|
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan, dua produk ais krim popular, Haagen-Dazs, ditarik semula daripada pasaran selepas ia dikesan mengandungi racun perosak.
Sebelum ini, dua produk ais krim Haagen-Dazs ditarik semula bulan lalu berikutan dikesan mengandungi racun perosak sama, etilena oksida.
Produk terkini yang ditarik semula adalah perisa ais krim Belgian Chocolate bersaiz 100 mililiter (ml) dengan tarikh luput 8 Jun 2023, serta ais krim Cookies & Cream bersaiz 473ml dengan tarikh luput 27 Mei 2023.
Produk yang ditarik semula bulan lalu membabitkan dua ais krim vanila Haagen-Dazs jenis pain dan Classic Collection Mini Cups, dengan tarikh luput antara 4 Julai 2022 dan 21 Julai 2023.
Semua produk yang ditarik semula daripada pasaran itu adalah diimport dari Perancis.
Produk terkini ditarik semula selepas Sistem Amaran Pantas Makanan milik Suruhanjaya Amaran Makanan Eropah, mengeluarkan notifikasi tarik semula bagi kedua-dua perisa itu selepas mengesan kewujudan etilena oksida.
Etilena oksida tidak diluluskan untuk kegunaan dalam makanan.
Menurut SFA, meskipun tiada risiko segera akibat pengambilan makanan yang tercemar dengan kadar etilena oksida yang rendah, pendedahan jangka panjang mungkin menyebabkan masalah kesihatan.
"Sehubungan itu, pendedahan pada bahan ini perlu diminimumkan sebanyak mungkin," katanya.
Menurut laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS), manusia yang terdedah pada etilena oksida untuk jangka panjang berisiko mengalami kerengsaan pada mata, kulit, hidung, tekak dan paru-paru, serta merosakkan otak dan sistem saraf, selain meningkatkan risiko kanser.
SFA menasihatkan pengguna yang sudah membeli produk terkesan itu untuk mendapatkan rawatan perubatan jika sudah memakan produk itu dan bimbang dengan keadaan kesihatan. - AGENSI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 267 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 383,199 kes. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 239 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 374,214 orang. Manakala 278 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 272 orang di hospital, tiga (3) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta tiga (3) orang lagi di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah sembilan (9) orang iaitu lapan (8) orang di ICU/repurposed kritikal care dan satu (1) orang di open ward (HDW/kubikel/akut) manakala dua (2) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Jumlah kes harian yang direkodkan hari ini ialah 267 kes, 48 kes lebih rendah daripada jumlah semalam. b. Faktor yang menyebabkan penyusutan besar kes positif hari ini terbit daripada angka sampel ujian yang jauh lebih rendah. Jumlah sampel ujian semalam ialah 3,003 tetapi hari ini cuma berjumlah 2,522. Malah kadar positiviti hari ini (11.92%) lebih tinggi daripada kadar kelmarin (11.16%). Sekiranya angka sampel ujian hari ini sama dengan jumlah kelmarin, angka kes positif hari ini pasti lebih tinggi. c. Sebanyak lapan (8) daerah mencatatkan jangkitan baharu dua (2) angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 71 kes (-13), Sandakan 28 kes (+11), Penampang 25 kes (+5), Tawau 25 kes (+5), Papar 20 kes (+4), Putatan 20 kes (-6), Tuaran 14 kes (-27) dan Lahad Datu 11 kes (-). d. Empat (4) daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu. Daerah-daerah tersebut ialah Tongod, Telupid, Pitas, dan Kalabakan. Daerah Ranau menampakkan trend peningkatan jangkitan harian dengan tujuh (7) kes baharu (+5). Secara purata 82.4% daripada semua kes baharu di Sabah hari ini adalah melalui jangkitan sporadik. e. Sebanyak 259 daripada 267 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tujuh (7) kes dalam Kategori 3 dan satu (1) kes dalam Kategori 4. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 966 unit. Hospital 928 unit. PKRC (Awam) 10 unit. Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 28.78%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 265 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 383,464 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Kota Kinabalu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 287 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 374,501 orang. Manakala 273 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 264 orang di hospital, enam (6) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta tiga (3) orang lagi di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah tujuh (7) orang iaitu enam (6) orang di ICU/repurposed kritikal care dan satu (1) orang di open ward (HDW/kubikel/akut) manakala tiga (3) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan baharu tidak banyak berubah dengan jumlah semalam. Jumlah kes baharu ialah ialah 265 kes, dua (2) kes lebih rendah daripada sebelumnya.. b. Sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan kes harian dan 10 daerah mencatat pertambahan. Tujuh (7) daerah merekodkan jangkitan dua (2) angka. Kota Kinabalu merekodkan angka jangkitan tertinggi dengan 91 kes (+20), Sandakan 45 kes (-17), Tawau 28 kes (+3), Tuaran 22 kes (+8), Putatan 15 kes (+5), Papar 13 kes (-7) dan Penampang 13 kes (-12). Enam (6) daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu. c. Kadar positiviti masih tinggi, iaitu 11.69% dengan jumlah sampel ujian 2,472 berbanding 11.93% dengan 2,522 sampel ujian kelmarin. Ini bermaka angka kes harian dijangka akan terus berada pada paras yang tinggi. d. Sebanyak 259 daripada 265 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) kes dalam Kategori 3 dan empat (4) kes dalam Kategori 4. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 930 unit. Hospital 892 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 29.35%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Media KPK 8 Ogos 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 30 (31 Julai – 6 Ogos 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON AUGUST 8, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 31 TAHUN 2022 (31 JULAI– 6 OGOS 2022) STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, tiada perubahan untuk jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2022 (ME 31/2022) berbanding ME 30/2022 (Rajah 1); ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image.png?w=933)
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 31/2022 berbanding ME 30/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2); - Pesakit kategori 1 dan 2 tiada perubahan, kekal 3.8%; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan, kekal 3.5%
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-1.png?w=946)
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 31/2022 berbanding ME 30/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut: - Katil bukan kritikal meningkat sebanyak 2%;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan, kekal 14%; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), menurun,sebanyak 2%.
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-2.png?w=936)
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1% (Rajah 4) pada ME 31/2022 berbanding ME30/2022. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-3.png?w=929)
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan sedikit penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 30/2022 dan ME 31/2022 (Rajah 5): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 1.7%;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 1.5%; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital menurun sebanyak 20.9%.
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-4.png?w=1024)
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 31/2022 ianya naik 2.2% berbanding pada akhir ME 30/2022 (dari 64,743 kes kepada 66,182 kes); seperti di Rajah 6: ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-5.png?w=1002)
STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 6 Ogos 2022 (ME 31/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 4,705,824;
- Kumulatif kes sembuh: 4,622,915 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,020 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,047 kluster (kluster aktif: 24 kluster).
Perbandingan antara ME 30/2022 dan ME 31/2022: - Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus (30,837 kes kepada 28,604 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 31/2022 meningkatsebanyak 0.8 peratus (28,339 kes kepada 28,554 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 0.8 peratus (28,286 kes kepada 28,499 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 3.8 peratus (53 kes kepada 55 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 31/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 22.4 peratus (49 kes kepada 60 kes) berbanding ME 30/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 31/2022 adalah 45,941 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.6 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-6.png?w=956)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-7.png?w=930)
NILAI RT Purata nilai RT statik pada ME 31/2022 berbanding ME 30/2022 (Rajah 10). ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-8.png?w=934)
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19 KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 31/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: - Sebanyak 118 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 15.3 peratus pada ME 31/2022 (Rajah 11); dan
- Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif kekal 0 peratus pada ME 31/2022 (Rajah 12).
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-9.png?w=953)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-10.png?w=923)
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara. Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 8 Ogos 2022 @ 10.00 pagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 245 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 383,709. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Kota Kinabalu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 258 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 374,759 orang. Manakala 271 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 261 orang di hospital, tujuh (7) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta tiga (3) orang lagi di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah tujuh (7) orang iaitu lima (5) orang di ICU/repurposed kritikal care dan dua (2) orang di open ward (HDW/kubikel/akut) manakala tiga (3) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Sebanyak 245 kes baharu direkodkan hari ini, 20 kes lebih rendah berbanding jumlah semalam. b. Penurunan jumlah jangkitan baharu berpunca daripada jumlah sampel ujian yang lebih rendah berbanding jumlah kelmarin dan bukan kerana keadaan telah bertambah baik. Jumlah sampel ujian yang menjadi asas pengiraan kes harian ialah 2,198 berbanding 2,472 semalam. Malah kadar positiviti hari ini ialah 12.19%, lebih tinggi daripada kadar 11.69% kelmarin. c. Kota Kinabalu kembali merekodkan kes tiga (3) angka dengan 101 kes baharu (+10) diikuti daerah Tawau 32 kes (+4), Sandakan 28 kes (-17), Penampang 16 kes (+3), Papar 11 kes (-2) dan Putatan 11 kes (-4). Selain Sandakan, Tuaran juga mencatatkan penurunan angka jangkitan baharu yang tinggi sebanyak 14 kes. Tidak ada kes baharu direkodkan di lapan (8) daerah iaitu Telupid, Sipitang, Semporna, Pitas, Nabawan, Kunak, Kudat dan Kota Marudu. d. Sebanyak 240 daripada 245 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tiga (3) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 977 unit. Hospital 939 unit. PKRC (Awam) 10 unit. Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 27.74
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 285 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 383,994. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 242 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 375,001 orang. Manakala 286 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 277 orang di hospital, enam (6) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta tiga (3) orang lagi di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang di ICU/repurposed kritikal care manakala empat (4) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan baharu meningkat kepada 285 kes hari ini iaitu pertambahan 40 kes berbanding semalam. b. Peningkatan kes baharu hari ini sejajar dengan pertambahan sampel ujian. Jumlah sampel ujian hari ini ialah 3,189 berbanding hanya 2,198 kelmarin. Kadar positiviti masih tinggi iaitu 11.35%, walaupun rendah sedikit daripada 12.19% kelmarin. c. Lapan (8) daerah mencatatkan jangkitan baharu dua (2) angka termasuk Kota Kinabalu yang mencatatkan kes tiga (3) angka kelmarin. Antara daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu ialah Lahad Datu 22 kes (+19), Tuaran 19 kes (+11), Keningau 12 kes (+9), Sipitang 7 kes (+7) dan Ranau 8 kes (+6). Kota Kinabalu dengan 92 kes turun 9 kes dan Beaufort turun 5 kes dengan hanya mencatatkan satu jangkitan baharu. Lima (5) daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu. d. Sebanyak 281 daripada 285 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, satu (1) kes dalam Kategori 3 dan tiga (3) kes dalam Kategori 4. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 986 unit. Hospital 948 unit. PKRC (Awam) 10 unit. Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 29.01%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 10 Ogos 2022 – Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Kegiatan Khidmat Latihan Kepada Pengamal Pergigian Haram[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON AUGUST 10, 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk beberapa siri artikel yang telah diterbitkan menerusi akhbar The Star bertajuk ‘The terrible ‘tooth’ of fake dentists’, ‘Fake dentists keep mouths zipped’, ‘Patients find dentists on social media – and live to regret it’, ‘How I became a ‘dentist’ in just five hours, beware the dubious dentists’, dan ‘Hard to expose the ugly side of beauty industry’ pada 4-5 Julai 2022. KKM sedar bahawa kegiatan pengamal haram ini yang turut meliputi pihak yang memberi khidmat latihan kepada pengamal pergigian haram boleh memberi pelbagai kesan buruk dan mengancam kesihatan masyarakat. Menanganinya adalah tanggungjawab bersama dalam mengekang aktiviti pergigian haram yang berleluasa ini iaitu sama ada yang memberi rawatan mahupun yang menerima rawatan, termasuklah pihak yang memberi khidmat latihan yang tidak diiktiraf. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-11.png?w=960)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/image-12.png?w=960)
KKM memandang serius setiap aduan yang diterima oleh Program Kesihatan Pergigian, KKM. Aduan yang diterima akan disiasat sebelum tindakan penguatkuasaan diambil (serbuan) melalui peruntukan kuasa di bawah Bahagian VI Akta Pergigian 2018 [Akta 804]. Untuk tindakan penguatkuasaan, risikan dan siasatan perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan elemen kesalahan dapat dibuktikan tanpa dilakukan dengan tergesa-gesa. Justeru, KKM menyeru agar masyarakat mengajukan aduan secara rasmi kepada: Program Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 5, Blok E10, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
Tel: 03-88834215
Email: [email protected]Sekian, terima kasih TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Ogos 2022
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Media KPK 11 Ogos 2022 – Isu Penarikan Semula Produk Aiskrim Berjenama Haagen-Dazs Dari Pasaran Eropah Yang Mengandungi Bahan Ethylene Oxide (ETO)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON AUGUST 11, 2022
ISU PENARIKAN SEMULA PRODUK AISKRIM BERJENAMA HAAGEN-DAZS DARI PASARAN EROPAH YANG MENGANDUNGI BAHAN ETHYLENE OXIDE Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF). Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan. Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/08/whatsapp-image-2022-08-11-at-2.27.06-pm.jpeg?w=600)
Sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Julai 2022, tindakan yang sewajarnya telah diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela. Pemantauan yang berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini. Ethylene Oxide (ETO) merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ianya juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna masih merasa ragu-ragu akan produk berjenama terlibat yang dijual, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan pertanyaan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 11 Ogos 2022
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya pula batuk dan selesema sekarang. tekak pun gatal.
|
|
|
|
|
|
|
|
ameen. semoga yong juga sentiasa sihat
|
|
|
|
|
|
|
|
pada saya kalau letak mee, ganggu selera.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|