~~~ SOALAN 53 ~~~
...sebelum dan selepas...
_ U _ _ _ A _ _ _ E _ _ _ _ A _
a - Isi tempat kosong
b - Tepek pic utk jawapan perkataan pertama dan kedua
c - Nyatakan khasiat perkataan pertama dan kedua
d - Berikan satu petua yang ada kaitan dengan perkataan pertama dan kedua...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
a..BUAH LABU SENDAYAN
b...
c..
labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.
Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.
Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.
Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber seratatau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.
d..
Masker labu dan betik Vitamin C yang terdapat dalam buah labu dan betik mempercepatkan reproduksi sel-sel kulit dan peningkatan pertumbuhan kolagen. Selain itu betik juga mengandungi papain sementara labu mengandungi mineral semula jadi yang sangat bermanfaat untuk ketegangan kulit. bagi yang mahu kulitnya cantik & tegang,walaupun usia mulai meningkat, amalkanlah memakan betik & labu selain ringan-ringankan tangan untuk menyediakan masker daripada buah-buah ini.
|