|

Hati yang tulus
Sering kali diragui
itu hakikat kehidupan di dunia ini
hanya Ya Rabb akan mengerti
kerana kebaikan tidak pernah hilang di sisi-Nya
kerana ketulusan tidak pernah luput dalam catatan-Nya.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Menanti
Di kamar yang dingin
imiginasi berputar di layar minda
memainkan cerita semalam
penuh kehangatan
membelai rasa
menanti sang ratu menjelma
mencurah kasih yang didamba
menelan dingin dengan bisikan cinta
di telinga asmara.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Salam sejahtera kepada semua
di heningan pagi
dalam kesamaran cahaya fajar
menerusi jendela yang berkabus
angin lalu
membawa kicau si murai
riang berlagu
pesan bonda
ucapkan salam padanya
jika engkau membawa khabar gembira
berlagu semahumu
jika engkau membawa khabar duka
pergilah jangan menganggu
lalu si murai terus bernada ria
moga berita gembira yang dibawa
pada yang mengerti kita sama saja makhluk
Ya, makhluk Allah
ada kelebihan dan kekurangan
semuanya sama di sisinya
dan antara kita takwa kepada-Nya lebih bermakna.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Pagi yang ceria
masih adakah sedara yang lena?
bangkitlah segera
tunaikan hak Yang Esa
moga kita dirahmati-Nya
rezeki datang berganda
hidup bebas dari sengsara
tak ditimpa bencana
bahagia.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Aiskrim cinta
Aiskrim cinta
dipingini
dijilati
ditatangi
manisnya mengawankan emosi
meny ...
Goldkey Post at 11-10-2010 18:44 
Aiskrim cinta ?
Semanis nama diberi
Sememangnya impian hati
Mampu dirasa mampu dikuasai
Dinginkan jiwa tatkala sejuk dirasai
Banyak perisa tanpa kita sedari
Aiskrim cinta ?
Indah namanya tapi susah dicari
Beri bahagia jika saling hargai
Mengundang derita bila ia dikhianati
Pasti kecewa tatkala ia pergi
Melekit sengsara perlu dicuci
Kenangan yang tercipta pasti jadi memori.
~GRP~
Comic Comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kopi cinta
Rasa pahit tapi menyelera
dibancuh tambah madu asmara
hitam pekat mengharum ra ...
Goldkey Post at 1-11-2010 23:16 
Kopi Cinta
Kopi pahit tapi mampu beri cinta
Rasa kelat tapi punya peminat setia
Lahir cinta tanpa disedari jiwa
Dari mata singgah ke hati milik si jejaka
Kopi Cinta
Lirikan mata mampu menggoda
Pandangan penuh makna berikan rasa
Cinta pertama tidak disangka
Mendebarkan jantung tatkala bersua
Kopi Cinta
Hangat dihidang bersama cinta
Membuka selera haruman menggoda
Membangkit deria rindu membara
Lengkapkan rasa kopi cinta milik si jejaka.
~GRP~
Comic Comot
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:27
Pelita cinta
Pelita cinta tidak terjamin kekal bercahaya
jika ditiup angin sengketa padamlah ...
Goldkey Post at 4-11-2010 11:10 
Pelita Cinta
Sedetik menyala terus selamanya
Mengalirkan rasa menyulam rindu di dada
Bercahaya dengan penuh makna
Jelas kelihatan bahagia tercipta
Menerangi alam penuh ceria
Kesetiaan mengundang ikhlas di jiwa
Membawa terus cahaya cinta.
Bisikan cemburu memalapkan pelita
Angin lalu membawa duka
Sentuhan bayu menandakan kecewa
Tempiaskan gerimis nada derita
Perlu cemburu tapi bukan buta
Biar sedikit jangan terlalu menguasai jiwa
Sisipkan kasih membelai manja
Biar kehangatan pelita cinta dapat dirasa.
~GRP~
Comic Comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Amukan Garuda
Setelah tiga biji telur dipecahkan
hati-hatilah rimau Malaya
garuda pasti cuba mencabut taringmu
sayapnya pasti menebarkan kekuatan
paruhnya pasti memagut keras
kuku yang tertinggal pasti mencakar kasar
nantikan terjahan dengan lompat tangkasmu
serangan hendap yang senyap
pantas, tangkas itulah senjatamu
jangan biarkan garuda meluka wajah
kerana luka itu pasti merencat gerak
tunjukkan taringmu masih berbisa
membaham apa saja bagai singa kelaparan
membenam musuh dengan gagah bermaruah
bukan seperti kata orang rimau tak berkuku
hebat mengaum cengkaman sudah lemah
bawa pulang daging kemenangan
bersama kuku garuda yang telah kau patahkan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 19:59
Jambatan Cinta
Jambatan cinta
menghubung dua jiwa
bertiangkan cerucuk kasih mesra
berlanta ...
Goldkey Post at 6-11-2010 22:19 
Jambatan Cinta
Laluan kasih bersulam cinta
Menghubung kasih memberi bahagia
Jambatan Cinta
Perlu ada ikhlas dan setia
Kerana setia ikatan kekal selamanya
Jambatan Cinta
Wujudkan secubit cemburu di dada
Kerana cemburu rasa sayang dirasa
Jambatan Cinta
Semaikan rindu tatkala berduka
Lahirnya rindu lantai asmara berbunga
Jambatan Cinta
Hangatkan cinta setiap masa
Dengan cinta tiang terbina
28.12.2010 : 7.07 pm
comic_comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Esok Mesyuarat
Esok Mesyuarat
apa agenda 2011?
persiapan diri sudah selesai
tinggal lagi turun mesyuarat
apa tugas tambahan menanti
belum pasti
moga bebanan lebih terbahagi
tidak sesak nafas berlari
kejar waktu setiap hari
lambat nanti murid lari.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Salam sejahtera
Marilah kita mengucapkan syukur
Alhamdullilah
atas kesihatan yang berpanjangan
dikurniakan
dijauhkan dari segala penyakit
yang melemahkan
dapat kita beribadat
bekerja ke jalan yang diredhai Allah
semoga hidup kita terus
diberkati dan dirahmati
InsyaAllah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Semangat membara
Sudah ditaklimat tugas tahun mendatang
semangat inginberjuang
terus menerpa mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang
yang telah diamanahkan
kupohon dianugerahkan kesihatan
yang berpanjangan
dapat menjalankan tugas tanpa halangan
cemerlang gemilang terbilang.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:32
Cinta mendustakan rasa V
Sudahku ingatkan segala
usaha alpa dengan tipu daya cinta manusia
...
Goldkey Post at 20-11-2010 07:27 
Bila cinta mendustakan rasa I
Katanya aku pujaan jiwa
Rindu dia untuk aku selamanya
Kasih yang ada tidak pernah tersisa
Hanya aku beri dia bahagia
Kerana diriku buat dia bertambah ceria
Saat cinta mula berbunga
Kulihat dia sumpah setia
Sanggup berkorban demi apa sahaja
Walau dia terpaksa derita
Asal aku nikmati bahagia
Segala rajukku dibalas mesra
Tiap saat yang berlalu bagai aku pemilik dunia
Setelah waktu berganti-ganti
Dia tidak lagi seiring di sisi
Sering tinggalkan aku seorang diri
Kononnya busy melewati hari
Mula wujud jurang antara kami
Dan bila aku sedari mengapa dia menyepi
Baru aku fahami atas apa yang terjadi
Dia sudah punya pengganti
Benci..benci..benci
Aku kecewa lagi
Menangis sendiri
Dia khianati cinta kami
29.12.2010 : 1.52 pm
comic_comot
Bila cinta mendustakan rasa II
Segala janji tiada makna
Sumpah setia basi bersama masa
Kehangatan membara menjadi dendam durjana
Merantai cinta duka di jiwa
Kerana dusta kasih bercambah derita
Hilang bahagia datangnya sengsara
Bersama linangan airmata kecewa
Tinggalkan cinta jejaki sinar bahagia
29.12.2010 : 2.20 pm
comic_comot
Bila cinta mendustakan rasa III
Hidup penuh duka
Sengsara melanda jiwa
Terseksa menahan rindu di dada
Menitisnya airmata tatkala ia didusta
Hilang percaya cinta sejati masih ada
Pedihnya menusuk ke jiwa
Hilangkan seri ceria
Tertanamnya segala rasa
Hanya tinggal secebis duka
Luka berparut tersedia selamanya
29.12.2010 : 2.39 pm
comic_comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 29-12-2010 19:49

Kata mata
"Kau nak ke mana?,
kau jangan cari pasal,
aku dah buat temu janji ni,
takkan kau tak faham-faham,
sungguh tak patriotik,
kalau kau tak tunggu,
aku akan kutuk kau,
untuk kali ini".
Kata kaki
"kenapanya?"
Kata mata
"aku nak tengok
rimau malaya lawan garuda la"
Kata kaki
"ooo ok ok...rimau mesti menang lah"
Kata mata
"haaa cam tu la..layannnnn".
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keseorangan
Bila keseorangan
macam-macam difikirkan
bayang-bayang jadi teman
sunyi suasana ...
Goldkey Post at 5-11-2010 07:49 
Hanya satu bicara kehidupan
apa yang engkau hidangkan itu
hanya satu bicara
yang kekadang tiada suara
tiada rasa
tiada hakim
tiada juga tahu dari mana asalnya
soal hidup membawa hati bersama
dipendam...diluahkan...dit
elan...ditahan
apa rasa dan bentuknya
igauan tentang esok dari sekeping harap
apakah ubatnya andai kita tersasar lagi
tidak perlu pergi menyendiri
kerna dalam menyendiri itu kita tidak keseorangan
sering dibawa adalah rasa terbawa-bawa
dan ajakan yang tidak menguntungkan
malah sering menipiskan iman dan sabar
berulang lagi langkah-langkah hampa
cukup... jika hanya
kita memiliki satu titik sedar
walau tidak mampu mengendong apa-apa
untuk hari ini
namun untuk esok
biar hari ini menjadi hantaran harapan
biarpun dulangnya bukan dari emas terpilih
kerna sabar itu akan menjemput cahaya
dari rongga-rongga kehidupan
yang dibiarkan oleh mereka
yang sudah lupa akan semalam
yang meninggalkan rasa sakit untuk hari ini
yang mengejutkan angan dan leka
yang membuka hati dan jalan
yang melapangkan dada nan sarat.
selendang sari
29/12/2010
9.45pm. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Tahniah Rimau Malaya
Setelah berhempas pulas
menyerang hendap
dalam senyap
kau membenam taring
ketangkasanmu mengelak sambaran garuda
menangkis cakaran
mematahkan paruh patukan
akhirnya garuda kecundang jua
kukunya kau patahkan
terima kasih
bawa pulang
maruah piala kemenangan
ke bumi Malaya.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:26
Cinta Membutakan Rasa
Mata bersinar ceria
menabirkan rasa gelojak jiwa
indah menyelubungi e ...
Goldkey Post at 20-11-2010 16:16 
Cinta membutakan rasa I
Buta Cinta
Mula bercinta semua indah dimata
Sanggup berkorban apa sahaja
Tiada duka tiada derita
Bersumpah setia untuk selamanya
Buta Cinta
Tiada ukuran dalam bercinta
Siapa sahaja pasti alaminya
Hanya hati yang membezakan cinta
Apa benar ia ikhlas atau sekadar teman cerita
Buta Cinta
Kita yang alpa dengan rasa cinta
Bukan salah cinta bila kita kecewa
Dalam bercinta perlu waspada
Banyak dugaan yang tersedia
29.12.2010 : 10.36 pm
comic_comot
Cinta membutakan rasa II
Cinta Buta
Istilah cinta yang sering dikata
Kita buta tatkala bercinta
Kita lupa siapa diri kita
Kita nafikan perbezaan yang ada
Hanya kerana ada cinta didada
Cinta Buta
Cinta merasuk ke dalam jiwa
Cinta menguasai segalanya
Cinta membangkitkan ghairah muda
Cinta memberi makna bahagia
Awas yea
Cinta juga membinasakan rasa
Cinta mampu membutakan rasa
29.12.2010 : 10.45 pm
comic_comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 09:05

Murai berlagu ria
Seakan berpesta
mendendang lagu gembira
meraikan keperwiraan Harimau Malaya
menundukan rakusnya Garuda
memperolehi kejayaan berganda
membawa pulang piala kemenangan dibangga
bersama penjaring terbanyak milik kita
berlagu murai sebelum datang duka
bila permainan hambar mula melata
segala kritikan membabi buta
sepatutnya terus memberi semangat menguja
berjuang dengan gagah perkasa
di laman sendiri atau luar negara
sama saja rentak berbisa
membenam dengan bergaya.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 31-12-2010 09:00

Nafas cinta
Kian bergelora
bila bertentang mata
bersama si dia
kelu seribu bahasa
mengukir senyum bak gula
jiwa meronta-ronta
ingin disapa
dengan ayat-ayat cinta
membisik ke telinga
nurani membunga
dengan putik bahagia
berbuah asmara
terjalin kasih mesra
dalam sedu sedan nafas cinta.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah cinta dusta
Sejarah bukan direka
sejarah adalah fakta
sejarah harus dikenang bukan ...
Goldkey Post at 20-11-2010 16:26 
Sejarah Cinta Dusta
Sejarah cinta lalu
Mengajar erti dewasa
Berkali tertipu berkali terpedaya
Jejaka yang dipuja
Bermanis dalam berkata
Segala janji tidak terkota
Buat diri memendam rasa
Tergoda dengan muslihat jejaka
Sejarah cinta membuka mata
Selidik diri sebelum mula
Kenali budi sebelum bercinta
Hargai diri sepenuhnya
Jangan lagi mudah terpedaya
Biar cinta membenam rasa
Kerana sejarah cinta mendustakan jiwa
Kini sejarah menggamit rasa
Tiada lagi tumpahan airmata
Pertahan diri maruah dijaga
Tak kan lagi percaya membuta
Pasti lebih berjaga-jaga
Demi perolehi cinta bahagia
Agar kasih bertambat mesra
Hingga sampai ke pintu syurga
30.12.2010 : 10.11 am
comic_comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|