CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 34

 Close [Copy link]
Post time 13-4-2021 03:22 PM | Show all posts

Saka berbuka apeeeeee

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-4-2021 03:22 PM
Saka berbuka apeeeeee

Sb duk mana tu? Outstation ke? Kaben masak gulai ikan masin nenas kot. Lepas tu goreng ayam? Sb masak apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 03:53 PM | Show all posts
kuihbakar replied at 13-4-2021 02:47 PM
Sb duk mana tu? Outstation ke? Kaben masak gulai ikan masin nenas kot. Lepas tu goreng ayam? Sb ma ...

Belum lagi outstation...JJCM...tunjuk2 je biasa cari ayo nyo, pecal, bubur lambuk dan murtabak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-4-2021 03:16 PM
Saya suka buka bubur lambuk @ moi sup...

Wahh lama x mkn bubur lambuk..since pkp
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
.    .    .    .   .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 13-4-2021 03:35 PM
Wahh lama x mkn bubur lambuk..since pkp

Tu le... borong utk IFTAR + sahur nasi daging goreng, laksa, kari kepala ikan merah, gulai lemak daging / ayo soya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-4-2021 04:38 PM
Tu le... borong utk IFTAR + sahur nasi daging goreng, laksa, kari kepala ikan merah, gulai lemak d ...

Bnyknya kak sb borong..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 13-4-2021 03:41 PM
Bnyknya kak sb borong..

Sampai sahur tu borong pe tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-4-2021 04:43 PM
Sampai sahur tu  borong pe tu?

tak borong apa2 pun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 13-4-2021 06:40 PM
Salam 1 ramadhan,selesai faraid utk selimut tetangga....esok buat cara maneh pulak kita....

faveret ni.. selamat berbuka semua!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya buat kuih ni belajar tadi.. senang aje rupanya... cuma x berapa nak lawa

@Scheherazade

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 12-4-2021 10:48 PM
Amin ya Rabbal Alamin

Selamat Berbuka kaben. Seronok tak dapat sambut ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 13-4-2021 12:17 AM
Haah dlu ada gak berlakon.. now xsure la.. epul tu mmg suara sedap. Kira ok menang

oh dia menang... final ke? btw selamat berbuka babe
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 13-4-2021 04:26 PM
tak borong apa2 pun..

Utk Iftar? Selamat berbuka...hujan lebat ni...nyaman
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 13-4-2021 05:40 PM
Salam 1 ramadhan,selesai faraid utk selimut tetangga....esok buat cara maneh pulak kita....

Sedap tu ni iftar nasi daging & kari kepala ikan...jus oren...slmt Iftar...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 07:08 PM | Show all posts
From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Akhbar KPK 13 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 13, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 APRIL 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 1,290 kes (346,295 kes kumulatif, 95.2%);
  • Kes baharu : 1,767 kes (363,940 kes kumulatif);
  • Kes import : 9kes (2 warganegara, 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 1,758 kes [1,508 warganegara (85.8%); 250 bukan warganegara (14.2%)];
  • Kes aktif : 16,300 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 199 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 82 kes;dan
  • Kes kematian : 12 kes (1,345 kes kumulatif, 0.37%; 12 warganegara).
Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607kes (34.4peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 319 kes (52.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 483 kes (27.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 133 kes (7.5 peratus).
Sebanyak 21 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (7 kes), dan Kluster Telok Mas (3 kes).
Terdapat 12 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Sarawak, tiga (3) kes di Selangor, dan satu (1) kes di Terengganu. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 13 April 2021:
  • Jumlah kluster : 1,478kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,134 kluster (termasuk10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sekerat, Kluster Jalan Taiping, Kluster Tapak Bina Meha, Kluster Jalan Nusa Mega, Kluster Cyber 72, Kluster Jalan Industri Tiga Pontian, Kluster Taman Alam, Kluster Tapak Bina Bukit Kiara, Kluster Buloh, dan Kluster Pasai);
  • Jumlah kluster aktif : 344 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 62 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (137 kes), Kluster Jalan Puncak Borneo (60 kes), dan Kluster Jalan Bambangan (47 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 9 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, masing-masing satu (1) kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Puncak BorneoSarawakTempat Kerja
2Jalan Raja LautWP Kuala LumpurTempat Kerja
3Jalan HishamuddinWP Kuala LumpurTempat Kerja
4Lebuh WawasanWP PutrajayaTempat Kerja
5TabanakSabahKomuniti
6Kampung GayangSabahKomuniti
7Taman Malim JayaMelakaKomuniti
8Jalan Bukit BelidaNegeri SembilanKeagamaan
9Jalan SallehJohorPusat tahanan
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 April 2021 @ 5.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 13 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR483 (3)120,841
SABAH11756,023
JOHOR7442,442
WP KUALA LUMPUR133 (6)39,114
SARAWAK60720,959
PULAU PINANG9217,767
NEGERI SEMBILAN2917,646
PERAK3613,828
KEDAH398,892
KELANTAN  1037,280
MELAKA176,791
PAHANG144,566
TERENGGANU133,792
WP LABUAN32,414
WP PUTRAJAYA71,246
PERLIS0339
JUMLAH KESELURUHAN1,767 (9)363,940
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,767 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 April 2021 adalah seperti berikut:
  • Sarawak: 607 kes
    • 174 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puncak Borneo;
    • 145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 288 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 483 kes
    • 168 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 217 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 133 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Raja Laut dan Kluster Jalan Hishamuddin;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 117 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tabanak dan Kluster Kampung Gayang;
    • 64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
  • Pulau Pinang: 92 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 74 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Salleh;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 103 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 39  kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 36 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 29 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Belidadan Kluster Lebuh Wawasan;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 17 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Malim Jaya; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 14 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lebuh Wawasan; dan
    • Lima (5) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 12 kes kematian pada 13 April 2021 adalah seperti berikut:
No.   KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1334SelangorPerempuan (WN)74Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1335SarawakLelaki (WN)66Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1336Selangor  Perempuan (WN)85Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
1337Selangor  Lelaki (WN)49 Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1338Sarawak  Perempuan (WN)67Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1339  Sarawak  Lelaki (WN)42Hospital SibuPenyakit darah tinggi, strok, dan deep vein thrombosis
1340SabahPerempuan (WN)75Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1341Sarawak  Perempuan (WN)37Hospital MiriSystemic Lupus Erythematosus
1342  Sabah  Perempuan (WN)88Jenazah dibawa ke Hospital Tawau  Penyakit asma
1343  Sabah  Perempuan (WN)81Jenazah dibawa ke Hospital KeningauPenyakit darah tinggi
1344  Sabah  Lelaki (WN)76Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
1345TerengganuPerempuan (WN)89Jenazah dibawa ke Hospital Hulu TerengganuDementia
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN PUNCAK BORNEO
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Puncak Borneo, Kuching. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN RAJA LAUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356489) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Raja Laut, Lembah Pantai. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN HISHAMUDDIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361396) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, Lembah Pantai. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di manasembilan (9)kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LEBUH WAWASAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355751) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya.   Sehingga 13 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TABANAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359696) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Kampung Tabanak, Lahad Datu. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG GAYANG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352360) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 28 Mac 2021 di Kampung Gayang, Tuaran. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 548 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN MALIM JAYA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362108) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Malim Jaya, Melaka. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN SALLEH
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Salleh, Muar. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN BUKIT BELIDA
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357128) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat keagamaan yang terletak di Jalan Bukit Belida 1, Seremban. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-4-2021 03:14 PM
Wah @KiahRonggeng88 gosip juara GV kat bod sinun...

Ada gocoh2 thread KR...katanya nick dia.. ...

Xbaca gossip kak kiah. Siapa OKG
Baru habis baca benang KR
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 13-4-2021 08:24 PM
Xbaca gossip kak kiah. Siapa OKG
Baru habis baca benang KR


Klu cam gg kalahkan Muss May...sahur pe?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 13-4-2021 06:01 AM
Lewat ya tido mlm td. Sama la pdhal plan nk tido awal, huhu. Tp xde la lewat smpai 1 pg, hehe

Tula..plan nk tdo pukul 10.. skali kne teman ank buat homework lewat gak tdo 12 lebih
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-4-2021 07:37 AM
Sekamat berpuasa...masak ke tunjuk Iftar? Saya cadang tunjuk je...kot jadi program JJCM dgn bff  ...

Alhamdulillah dah selesai Day 1.. td berbuka keypo msk nasi, ayam msk merah ank request, sup kambing dan asparagus stir fry..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 1.140946 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list