|
~ISTANA MOYAN HARUM & OYEN~ Yuk kita moyan!!!!!!! jemput semua...
[Copy link]
|
|
jap dreamy carik balik e-mel tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1280 harumanisz's post
makin hari...makin buruk tok ti ni....tu la sapa suh kawen ngan org tua |
|
|
|
|
|
|
|
ni komen dari wartawan hiburan nama kakaktua.............
AGAK berat dan susah hati Kakak Tua hendak menyentuh pasal bab
> berfesyen ini. Tambahan pula yang hendak ditegur itu artis ternama dan
> yang menegur pula bak 'tunggul berhias.'
>
> Tapi niat di hati ini hanya sekadar menegur. Kalau baik penerimaannya,
> Alhamdulillah, kalau tidak terpulanglah. Lagipun bukan semua yang
> dicakap oleh Kakak Tua ini diambil berat.
>
> Lagipun, takut pula orang berkata...Tepuk dada tanya selera. Badan
> kita, duitpun kita punya. Orang lain hanya menjatuhkan bibir atas dan
> bawah - Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa!
>
> Namun sebagai orang lama, bila ada yang menyindir dan membuat jenaka
> cara berpakaian Datuk Siti Nurhaliza ketika pelancaran album
> terbarunya baru-baru ini, tak sanggup rasanya telinga ini mendengar
> kata-kata kurang enak yang dilontarkan.
>
> Benarlah kata orang tua, bunga yang harum itu ada juga durinya.
>
> Ketika rakan sekerja memberi komen..."Siti telah melakukan satu
> jenayah fesyen," hati tua ini terus nekad untuk menegur bukan sekadar
> Siti saja tetapi pereka fesyen Riezman Ruzaini yang langsung tidak
> memberi nasihat kepada Siti agar melupakan niatnya untuk berpakaian
> begitu.
>
> Siti telah melakukan satu 'jenayah fesyen'?
>
> Sebenarnya ramai juga artis kita yang pernah melakukan 'jenayah
> fesyen'
> seperti Siti dan ada pula tu yang sanggup membayar ribuan ringgit
> untuk khidmat pereka fesyen profesional agar keterampilan kelihatan
> lebih anggun.
>
> Namun kadang kala, pereka fesyen yang diharapkan itu bersikap seperti
> 'Tikus baiki labu' dan memandai-mandai seperti 'Siuntut dipakaikan
> gelang'.
>
> Maka berjalanlah sidang akhbar yang dinanti-nantikan itu dalam suasana
> yang meriah. Bertambah 'meriah' apabila ramai hadirin bagai terpaku
> melihat busana yang melekat di badan montok Siti.
>
> Ramai hanya mampu berkata dalam hati, kenapa dan mengapa Siti sanggup
> bertukar 'imej' buruk, yang sakit di mata itu. Tapi hadirin yang
> berhemah mengambil sikap diam dan lihat termasuk wartawan yang bagai
> 'terkunci mulut' bila melihat 'kehebatan' Siti yang sudah banyak
> berubah sejak kebelakangan ini.
>
> Orang kata ukur baju di badan sendiri. Agaknya Siti alpa yang paras
> rupa dan kemontokan badannya tidak memungkinkan dia berpakaian
> seumpama itu. Kalau model atau artis tinggi lampai seperti Nasha Aziz,
> Erra Fazira atau Aleeza Kassim mungkin sesuai mengenakan busana yang
> dicipta itu.
>
> Sudahlah seluar ketat dipadankan dengan tali pinggang mencecah atas
> pinggang, disambut pula dengan serkup kepala berselendang lace. Cukup
> tidak sempurna jodohnya.
>
> Serkup kepala begitu memang menarik dan akan kelihatan ranggi dan
> moden seandai pemakainya berwajah bujur sirih dan runcing dan bukan
> bulat macam bulan purnama.
>
> Wajah manis Siti sebelum ini belum pernah lagi 'tercemar' dengan
> busana sejelek ini.
>
> Potongan wajah 'babyface' seperti Siti tidak sesuai, tambah pula bila
> litup kepala disengetkan sedemikian rupa. Timbul pula rasa kasihan di
> hati kerana tiada seorangpun dalam hidup Siti, baik suami, kakak
> mahupun kakak ipar yang berani menegurnya.
>
> Bila kita berpakaian bagai nangka masak menyasak sarung, yang menjadi
> bahan ketawanya kita. Alangkah tragisnya bila orang yang ditertawakan
> itu adalah idola satu Malaysia.
>
> Wajah manis Siti sebelum ini belum pernah lagi 'tercemar' dengan
> busana sejelek ini. Selama ini, Siti cukup berhati-hati bila memilih
> pakaian yang akan disarungkan ke badannya. Walau pernah dilabel
> 'kampung' atau konservatif, semua fesyennya molek dan berkenan di
> mata.
>
> Tapi sejak akhir-akhir ini, Siti mula berani 'berfesyen' dan kelihatan
> agak seksi kerana badan yang langsing bertukar montok dan wajah comel
> lebih berisi.
>
> Penampilan 'seksi' mahupun 'berisi' yang selalu disebut-sebut oleh
> rakan wartawan sebenarnya terkandung banyak subteks
> - yang tidak mampu
> terucap dengan kata-kata. Adat orang kita menjaga hati agar tidak
> tersinggung. Bagus juga sikap yang diambil oleh ini.
>
> Cuma jangan menjadikan kebiasaan kerana kesedapan begini hanya akan
> membuat artis itu terpana dan terpesona sehingga mengambil sikap 'aku
> hebat'.
>
>
|
|
|
|
|
|
|
|
dreaaaaammmmmmmmmyyyyyyyyyyyyyyyyyy  |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi...........
> Maka jadilah seperti hikayat dongeng "The Emperor and his New
> Clothes'.
> Yang mana akhir-akhir sekali apabila semua tertawakannya, barulah si
> Maharaja sedar yang dia telah menjadi bahan lawak oleh sebab sikap
> angkuhnya sendiri dan tiada seorangpun disekelilingnya yang berani
> memberi teguran.
>
> Bila sudah jadi begini, bukan semua yang dikritik itu akan menyalahkan
> diri sendiri kerana ketaksuban ingin dilihat hebat dan menawan.
> Selalunya, 'muka yang buruk tapi cermin yang dibelah.' Harap-harap
> Siti tidak begitu.
>
> Tapi jangan pula dicontohi sikap pengacara Linda Onn, sanggup tidak
> turun padang menjalankan tugas yang sepatutnya mengharumkan negara,
> kerana angkara sehelai baju 'glamour' yang dianggap tidak sesuai,
> kononnya ketat dan begitu seksi. Wallahualam!
>
> KAKAK TUA: Selalu terima kebenaran kerana tak sanggup 'Kata yang benar
> di tidakkan, rahmat Tuhan dilarikan'
>
|
|
|
|
|
|
|
|
jenayah fesyen melampau wehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by raudah at 14-12-2007 01:33 PM 
jenayah fesyen melampau wehhh
tu aarr...wartawan ni bila tulis sesedap rasa ajer,...klu yg dia minat yg 30% balut kain pun tak per...hihihihih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dreamy_forest at 14-12-2007 01:31 PM 
ni komen dari wartawan hiburan nama kakaktua.............
AGAK berat dan susah hati Kakak Tua hendak menyentuh pasal bab
> berfesyen ini. Tambahan pula yang hendak ditegur itu artis ternama ...
memang betul pon ape yang kakak tua tue tulis.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by raudah at 14-12-2007 01:35 PM 
same wehhhhh esok wa pree giler babasssss
esok ko kijer tak???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|