CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juragan_malam

Aku..........sangat misteri! (versi 2) Yok Nyambung...Seng Tenan!

  [Copy link]
Post time 31-5-2012 10:42 AM | Show all posts
Reply 1257# juragan_malam


   lama bebenor dah ni xdak cete..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2012 11:53 AM | Show all posts
Reply 1258# juragan_malam


    heheheh... bos bagitau owner asal marah sbb kitaorg guna jadi props masa pameran hantu dulu (ni bos lain yg punye keje)...bos plak terus jatuh sakit xleh jalan lumpuh kejap...last2 minta ada sorang ustz ni anta balik... masa first bw balik ke HQ sepasang yg kecik kena tinggal kat sabak sbb xnk ikut... xtau sbb apa bos yg ckp aaa... kitaorg ikut jer arahan... kalo ada sesapa yg gi pameran tu awal2 diorama kaw perkuburan dan dlm kete waksegan kuning dlm pameran tu guna batu nesan asal dr BNO tu... alih2 pertengahan pameran diaorg dah tukar... sbb kena anta blk... wak jue antu susu tu mengganas kat daerah tu jer kan xder melangkaui sempadan daerah lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 12:12 PM | Show all posts
salam kak nurul..chat ke ari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 12:38 PM | Show all posts
Wah ... thread ni idup balik
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 06:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by key89 at 31-5-2012 18:23

horray!! bernafas lagi thread ni.. baru je nak sedekah fatihah sekali lagi kat thread ni, nasib baik hidup lagi ke benang ni dah mati, hidup balik?dah jadi thread zombieee?? adoi, misteri misteri.


p/s: kak nurul apa khabar? sihat? mesti sedang menunggu masa ahli keluarga baru bertambah ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2012 08:49 PM | Show all posts

Aku..........sangat misteri! (versi 2)PENGUMUMAN PENTING..04/10/2011

Reply 1265# key89


    Alhamdulillah semua waras...mmg tgh tunggu lg sorang ni, due lepas raya kot...

Biasanya hantu susu ni akan merayau 1 malaya...biasala nak dekat2 puasa ni, semua dah panas bontot x tau nak lari p mana...haha so kena la tunjuk muka sekejap bg promote sebelum kena ikat..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2012 08:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by key89 at 1-6-2012 03:29

Reply 1266# juragan_malam


    Tangkap la sekor dua hantu susu tu. boleh jimat duit xyah beli susu tepung untuk baby baru hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2012 10:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by juragan_malam at 5-6-2012 00:32

Reply 1267# key89


    Eloknya aku tangkap bagi kat ko je, pernah dengar x pasal hantu susu? Dia akan datang dari rumah ke rumah atau mengaco kat bus stop yg agak sunyi, MO hantu susu, anak yg di gendong akan menangis dan merengek2 mcm baby yg kelaparan susu. Si ibu yg berwajah melayu exotic akan bertanyakan kepada mangsa, " anak saya lapar, naak susu" bila mangsa tengok baby yg menangis tu rupanya cuma seketul batu nesan..pastu muka mak dia pun bertukar jadi huduh..

Cara dia travel senang je, cthnya dia mengganas dikampung A, kebetulan ada si pulan nak  kampung B, hantu susu ni akan minta tumpang ngan si pulan dengan cara menggunakan nama kenalan atau sedara si pulan yag ada di sana...

So basically,hantu susu ni x de nak produce susu atau bagi susu kat sapa2... .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 10:15 AM | Show all posts
Reply 1268# juragan_malam

thnx wak.. wa pong dah x ingat pasal antu susu neh.. lama dah rasanya x dengor pasal neh..
errr... cete wak.. cete.. penat la tunggu cete baru..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 04:26 PM | Show all posts
Reply 1268# juragan_malam


    O gitu ye? sorry la wak jue kalau terasa. Takde pun niat nak buat wak jue terasa hati.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:20 PM | Show all posts
alhamdulillah..wak jue and nurul dah start semula bercerita. terhibur hati menunggu cerita baru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 03:10 AM | Show all posts
wallah! sangkeng suwi orak melebu, wes kelalen kepiye nak arek ngepost. Kabeh kok podo lain, pangling tenan aku!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 03:11 AM | Show all posts

RE: Aku..........sangat misteri! (versi 2) Yok Nyambung...

Macam malam-malam biasa, setelah berhempas pulas menyiapkan barang dagangan. Aku duduk menenangkan perasaan kat luar bertemankan en. L&M Menthol dengan cuaca yang dingin sejuk lepas hujan sepanjang sore. Wife ngan anak-anak dah lama lena diulit mimpi. Mimpi….dah lama rasanya aku tak didatangi dengan apa-apa mimpi yang indah penuh seribu makna. Rasa kosong, tidur tak bermakna..ada la juga 2-3 mimpi bodoh-bodoh yqng sudi menyinggah tapi langsung tak boleh diiktiraf dengan apa-apa pengiktirafan pun.

Mungkin juga la sebab dah kurang melakukan amalan-amalan lazim sebelum tidur, 1 sebab terlalu penat, 2 sebab terlaluuuuuuuu penat… Kadang-kadang buat tak sampai sekerat jalan dah kebabom sampai Afrika Selatan. Malam ni aku nekad, aku berharap untuk dikunjungi mimpi yang indah dihiasi dengan seribu makna. Selesai 2-3 batang, aku naik atas untuk melunaskan solat isyak…pergh! Solat isyak jam 2.30am…terbaeeek! bak kata BoboiBoy..layan gile tengok BoboiBoy setiap hari Ahad, time Maghrib lak tu..solat antara iklan..terbaeek! kompom menjawab esok kat sana.


Selesai solat Isyak, aku sambung ngan…Allah! Amalan yang ringan-ringan tu. Dalam usaha untuk mengenal siapa aku dan siapa aku dalam aku yang berahsia diantara rahsia aku tu. Tak boleh nak olah sangat sebab persepsi orang mungkin berbeza-beza…tau-tau sudah! Hahhahaha..


Jam sudah kul 3.45am, baik sambung buat tahajud ke, witir ke…terbaeek! Sebab jin dah lapor asap, pekena sebatang lagi. Bertenggeklah aku kat tepi tingkap tu sambil berkata dalam hati, mampuih kalau wife tau aku smoke dalam bilik ni. Smoking area adalah dalam jamban sahaja! Aku tertanya-tanya, kenapa masa aku buat semua tapi aku rasa macam takde ‘feel’? sebab aku desperate ke? Sebab aku tergopoh-gapah ke? Sebab aku terlalu berharap ke? Semua jadi persoalan…kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Aku rasa aku buat ikhlas tapi macammana nak ukur keikhlasan tu? Ke aku buat tak tertib? Wallahu’alam..tapi aku rasa macam tak kesampaian.

Teringat pulak kat kata-kata Sang Pendita ni, “ Mbangun masjid kuwi ditoto niate, ojo pingin apik mesjide, rusuh atine, rusuh dunyo brononr, rusuh lakune. Najis tangane, najis motone, najis tutuke..” Ternyata aku dah semakin lari dari landasan..damn!
Bila hati dah rasa down macam tu..aku amik keputusan untuk tidur je. Buat amal jariah sikit sebelum tidur, sedekah apa yang patut pada yang telah lama pergi…makin lama diaorang dah takde, makin kurang ingatan kita pada mereka. Jadi sedekah-sedekah dan kiriman tulus ikhlas ni la yang jadi penyambung, penguat dan pengikat kenangan teramat indah masa bersama-sama dulu.

Dan pagi tu aku bangun bersama sayup-sayup laungan azan Subuh dari surau jumaat taman sebelah dengan senyuman indah terukir dibibir dengan air mata turun berjuraian macam air hujan kat luar tingkap tu…Syukur Alhamdulillah aku dapat menatap kembali wajah-wajah yang paling aku saying wlaupun sekadar dalam mimpi…tak sama pun kalau tengok kat gambar….semoga kalian bahagia dan dicucuri rahmat dari Yang Esa di alam sana..

Al-fatihah untuk Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para tabiin, muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, khasnya untuk arwah ibu ku, abang ku, anak ku, datuk-datuk serta nenek-nenek ku dan untuk rohani ku, isteri serta anak-anak ku…

Al- Fatihah….


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 03:33 AM | Show all posts
as-salam. lama tak nampak thrad ni diupdate. TT sekeluarga  apa khabar? Sekarang masih sibuk ke? Kalau dah tak sibuk boleh tak tolong share 1 @ 2 cerita kalau ada? lama tak dengar cerita pasal TT n wife serta atromen adik beradik.kalau sibuk, takpe la mungkin lain kali tunggu nanti dah tak sibuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 03:42 AM | Show all posts
key89 posted on 7-12-2012 03:33 AM
as-salam. lama tak nampak thrad ni diupdate. TT sekeluarga  apa khabar? Sekarang masih sibuk ke? Kal ...

salamun alaikum, memang betul dh lama..tadi masa nak post pun terkial2 sampai senget2 otak blur sbb lupa camner nak post kat benang sendiri, kalu nak menegakkan benang basah tu senang je pulak..

tapi InsyaAllah gue akan cuba mencuri masa untuk mengepost cerita2 lain yang lama dah terpendam, kalau lupa tu kira lupa la....hahhahaha...

dan Alhamdulillah semua sihat, cuma si khalil ni demam pulak lepas kena cucuk 18 bln...sian! tapi aku yang terseksa dalam bilik cucuk tu tau! hahhahhahhha....demi anak aku sanggup mengenepikan perasaan fobia kronik aku sekejap...terbaeek la!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 04:53 AM | Show all posts

Ojo kesambet...

Bila suara itu halus….suara halus atau suara yang halus lunak dan merdu? Bukan….bukan yang itu dan itu! Ni suara-suara bisikan yang halus, yang selalu buat orang sasau jadi jiwa kacau!



Jahat ni setan ni! Main bisik-bisik pulak….ada bran duk sembang kat mamak la jom!



Pergh! Dasyat ko juragan, berani cabar-cabar gue…dah lama x kena sampuk nampak?



Leks la, aku bukan nak cabar ko tapi cara ko tu x kena! Ini main kasar namanya..kasar ke halus? Ko kan makhluk halus..dasyat ko! Time orang nak melayan belaian jiwa ko pulak masuk kacau daun! Nyah ko!



Ko la rileks! Tadi ko bukan ke dok panggil aku, seru aku…xkan aku nak tetiba nyangkung kat depan ko? Kang kena heart attack, aku gak yg kena tuduh membunuh tanpa niat!



Siak lu! Bila masa lak gue panggil lu? Ko check balik call log aku tu…xdenya aku nak terdial ke tertekan ke, paling koman pun aku hantar ko p dalam jurang lautan dalam tu..ceh!



Betul la, kalu ko x panggil aku..xdenya aku nak nunjuk-nunjuk macam ni. Cuba ko ingat betul-betul…ko yang panggil aku dari tadi..eh! tadi apanya dah 3 hari 3 malam ko panggil aku. Mula-mula aku konpius gak apasal tetiba ko panggil aku tapi ni dah malam ke3..baik aku tanya ko straight to the point. Ko nak apa sebenarnya ni? Ko tau kan…kalu aku datang aku nak upah, xde upah aku x nak balik!



Apa upah-upah? Ko ingat ko makan gaji ngan aku ke? Series aku tak panggil ko, xde maknanya aku nak panggil ko no class punya jin!



Eleh! Time susah-susah ko nak scan barang tu, scan barang ni ko panggil aku gak kan? Toksah poyo la juragan.



Eh! Ungkit nampak? Kata tolong ikhlas…ko kena ikut law, kang hangus terbakar baru tau. Dah la habis minyak wangi aku ko kerjakan, sampai dah jadi bau macam taik minyak. Apasal ko tak pergi ‘sana’? jangankan sebotol, sebeladi pun ko boleh hirup sampai kenyang. Kata terrer…



Alon-alon juragan, aku tau mana ikat mana simpul janji aku ngan ko. Bukan aku sorang je yang belasah minyak ko tu, ramai lagi yang ko terlepas pandang. Lagi pun jangan harap la aku nak kesana…passport dah expired semua sebab geng-geng ko la! nek seng jengenane menuso, piro suwine urip nang dunyo? sekabehane ora sempurno.



Ai! Marah nampak? Leks la…abang adik kakak ko semua tengah bersenang lenang dalam botol tu…ko nak risau apa? Free lodging tu…x yah bayar sewa bulan-bulan pun. Ko sekor kat luar ni pun dah kira masalah besar, inikan pula kalau 1 family terlepas. Ko buat la macam2 kang terbakar..dah tak boleh jumpa diaorang lagi. Tu la soh convert tak nak…



Convert? Sedangkan yang nak mengconvertkan pun jalan x betul…hahahaha…datuk kepada datuk aku pun x convert. Jalan datuk2 aku dah cukup sempurna…buat apa je yang kitaorang suka. Korang je yang selalu kacau kami, dari jaman tok adam dulu korang yang suka kacau kami…



Ceh! Macam la ko belajar sejarah sangat…soh cari hang tuah pun tak jumpa! Tahniah la kat datuk kepada datuk ko yang x convert tu..padanla bapak ko mati terbakar!



Sudah la! Aku nak balik! Tapi ingat kalau botol tu dah jadi air, ko lepaskan adik beradik aku!



Boleh je…..kalu mata ko boleh kuarkan laser macam superman, kalu tak ko dok la tenung depan botol tu sampai ada bom atom meletup kat Tanah Mblayu ni..sengal ubi!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 08:17 AM | Show all posts
wak jue dah kembalii... huhuhu...


mmg botoi di atas ke... sekadar gambo hiasan tue?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 10:28 AM | Show all posts
BabeYSHa posted on 7-12-2012 08:17 AM
wak jue dah kembalii... huhuhu...

hahaha..bicha! sihat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 11:05 AM | Show all posts
juragan_malam posted on 7-12-2012 10:28 AM
hahaha..bicha! sihat ke?

mcmnehlaaa... makin sehat... hehehe.....

kungsi2 la lagi citer baru.. citer kak ponti ke.. omni ke.. tkder ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 11:18 AM | Show all posts
juragan_malam posted on 7-12-2012 04:53 AM
Bila suara itu halus….suara halus atau suara yang halus lunak dan merdu? Bukan….bukan yang itu dan ...

welkembek wak ju

tak sabar nak baca lagik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046895 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list