Post time 15-5-2022 01:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Di Instagram, Amyra Rosli(pelakon) kongsi keadaan anaknya yang alami Penyakit Kawasaki. Ada ibubapa minta saya terangkan tentang penyakit ini.
Penyakit Kawasaki adalah sindrom keradangan salur darah di seluruh tubuh, dan ia lazimnya berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
Punca utama penyakit ini masih tidak diketahui, tetapi ia dikaitkan dengan pengaktifan respon imuniti susulan sesuatu jangkitan.
Penyakit Kawasaki ini tidak berjangkit.
Pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya bermula dengan demam tinggi yang berterusan selama 5 hari, atau lebih. Selain itu terdapat gejala-gejala berikut:
◾Mata merah(konjunktivitis)
◾Bibir merah, bengkak dan kering
◾Lidah merah (strawberry tongue)
◾Tangan serta kaki merah dan mengelupas
◾Ruam merah di seluruh badan
◾Bengkak nodus limfa di leher
Penyakit ini boleh membawa komplikasi yang membimbangkan. Keradangan arteri yang membawa darah ke jantung boleh berlaku, dan boleh menyebabkan aneurisma*.
Komplikasi lain adalah: kerangan selaput jantung(perikarditis), injap jantung (valvulitis), sendi(arthritis), dan selaput otak serta saraf tunjang(meningitis).
Komplikasi-komplikasi ini dapat dielakkan jika pesakit mendapat rawatan awal.
Rawatan untuk penyakit adalah infusi immunoglobulin melalui intravena(IVIG). Immunoglobulin adalah antibodi yang diekstrak dari darah manusia(penderma darah).
Selain itu, pesakit Kawasaki juga diberi ubat aspirin(asid salisilik) untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
Lazimnya kanak-kanak yang hidapi penyakit Kawasaki akan pulih selepas 4-8 minggu. Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan, boleh pulih tanpa komplikasi serius.
Nota Ringkas Penyakit Kawasaki:
◾Kawasaki lazimnya berlaku pada kanak-kanak bawah 5 tahun.
◾Gejala: demam >5 hari, merah mata, ruam seluruh badan, lidah merah, bengkak kelenjar.
◾Rawatan: transfusi immunoglobulin(IVIG), dan aspirin(asid salisilik)
◾Pemulihan dalam masa 4-8 minggu. Rawatan awal dapat elak komplikasi.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan