BINTANG kelahiran Astro yang merupakan juara wanita pertama Akademi Fantasia (AF), Noorsyarmilla Jirin, 24 atau Mila sekali lagi menggalas tanggungjawab besar membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Setelah dipilih sebagai pemenang Lagu Terbaik pada pertandingan 17th Discovery Pop Festival di Opera House Varna di Bulgaria pada 2008, misi Mila kali ini pula adalah merangkul kejuaraan di pertandingan Golden Talent - International POP TV Performers Batumi di Georgia.
Gadis genit yang berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu memberitahu, misinya ke Georgia bukannya mudah kerana pertandingan nyanyian itu disertai sebanyak 23 buah negara Eropah dan Asia.
“Ini bermakna, saya perlu menewaskan 22 orang peserta yang mewakili negara mereka dan saya pasti, mereka bukanlah calang-calang penyanyi.
“Namun, menang atau tidak, bukanlah agenda utama tetapi pengalaman yang ditimba menjadikan ia sesuatu peluang yang begitu berharga untuk dilepaskan.
“Apatah lagi, tidak lama lagi saya bakal keluar dengan album Inggeris pertama saya dan berharap, peluang ini dapat digunakan untuk mempromosikan album saya tersebut,” katanya yang masih lagi sibuk dengan pembikinan album sulung Inggerisnya di United Kingdom (UK) itu.
Menceritakan bagaimana dia berjaya mendapatkan peluang keemasan tersebut, Mila berkata, ia adalah rentetan daripada penyertaannya di Bulgaria, dua tahun lalu.
Menurut Mila, dia menerima pelawaan tersebut melalui emel yang dihantar oleh Georgia Art Festival dengan kerjasama World Association of Festivals and Artiste (WAFA), organisasi sama yang turut terlibat dengan penganjuran di Bulgaria.
“Pada awalnya, berat hati saya untuk menerima pelawaan tersebut kerana ia memerlukan kos yang besar untuk menyertainya.
“Mujur, setelah berjumpa dengan pegawai Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan menyuarakan masalah yang dihadapi, institusi kewangan tersebut sedia membiaya semua kos perbelanjaan sepanjang pertandingan itu berlangsung.
“Justeru, setelah berbincang dan memberitahu ahli keluarga, saya bersetuju untuk menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung pada 7 hingga 10 September depan.
“Bagaimanapun, saya harus berangkat awal ke sana pada 1 September kerana menurut kata penganjur, saya dan peserta lain perlu menjayakan pelbagai program televisyen dan sesi fotografi terlebih dahulu sebelum pertandingan sebenar bermula,” jelasnya pada sidang akhbar yang diadakan di Restoran D’Saji Felda Villa, Jalan Semarak, di ibu kota baru-baru ini.
Mila menambah, acara yang disertainya kelak membariskan ramai penyanyi yang lahir daripada program realiti televisyen negara yang mengambil bahagian.
Bercerita tentang persiapan, Mila yang bakal menyanyikan dua buah lagu iaitu Kasih Yang Terdampar dan sebuah lagu Inggeris berjudul Listen akan mengutamakan aspek vokal berbanding persembahan.
Dari fb Gerak Gempur Muzik-Muzik VOTE ~~ Mila Jirin ~~
Updated terkini dari Georgia 2011 ~~
- Malam ini Merupakan konsert pembukaan. Mila akan menyanyikan lagu secara berkumpulan sebagai Introduction. Lagu yang bakal mereka bawakan pd malam ini adalah lagu "Heal The World - Michael Jackson". 08/09/2011 baru bermula saingan. - Admin