CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 3-11-2006 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 3-11-2006 12:02 PM



mak pak dia boleh tak perasan anak menagndung tu...camna hah? memang orang mengandung anak luar nikah ni tak nampak kot, cam kat kampung aku dulu ada orang...

cite tak habih ni....:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 12:28 PM | Show all posts

Reply #1281 riss_1688's post

ooooo baru paham apa yang hanis tanya tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:34 PM | Show all posts
Babi hutan sesat dalam kedai makan serang lelaki
Oleh Ilham Nusa


KUANTAN: Seorang lelaki hampir putus beberapa jari tangan kirinya akibat digigit seekor babi hutan yang tersesat masuk ke sebuah kedai makan di kawasan perumahan, dekat sini.




Dalam kejadian di Sungai Isap Dua, petang kelmarin, Abdul Hamid Bakar, diserang babi hutan itu ketika dia cuba menghalau haiwan berkenaan yang tiba-tiba muncul dan meluru masuk ke kedai terbabit.

Abdul Hamid, 48, yang cedera serius pada jari tangan kiri dan badan kerana bergelut dengan haiwan itu, terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketika kejadian, dia bersama anaknya mahu ke kedai runcit untuk membeli kelapa dan sebaik tiba di depan kedai makan milik rakannya di kawasan berhampiran, seekor babi hutan seberat kira-kira 70 kilogram meluru masuk.

揔etika itu, tiada pelanggan di kedai makan berkenaan manakala isteri rakan saya yang menjaga kedai itu, berlari keluar kerana ketakutan. Saya segera berlari masuk dalam kedai itu untuk membuka pintu belakang supaya haiwan berkenaan keluar.

揃agaimanapun, pintu itu berkunci menyebabkan babi hutan itu masuk ke dapur dan dalam keadaan kelam kabut, saya sempat memukulnya dengan kerusi sehingga rebah,
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:35 PM | Show all posts

Reply #1283 mantan's post

kesian babi tuu.. dah la blur pasai sesat...
kena katok ngan parang sampai mati plak...
mesti bini ngan anak2 dia tengah sedih kan......
Reply

Use magic Report

find7707 This user has been deleted
Post time 7-11-2006 09:00 AM | Show all posts

Reply #1284 jj's post

apa hang mengarut ni jj.................
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 09:19 AM | Show all posts

Reply #1285 find7707's post

laaaaaaa... aku bg ulasan cerita babi hutan sesat tuuu...
tp ulasan aku on the other side... aku bg ulasan on behalf of babi hutan tuuu....!
Reply

Use magic Report

Follow Us
find7707 This user has been deleted
Post time 7-11-2006 09:23 AM | Show all posts

Reply #1286 jj's post

mungkin perasaan hang serupa ngan ba alif ba ya kot....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:19 AM | Show all posts

Reply #1287 find7707's post

dia juga makhluk ciptaanNya.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2006 10:20 AM | Show all posts
Majlis perpisahan Yang di-Pertuan Agong 12 Disember

KUALA PILAH 6 Nov.
Reply

Use magic Report

find7707 This user has been deleted
Post time 7-11-2006 10:21 AM | Show all posts

Reply #1288 jj's post

bila ada ayat macam ni, rasa2 tak mau bertengkaq la...
Reply

Use magic Report

find7707 This user has been deleted
Post time 7-11-2006 10:22 AM | Show all posts

Reply #1289 jj's post

tak dan kot... lambat lagi nak ikut giliran
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:58 AM | Show all posts
bopa tahun skali jadi agung hah? 4-tahun ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 11:00 AM | Show all posts

Reply #1292 alahai's post

5 tahun...... kira lagi 5 tahun untuk sultan bedol halim nak buleh jadi agung......!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:11 PM | Show all posts
Shahidan sasar tiga persatuan lagi
KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:46 PM | Show all posts
Tebing kuari runtuh, dua pekerja tertimbus
Oleh Johari Ibrahim


GURUN: Dua pekerja tertimbus bersama sebuah jengkaut dalam kejadian tanah runtuh di kuari berhampiran kaki Gunung Jerai dekat sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika pemandu jengkaut berkenaan, Md Nayan Ariffin, 47, yang dibantu S Santhiran, 38, sedang membuat laluan di kuari milik anak syarikat Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Mohd Ali, berkata kedua-dua pekerja itu dikatakan mengalihkan tanah di bukit setinggi 70 meter apabila lereng di situ tiba-tiba runtuh.

Sehingga 8 malam tadi, mayat Santhiran sudah dapat dikesan pasukan penyelamat, tetapi tidak dapat dikeluarkan berikutan hujan lebat sejak 7 malam, selain keadaan gelap.

Operasi mencari mangsa disertai sepasukan anggota dari Balai Bomba Guar Chempedak dan anggota polis dibantu Unit Anjing Pengesan.

Kuari yang mengeluarkan tanah di situ dikatakan sudah beroperasi sejak kira-kira 20 tahun lalu dan dikendalikan sebuah kontraktor swasta.

Md Nayan dari Kampung Taman Seri Utama di sini dan Santhiran dari Kulim dikatakan sepatutnya menamatkan kerja pada jam 5 petang.

Pengurus Besar Yiked Kuari Sdn Bhd, Norliza Mohd Noor yang ditemui di tempat kejadian berkata, struktur tebing di kuari itu mungkin tidak kukuh disebabkan hujan lebat sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, kuari berkenaan mengeluarkan kira-kira 10,000 tan tanah setiap bulan dan dijangka menghentikan operasinya akhir tahun ini berikutan rizab tanah yang diluluskan kerajaan hampir habis.

揝ejak sebelum hari raya lalu ada beberapa kejadian tanah runtuh di lereng bukit di situ, tetapi keadaannya tidak serius,
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 04:00 PM | Show all posts
40 tahun sengsara guna jalan berlopak


BALING: Lebih 30 keluarga yang tinggal di Kampung Baru Belakang Sekolah, Titi Gantong dekat sini meminta kerajaan menurap jalan kampung mereka yang berusia 40 tahun kerana sudah rosak dan berlubang.

Penduduk mendakwa walaupun mereka sudah beberapa kali mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa, belum ada sebarang tindakan diambil menyebabkan mereka sukar keluar masuk kerana jalan akan berlopak apabila musim hujan.

Mereka berkata, jalan sepanjang tiga kilometer itu adalah laluan utama penduduk untuk ke pekan ini dan pelajar ke sekolah.

Seorang penduduk, Ismail Kadir, 64, berkata walaupun beberapa kali surat dihantar kepada pihak yang berkenaan, termasuk wakil rakyat masalah itu masih belum mendapat perhatian.

"Lebih menyulitkan penduduk ialah pada masa musim hujan kerana jalan becak dan berlopak.

"Kami tiada laluan alternatif menyebabkan terpaksa meredah jalan yang berlopak ini atau berdebu pada musim panas.

"Kami sudah memohon untuk menurap semula jalan ini sejak 1980-an tetapi sehingga kini belum dilayan," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Ismail berkata, dalam satu kejadian penduduk pernah terpaksa mengusung seorang wanita yang hendak bersalin ke luar kampung untuk dihantar ke hospital apabila ambulans tidak dapat masuk kerana jalan rosak terlalu teruk.

Suri rumah, Rabiah Abdullah, 40, kesal kerana pihak berkuasa tidak memberi perhatian terhadap masalah itu, sedangkan jalan berkenaan adalah nadi penduduk di situ untuk keluar ke pekan atau ke kampung berhampiran.

Katanya, pada musim hujan pakaian pelajar sekolah kotor terkena percikan air selut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2006 08:55 PM | Show all posts

Reply #1291 find7707's post

ajal maut d tgn tuhan....... panjang umoq sempat la merasa jadi YDP Agong kali kedua......
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 7-11-2006 09:19 AM
laaaaaaa... aku bg ulasan cerita babi hutan sesat tuuu...
tp ulasan aku on the other side... aku bg ulasan on behalf of babi hutan tuuu....!


tu la kita selalu amik solution mudah ja pasai ni...walhal binatang2 ni bukan jenih terjah ikut suka ja...selalunya dia cam sesat pi merata sebab habitat dia dah takdak...org dah musnahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:23 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by jj at 7-11-2006 10:20 AM
Majlis perpisahan Yang di-Pertuan Agong 12 Disember

KUALA PILAH 6 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 02:09 AM | Show all posts
tadi baca kat bod CI, depa cakap kat buletin utama tv3, AZHAR MANSUR tak mau ulas status agama dia, betul ke??? sapa tengok???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.521200 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list