abang dok fwd hari tu...
Bukan Amsterdam Atau Lopburi, Tapi Ladang Bunga Matahari Cantik Ni Hanya Di Perak Je! JALAN-JALAN
Sekarang ni kan tengah musim penularan pandemik COVID-19 dan kita semua masih tidak dibenarkan untuk terbang melancong ke luar negara.
Tetapi kalau korang merupakan peminat bunga-bungaan terutama bunga matahari -- korang dah tak perlu teringat-ingat atau mengidam nak terbang ke Amsterdam atau Lopburi, Thailand yang sememangnya terkenal dengan keindahan ladang bunga matahari. Ini kerana korang hanya perlu memandu kereta sendiri selama 3 jam dari Kuala Lumpur ke Bagan Sungai Burung, sebuah perkampungan nelayan kecil di Bagan Datoh, Perak. Mengapa?
Sebab di sana terdapat sebuah lokasi menarik iaitu 'SUNFLOWER GARDEN' yang dipenuhi dengan bunga matahari besar dan berwarna kuning keemasan sangat cantik dan bakal memberikan anda kegembiraan seindah suria..gitchewww! Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari itu juga cukup murah iaitu hanya RM10 seorang.
Jadi tunggu apa lagi, mohle kita ke Bagan Datoh hujung minggu ni! Jangan lupa bawa kamera dan segala props untuk korang bergambar cantik! Hehehe...tapi jaga SOP juga ok! SUNFLOWER GARDEN
Alamat: A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datoh, Perak. Waktu Operasi: 9 Pagi - 5 Petang Tiket Masuk: RM10 Kredit Gambar: [url=https://www.facebook.com/mekjatchannel/?__cft__[0]=AZVi60HuYGqY_VKU6bcI-cfdkHYDyS5nhi3pML2-qyJotV0QlB_8S3738d_Rk6whjomr7mnZKnqmU-Vg8O2f7dGmPT-XL0uLjYjFwsGkfX6zmtiz9051nF9Tg_CdVNNM9Cf2WOaq1YxJiJyT8TGaQ2CEFbZcDjRdLPFryM-GdhdL1caRjfpA_uKQqWV5iCS_fgw&__tn__=-UC%2CP-R]Mekjat Channel - Travel on My Way[/url]
|