|
iols tak suka le zizan, sam tu. takda feel nak tgk, kapsul jah iols dah tgk sebab ada pejal husin ![](static/image/smiley/onion/shy.gif)
tapi dah semua kata best, nanti iols try tengok lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kiyudi at 9-10-2015 02:44 PM
i pon X suka sgt jijang & sam...tp xde la taraf haters.....adik nk belanja anak sulung tgok wyg..dh tu ank no.2 nk ikot jgk....
last2 i ols ngan laki sume pergi......best.....xrugi....![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
chuols yg mana? anak sulung ke no.2 ittew?
yelah, nanti kuar online iols try tgk kalau rajin ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
hampir semua kata best.
|
|
|
|
|
|
|
|
i tak fikir jejai suke yg pandai masak.. mgkn sesuai yg rajin masak.. kalau nak cakap pandai tu rasanya setakat goreng ikan msk sayur simple2 aje kan menu feveret jejai tu.. bukan susah pun.. tak pandai masak pun boleh buat.. dan lagi mgkn jejai suke dgn wanita yg pandai berdikari sendiri, tak mengharap duit lelaki, boleh penuhi kehendak suami, berkerjaya, berkebolehan, hidupnya sederhana, kental.. dan i boleh nampak ciri2 tu semua ade kat fs berbanding ttm sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkkkk!!!
Gaya apakah yg Si tong tu buat terkangkang...nampak cam seluar tu koyak kat lutut!
|
|
|
|
|
|
|
|
la...mmg koyak rupanya...
(baru baca smpai sini dari page 22 td...huhuhuhu)
|
|
|
|
|
|
|
|
kosukeconan replied at 8-10-2015 11:42 AM
Masa break tu la ttm msuk jarum, n i rasa mmg relation dia baik ngn ps dr dlu lg, yaloh, bff ngn kem ...
Version yg i dgr plak mcmni. Jejai mmg nak kawen fasha, tapi u know la at that time fasha mmg liar and macam2 citer pasal dia.demi nak jaga status prominent dia, dia bagi kata dua kat jejai, klu nak jugak kawen retis dia propose nora yg juga merupakan kawan si kembar. Maka demi nak jaga hati emak jejai pon kawen.Yang pentingnya sbb PS beria2 nak jodohkan mereka.Cuba baca artikel dulu2. Nora kata dia kenal ngan jejai kat kelab malam. And dia kata dia tak tau pon jejai anak menteri. Wakaka, mmg lawak sgt. Nampak beno menipunya. WALhal.dia mmg tak sabar nak kawen jejai. |
|
|
|
|
|
|
|
LaLA_ replied at 9-10-2015 02:14 AM
i wonder kenapa jejai tak tahu ttm pregnant mase cerai tu.. cerai kali ke 2 kan? or itu plan ttm & ...
Buat apa jejai nak hairan.tuan badan pon tak tau yg dia mengandung.semingu ke 2 mingu baru tua ttm tu preggy.masa tu dah nak naik.mahkamah nak.sahkan cerai. |
|
|
|
|
|
|
|
bg i, tak rasa pun ttm tu tak reti masak..dia reti masak..tapi pemalas..
i punye speku, ttm ni jenis bossy, masam, cepat mengamuk and pemalas..stakat malas masak tu rasanye takde hal la..boleh kawtim..
tgk dari gaya dia iols dapat agak je la..kdg2 bukan leh baca manusia pun..tapi they gave us their sign.
|
|
|
|
|
|
|
|
lil_honey replied at 9-10-2015 04:57 PM
bg i, tak rasa pun ttm tu tak reti masak..dia reti masak..tapi pemalas..
i punye speku, ttm ni je ...
Nampak macam comel kan si nora tu ... tapi.. deep down dia ni suka mengamuk klu org tak dgr kata dia. Nasib la kan. Sapa yg tahan.sikit2 nak bagi tau mommy.
Rupanya tengku azura tu mmg kenal dgn famili raja noora since kecik. Ada gambar dia ngan azalea masa kecik dlm glam issue september kot. Patutla si azura tu rapat ngan famili. Tapi i tgk dia pon tak cuba nak berbaik2 ngan fasha. Tapi boleh jer ngan nora danish.
Nampak agak pelik. But tak pelik pon sbb dia pon bukan sekali menjanda. Cuma skrg dah pakai tudung, dia nampak more down to earth |
|
|
|
|
|
|
|
guargum replied at 9-10-2015 11:17 PM
Version yg i dgr plak mcmni. Jejai mmg nak kawen fasha, tapi u know la at that time fasha mmg liar ...
Ai pun baca versi ni, nd tau jejai anak menteri setelah diajak makan tengah hari kat rumah... menunjukkan nd tak pilihh pasangan .... seandainya pun jejai tu tukang kebun masa tu, nd pasroh sbb cinta mati kat jejai. Kannn betapa moliehhhnya hati nd.... terasa nak nangis sbb sedih tak @kakasotong? |
|
|
|
|
|
|
|
guargum replied at 10-10-2015 08:05 AM
Kenapa i rasa citer dlm airtikel utusan ni fake?
Teramat fake?
Bila pergi makan tengahhari baru ...
Sal selit citer bebudak diculik ditengah2 plak ni mek? |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu_murni replied at 10-10-2015 12:25 AM
Ai pun baca versi ni, nd tau jejai anak menteri setelah diajak makan tengah hari kat rumah... menu ...
Hauk la. Cinta mati kunun. I tak tgk her wish come true. Kawen dgn tukang kebun. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu_murni replied at 10-10-2015 12:26 AM
Sal selit citer bebudak diculik ditengah2 plak ni mek?
Ter'.
Lepas tu tak leh edit sbb pakai mobile phone cap ayam. Tet. |
|
|
|
|
|
|
|
guargum replied at 10-10-2015 07:56 AM
Nampak macam comel kan si nora tu ... tapi.. deep down dia ni suka mengamuk klu org tak dgr kata d ...
Sorry terover bizibodi... tg. Azura bukan sekali jer menjanda? Kan suami dia menjada selepas suami dia eksiden? Baru kahwin ngan adik jejai tu? |
|
|
|
|
|
|
|
u.. cer tepek balik cerita tu.. i nak bace.. bkerut dahi i bace tetibe ada budak kene culik plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.. ye ke.. mase tu i tunggu2 jugak dlm masa 9 bln tu mmg betul2 jejai tak nk dia kan.. dan mcm takde story kenapa kene cerai.. tetibe aje nama fs naik penyebab org ke 3.. yelaa 2 kali cerai 2 sebab fs jugak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
LaLA_ replied at 10-10-2015 12:48 AM
ooo.. ye ke.. mase tu i tunggu2 jugak dlm masa 9 bln tu mmg betul2 jejai tak nk dia kan.. dan mcm ...
Klu jejai nak, dah lama dia rujuk balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
yup betul tu.. kalau sekali ttm ckp taknak jejai tu.. 2 kali jejai taknak ttm tu... ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
LaLA_ replied at 10-10-2015 12:48 AM
ooo.. ye ke.. mase tu i tunggu2 jugak dlm masa 9 bln tu mmg betul2 jejai tak nk dia kan.. dan mcm ...
Nora Danish pilih Rizal
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Nora Danish.
Sesi fotografi yang saya aturkan dengan pelakon drama bersiri Puteri, Nora Danish, 24, memakan masa yang agak lama, dari pagi sampai petang. Sehari suntuk Nora beraksi di hadapan kamera untuk menjadi penghias muka depan Pancaindera kali ini.
Jurufoto Shefry Moniz pula beberapa kali menggaru kepala kerana kering idea bagi mendapatkan aksi yang menarik.
Saya pula sudah dua tahun tidak melakukan sesi fotografi agak sukar untuk menyuruh artis beraksi. Bagaimanapun fotografi muka depan kali ini berjalan lancar walaupun wajah Nora agak ‘muncung’ kerana kepenatan.
Namun dia dapat memberi aksi yang menarik untuk peminat setianya.
“Selepas ini Nora ada temu janji di TV3 pula,” kata ibunya, Salimah Talib, 46, yang menjadi pengikut setia Nora. Tetapi, apabila mula berbicara, Nora mula melebarkan senyuman. Maklum sahajalah beberapa bulan lagi gadis ini akan bergelar raja sehari.
Umum sudah mengetahui jejaka pilihan hati Nora adalah anak seorang VIP tetapi sebelum ini Nora belum bersedia untuk bercerita mengenainya.
Mungkin kini sudah tiba masanya, kata Nora, beliau sudi untuk berkongsi kisah percintaannya dengan peminat. Malah gadis ayu kacukan Arab-Myanmar ini percaya, sesuatu yang baik itu lebih molek diheboh-hebohkan apatah lagi yang berkaitan dengan perkahwinan.
“Biarlah kita berterus terang soal perkahwinan agar orang mendoakan kebaikan kita di samping mengelakkan fitnah,” ujar Nora memulakan bicara.
Jelas Nora, dia kini berkawan dengan Rizal Ashram Ramli, 30, anak Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Majlis pernikahan dan bertunang dijadual diadakan serentak pada 20 Jun depan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Manakala majlis persandingan pula pada 20 Julai di sebuah pusat konvensyen di Kuala Lumpur.
* Tak percaya Rizal anak orang kenamaan
Menurut Nora, dia tidak pernah mengimpikan untuk berkahwin dengan anak orang ternama. Baginya, kebanyakan anak orang kaya itu tidak jujur orangnya dan mempunyai pasangan lebih daripada seorang.
Malah Nora juga tidak gemar lelaki yang terlalu berkarisma ataupun bahasa orang muda-muda sekarang “mat skima”. Sebelum ini pun kekasih Nora ialah budak kolej yang lebih muda daripadanya.
“Saya suka orang biasa yang kelakar dan boleh bergurau senda. Saya tak boleh berkawan dengan orang yang nampak pendiam dan terlalu berkarisma. Itu bukan selera saya.
“Juga bukan anak orang kaya. Bukan pilihan kerana pada saya mereka itu mesti ramai peminat dan ada kekasih lebih daripada satu,” katanya.
Bagaimanapun segala-galanya berubah apabila Nora bertemu dengan Rizal. Detik perkenalan melalui seorang teman itu akhirnya akan membawa mereka ke jenjang pelamin.
Cerita Nora, kali pertama mengenali Rizal, dia tidak mempunyai perasaan terhadapnya sebaliknya hanya boleh menerima Rizal sebagai kawan biasa.
Bagaimanapun selepas empat bulan mereka berkenalan, hatinya mula terpaut kepada Rizal.
* Tidak seperti orang tua
Kata Nora, walaupun umur kekasihnya itu sudah 30 tahun tetapi dia mempunyai sifat seperti budak-budak remaja.
Pemikirannya tak macam orang tua menyebabkan hati Nora mudah terpaut.
“Saya tak sangka walaupun umur Rizal telah dewasa tetapi cara pemikiran dan perwatakannya seperti orang muda.
“Ciri-ciri yang saya suka seperti bersifat kelakar itu ternyata ada pada Rizal. Dia juga banyak beri saya nasihat.
“Saya mengambil masa empat bulan untuk mengenalinya dan sebelum mempunyai perasaan terhadapnya.
“Walaupun ibu dan bapanya orang berada, Rizal tidak suka menunjuk-nunjuk.
“Beberapa bulan saya mengenalinya, saya tidak tahu dia anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat sehinggalah ketika saya dijemput untuk makan tengah hari di rumah keluarganya di Ampang, Selangor,” katanya.
Menurut Nora, semasa dia dibawa untuk menikmati makan tengah hari itu, ahli keluarga kekasihnya itu melayannya dengan baik.
Ketika di rumah itulah segala-galanya terbongkar dan barulah Nora tahu siapakah Rizal yang sebenarnya.
“Ibu Rizal baik, begitu juga adik-beradiknya yang lain. Ketika di rumah itu barulah saya tahu dia adalah anak seorang Yang Berhormat selepas melihat gambar-gambar di dalam rumah itu terutamanya gambar ayah Rizal,” jelasnya.
* Siapakah Rizal?
Bercerita lanjut mengenai bakal suaminya itu kata Nora, memadailah dia memberitahu Rizal adalah anak sulung daripada empat beradik kepada Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Jelasnya, Rizal merupakan graduan dari sebuah universiti di luar negara dan sekarang menguruskan perniagaan jual-beli kereta di Kuala Lumpur. Kekasihnya itu kata Nora, baru dua tahun pulang dari luar negara.
* Ibu minta jaga anak yatim
Mungkin ramai tidak mengetahui Nora yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik ini telah menjadi anak yatim sejak 12 tahun lalu.
Ayahnya berketurunan Arab merupakan seorang jurutera dan meninggal dunia di Amerika Syarikat ketika sedang bertugas akibat serangan penyakit jantung.
Ketika kejadian itu, hanya ibu Nora - Salimah sahaja yang melawat Allahyarham yang disemadikan di sebuah tanah perkuburan Islam di negara tersebut.
Salimah berkata, dia seorang yang bersifat sederhana dan bukan pemilih. Begitu juga dalam menentukan siapakah menantunya.
“Bagi auntie, siapa sahaja Nora nak berkawan, auntie tak menghalang. Apa yang auntie inginkan ialah melihat mereka bahagia dengan keputusan yang mereka sendiri lakukan.
“Jodoh Nora dengan Rizal adalah ketentuan Allah dan auntie berharap mereka bahagia. auntie tidak mengenakan syarat kepada Rizal dan juga keluarganya sekiranya mereka berkenan dengan anak auntie.
“Auntie juga tidak mengimpikan hantaran yang tinggi. Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan sendiri.
“Apa yang auntie harapkan suami Nora nanti dapat menjaga anak yatim ini baik-baik kerana auntie tiada siapa di sini.
“Keluarga auntie semuanya di Myanmar dan keluarga Allahyarham suami auntie pula di Arab. Auntie mengharapkan anak-anak sebagai tempat untuk auntie mencurah kasih sayang walaupun selepas mereka berkahwin,” katanya.
* Buktikan kemampuan berlakon
Selepas berjaya dalam drama bersiri Puteri, Nora turut berlakon dalam filem Senario – Pencari Emas Yamashita. Filem lakonan Nora itu akan ditayangkan di pawagam pada 18 Mei depan dan dia memegang watak sebagai doktor sakit jiwa.
Filem tersebut diarahkan oleh Aziz M. Osman terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Kata Nora, watak itu benar-benar mencabar dan dia telah buktikan kemampuan untuk muncul menerusi sebuah filem komedi.
“Filem ini benar-benar menguji kemampuan saya sebagai pelakon kerana skripnya itu agak berat selain saya diberi peluang untuk beraksi dengan nama-nama besar dalam Senario,” katanya.
Kongsi Konten di :
Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0416&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3o7kTYMMV
Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
| |
|