Sebanyak 15 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Bagi yang ingin mengundi, proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster iaitu di www.anugerahblockbuster.com.my dan menerusi keratan akhbar.
Undian pusingan awal akan dibuka bermula 19 April 2013 sehingga 10 Mei 2013.
Sepuluh calon yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori layak ke pusingan seterusnya di mana undian akan dilakukan dengan kaedah serupa.
tudik posted on 16-4-2013 01:26 PM
eerkkk..risau gak ngan keadaan kaki abe tu jahhh
owh bengkak eh.... moga cepat baik babyrempit
iols nyer adik laki injured dah berbulan2 x baik2 lagi sepenuhnye tp x de la tempang, ehe...... smp skang ni klau air berais heols langsung dh x minum dah, sifu dia suh pantang katanye... adik iols ni lasak... silat, bola, wataniah bagai
Program realiti Akademi Fantasia (AF) nyata satu platform terbaik buat Hafiz dan Hazama membina karier nyanyian mereka. Kini kedua-dua jejaka yang dipilih peminat sebagai juara AF musim ketujuh dan kesembilan ini nampaknya memiliki strategi tersendiri untuk terus bertahan.
Tak nafikan, pengaruh seni dua ‘H’ ini semakin menjadi perhatian ramai. Jika Hafiz makin cemerlang di pentas nyanyian apabila berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia serta meraih peluang mengadakan konsert solo pertama di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 3 Jun nanti, Hazama pula giat berlakon.
Apatah lagi, ia sudah dibuktikan pada lakonannya dalam filem Apa Celop Toqq arahan Ahmad Idham. Biar baru pertama kali menjadi hero filem namun pencapaian Hazama cukup menakjubkan apabila namanya dicalon untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Mac lalu.
Memaklumkan bidang lakonan membantu membentuk keyakinan dirinya, namun fokus Hazama pada nyanyian tidak pernah pudar. Bahkan, kini dia begitu teruja menantikan kemunculan album sulungnya yang dijangka akan menembusi pasaran muzik tanah air penghujung Mei nanti.
Menurut Hazama, album yang akan mengangkat judul Penglipur Lara itu cukup istimewa baginya kerana ia adalah hasil penantiannya selama tujuh tahun untuk dikenali sebagai anak seni.
Katanya, berkat kesabaran menanti terlalu lama untuk album ini membuatkan dia amat bersyukur dengan nikmat diperoleh.
“Sebanyak sembilan lagu dimuatkan di dalam album ini yang mana enam daripadanya adalah lagu baru dan tiga lagi ialah lagu bonus seperti Relakan Jiwa, Simetri dan Noktah. Apapun, single taruhan saya untuk album ini nanti ialah Penglipur Lara ciptaan Audi Mok dan lirik pula ditulis oleh Omar K.
“Bahkan, Penglipur Lara dipilih sebagai judul album kerana ia bertepatan dengan impian saya untuk bergelar penyanyi. Malah, secara keseluruhannya juga lagu-lagu dimuatkan di dalam album ini ada hubung kaitnya dengan perjalanan saya untuk membina nama sebagai anak seni yang berjaya.
“Ternyata, bukan mudah untuk saya menempa nama pada tahap sekarang. Justeru, dalam tempoh dua tahun yang aktif ini, saya sangat bersyukur dan gembira dengan pencapaian diri. Segala usaha dilakukan selama ini nampaknya makin membuahkan hasil dan kini impian saya pastinya untuk terus bertahan,” katanya.
Memilih konsep pop rock untuk album itu, Hazama berkata, proses rakaman lagu semuanya sudah siap dilakukan dan kini hanya menunggu untuk pembikinan muzik video lagu Penglipur Lara yang menjadi single pertamanya. Malah, dia juga mahu album dan muzik videonya dilancarkan secara serentak.
Mengulas mengenai bidang lakonan pula, Hazama berkata, dia berlakon kerana mendapat peluang daripada Ahmad Idham yang dianggap berani mengambil risiko mengetengahkan bakatnya. Dia tidak pernah menyangka bahawa bakat lakonannya cukup diyakini oleh Ahmad Idham.
“Apa yang pasti, lakonan bukanlah pilihan pertama saya. Pembabitan saya hanya sekadar mencuba saja dan menyahut cabaran bersandarkan keyakinan Ahmad Idham pada bakat yang ada pada diri ini. Bagaimanapun, jujur saya katakan bahawa lakonan berjaya membantu membentuk keyakinan diri saya.
“Dulu, saya adalah seorang yang pemalu untuk beraksi di hadapan kamera. Namun, sejak terbabit berlakon di bawah bimbingan Ahmad Idham, saya bertambah yakin,” katanya terus mendapat kepercayaan daripada Ahmad Idham untuk membintangi filem Lari dan sebelum itu menjayakan telefilem Ady Valentino.
Mengakui dia lebih selesa berlakon filem berbanding telefilem atau drama, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 28, turut menolak dakwaan mengatakan yang dirinya kini menjadi ‘anak emas’ kepada Ahmad Idham selepas pelakon Kamal Adli. Ujar Hazama, dia masih baru dan belum layak dilabel sebegitu.
relakan jiwa hampir 4 bulan kuar baru masuk carta hot, kira okay lagi la kan.... lagu ahkak misha angin syurga tu dah setahun katanye baru skang top kt radio..
takat ni baru 3 kali iols dgr relakan jiwa kt radio........ usaha tuk request akan diteruskan, gigih noks nk dgr lagu abg ama tu main2 kt radio
undi bila2 iols lapang iols tolong... Last edited by mekmalu on 25-4-2013 03:47 AM