CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 11-11-2006 12:28 PM | Show all posts


Mat rempit makin ganas
Oleh: SHARIZA ABDULLAH

LAGI MANGSA MAT REMPIT...Sung Cheah Cheong menunjukkan keretanya yang rosak teruk selepas dilarikan sekumpulan Mat Rempit di Kampung Batu 10 Jabi, Pokok Sena di Alor Star, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

ALOR STAR 10 Nov. ? Tidak cukup berlumba haram dan membelasah orang, kumpulan mat rempit kini dikatakan semakin melampau apabila menjadi penyamun pula.

Dalam kejadian terbaru awal pagi ini, seorang lelaki berusia 30 tahun mendakwa dia dibelasah oleh sekumpulan pemuda dipercayai mat rempit sebelum disamun selepas terlibat dalam satu kemalangan di Batu 10, Jabi, dekat sini.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan mat rempit yang terdiri daripada kira-kira tu juh orang tersebut juga dikatakan merosakkan kereta Honda Civic milik mangsa selain mencuri pemain cakera padat di dalam kereta berkenaan.

Menurut mangsa, Sung Cheah Seong, da lam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Damai, Pokok Sena dekat sini selepas menghantar teman wanitanya pulang ke rumahnya di Simpang Empat, di sini.

Ketika dalam perjalanan pulang itu dakwanya, dia terserempak dengan sekumpulan lelaki dipercayai mat rempit yang menunggang kira-kira tujuh buah motosikal dari arah bertentangan sedang berlumba sesama sendiri termasuk menggunakan kedua-dua bahagian jalan. Ekoran terkejut dengan keadaan itu katanya, dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Bagaimanapun menurut Cheah Seong, sebuah motosikal yang ditunggang oleh salah seorang mat rempit berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bahagian tepi belakang keretanya.

Difahamkan mat rempit tersebut patah kaki kiri akibat kemalangan tersebut.

?aya segera keluar daripada kereta untuk membantunya namun terkejut apabila mendapati rakan-rakannya yang telah terlajak berpatah balik serta memaki hamun saya.

?elum sempat saya bersuara, mereka kemudiannya membelasah saya secara bertubi-tubi menggunakan topi keledar dan beberapa batang kayu tanpa belas kasihan.

?asib baik saudara saya, Ah Hock yang kebetulan melalui jalan tersebut berjaya menakutkan mereka dan terus beredar dari situ,? katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star, di sini hari ini.

Akibat dibelasah, Cheah Seong mengalami lebam-lebam di seluruh badan dan dikejarkan ke Hospital Alor Star (HAS) oleh saudaranya itu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Cheah Seong yang ditemani oleh ibunya, Aw Guik Luan, 51, dan bapanya, Sung Ah Seng, 58, ketika membuat laporan polis di IPD Kota Star kira-kira pukul 11 pagi ini juga mendakwa, kumpulan mat rempit berkenaan bertindak melarikan dompetnya yang berisi wang tunai kira-kira RM130 dan beberapa dokumen penting serta mengambil telefon bimbit jenama Samsung bernilai RM1,000 miliknya.

Tambahnya, oleh kerana dia tertinggal kunci kereta ketika dikejarkan ke HAS, kumpulan mat rempit terbabit dipercayai datang semula ke tempat kejadian untuk merosakkan keretanya selepas membawa kereta itu ke sebuah kebun getah berhampiran tempat kejadian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


find7707 This user has been deleted
Post time 13-11-2006 01:26 PM | Show all posts
Dua beranak maut terkena renjatan elektrik pagar halang babi

Oleh RUZUWAN YAACOB

GUA MUSANG 12 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:15 PM | Show all posts
YaAllah sedihnyaaaaaaaaaa :cry::cry:
---------------------------------

Rayu anak tiri mengaku
Oleh Meor Riduwan Ahmad

SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang dituduh membunuh anak kandungnya sanggup melutut dan merayu sambil berpura-pura menangis di hadapan anak tirinya untuk memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian adiknya (mangsa).

Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu tirinya menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh adik yang berlainan ibu itu biarpun dia tidak bersalah.

Saksi pendakwaan keempat (SP4) itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor, memujuknya di rumah ketika bapanya tiada dengan memberi jaminan akan cuba melepaskannya andai dimasukkan ke pusat kebajikan.

揈mak cakap, 慙ong (nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung,
Reply

Use magic Report

find7707 This user has been deleted
Post time 14-11-2006 12:24 PM | Show all posts

Reply #1323 alahai's post

ya-allah.... apa punya manusia la... tergamak buat budak mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:27 PM | Show all posts
Ya Allah...Ya Tuhanku....kesiannya baru umoq 3 tahun....

....................taktaulah apa nak jd ngan org la ni........
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 01:12 PM | Show all posts

Reply #1323 alahai's post

semoga Allah tunjukkan keadilan & kebenaran...
semoga pompuan tu mendapat balasan setimpal dgn apa yg dia dah buat.
Amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2006 12:27 AM | Show all posts
Isteri nampak suami curah minyak


KOTA BHARU: Seorang wanita tidak menyangka suaminya warga Pakistan tergamak membakar anak tiri dan ibu mentua hanya kerana enggan menemani lelaki itu membaharui pasport yang akan tamat tempoh.

Penoreh, Rohani Che Deraman, 28, mendakwa sejak berkahwin tiga bulan lalu, dia dan suaminya itu sering bergaduh.

"Kami sering bergaduh kerana saya sudah muak dengan perangainya yang suka mengurat perempuan lain yang ditemui ketika keluar berniaga.

"Sepanjang menjadi isterinya, dia hanya beberapa kali memberi duit tetapi saya tidak pernah meminta kerana saya turut menoreh bagi menyara hidup," katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, semalam.

Dalam kejadian di Kampung Pasir Akar, Besut, kelmarin, anak Rohani, Nurul Insyirah Mohd Halmi, 3, melecur teruk di seluruh tubuh badan dan kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM.

Neneknya, Siti Hajar Abdullah, 62, turut cedera parah dengan melecur di bawah badan juga masih menerima rawatan di Unit Kebakaran HUSM.

Rohani dan jirannya, Banun Dagang, 67, yang datang membantu turut cedera ringan dalam kejadian itu dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Rohani berkata, sebelum kejadian, suaminya mengajaknya ke Pejabat Imigresen di sini, tetapi dia mengenakan syarat agar suaminya perlu mengubah sikap.

"Saya tidak sangka syarat itu membuatkan dia marah lalu keluar membeli minyak tanah. Ketika dia balik dari kedai, saya di tingkat atas rumah, manakala ibu dan anak saya duduk berhampiran dapur.

"Ketika itu, saya terdengar ibu dan jiran saya menjerit. Saya bergegas turun sebelum melihat suami saya sedang memegang plastik berisi minyak tanah dan pemetik api," katanya.

Rohani berkata, dia menyuruh suaminya keluar dari rumah dan cuba merampas beg plastik berisi minyak tanah tetapi tiba-tiba mencurahkannya ke atas ibu serta anaknya itu sebelum menyalakan api.

Katanya, Nurul Insyirah adalah anaknya dengan bekas suami pertama sebelum bercerai kira-kira dua tahun lalu sebelum mengahwini penjual permaidani itu semata-mata kerana desakan ibunya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Hazam Abdul Halim, berkata suspek kini ditahan reman 10 hari di Balai Polis Kampung Raja mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 12:30 AM | Show all posts

Reply #1327 mantan's post

sapa2 yang cadang nak cari calon macam Shah Rukh Khan tu, pikir2 la balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2006 12:31 AM | Show all posts
Originally posted by alahai at 15-11-2006 12:30 AM
sapa2 yang cadang nak cari calon macam Shah Rukh Khan tu, pikir2 la balik



tapi orang kita lagi dasatttt sampai BOM:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 12:37 AM | Show all posts
ni apa quote posting seniri ni alahai...edit saja la tambah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 12:38 AM | Show all posts
Tidur atau seks jadi persoalan


LONDON: Lelaki yang tidur berdengkur sanggup berhenti mengambil minuman keras, menonton bola sepak malah tidak melakukan hubungan seks sebagai balasan mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam, menurut satu tinjauan.




Ia mendapati satu perempat daripada responden rela mengorbankan alkohol, satu pertiga bersedia melupakan perlawanan bola sepak dan empat peratus sanggup menahan diri melakukan seks.

Tinjauan ke atas 1,700 penduduk dewasa untuk pertubuhan Obstructive Sleep Apnoea (OSA) mendapati lebih separuh wanita berkata pasangan mereka tidur berdengkur dan ia menyebabkan masalah pada hampir dua pertiga daripada mereka.

Wanita dua kali lebih ramai berbanding lelaki yang tidak mahu berkongsi bilik dengan pasangan mereka tetapi cuma satu pertiga daripada lelaki yang berkata pasangan mereka berdengkur.

Satu perempat golongan berkenaan dilaporkan mengalami masalah mengantuk luar biasa pada siang hari yang dianggap bahaya bagi pemandu dan pembuat dasar.

Lebih seorang dalam 10 tidur ketika mesyuarat berlangsung atau tertidur di meja masing-masing dan empat peratus tertidur ketika memandu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 05:31 AM | Show all posts
Pasangan kekasih maut digilis bas
Oleh ROSMAWATI MION

ALOR STAR 14 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 05:34 AM | Show all posts
Drama apa ni wehh..kena tanya cik bok nanti

~~~~~~~~~~~~~~~~
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
KETUA Pergerakan Puteri UMNO Noraini Ahmad menegur babak lakonan suami isteri Melayu di atas ranjang yang semakin menghiasi drama dan filem tempatan. Beliau menganggapnya sudah keterlaluan.

Memang sukar bagi sesiapa menyanggah apa yang beliau nyatakan itu.

Inilah masalahnya. Yang diberikan amanah dan tanggungjawab mengawal hal-hal ini adalah orang kita sendiri. Apa mereka buat?

Ini juga, Awang rasa, ada kena-mengena dengan persaingan yang semakin sengit di antara stesen-stesen TV. Dalam keghairahan menarik penonton masing-masing akan mencuba sejauh mana mereka boleh pergi. Dalam cubaan itu, mereka pun terbabas.

Apabila terbabas, apa pula yang dilakukan oleh pihak yang diberikan amanah dan tanggungjawab tadi?

Awang harap mereka tidak tertidur sama dalam keasyikan adegan-adegan atas ranjang itu.

Puteri UMNO perlu bersungguh-sungguh memerangi gejala ini. Mereka perlu segera menghubungi stesen TV atau penerbit filem terbabit. Jangan tunggu perhimpunan.

Awang
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 05:36 AM | Show all posts
Lucutkan hak keistimewaan Melayu yang murtad
KUALA LUMPUR 14 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 11:28 AM | Show all posts

Ina ajak peminat bercuti ke Bali Oleh Norhadiani Baharom

ADA yang menggelarnya sebagai Paris Hilton Malaysia. Daripada sudut mana mereka berkongsi persamaan itu memanglah tidak mampu dijawab. Namun yang pasti, Nordiana Naim (Ina), 23, menerima layanan meriah daripada media tempatan sama seperti perhatian yang diperoleh pewaris harta rangkaian syarikat Hilton itu di media Barat.

Lihat sajalah ke mana saja Ina pergi pastinya dia menjadi tumpuan lensa hinggakan kisah hidupnya juga menghiasi muka depan di kebanyakan dada akhbar.

Fenomena seperti ini jarang sekali berlaku pada pendatang baru dalam arena hiburan tanah air. Apatah lagi, jika mereka tidak mempunyai album, filem mahupun anugerah yang boleh dibanggakan.

Namun, itulah kehebatan dan penangan bekas tunang Juara AF3, Mawi ini. Kontroversi yang berlaku dalam hubungan percintaannya tersirat hikmah apabila Ina lebih popular dan berjaya selepas putus tunang.

Menyedari, tanpa sokongan peminat dia tidak mungkin akan berjaya seperti hari ini, Ina merancang satu percutian bersama peminat tersayang di kepulauan Bali, Indonesia pada awal tahun depan.

Ketika ditemui, Ina berkata, program ini diuruskan agensi pelancongan, KTH Travel & Tours Sdn Bhd. Sepanjang kunjungan empat hari tiga malam itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan menghiburkan.

揇alam pada teruk dikritik saya tidak menyangka ada ramai yang menyokong saya daripada belakang. Justeru bagi menghargai mereka pihak pengurusan saya bercadang menganjurkan percutian ini.

揔ebetulan ramai peminat pernah memberi idea sama sebelum ini. Selepas mengambil kira beberapa faktor khususnya keselesaan waktu, kami bersetuju mengadakan program ini pada awal tahun depan,
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 11:32 AM | Show all posts

Siti Siti....

`Cara saya masih sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2006 12:14 PM | Show all posts
meluat baca cerita CT ngan INA kulai ni:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 12:51 PM | Show all posts

Reply #1337 alahai's post

tah aiiihh....mcm takdak ceta lain dah kot....depa ni ja...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 04:37 PM | Show all posts
NIE PULAK KES TIARA AND EFFENDI NORWAWI?

Sisters in Islam diselar
17-11-2006 03:33:36 PM
Oleh DALILAH IBRAHIM  
KUALA LUMPUR:  Seorang perwakilan Umno mendakwa tindakan pertubuhan Sister in Islam (SIS) mempersoalkan kes-kes di Mahkamah Syariah hanyalah bertujuan untuk melemahkan institusi itu.

Membahaskan usul agama dan sosial, wakil Pulau Pinang Shahbudin Yahaya berkata, berkata SIS cuma mengambil kes-kes tertentu dan menjadikannya isu.

"Sisters in Islam ini tidak melihat banyak lagi isu-isu memerlukan perhatian seperti penagihan dadah.

"Saya cabar mereka untuk menangani masalah ini," katanya.

Shahbudin turut mempersoalkan peranan pertubuhan-pertubuhan NGO yang lain seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang mendapat dana dari Konrad Adenauer Foundation di Jerman.

"Kita mesti sedar siapa mereka ini yang menggunakan orang-orang Melayu untuk kepentingan tertentu," katanya.

Perwakilan Wanita Umno Johor, Rahimah Idris meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tindakan tegas terhadap isteri-isteri menteri Kabinet yang berpakaian seksi ketika tampil di khalayak ramai.

"Kita sebagai wanita Datuk Seri (Abdullah) berasa amat malu, amat malu. Kita mengajar anak kita berpakaian sopan, memakai tudung tetapi perbuatan isteri seorang menteri ini amat memalukan," katanya.

Beliau mendakwa isteri menteri itu, yang tidak dinamakannya itu, malah tidak mengenakan pakaian sopan ketika menghadiri majlis pengebumian bekas suaminya baru-baru ini.

"Wanita meminta Presiden memandang serius masalah ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by kiki at 17-11-2006 04:37 PM
NIE PULAK KES TIARA AND EFFENDI NORWAWI?

Sisters in Islam diselar
17-11-2006 03:33:36 PM
Oleh DALILAH IBRAHIM  
KUALA LUMPUR:  Seorang perwakilan Umno mendakwa tindakan pertubuhan Sister in  ...



wahh bravoo:clap:  (baru baca)

selain dari tiara sapa lagi calon??? tak dak rasanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.252062 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list