CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
 Author| Post time 13-8-2022 07:13 PM | Show all posts

terpaksa tahan ailio aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-8-2022 06:11 PM
saya kena pantang buat masa ni makan buah masam

Ooo...asid kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-8-2022 06:13 PM
terpaksa tahan ailio aje

Xleh gak eskrem?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-8-2022 06:12 PM
saya pula dah terkena. dugaan kesihatan tahun 2022.

Sabo je le
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2022 07:13 PM | Show all posts
seribulan replied at 13-8-2022 10:29 AM
Ada dua bungkus lagi...frozenkan...batuk elok kot mkn eskrem

tadi baru makan aiskrim vanila lepas lunch.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2022 07:14 PM | Show all posts
seribulan replied at 13-8-2022 10:30 AM
Saya sayang food...telan je

ada mee tu kacau rasa lah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-8-2022 06:13 PM
tadi baru makan aiskrim vanila lepas lunch.

Bagus kot utk tekak mkn McD choco dip tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-8-2022 06:14 PM
ada mee tu kacau rasa lah!

Memang pun...mkn last2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 04:55 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 09:40 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:13 PM | Show all posts
Kenyataan Media KPK 15 Ogos 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 32 (7 Julai – 13 Ogos 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON AUGUST 15, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 32 TAHUN 2022
(7 OGOS – 13 OGOS 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 penduduk pada ME 32/2022 berbanding ME 31/2022 adalah seperti berikut (Rajah 1);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 5.3 peratus; manakala;
  • Pesakit kategori 3, 4 dan 5 meningkat sebanyak 11.4 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 32/2022 berbanding ME 31/2022 (Rajah 2) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal meningkat sebanyak 1 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 2 peratus; dan
  • Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), meningkat sebanyak 1 peratus.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.3 peratus (Rajah 3) pada ME 32/2022 berbanding ME 31/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan peningkatan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 31/2022 dan ME 32/2022 (Rajah 4):
  • Jumlah kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 3.9 peratus (13,238 kes kepada 13,757 kes);
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 2.1 peratus (7,369 kes kepada 7,523); dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 66.4 peratus (220 kes kepada 366 kes).

Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 32/2022 ianya turun 5.5 peratus berbanding pada akhir ME 31/2022 (dari 66,182 kes kepada 62,516 kes); seperti di Rajah 5:

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 13 Ogos 2022 (ME 32/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 4,732,502;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,651,820 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,080 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,051 kluster (kluster aktif: 26 kluster).
Perbandingan antara ME 31/2022 dan ME 32/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 32/2022 meningkat sebanyak 1.1 peratus (28,604 kes kepada 28,905 kes) Rajah 6;
  • Bilangan kes baharu pada ME 32/2022 menurun sebanyak 6.6 peratus (28,554 kes kepada 26,678 kes) Rajah 7;
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 6.5 peratus (28,499 kes kepada 26,656 kes); dan
    • Bilangan kes import menurunsebanyak 60.0 peratus (55 kes kepada 22 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 32/2022 statik sebanyak 60 kes.
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 32/2022 adalah 44,706 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.7 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 8).



NILAI RT
Purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 2.0 peratus pada ME 32/2022 berbanding ME 31/2022 (Rajah 9).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 32/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 143 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 18.6 peratus pada ME 32/2022 (Rajah 10); dan
  • Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif kekal 0 peratus pada ME 32/2022 (Rajah 11).


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
15 Ogos 2022 @ 11.00 pagi.








Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 07:50 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 08:20 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:31 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 06:53 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 04:25 PM | Show all posts
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 318 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 386,507. Sebanyak dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu satu (1)
kes di Kota Kinabalu dan satu (1) lagi kes di Papar. Bilangan kematian ini tidak
semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa
untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan
kepada keluarga yang terlibat.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 246 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 377,153 orang. Manakala 274 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 264 orang di hospital dan 10 orang di Pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam. Bilangan pesakit yang memerlukan
penjagaan kritikal ialah 19 iaitu 17 orang di ICU/repurposed kritikal care dan dua (2)
orang di open ward (HDW/kubikel akut) manakala lapan (8) orang lagi memerlukan alat
bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Angka jangkitan baharu melonjak naik melepasi paras 300 dengan 318 kes
baharu, peningkatan 45 kes berbanding jumlah kelmarin.
b. Kedaan tidak banyak berubah daripada kedudukan sebelumnya dengan kadar
penularan masih berada pada tahap yang tinggi. Peningkatan besar jumlah
jangkitan baharu adalah sejajar dengan pertambahan jumlah sampel ujian,
daripada 2,835 kelmarin kepada 3,291 hari ini. Kadar positiviti hari ini iaitu
10.39% adalah lebih rendah daripada 11.36% kelmarin.
c. Lebih banyak daerah mencatatkan pertambahan kes harian dengan sembilan (9)
daerah merekodkan jangkitan dua (2) angka. Antaranya ialah Kota Kinabalu 85
kes (-8), Sandakan 38 kes (+21), Tawau 31 kes (+2), Penampang 23 kes (-4),
Tuaran 23 kes (+15) dan Putatan 22 kes (-5). Hanya tiga (3) daerah tidak
mencatatkan sebarang jangkitan baharu hari ini.
d. Sebanyak 312 daripada 318 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2, serta masing-masing tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan
Kategori 5.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 970 unit.
Hospital 932 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 28.25%.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 06:40 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 05:03 PM | Show all posts

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 281 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 386,788.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 294 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 377,447 orang. Manakala 273 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 264 orang di hospital dan sembilan (9) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 18 iaitu 16 orang di ICU/repurposed kritikal care dan dua (2) orang di open ward (HDW/kubikel akut) manakala sembilan (9) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Jumlah jangkitan hari ini berkurangan sebanyak 37 kes berbanding jumlah kelmarin dengan 281 kes baharu.
b. Jumlah sampel ujian yang lebih rendah hari ini serta kadar positiviti yang menurun membantu mengurangkan kes positif harian. Kelmarin jumlah sampel ujian ialah 3,291 dengan kadar positiviti 10.39%, hari ini jumah tersebut berkurangan kepada 3,088 dengan kadar positiviti 10.04% .
c. Secara keseluruhan, 16 daerah merekodkan penyusutan kes baharu berbanding hanya empat (4) daerah yang merekodkan peningkatan. Kota Kinabalu kembali mencatatkan jangkitan tiga (3) angka dengan 105 kes (+20). Enam (6) daerah lain mencatatkan jangkitan dua (2) angka yang didahului oleh Sandakan dengan 36 kes (-2), Penampang 26 kes (+3), Tawau 25 kes (-6), Tuaran 20 kes (-3), Putatan 15 kes (-7) dan Papar 12 kes (-3). Tujuh (7) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.
d. Sebanyak 280 daripada 281 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta satu (1) kes dalam Kategori 3.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 970 unit. Hospital 932 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 28.25%.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2022 10:54 AM | Show all posts

ya..ikutkan jeruk tu lah salah satu makanan kegemaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2022 10:56 AM | Show all posts

aiskrim boleh makan. makanan berminyak, bergoreng, pedas dan masam tak boleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 6.129414 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list