sehingga dijemput menjadi juri untuk menilai filem-filem berkualiti yang bakal dianugerahkan dengan berbagai kategori.
Mengenangkan pengalaman Lee Joon dalam genre aksi, beliau dipertanggungjawabkan menjadi juri untuk genre aksi, martial arts dan action. Penilaian adalah berdasarkan ketulenan kareografi, lakonan babak aksi, dan keberkesanan babak.
P/S: Me nak upload gambar2 awards tersebut tapi tak appear pulak bila reply. kat edit post elok jah keluar walaupun x appear kat benang. Sorry....
....bersambung ke post 3/3
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini masuknya sesi kuliah ...
LEE JOON DAN PROGRAM VARIETY
Variety yang menampilkan Lee Joon sebagai host tetap adalah;
1. STAR GOLDEN BELL
2. OH!MY SCHOOL
Variety di mana LEE JOON menjadi hos tetap bersama MBLAQ ialah
1. Hello Baby
2. MBLAQ's Art of Seduction juga
3. Making the Artist
4. Idol Army
Variety dimana LEE JOON menjadi ‘recurring guest’
1. Running Man
2. We Got Married Season 4
3. Strong Heart
4. Star King
5. Let's Go Dream Team Season 2
6. Happy Together
click at your own risk. Boleh menyebabkan berdarah hidung dan cramp perut!
KOMEN PARA SUNBAENIM TERHADAP LAKONAN LEE JOON
"I metLee Joon for the first from the drama ‘Gap-dong’. Everybody loved him becausehe was good at acting. He is skillful at acting, I want him to challenge morefor play and musical also"(Jang Gwang)
“He has a nice voice andhe’s a good actor, too. And his manners are great. He’s the single maincharacter of the movie and if you consider his acting debut, he’s my senior,and much more popular than I am. Regardless, when we were doing the bed scene,even though it was edited out, and during action scenes as well, he took careof me. Especially during the bed scenes, it’s somewhat vague when the directoryells ‘cut.’ But when the staff handed us clothes, he’d always give it to mefirst. He has a way of being considerate with the small things. I was reallythankful for that.”(Min Ji Oh)
"Whenfilming the scene, Lee Joon showed exceptional power of concentration. He isvery passionate about what he is doing and always asks his senior actors foradvice."(Kang Hee Joon, a producer of CJ E&M)
BestNew Actor (Film) - 50th Baeksang ArtsAwards [Rough Play]
MostPopular Actor (Film) - 50th Baeksang ArtsAwards [Rough Play]
BestNew Actor - 23rd Buil Film Awards [Rough Play]
BestNew Actor- MBCDrama Awards [Mr.Back]
2015
BestNew Actor (TV) - 51st Baeksang Arts Awards [Heard It Through the Grapevine]
MostPopular Actor (TV) - 51st Baeksang ArtsAwards [Heard ItThrough the Grapevine]
BestCouple Award with Go Ah-sung - SBS Drama Awards [Heard It Through the Grapevine]
KOMEN PERIBADI TERHADAP LAKONAN DAN MASA DEPAN LEE JOON
1. 1. LEE JOONbakal menjadi pelapis kepada barisan pelakon yang disegani dalam masa sepuluhhingga lima belas tahun lagi bila mengambil kira 2 tahun dalam army disebabkanmutu lakonannya yang mantap
2 LEE JOONbakal menjadi pelapis kepada pelakon aksi atau action movie yang bagus.
Selain mempunyaiskill martial arts yang tinggi, badan yang agak fleksible, beliau juga sentiasamember komitmen yang tinggi terhadap kerjanya.
Jadi tidak hairanlah jika diapelakon muda ini bisa menjadi next Jang Hyuk, Lee Byung Hun,Jo Dong Hyuk atauWon Bin.
Maksudnya, bukan skill sahaja yang diperukan untuk menjadi lead actordalam drama dam filem, harus diakui personal appearance juga penting.
Dengan wajahyang boleh dijual, diakui juga Lee Joon mempunyai nice abs!
3. Tidakmustahil jika Lee Joon bakal mewarnai drama atau filem bergenre melodrama.
Ini keranabeliau adalah antara pelakon muda yang mendapat pujian terhadap lakonan matadan gerak tubuh yang phenomenal dan (eye acting and body language acting) juga berkesan.
Contohnya dalam Gapdong, Heard It Through The Grapevine dan Rough Play yangmendapat pujian umum.
Harus diingat bahawa lakonan gerak tubuh danmenampilkan perasaan melalui mata dengan bersahaja adalah suatutugas kompleks yang harus dilakonkan oleh seorang pelakon.
Tidak mudah bagimereka untuk memberikan persona mata dan bahasa badan yang berkesan walaupunmelalui penghayatan yang cemerlang jika kurang bakat dan komitmen walaupunmereka pelakon senior.
Antara pelakon yang terkenal dengan expressive eyeacting ialah Johnny Depp, Choi Min Soo, Robert Downey Jr, Song Joong Ki, dan HelenaBonham Carter
TRIVIA LEE JOON
1. Lee Joon adalah seorang cheapskate dalam berbelanja tetapi kerana itu dia boleh membeli kereta dulu sebelum rakan MBLAQ lain dan membiayai kos rawatan dan pembedahan major ibu saudaranya dan dia berbangga dengannya.
2. Lee Joon pernah patah hidungnya semasa berlakon filem Ninja Assassin
3. Lee Joon sangat meminati bidang lakonan sehingga berkorban untuk tidak menyambung kontrak sebagai anggota MBLAQ tetapi masih tetap ingin meneruskan bidang nyanyian.
4. Lee Joon adalah antara idol 2nd wave yang terawal dikategorikan sebagai muscle-dol dan acting-dol
5. Lee Joon pernah mengikuti kelas ballet
6. Malangnya lee Joon tidak pernah tecalon dalam mana-mana kategori Cari K-Drama Awards.
7. Lee Joon terkenal dengan aksi leg-spreading nya yang sering dijunjukkan dalam Star Golden Bell dan beberapa variety lain.pernah terjadi seluarnya koyak semasa melakukan aksi itu.
8. Lee Joon mempunyai bipolar disease dan insomnia sebelum debut dan hamper sembuh apabila debut akibat kepenatan.
TAMMAT
MUAHS STEPEK UNTUK RAKAN-RAKAN SEKULIAH DAN
prof @dauswq DAN Assc Prof@ismaha
Maap kalau panjang, kalau x cantek, kalau membosankan.
Asalnya me buat pasal choi soo jong dan isterinya ha hee ra, tapi tragedi karangan tak dapat dibaca bila tukar lappy me terpaksa tukar subjek rujukan sebab sumber info utk mereka berdua x banyak kt website english..