|
walawey best best  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1424 khaly's post
Alahaiiii..what can I say? |
|
|
|
|
|
|
|
zety tak tahu dah ada ke belum buku ni punya sinopsis di sini
NOVEL TERBARU 'BULAN BERBISIK' KINI SUDAH BERADA DI PASARAN PERNAHKAH anda mendengar penulis yang bernama Shamsiah Mohd. Nor? Untuk pertama kalinya, beliau mengabadikan karya bersama Alaf 21. Dapatkan segera novelnya yang bertajuk 'Bulan Berbisik' di kedai-kedai buku sekarang.
BULAN BERBISIK memaparkan perjuangan dua orang wanita. Pertama: Seorang isteri bernama Khadijah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua: Seorang gadis mualaf bernama Aima Adawiyah yang mencari erti sebuah kehidupan baru..
Khadijah seorang isteri yang sangat setia telah secara tidak sengaja terbaca e-mel-e-mel cinta suaminya (Khaled Irfan) pada Aima. Sejak kecil, Aima (Wong Ai Leen) dibayangi oleh idolanya iaitu Andak Rabiah yang selalu membacakan syair Rabiah al-Adawiyah. Dia mengenali agama Islam daripada Andak Rabiah dan berusaha untuk memeluk agama tersebut apabila dewasa.
Namun, dalam pencariannya dia telah terperangkap secara tidak sengaja dalam retorik cinta mainan Khaled Irfan.
Khadijah pula dalam usaha menyelongkar kcurangan suami, terpikat dengan syair-syair nukilan Rabiah al-Adawiyah yang dikirimkan oleh Aima kepada Khaled. Pun begitu, parah di hati hanya dia sahaja yang menelannya kerana cerita kecurangan sang suami tidak dipekungkan pada sesiapa hatta kedua ibu bapa. Dalam melayari bahtera, Khadijah menelan duka, menilai sang suami lewat e-mel-e-mel suami kepada buah hati. Pilunya hati hanya ALLAH yang mengetahui.
Berbagai-bagai cara dilakukan buat membalut luka di hati tetapi lara datang juga. Lambaian Masjidilharam membawanya ke sana dengan keizinan suami. Dia menemukan sesuatu di bumi anbia; Baitullah, Makam Nabi, Masjid Nabawi, Raudhah memberi pengertian baru dalam hidup Khadijah.
Berbekalkan kekuatan diri, setelah pulang ke tanah air, Khadijah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Khaled Irfan dan Aima Adawiyah.
Dia akur... andai badai rumah tangga melanda, kolek kecil teroleng-oleng di samudera besar, nakhoda hilang arah, bukan bererti punah sebuah cerita. Dugaan ALLAH datang dalam pelbagai cara. Bermunajatlah agar ditunjukkan ALLAH jalan keluar yang bermakna.
Dan dia yakin... andai seorang lelaki bergelar suami begitu enteng membuka ruang cinta baru untuk dihuni hati yang lain, tidak bermakna seorang wanita perlu menutup perasaan hati dek rasa kecewa. Dunia ini luas, sangat luas. Tempat manusia melampiaskan selangit cinta. Bukan hanya cinta sesama manusia tetapi yang lebih bermakna CINTA pada yang ESA!
BULAN BERBISIK mengajak kita berfikir tentang banyak perkara. Hati lelaki yang sukar ditafsir persis liuk lentok lelayang yang sedang berkembang. Hati wanita yang mudah terusik dengan segala macam perkara!
| MENGENALI NOVELIS |
SAMSIAH MOHD. NOR... sepotong nama yang pernah meraih kelompok peminatnya tersendiri menerusi TANGISAN BULAN MADU.
Kematangan mendewasakannya dan lantaran itulah lahirnya BULAN BERBISIK kali ini. Bahagia, derita, suka dan duka... itulah antara fragmen lumrah mewarnai perjalanan sebuah kehidupan. Yang pasti, apa yang dipaparkan hanyalah sebagai suatu perlambangan, untuk kita renungi semula diri sendiri.
Shamsiah jiwai hati wanita yang terluka, menyelami dan turut merasai pedih kecewa yang dialami. Bukan mudah sebenarnya menghadapi kenyataan pahit dalam hidup ini, namun dalam apa jua perkara sekalipun, kita mestilah yakin bahawa ada hikmah di sebalik setiap dugaan. Muhasabahlah, renungi apa kekurangan diri dan cuba perbaiki.
Meskipun telah mempunyai keluarga sendiri, namun novelis ini tetap merindui Kuantan, tanah kelahirannya. Saat-saat nakal zaman anak-anak meniti musim persekolahan... melewati usia remaja di USM dan UKM banyak mengimbau memori terindah dalam hidupnya.
Dan, untuk mengabadikan secebis kenangan yang pernah dilihat, didengar dan diperhati...hayatilah BULAN BERBISIK. Mudah-mudahan ada sedikit iktibar yang dapat dikongsi bersama. Jadikanlah yang baik sebagai teladan, yang buruk pula sebagai sempadan.
|  | Dapatkan segera 'BULAN BERBISIK' sekarang sementara stok masih ada!
Tajuk: Bulan Berbisik
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Halaman: 512
Harga: RM19.90
Borang Langganan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL TERBARU 'KUUSIR LARA INI' KINI SUDAH BERADA DI PASARAN SEKARANG ANDA mungkin pernah mendengar seorang penulis yang banyak menyumbang karya di dalam akhbar menerusi ruangan sastera. Atau tidak pun penulis ini banyak menghasilkan beberapa buah novel dan cerpen.
Kini, Aminah Mokhtar melahirkan sebuah novel yang tercetus hati dengan Alaf 21. 'Kuusir Lara Ini' tajuk diberi pada novel beliau ini.
Terkesan dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur.
Bersama MUAZ, TARIQ DAN SHUHAIBA anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhwah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari dana membantu anak-anak mangsa perang dan mencari penyelesaian emosi dan sokongan anak-anak mangsa pembangunan teknologi.
Bersama ABANG HAN yang penyayang dan MIRUL yang dinamik, anak-anak yang ditinggalkan ayah akhirnya menemui kehidupan yang berperibadi di bumi yang mewah dengan aman. Projek BUKAN DOSA BANGSAKU dijalankan untuk merawat penyakit anak-anak remaja di Kuala Lumpur supaya berjaya merealisasikan impian berkat kekentalan semangat anak-anak yang cintakan sebuah negara sakinah dan berjaya mengharungi ranjau kehidupan.
KUUSIR LARA INI merakamkan pahit getir anak-anak remaja Islam dunia menghadapi golak dan olak dunia mencari jati diri yang lebih bermaruah. Akan terusirkah lara itu?
|  | Dapatkan buku 'KUUSIR LARA INI' sekarang sementara stok masih ada!
Tajuk: Kuusir Lara Ini
Halaman: 340
Harga: RM14.00
Borang Langganan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KRUfan at 24-10-2007 12:27 PM 
Buku ni yg saya nak suruh my sis beli kat Minerva..
Dah terhenti bace Ku damba bahagia..bace buku omputih plak..
kru nape? tak best ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1456 khaly's post
nak share info ngan jiwang2 karatz kat sini khaly....sharing is caring maa...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1455 khaly's post
Bukan tak best..tapi buku omputih tu d sewa..kalau lambat return ,kene fine pulak! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|