CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctfiza

::Hamster::

 Close [Copy link]
Post time 26-1-2008 12:03 AM | Show all posts
tambah cerita....

minggu lepas hamster aku keluar dari cage.... dia gigit cage sampai belubang plastik dia..... hilang hamster aku tah kemana..... carik satu rumah tak jumpa..... perasan hilang masa tu dah siang kol 11..... sure dia lari waktu malam....... dah la hamster tu tengah mengandung

tapi dah ditentukan tuhan hamster aku lari sampai selang 2 rumah lebih kurang gi lompat masuk swimming pool jiran aku.... mujur tak mati... tah macam mana dia berenang aku pun tak tau... nasib baik tak mati pekerja rumah jiran aku tu jumpa... dia pulangkan kat mak mentua aku msa tu.... terus melekat nama dia jadik syukur!!!! sebab? syukur alhamdullillah,,, dah jumpa balik selamat..... aku balik kerja lambat... malam tu aku tengok dia kepenatan... tdo je 2 hari 2 malam.....

Then, ari isnin baru2 ni..... si syukur yang ari tu lari dari rumah..... beranak!!! dapa 4 pups, tapi sampai hari ni survive 3 je.... syukur alhamdulillah.

But so sad adalah... hamster yang paling otai sekali.. yang umur dia hampir 3 tahun. hamster yang mula2 kami bela, malam tadi dah nazak.... nampak dia mengguling2 tercungap bila bernafas.... kulit dia dah pucat...... sedih..... cuba bagi dia minum... dia tak leh nak makan sebab mulut dia macam bengkak.... memang dah ajal dia.. pagi tadi aku check dia dah mati dah................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2008 09:21 AM | Show all posts
Boleh bagi tahu tak cara nak jinak kan hamster. Maksud saya taknak bagi dia gigit. Hari2 saya handle dia pakai gloves tapi masih gigit jugak dah masuk 16 bulan pun macam tu. Ada petua?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 09:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 10:14 AM | Show all posts

Balas #1301 ospe03\ catat

ospe....ko punye hamster mata merah tu mmg jenis gigit orang... sejak azali perangai dia mmg camtu takleh nak buat ape..
Sbb tu kalo nak beli hamster jgn bli jenis mata merah niiii!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 10:15 AM | Show all posts
Puff nye hamster yg baru lahir ade 6 ekor tu semua sehat2...dah besar..dah boleh makan dan minum sendiri.tp tak leh nak post pic kat sini sbb tak leh nak transfer dr camera.. laptop pun rosak.. nanti laa yer puff update pic terkini..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 12:24 PM | Show all posts
Kalau mata merah ni tak harapan lah nak dijinakkan. Tapi ada juga yang mata hitam... macam mana nak jinakkan yang tu. Hamster ospe dari jenis dwarf russian hamster generasi ke18 dari induk asal...semuanya baka campuran tak satu pun inbreeding (kawin adik beradik). Hamster ospe boleh dipegang tapi dia menggigit aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2008 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 09:01 PM | Show all posts
hue all..
me br nk join nih..
br smlm beli hamster..

nk thu, nape bile pgg yg betina, dea akn kencing eh?
tuk protectuon ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2008 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by dar3d3vilgur7 at 26-1-2008 09:01 PM
hue all..
me br nk join nih..
br smlm beli hamster..

nk thu, nape bile pgg yg betina, dea akn kencing eh?
tuk protectuon ker?


dia ketakutan sampai terkencing2 la tu.... takes time... dia akan okay......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by ospe03 at 26-1-2008 12:24 PM
Kalau mata merah ni tak harapan lah nak dijinakkan. Tapi ada juga yang mata hitam... macam mana nak jinakkan yang tu. Hamster ospe dari jenis dwarf russian hamster generasi ke18 dari induk asal.. ...



dwarf russian memang jenis suka menggigit kot!!!! By the way make sure jangan pegang hamster lepas kita pegang makanan.... nanti dia bau makanan kat tangan kita dia gigit.... make sure basuh tangan dulu lepas pegang makan sebelum pegang hamster.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by puff_kitty at 26-1-2008 10:14 AM
ospe....ko punye hamster mata merah tu mmg jenis gigit orang... sejak azali perangai dia mmg camtu takleh nak buat ape..
Sbb tu kalo nak beli hamster jgn bli jenis mata merah niiii!!


hamster aku ada satu ekor... mata dia sebelah hitam sebelah merah.. pastu ada yang merah je atau hitam je.... tapi sebab jenis syrian hamster.... susah pulak dia menggigit kita
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 10:21 PM | Show all posts
Kebanyakkan hamster ospe yang terlalu liar kini dilepaskan dibelakang rumah. Dah 2 bulan mereka hidup berdikari di luar tu. Tapi yang masih tinggal cuma lapan ekor sahaja daripada berpuluh yang dilepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 12:18 AM | Show all posts

Reply #1307 nizamje's post

oo.. yeke?
means dea ketakutan laa tuh ek..
kire kalo dea dh ok dn berani nnti.. dea xde laa kencin eh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by ospe03 at 26-1-2008 10:21 PM
Kebanyakkan hamster ospe yang terlalu liar kini dilepaskan dibelakang rumah. Dah 2 bulan mereka hidup berdikari di luar tu. Tapi yang masih tinggal cuma lapan ekor sahaja daripada berpuluh yang d ...


uik leh ke hidup berdikari atau dah jadik lauk ngan kucing2 kat luar tu???
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by puff_kitty at 27-1-2008 12:35 AM


uik leh ke hidup berdikari atau dah jadik lauk ngan kucing2 kat luar tu???


alahmak..... sure kucing dok usha je.... seronok la kucing2 tu... tak pun ular......... tak pun nanti diorng kejar2 ngan tikus..... hamster+tikus=hamsti
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 11:09 AM | Show all posts
--EDITTED--

Mod:Jual Beli barang di dalam forum tidak dibenarkan

[ Last edited by  ati1402 at 5-2-2008 04:19 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 02:47 PM | Show all posts
By the way aku baru jer terpikir nak beli hamster lepas tengok kecutetan diaorang kat Midvalley last week...Leh anyone estimate budget untuk mula2 beli hamster ni, termasuk skali la cage, makanan, habuk kayu etc...tq
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by gjoy_chester at 31-1-2008 02:47 PM
By the way aku baru jer terpikir nak beli hamster lepas tengok kecutetan diaorang kat Midvalley last week...Leh anyone estimate budget untuk mula2 beli hamster ni, termasuk skali la cage, makanan ...


depends laa kalo setakat habuk kayu & makanan & vitain air tu tak mahal.yg mahalnye cage dia tu.. ikut laa kemampuan ko..kalo budget kecik..beli yg murah2 jer.. at leat rm50 sure abis nyer + hamster skali. Kalo nak cage cantek2 paling kurang pun stanby laa budget rm100.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 05:26 PM | Show all posts

My Hamsters Updated

Inilaa anak2 hamtaro Puff(6 eko) dah besor dah..hehe kiut2 semua.. tp yg paling Puff sker kaler creamy tu...muka dia pun kiutt..

ini anak hamtaro paling kiut..


Ini plak gambo satu family...(12 ekor)





Itupun...ada lg yg tgh membunting... puhhh... tp seronok plak bila kumpul ramai2 heheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 05:37 AM | Show all posts
Hamster jadi rebutan remaja

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM



KEDIAMAN  khas ini dijual sehingga RM164 seunit dan
mampu  menampung lapan ekor tikus peliharaan.


SEEKOR tikus bernama R閙y mempunyai impian menjadi tukang masakPerancis yang luar biasa. Namun keinginan itu mustahil kerana R閙yberasal daripada sebuah keluarga binatang perosak.

Ketika Remy melalui sebatang lorong di Paris, di bawah sebuahrestoran tukang masak terkenal, Auguste Gusteau, dia berjumpa Languini,seorang budak baru bekerja di situ dan kemudian sama-sama mengubahnasib di bandar romantik itu.
Pasti ramai meminati filem kartun Ratatouille, yang diarahkan olehBrad Bird sempena dengan nama sejenis makanan terkenal Perancis.

Secara realitinya, tikus yang selama ini dimomokkan sebagai haiwanyang memberi ancaman kepada manusia kerana boleh mendatangkan penyakit,turut menjadi kegilaan ramai dalam versi kartun.

Siapa yang tidak kenal dengan siri kartun Tom and Jerry, MickeyMouse dan filem A Rat's Tale. Malah terdapat sebuah candi di Indonesiayang dinamakan Candi Tikus.

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini sesuai denganTahun Tikus, permintaan orang ramai terhadap haiwan itu di kedai-kedaihaiwan peliharaan bertambah khususnya daripada masyarakat Tionghua.

Menurut Pengurus Operasi Petsmore.com yang terletak di Jalan Sultan,Kuala Lumpur, Y.S. Chin, terdapat peningkatan dari segi bilangan tikuspeliharaan yang dijual tahun ini.

"Pelanggan banyak terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanakyang terpikat dengan kecomelan haiwan ini selain ibu bapa yangmenjadikannya sebagai hadiah untuk anak mereka," katanya ketika ditemuibaru-baru ini.

"Mereka boleh memilih tikus peliharaan seperti Gerbil, Golden, Koboroski dan Syrian Hamster pada harga RM15 hingga RM22 seekor.

Chin memberitahu, pelanggan juga dapat membeli kediaman tikus padaharga RM13.94 sehingga RM164 seunit. Manakala mereka yang mempunyai kadkeahlian Petsmore.com akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus.

"Semua yang bersangkutan dengan tikus ada di sini, daripada makananhinggalah pencuci badan mereka. Kami turut menyediakan khidmat nasihatpenjagaan tikus khusus untuk pelanggan.

"Kami menjangkakan peningkatan ketara selepas Tahun Baru Cina keranaramai remaja yang memperoleh angpau selain boleh 'pau' ibu bapa untukmembeli haiwan ini," katanya tersenyum.

Menurut seorang pelanggan, Elbert Yong, 18, beliau sememangnya menyukai tikus peliharaan kerana dianggap sebagai teman baiknya.

"Saya tiada rakan istimewa, jadi tikus yang saya gelar denganberbagai nama seperti Cute, Lovely, Darling yang menjadi teman setiasaya.

"Ketawa, sedih, terharu saya bersama mereka dan seakan-akan sebati,"kata remaja yang masih menuntut di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Rakannya, Mei Yin, 19, berkata beliau suka memelihara tikus keranamenganggap binatang itu membawa peribadi agresif, kaya, pemimpin danpenakluk.

"Saya ingin memiliki semangat seperti itu dan diadaptasikan dalamkehidupan saya," katanya yang bercita-cita menjadi seorang menteri.

Bagaimanapun, Adeline Wong, 21, menganggap tikus tiada signifikan padanya. Baginya, tikus sama seperti haiwan yang lain.
"Nak pegang pun rasa geli, nanti cedera pula tikus itu bila sayamencampakkannya. Lebih baik saya tidak memeliharanya," kata Adelinetersenyum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.104482 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list