|
Reply #1279 chaoyunjie's post
kat situ leh kata tiap2 mlm ada tonomen |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1281 sonadid's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1286 puakaganas's post
saper yg ada bran tu leh ler daftar team korang kat contact person diatas |
|
|
|
|
|
|
|
x nak tubuh team CARI ke?
aku pn teringin gak nak join...heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chaoyunjie at 24-4-2009 12:08 PM
x nak tubuh team CARI ke?
aku pn teringin gak nak join...heheheh
encik chaoyunjie... hang baling slalu dapat bpe markah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1289 karambunai's post
sejak bila b'encik2 ngan aku nie..
average 170...highest stakat nie 219... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1290 chaoyunjie\ catat
wah tinggi nyer.... xjadi nak calen |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1291 karambunai\ catat
tahu takuttttt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1292 chaoyunjie\ catat
rasanya kalu aku calen gan ko.. gerenti ko xleh score tinggi2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1293 karambunai's post
klu berani..
jom arrrr!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Safiyah lakar sejarah
KUALA LUMPUR - Siti Safiyah Abdul Rahman (gambar) membuat penampilan sulung paling bersejarah apabila muncul pemain wanita tunggal Malaysia layak ke suku akhir Kejohanan Boling Ranking Masters Dunia di Naples, Itali, semalam.
Malah, remaja berusia 18 tahun itu yang hanya bertanding selepas beberapa pemain menarik diri merupakan satu-satunya wakil dari Asia yang akan berentap pada suku akhir hari ini.
Siti Safiyah, juara Terbuka Malaysia 2005 bagaimanapun bakal berdepan cabaran getir apabila menentang pemain ranking No. 1 Eropah, Patricia Luoto dari Jerman di suku akhir yang bakal berlangsung dalam tiga permainan.
Dua lagi pemain berpengalaman negara, Shalin Zulkifli dan Zandra Aziela Ibrahim gagal untuk memberi impak besar di Arena Boling Oltremare apabila menduduki tangga ke-10 dan 18.
Hanya lapan pemain terbaik selepas 24 permainan layak ke suku akhir dan Siti Safiyah menamatkan cabaran dengan menduduki tangga kedua menerusi 4,929 jatuhan pin - hanya enam pin di belakang pendahulu dari Belanda, Wendy Kok.
Rakan senegara Kok, Belanda, Ghislaine van der menamatkan kelayakan di tangga ketiga dengan 4,907 jatuhan pin, diikuti Nina Flack dari Sweden dengan 4,867 pin.
Tiga lagi tiket suku akhir menjadi milik pemain Jerman, Tina Hulsch (4,795) dan pemain adik-beradik dari Venezuela, Karen Marcano (4,793) dan Alicia Marcano (4,725).
Kejayaan Siti Safiyah ini turut mencerahkan peluangnya untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Las Vegas, 24 Julai hingga 2 Ogos ini.
Malaysia juga masih berpeluang untuk menempatkan wakil lelaki di suku akhir dengan naib juara tahun lalu, Zulmazran Zulkifli berada pada kedudukan yang baik untuk melayakkan diri.
Selepas tamat dua blok (16 permainan), juara Terbuka Malaysia itu menduduki tangga keempat dengan 3,499 jatuhan pin - 147 pin ditinggalkan pendahulu, Lucas Legnani dari Argentina.
Seorang lagi wakil negara, Alex Liew bagaimanapun berada pada kedudukan sukar untuk mencari tiket apabila sekadar menghuni tangga ke-17 dengan 373 pin di belakang pendahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
9 pin C Graded
Date : 4 May 2009 (Monday)
Venue : ASB @ BTS
Time : 10pm
Champion : RM500
Jackpot : RM500
Fee : RM60 (5 games)
Handicap : Men - 0 ; Ladies - 15
For more info call 03-21430900 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chaoyunjie at 24-4-2009 17:29
klu berani..
jom arrrr!!!
ah... nak main sama -
tapi chao mesti takut nak lawan saya ni
saya main tutup mata aje - 300 no hal, chao... lol -
ha - kalau main dengan saya ada undang2 pula -
siapa menang - dia kalah -
ada berani?
karam kata dia no hal -
jom kita main ramai2 -- best juga ni - |
|
|
|
|
|
|
|
Safiyah mula intai takhta dunia
SELEPAS kejayaan pada Kejohanan Boling Ranking Masters Dunia Ke-9 di Naples, Itali, Sabtu lepas, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman kini menyimpan hasrat untuk mencipta nama pada Kejoha- nan Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 25 Julai hingga 2 Ogos depan.
Menurutnya, dia akan mula berlatih dalam masa terdekat sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan di Las Vegas itu dan Kejohanan Terbuka Singapura yang akan bermula pada 26 Mei ini.
"Saya kini rasa lebih yakin dan harap mampu melakukan yang terbaik apabila beraksi di Las Vegas nanti," katanya sebaik tiba dari Itali di Lapa- ngan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam.
Siti Safiyah berkata, untuk layak ke kejohanan di Las Vegas, dia terlebih dahulu perlu membuktikan kemampuannya pada Kejohanan Terbuka Singapura.
Pemain berusia 18 tahun itu menjadi pemain wanita kedua yang berjaya memenangi gelaran Ranking Master Dunia setelah berjaya menewaskan Tina Hulsch dari Jerman.
SITI SAFIYAH (tengah) meraikan kejayaannya bersama
bapanya, Abdul Rahman dan ibunya, Fauziah Mokhtar.
Pemain pertama negara yang memenangi Ranking Dunia ialah Wendy Chai di Jakarta tahun lepas.
Siti Safiyah berkata, kemenangan tersebut cukup bermakna kerana keluarganya telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri sebanyak RM10,000 bagi menampung kos penginapan dan penerba- ngannya ke Itali.
Sementara itu, jurulatih boling kebangsaan, Holloway Cheah berkata, beliau perlu melihat prestasi Siti Safiyah pada Terbuka Singapura sebelum membuat keputusaan untuk menyenaraikan pemain itu ke Las Vegas nanti.
"Secara peribadi saya yakin bahawa dia layak untuk menyertai kejohanan tersebut, namun saya perlu lihat corak permainan dan prestasinya di Terbuka Singapura terlebih dahulu," katanya.
Enam lagi pemain boling negara yang dipilih ke Las Vegas ialah Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Sharon Koh, Choy Poh Lai, Wendy Chai, Sin Li Jane dan Zatil Iman Abdul Ghani.
********************************************************************************
adalah pelapis shalin nanti -
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1298 dexa\ catat
wow..
mata penuh tu....300
biar betik
ntah2 sapu longkang je...kuang3X
siap ada syarat lg..... |
|
|
|
|
|
|
|
adeh...
saper2 nak jual bola bowling kat area SABAH ni.. PUTATAN, PENAMPANG, PAPAR or KK ke...
berat 10 - 11
harga rm150 kebawah.. pm den...
mana nak cari bola bowling mudah di sabah eh~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|