CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 15-3-2015 10:14 AM | Show all posts
HARI yang ditunggu sudah tiba. Aylanins sejak pagi tadi lagi sudah tiba di resort itu. Dia disediakan satu bilik khusus untuknya. Sudah terasa berdebar-debar ketika ini. Gaun yang tersarung di tubuhnya diperhatikan lagi. Dipusing-pusing ke kiri dan kanan. Tudung dikemaskan bila ternampak sehelai rambut terjuntai keluar dari celah tudung. Rasa gerun pula bila teringat seksa bagi perempuan yang tidak menutup aurat walau sehelai rambut. Sekali lagi lagi dia pusing-pusingkan badannya. Aylanins capai telefon bimbitnya. Sudah hampir lapan malam. Tadi, usai solat maghrib, dia cepat-cepat bersiap mengenakan gaun berwarna firus hadiah dari Malik.
"Cantik anak mak.."

Aylanins berpaling. Ibunya sudah tersenyum sambil menapak masuk kearahnya. Dia turut melemparkan senyuman walau dalam hati seperti diganggu gugat dengan perasaan debar dan gemuruh.

"Mak..Ayla rasa tak sedap hati.." Aylanins masih memerhati dirinya di cermin. Jantungnya berdegup laju.

"Kamu ni...tak payah layan perasaan tu. Tetamu dah ramai datang. Jom..Malik pun dah siap tu.." Gaun Aylanins dibetulkan sedikit. Tadi, dia baru saja keluar dari bilik persalinan Malik bersama Maksu Malik yang membantu anak buahnya mengenakan baju pengantin.

"Err..Ayla nak buat apa sekarang ni mak?" Aylanins sudah pening. Keliru sebenarnya.

"Kejap lagi Malik datang sini. Puan Hartini cakap, Malik akan bawa kamu masuk dewan tu..mak pergi dulu ya?" Dahi Aylanins dikucup mesra dan ibu Aylanins mula beredar dari situ.

Aylanins semakin berdebar. Entah kenapa dia merasa tidak keruan saja. Perasaannya bercampur baur ketika ini. Terasa suhu sejuk dalam bilik itu sudah bertukar hangat.

"Assalamualaikum sayang.."

Cepat saja Aylanins menoleh.Terpana seketika. Malik kacak dalam persalinan baju pengantin yang juga berona sama. "Wa..wa'alaikumussalam.."

Malik melangkah masuk dan memegang erat tangan Aylanins."Jom..majlis dah nak mula.."

Aylanins hanya mengikut Malik ke dewan yang sudah siap dihias dan para tetamu juga sudah mula memenuhi ruang dewan itu. Jantungnya semakin kuat mengepam. Erat juga dia pegang tangan Malik, biar debaran itu hilang. Beriringan mereka berdua masuk ke dewan melalui pintu yang terbuka luas dan berjalan di sepanjang karpet hijau di bawah payungan pedang di kiri dan kanan karpet itu menuju ke pentas. Terasa seperti seorang puteri pula ketika ini. Tidak penah terlintas di fikirannya satu hari nanti, dia akan melalui semua itu. Baginya cukuplah bersederhana saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2015 10:35 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-3-2015 09:29 AM
ok2..nanti aku pendekkan...

errr... aku tak suruh pendekkan pon..



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 10:36 AM | Show all posts
muka malik kelat.. sebab hani soh die tarik tuduhan ka?
ayla tak sedap hati.. linda dah lepas.. sekali die jadi wedding crasher pulok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 10:55 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 15-3-2015 10:36 AM
muka malik kelat.. sebab hani soh die tarik tuduhan ka?
ayla tak sedap hati.. linda dah lepas.. sek ...

ko ni..kesian linda baru lepas dari lokap..dah nak buat onar lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 11:03 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 15-3-2015 11:05 AM
Segan pula bila penganting perempuan berkampung di resort itu nanti. Biarlah dia bermalam di bandar Kuala Terengganu ini saja.

Mentang-mentang duk Ganu... slang pung automatik tukar
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 11:11 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-3-2015 10:55 AM
ko ni..kesian linda baru lepas dari lokap..dah nak buat onar lagi?

haihhhh.. split personaliti kannn.. bukan die sedor pongg...




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2015 11:13 AM | Show all posts
aylanins replied at 15-3-2015 11:03 AM
Edited by aylanins at 15-3-2015 11:05 AM
Segan pula bila penganting perempuan berkampung di resort ...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 11:15 AM | Show all posts
aylanins replied at 15-3-2015 11:03 AM
Edited by aylanins at 15-3-2015 11:05 AM
Segan pula bila penganting perempuan berkampung di resort ...

hok aloh...ganu pung ganu la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2015 11:16 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 15-3-2015 11:11 AM
haihhhh.. split personaliti kannn.. bukan die sedor pongg...

ya la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 11:52 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 15-3-2015 01:26 PM

Melangkah masuk ke dewan itu membuatkan Aylanins merasa tidak selesa bila menjadi tumpuan. Dia hanya tunduk dari tadi sehinggalah tiba di pentas. Hampir satu jam berada di situ. Malu untuk memandang ke arah para tetamu yang sedang dijamu dengan hidangan yang enak diselangi dengan muzik latar lagu 'Penghujung Cinta'. Lagilah Aylanins merasa seperti dalam drama tv.

Hampir setengah jam berada di atas pentas, dia dan Malik kemudiannya mula melayan tetamu selepas selesai menjamu selera. Hampir semua kawan yang dijemput hadir di majlis itu. Nicki nampak sedondon dengan Dr. Harlina, Amir pula berdua dengan abangnya, Alif. Ipo dan Hanna bersama Danish turut memeriahkan majlis itu. Hanya Conan dan Arisha saja belum kelihatan. Nayla juga tidak kelihatan.

"Ayla cari siapa?" Malik menegur, Aylanins seperti melilau mencari seseorang.

"Err..tak ada siapa.." Aylanins melakar senyum. Dia pegang jemari Malik semakin erat. Dia tahu Malik dari tadi asyik melihat tingkahnya.

Malik segera tarik tangan Aylanins ke arah kawan-kawannya untuk diperkenalkan. Terpaksa Aylanins mengikut rentak Malik. Sama seperti majlis akadnikah dulu, diheret ke sana ke mari. Malik pula ralit berbual dengan kawannya bila sudah lama tidak berjumpa.

"Abang..saya ke sana kejap." Aylanins minta izin. Dia ingin berbual dengan Nicki dan Ipo. Sudah agak lama tidak bersembang dengan mereka. Malik hanya mengangguk.

Aylanins melangkah perlahan ke arah Ipo dan Nicki yang sedang leka berbual mesra di satu sudut. Gaun kembang itu diangkat sedikit supaya mudah kakinya melangkah.

"Ayla.."

Aylanins menoleh. Dia tergamam. Conan? Seorang diri? "Nan..."

"Cantik.." Puji Conan jujur, mata tidak lepas memandang Aylanins yang sungguh anggun ketika ini. Ah, dulu pun Aylanins sentiasa anggun di matanya.

"Terima kasih..err..mana Arisha?" Aylanins melingas seketika. Bimbang juga jika Malik melihatnya berdua dengan Conan ketika ini. Dia jarakkan sedikit dari Conan.

"Dia tak datang...tak berapa sihat.." Conan melakar senyum. Dia tidak perlu beritahu Aylanins yang Arisha sudah pun berbadan dua. Bimbang Aylanins akan terasa hati. Sudah dua  minggu kandungan Arisha. Asyik muntah-muntah saja.

"Oh...err...saya ke sana kejap.." Aylanins tunduk. Sungguh dia tidak sanggup bertentang mata dengan Conan.

"Ayla..tunggu.." Conan cuba menahan Aylanins dari pergi.

Aylanins menoleh. "Apa?"

"Saya dengar Linda dah bebas?"

"Ya..err..saya pergi dulu.." Aylanins tidak betah berlama dengan Conan. Laju saja kakinya mengatur langkah ke arah Nicki dan Ipo.

Conan hanya melihat saja Aylanins berlalu pergi. Entah kenapa sukar hatinya melupakan Aylanins. Walaupun sekarang ini dia sudah boleh menerima Arisha dan tidak lama lagi dia bakal menjadi ayah, namun hati dan perasaannya pada Aylanins masih sama. Benarlah..sukar untuk melupakan cinta pertama. Conan menghela nafas seketika. Dia melangkah lemah ke arah Malik pula untuk mengucapkan tahniah.



AYLANINS berdiri kaku di tepi pokok bunga di tepi dinding. Jantungnya berdegup semakin laju. Kalau tadi, dia berdebar sebab lain tapi kali ini hatinya digugat perasaan lain pula. Kenapalah dia harus bersua muka lagi dengan Conan?

"Hai Ayla..selamat pengantin baru!"

Aylanins mendongak. Terkejut melihat Hani yang cantik dengan baju kurung moden tersenyum di depannya. "Kau datang sorang je ke? Mana Muz?"

"Ya..aku datang sorang je."

"Oh...Linda apa khabar?" Tidak tahu perkara apa yang hendak dibualkan, hal Linda pula menjadi topik. Seboleh mungkin dia tidak mahu menyentuh hal Malik.

"Alhamdulillah..dia dah bebas. Terima kasih...Malik sudah tarik balik dakwaannya.." Ujar Hani dengan muka manis tersenyum.

"Alhamdulillah..aku harap kau dan Muz bertemu jodoh. Muz cintakan kau.." Balas Aylanins pula.

Hani hanya senyum. Nampaknya Aylanins terlalu naif. "Anyway..tahniah sekali lagi. Oh sebelum tu..terima kasih kerana sudi berkongsi.."

Aylanins terdiam. Berkongsi?? Maksudnya???


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 11:59 AM | Show all posts
Amboi makkk.. betui2 tepat ke sasaran neh
ni dah kenapa jantung mcm nak meloncat keluor tengok ayla neh
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdarah idong tengok ayla...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 02:27 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 15-3-2015 11:59 AM
Amboi makkk.. betui2 tepat ke sasaran neh
ni dah kenapa jantung mcm nak meloncat keluor tengok a ...

aku nak senyum je komen ko ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 02:28 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 15-3-2015 12:05 PM
Berdarah idong tengok ayla...

amboih Ku Nan sampai berdarah hidung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 02:53 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 15-3-2015 03:18 PM

ok sambung..hari ni rajin bebenor aku ni..
nanti bila datang penyakit malas...tak dak hapdet


RAMAI tetamu sudah pulang. Yang tinggal hanyalah kenalan dari luar Terengganu yang masih berada di situ. Malik pula sudah sediakan bilik untuk mereka bermalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur semula. Conan, Ipo dan Nicki memilih untuk tinggal sebilik. Dr. Harlina dan Hanna pula tinggal di bilik lain. Amir dan Alif pula sudah pulang. Ada hal katanya. Majlis malam itu yang cukup meriah berakhir dengan bergambar beramai-ramai.

"Malik..tahniah sekali lagi.."Conan sekali lagi berjabat dengan Malik. Sempat matanya menjeling Aylanins di sebelah Malik.

"Ya Malik..tahniah, Ayla tahniah.." Ipo dan Nicki juga turut sama mengucapkan tahniah.

"Terima kasih..sebab sudi hadir majlis aku ni. Kalau korang nak bermalam lebih kat sini pun boleh." Malik mengukir senyum.

"Mana boleh..kacau bulan madu pengantin baru.." Usik Ipo pula. Tersengih dia melihat wajah Aylanins yang sudah kemerahan sambil tertunduk malu.

Conan diam. Ah..kenapa pula hatinya yang terasa cemburu ketika ini. Kenapa pula jiwanya yang terasa kacau saat ini? "Err..aku masuk bilik dulu.."

"Weh! Cepatnya nak tidur! Borak la dulu! Bukan senang nak jumpa macam ni. Bini kau pun bukan ada kat sini. Jom!" Tangan Conan ditarik ke kolam renang yang diterangi lampu dan turut dihiasi indah untuk majlis itu.

"Yalah Nan..jomlah. Dah lama kita tak borak sama.." Ajak Nicki pula. Sengaja dia pekakkan telinga bila Ipo menyebut nama isteri Conan tadi.

Malik hanya tersenyum melihat tiga sahabat itu sudah mengatur langkah ke kolam renang. Dia menoleh ke arah Aylanins. "Jom.."

"Err..ke mana?" Aylanins mendongak melihat Malik yang tersenyum penuh makna.

Tiada jawapan untuk Aylanins, tangan isterinya ditarik lembut menuju ke satu tempat. Aylanins hanya mengikut rentak Malik. Jantungnya semakin berdegup kencang. Baru teringat, malam itu adalah malam pertama mereka. Lagilah bertambah pantas degupan jantungnya mengepam. Sesekali dia melihat sekitar kawasan itu. Ternyata hala mereka bukan ke arah bilik tetapi menuju ke arah pasir pantai.

"Come.." Malik rangkul pinggang Aylanins dan bersama menuju ke sebuah unggun api yang di tepinya sudah tersedia juadah istimewa dengan kelopak bunga ros merah ditabur sekitar situ. Lampu berkerlipan yang bergantungan di dahan pokok rhu menambahkan lagi keindahan suasana malam di pantai dengan angin malam menerpa lembut.
Terkesima Aylanins seketika.  

"Come sayang.." Malik peluk tubuh Aylanins dan bersama menikmati suasana malam di gigi pantai.

"Abang...terima kasih.." Aylanins tidak dapat menahan sebak. Sungguh dia merasa Malik begitu menghargainya.

"Malik...aku nak kau tunaikan janji kau.."

Serentak Malik dan Aylanins menoleh ke arah  empunya suara.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 02:56 PM | Show all posts
citer ni ada yang mati..ada yang gila..ada yang bawa diri...

aci tak kalau ending nya...sad ending???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2015 03:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-3-2015 02:56 PM
citer ni ada yang mati..ada yang gila..ada yang bawa diri...

aci tak kalau ending nya...sad endin ...

aku cabar ko buat ending ko sendiri ikut tekak ko sendiri tanpa terikut2 dgn momokan orang2 kat sini..
kalo mereka emo ntah apa2 bermakna ko dah berjaya bermain dgn emosi dorg..
mereka sangat menghayati cerita dah watak gittewwww....



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 03:49 PM | Show all posts
ermmm.. hani nak bermadu ngan ayla?? mcm iye iye jek.. udah dpt malik nnt mau disuruhnye ceraikan ayla.... takper.. malik ceraikan ko.. pintu hatiku masih terbuka buatmu... erkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 04:24 PM | Show all posts
Ni sape nak bermadu ngan Aylanins nih.
Amboiiiii... sukati jek nak bermadu ye

Meh sini aku tunjuk sijil-sijil aku dari zaman sekolah rendah dulu sampailah aku masuk Akademi Polis.
Nah... aku senaraikan...

1. Presiden Persatuan Taekwondo
2. Setiausaha Silat Gayung Timba
3. Pelajar Terbaik Akademi Polis
4. Anugerak Penembak Tepat Akademi PDRM

hah... baru 4. Jap aku carik lagi sijil aku... meh sape nak sgt bermadu tue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 04:32 PM | Show all posts
relaks..relaks...
dengar lagu dulu..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076388 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list