CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: BLOSSOMING ORCHARD

 Close [Copy link]
Post time 2-12-2024 04:15 PM | Show all posts
tengok page ehh 220
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 04:15 PM | Show all posts
bila masa rumah borak jadi 220
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:16 PM | Show all posts
rupanya salah rumah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:16 PM | Show all posts
benang games rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:17 PM | Show all posts
page 66 baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:17 PM | Show all posts
Tashu replied at 2-12-2024 03:56 PM
dah...tu iols dh komen.

baru baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2024 04:18 PM | Show all posts
Tashu replied at 2-12-2024 03:49 PM
kene lembutkan sikit hehehe.

setuju

azlina nyanyi mendayu sikit

dia keras sikit
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:19 PM | Show all posts

masa awal2 dia nyanyi iolss ingat mila dah

tapi lama tu berbeza lah jugak

awal2 je sama sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 04:27 PM | Show all posts

hi tashu

selamat petang
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:27 PM | Show all posts
Tashu replied at 2-12-2024 09:43 AM
pagi nuki.

tgk gv sampai abih ke semlm?

selamat petang

start tengok masa sheila abdul sampai habis


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:28 PM | Show all posts
balik kerja nanti baru nak tengok balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:28 PM | Show all posts
nampak dah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:29 PM | Show all posts
sudah buat
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:31 PM | Show all posts
Zahnita dedah mata lebam, tinggalkan rumah






Zahnita mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam. - Foto IG Zahnita Wilson



KUALA LUMPUR: Hantaran terkini dimuat naik pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam.
Tidak memperincikan apa yang berlaku. Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39 , bagaimanapun berkata seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.
"Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam," tulisnya.
Susulan pendedahan dibuat pelakon Kuliah Cinta itu, ramai pengikut termasuk rakan selebriti meluahkan simpati dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku terhadap model berwajah Pan Asian itu.

Malah, ramai juga yang mendoakan Zahnita terpelihara daripada perbuatan yang membahayakan keselamatan dirinya.
Antara rakan selebriti yang prihatin adalah Che Puan Sarimah Ibrahim, Sharifah Shahirah. Salamiah Hassan, Norish Karman, Tiz Zaqyah dan Zarina Zainoordin.



https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1331649/zahnita-dedah-mata-lebam-tinggalkan-rumah


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:31 PM | Show all posts
semoga yg baik baik saja utk zahnita
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:35 PM | Show all posts
Ramai suka dan puji Nora Danish boleh hafal surah Al-Mulk




Pelakon, Nora Danish.



KUALA LUMPUR: Pelakon, Nora Danish, 42, mencuri tumpuan ramai apabila menunjukkan kebolehannya menghafal surah Al-Mulk ketika menyahut cabaran daripada seorang pempengaruh media sosial, Qawiy.
Menerusi video yang dimuat naik, Nora berjaya membaca surah itu dengan lancar, sekali gus menerima pujian daripada Qawiy.
"Masya-Allah, banyak hafalan tu. Kalau tak berhenti, nak baca lagi tu boleh habis satu surah.
"Kami seronok lihat perubahan Nora," katanya.

Mengakui masih belajar, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, bacaannya masih belum sempurna dan sedaya upaya mendekatkan diri kepada Allah.
"Tapi tajwid belum betul lagi. Apa yang saya belajar melalui penghijrahan ini adalah sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran kerana ia adalah pendamping kita nanti," katanya.

Dalam masa sama, Nora sempat berkongsi zikir yang menjadi amalan sehariannya.
"Ramai orang tanya, macam mana saya berhijrah, saya amalkan zikir Jami at Tirmidhi.
"Zikir itu mendekatkan diri kita dengan Allah, dicintai Allah dan didekatkan juga dengan orang yang mencintai Allah.
"Saya berubah pun disebabkan ramai orang baik ada dekat dengan saya. Berhijrah senang, istiqamah itu susah, jadi tolong doakan saya. Semoga saya boleh hafal banyak lagi surah," katanya.
Video yang dikongsikan menuai pujian netizen yang rata-rata kagum dengan perubahan yang dilakukan aktres itu dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.



https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1331180/ramai-suka-dan-puji-nora-danish-boleh-hafal-surah-al-mulk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 04:37 PM | Show all posts
Peluang Selangor julang trofi tanpa penyertaan JDT


Pemain Selangor, Mukhairi Ajmal mengawal bola ketika aksi menentang Sri Pahang pada aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia malam tadi. - Foto Selangor FC




KUALA LUMPUR: Lapan pasukan yang gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia 2024/25 mendapat 'nyawa kedua' selepas mereka masih lagi berpeluang untuk merebut trofi iaitu Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Mungkin ini satu-satunya trofi yang dianggap terbuka untuk dimenangi memandangkan ia tidak disertai gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berjaya mengesahkan slot ke suku akhir dalam misi mempertahankan trofi dimenangi musim lalu.
Bagaimanapun, edisi kali ini dilihat menampilkan saingan yang sengit susulan kehadiran beberapa pasukan terkemuka seperti Selangor FC (SFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang tumbang di tangan lawan masing-masing pada pusingan 16.
SFC yang juga juara 33 kali dikecewakan Sri Pahang FC (SPFC) 2-3 secara agregat sementara skuad 'Kenari' pula terpaksa akur tewas 4-6 secara agregat di tangan juara edisi 2021, KL City FC.

Justeru, Piala Cabaran MFL menawarkan peluang terbaik khususnya buat SFC untuk memenangi trofi pada musim ini, begitu juga KDA FC memandangkan kedua-dua pasukan berdepan prospek untuk bertemu di perlawanan final nanti.
Skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi akan membuka kempen Piala Cabaran MFL menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN) FC dan berdasarkan prestasi semasa, mereka seharusnya tidak berdepan masalah untuk mara ke separuh akhir.
Jika SFC berjaya mara ke separuh akhir, mereka akan bertemu pemenang aksi antara Penang FC (PFC) menentang pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic dengan PFC turun sebagai pasukan pilihan.
Sebagai rekod, juara bertahan Piala MFL, PDRM FC akan turun mempertahankan trofi ini selepas mereka disingkirkan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-2 secara agregat.
Skuad The Cops yang menewaskan Kuching City FC (KCFC) 4-1 secara agregat pada edisi lalu akan berdepan satu lagi pasukan Liga A1 Semi Pro, Melaka FC yang ditundukkan Terengganu FC (TFC) 4-1 secara agregat.
Satu lagi aksi suku akhir Piala Cabaran MFL menemukan KDA FC dan Melaka FC dan pemenang akan bertemu sama ada PDRM FC ataupun Melaka FC di separuh akhir.



https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1331689/peluang-selangor-julang-trofi-tanpa-penyertaan-jdt


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:41 PM | Show all posts
Nicol raih pengiktirafan tertinggi




Nicol cipta sejarah apabila tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran PSA di Hong Kong malam tadi. - Foto Nicol David





KUALA LUMPUR: Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mencipta sejarah tersendiri apabila namanya terpahat dalam Dewan Kemasyhuran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Hong Kong, malam tadi.
Selain Nicol turut berada dalam senarai dewan yang baharu dilancarkan awal tahun ini bagi mengiktiraf kejayaan pemain sukan berkenaan adalah legenda Pakistan, Jansher Khan, Susan Devoy (New Zealand) dan Jahangir Khan (Pakistan).
Pengiktirafan itu nyata tepat buat Nicol apatah lagi dalam kariernya, beliau memperoleh pelbagai kejayaan termasuk meraih lapan gelaran dunia dan mempertahankan gelaran nombor satu dunia selama 108 bulan.
Legenda berusia 41 tahun itu turut pernah meraih lima gelaran di Terbuka British, memenangi dua pingat emas di Sukan Komanwel dan tujuh emas di Sukan Asia, masing-masing dalam acara individu dan berpasukan.




Sejak bersara pada 2019, beliau menubuhkan Organisasi Nicol David - salah satu program pembangunan skuasy yang menerima sokongan Yayasan PSA - dan selepas itu diiktiraf sebagai ahli Akademi Sukan Dunia Laureus pada 2021.
"Hari yang sangat bermakna," kata Nicol dalam satu hantarannya di Facebook.
"Saya menilai pengiktirafan ini sejak beberapa minggu lalu dan apakah ertinya kepada saya dan saya fikir ini secara rasminya menunjukkan yang saya sudah mencipta sejarah yang mana sukar untuk saya percayai.
"Saya fikir selepas ini, saya boleh pastinya yang saya boleh melakukan apa yang termampu dalam karier saya... namun misi utama saya sekarang adalah mengenai yayasan saya, untuk membantu kanak-kanak, keluarga dan komuniti di Malaysia dengan harapan pada satu hari nanti, semua usaha ini akan diiktiraf di Malaysia dan dunia.
"Saya mahu mendedikasikan pengiktirafan ini kepada ibu bapa, jurulatih Liz Irving, pasukan sokongan saya dan Malaysia kerana sentiasa menyokong di sepanjang karier saya," tambahnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai PSA, Alex Gough berkata: "Nicol dan Jansher adalah dua figura ikonik dalam sejarah skuasy dan kedua-duanya meninggalkan legasi dalam sukan ini.
"Nicol menjadi inspirasi kepada kebanyakan pemain skuasy - di Malaysia dan seluruh dunia - dan rekodnya selama sembilan tahun secara berterusan di puncak ranking dunia pastinya sukar untuk ditandingi.
"Dia seorang duta buat sukan ini dan ia sesuatu yang menarik untuk menyaksikan dirinya diangkat sebagai timbalan ketua kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024."



https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/12/1331666/nicol-raih-pengiktirafan-tertinggi









Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:44 PM | Show all posts
Hujan lebat Kelantan, Terengganu esok, lusa. Luruan monsun dijangka 8-14 Disember ini - METMalaysia






Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melawat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang di Pasir Mas, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar





KUALA LUMPUR: METMalaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dalam tempoh bermula 8 hingga 14 Disember 2024.
"Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan," kata METMalaysia dalam kenyataan.
Selain itu, berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang 3 Disember hingga awal pagi, 4 Disember 2024.
Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.




Lima negeri hujan lebat petang ini
Dalam kenyataan berasingan, METMalaysia berkata ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda lima negeri sehingga jam 3 petang hari ini.
Ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Johor.




Di Pahang, kawasan yang terlibat adalah Pekan dan Rompin manakala di Selangor, ribut petir dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang.
Negeri Sembilan turut terjejas di kawasan Seremban, Port Dickson, dan Rembau.
Di Johor, kawasan yang diramalkan mengalami ribut petir adalah Segamat dan Mersing.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti luar sehingga keadaan cuaca kembali stabil.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331656/hujan-lebat-kelantan-terengganu-esok-lusa-luruan-monsun-dijangka-8









Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:46 PM | Show all posts
Peperiksaan SPM hari pertama berjalan lancar




Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 membuat persiapan terakhir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat untuk Ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini. foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar.





KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu berjalan dengan baik termasuk di negeri yang dilanda banjir, dengan perancangan serta koordinasi baik antara kementerian dan agensi bagi memastikan tiada keciciran dalam peperiksaan itu.
Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang dijadualkan bermula hari ini hingga 5 Disember diteruskan, termasuk di sembilan negeri yang dilanda banjir dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung.
Di TERENGGANU, banjir yang masih berlarutan di negeri itu tidak merencatkan perjalanan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang membabitkan 261 pelajar terkesan banjir, dengan kesemua pelajar telah dibawa daripada pusat pemindahan sementara (PPS) ke pusat peperiksaan alternatif.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata proses membawa pelajar terbabit bermula seawal 6 pagi tadi dengan bantuan pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Perjalanan berjalan lancar mengikut prosedur Ops Payung yang dilaksanakan JPNT. Seramai 261 pelajar yang berada di PPS selamat tiba di pusat peperiksaan alternatif pagi ini.
"Ada pelajar yang berpakaian sekolah, baju sukan dan pakaian biasa yang sopan. Apa juga pakaian, mereka tetap ceria dan tampak bersemangat untuk menduduki peperiksaan," katanya yang turut melakukan tinjauan di pusat peperiksaan alternatif, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mizan, Kuala Nerus pagi tadi.
Jelani berkata sebanyak 18,907 calon SPM termasuk 1,734 calon yang terkesan banjir akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
Di KELANTAN, seramai 144 calon SPM di SMK Kuala Krai hadir menjalani peperiksaan meskipun kawasan mereka terjejas akibat banjir.
Sebelum ini, pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu bapa supaya semua calon SPM ditempatkan di asrama sekolah berkenaan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku semasa banjir melanda.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan turut membantu melancarkan perjalanan peperiksaan seperti di Tumpat, dengan membawa 37 guru mengambil kertas soalan peperiksaan di bilik kebal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat menaiki lori bomba, susulan beberapa laluan ke sekolah terbabit dilimpahi air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Di NEGERI SEMBILAN, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Putra Hashim berkata kesemua calon hari ini tidak menghadapi sebarang masalah susulan bencana banjir, dengan 28 calon sebelum ini yang ditempatkan di PPS telah pulang ke rumah setelah keadaan pulih di kawasan mereka.
"Jadi secara keseluruhannya ia berjalan lancar, tiada yang terjejas," katanya dan menambah seramai 16,125 calon menduduki UBBM di negeri ini terdiri daripada calon sekolah daripada KPM, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), persendirian dan swasta.
Peperiksaan SPM 2024 yang bermula hari ini hingga 6 Februari 2025 membabitkan 402,956 calon dan membabitkan 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.
- BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331651/peperiksaan-spm-hari-pertama-berjalan-lancar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.089683 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list