CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babybling

Gorgeous Marsha VI

[Copy link]
Post time 16-5-2009 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by bRaBus_23 at 16-5-2009 10:39
happy saturday morning uols ...

jgn lupa malam kang konsert akhir AF7 .. dok depan tibi sambil berporum


off topic :  brabus  aku pun harap Hafiz menanggggggggg  ape2 pun kuasa di jari penonton.. .hahahahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 12:31 AM | Show all posts
Finally Apis menang

padan muka awok sengal
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:51 AM | Show all posts
aku pun suka gila apiz menang :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 12:20 PM | Show all posts
happy sunday everyone
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 09:57 PM | Show all posts
nite nite nite already
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 09:43 AM | Show all posts
morning gojes.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2009 11:06 AM | Show all posts
morning gojesss
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 10:27 PM | Show all posts
Gud nait gojes2
marsha ader afundi aril ker?
okie ler no.2 pun jadi ler ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 10:50 AM | Show all posts
morning gojes ...

penatnya .. tadi balik keje kul 4 pagi  ni dah kena masuk opis balik  
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:59 PM | Show all posts
ehem ehem
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 10:00 PM | Show all posts

Reply #1309 bRaBus_23's post

rajinnya....sure obertime lebat nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 10:54 AM | Show all posts
good morning marsha & all gojes ..

marsha ada kat harian metro arini. santek menarik memang da bomb  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by puakaganas at 19-5-2009 22:00
rajinnya....sure obertime lebat nih


mana ada claim obertime pua ..  

gaji mati ni ha .. kalo leh claim obertime dah lama boleh belanja korang makan .. ngan marsha sekali aku belanja nasi ayam penyet  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:25 PM | Show all posts
Tak babit soal hati
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]



Rap

GOSIP dan kontroversi dianggap sebahagian daripada rencah kehidupan yang perlu diterima mereka bergelar artis. Walau bagaimana pahit isu dikaitkan, ia harus ditelan insan popular ini.
Begitulah yang dirasai bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Marsha Lea Milan Londoh (Marsha), 24. Walaupun kisah putus cintanya dengan Keifli yang juga bintang AF3 belum reda, sudah timbul gosip baru menyebabkan diri penyanyi yang popular dengan lagu Untuk Terakhir Kali kini menjadi perhatian ramai.

Dua perkara paling hangat diperkatakan mengenai Marsha, iaitu hubungan akrabnya dengan pemain dram kumpulan Estranged, Andy dan sikap 'mengada-ngada' sewaktu menjadi penggawa peserta wanita Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Kemunculan Marsha bersama Andy pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08), April lalu dan duduk bersebelahan menyebabkan ada yang membuat andaian, gadis berasal dari Tamparuli, Sabah itu tidak perlu mengambil masa lama untuk mencari pengganti Keifli.

Pada waktu sama Andy sendiri dikatakan baru saja putus cinta dengan pelakon dan model, Elaine Daly.

Sewaktu sesi fotografi bersama Rap, Marsha menafikan perkara itu dengan berkata hubungannya dengan Andy tidak lebih daripada seorang kawan.

"Sebenarnya saya berkawan rapat dengan penyanyi utama Estranged, Rich dan isterinya Velvet juga bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4).

"Saya selalu berkunjung ke rumah mereka dan kadang-kadang anggota kumpulan Estranged lain termasuk Andy juga ada. Bermula dari situ kami berkawan rapat.

"Hubungan kami langsung tidak membabitkan soal hati dan perasaan dan saya mengharapkan dengan penjelasan ini segala salah faham mengenai kami tidak lagi timbul," katanya.

Menyentuh mengenai sikap 'mengada' sepanjang seminggu dijemput menjadi penggawa peserta wanita AF7, sehingga dicemuh penonton rancangan itu, jelas Marsha ia berpunca daripada persepsi peminat setia peserta bertanding terhadapnya.


Sikapnya itu turut katakan menjadi faktor penyumbang kepada penyingkiran seorang peserta akhir AF7, Khairil Azam Pilus (Aril) yang kembali ke Akademi selepas undian kemasukan semula dibuat pada konsert kesembilan.


"Tujuan saya menerima tawaran menjadi penggawa pelajar wanita kerana itulah satu-satunya peluang untuk saya mengimbau kembali kenangan silam. Walaupun zaman saya menyertai Akademi sudah empat tahun berlalu, ia masih dekat di hati.

"Saya teruja dan terharu apabila dapat menjejakkan kembali kaki ke dalam Akademi. Bagaimanapun, situasi saya waktu itu berbeza. Saya bukan seorang peserta, tetapi menjaga kebajikan dan keperluan peserta wanita.

"Sepanjang terbabit dalam program itu saya turut menerima arahan daripada penerbit dan apa saja perlakuan dan tindak tanduk saya dalam Akademi adalah arahan daripada mereka.

"Jika mereka suruh saya bercakap dengan Aril, saya buat. Suruh saya mengusik Akim saya usik. Bagaimanapun, kalau hendak diikutkan sepanjang melaksanakan tugas itu boleh dikatakan saya baik dan mesra dengan semua peserta yang ada.

"Bagaimanapun, penonton perlu faham Akademi Fantasia adalah rancangan realiti TV, jadi sudah tentu dalam paparan Diari AF7 mereka hanya memaparkan visual yang boleh menarik perhatian penonton setia.

"Saya tidak salahkan produksi kerana ini rancangan realiti dan perkara seperti itulah yang membuatkan penonton mengenali personaliti setiap peserta," katanya.

Beralih topik kepada kerjaya seni, jelas Marsha selepas syarikat pengurusannya, Maestro Talent and Management (MTAM) ditutup, dia melihat ada rahmat di sebalik peristiwa itu.

"Entah mengapa tawaran untuk mengadakan persembahan dan berlakon semakin mencurah-curah. Mungkin pihak luar memikirkan apabila saya sudah tiada syarikat pengurusan lebih mudah untuk mereka bekerja dengan saya.

"Lagipun kalau MTAM tidak ditutup saya memang mempunyai perancangan untuk menguruskan kerjaya seni sendiri kerana kontrak akan berakhir tiga bulan lagi.

"Saya kini sudah mempunyai syarikat sendiri iaitu Marsha Londoh Entertainment Sdn Bhd (MLESB). Buat masa ini ia menguruskan kerjaya seni saya sepenuhnya di samping menjadi penganjur majlis secara kecil-kecilan.

"Rezeki sekali lagi menyebelahi saya apabila Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), bersetuju mengambil saya bernaung di bawah pengurusan mereka. Saya sendiri melihat ia sebagai satu kerjasama sangat baik.

"AESB turut merancang mengembangkan kerjaya seni saya termasuk meneruskan kerja rakaman album yang tergendala," katanya

Walaupun sekarang sibuk berlakon, jelas Marsha dia masih aktif menyanyi, cuma jarang mendapat liputan meluas daripada media. Padanya bidang nyanyian masih menjadi keutamaan dan kalau boleh dia mahu kedua-dua kerjayanya itu berjalan seiring.



>rofil

Nama Penuh: Marsha Lea Milan Londoh

Nama Komersial: Marsha Londoh

Tarikh Lahir: 6 Disember 1985

Umur: 24 tahun

Tempat Lahir: Berrien Springs, Michigan USA

Asal: Tamparuli, Sabah

Keturunan: Kadazan Dusun

Berat: 43kg

Tinggi: 5'3'

Pendidikan: Kolej Yayasan Sabah

Artis Kegemaran: Jordan Hill, Jim Brickman, Krisdayanti.

Minat: Muzik, Kucing, Hidupan Liar dan Alam Semula Jadi

Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon

Filem: Misi 1511, Saus Kacang, High School Musical 2 (alih suara) dan Senario The Movie: Beach Boys

Drama: Begitulah Raya, Kerana Karina, Kirana dan 5 Saat.

Lagu: Untuk Terakhir Kali dan Kerana Sayang (duet bersama Ajai)

cilok dari : harianmetro online

kat sokabar ada banyak gambo .. kat sini seketul je

[ Last edited by  bRaBus_23 at 20-5-2009 12:46 ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:26 PM | Show all posts
gambo dia aku tak reti nak tepek ..

ok la tu .. buat ada-ada kata org  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:47 PM | Show all posts
gambo ni nampak cam perut marsha muncit .. pi la buat sit up

nasihat org pandai .. perut aku sendiri dah dabel barrel  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 12:49 PM | Show all posts
selamat makan lunch gojes-gojes semua ...

nah nasi ayam penyet sepinggan sorang ..

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:58 PM | Show all posts

Balas #1315 bRaBus_23\ catat

Thanks ...
dah ader rupanya gambo

[ Last edited by  cikgu_murni at 20-5-2009 13:02 ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 01:08 PM | Show all posts

Balas #1317 bRaBus_23\ catat


kejam nyerrr ngko brabusssssssssss
tepek gambo ni saat aku tengah lapooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 05:30 PM | Show all posts
selamat petang gojes-gojes

nak balik umah dah ni .. tata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.236657 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list