CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 11-8-2011 01:40 PM | Show all posts
dah cerita pasal kredit plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 01:42 PM | Show all posts
dah cerita pasal kredit plak..
Anak_Nogori Post at 11-8-2011 13:40

iklan kejap pakcik weh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:12 PM | Show all posts
Itu I tak tahu...yg I tahu...ada ganjaran kalau orang islam ni murtad...dan yg paling malang ada ...
Anak_Nogori Post at 11-8-2011 13:30


knape pulak rasa malang AN?

ke AN lupa nak menghayati ayat al Qur'an yg ada sebut "tiada paksaan dlm ad-deen"
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:14 PM | Show all posts
Nah...apa Dr Maza, Khalid Gereja, Khalid gagap tahu tak cerita ini?..

Thursday, August 11, 2011
...
Anak_Nogori Post at 11-8-2011 13:15



cuba hang tanya Teresa Masjid kalau khalid gureja tak tau....

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:18 PM | Show all posts
Reply 1300# abgboroi


    abg boroi....aku tgk lepas kes tu..dia mengadap sultan selangor mintak maaf kan????xkan posa2 nk menipu kot??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 02:26 PM | Show all posts
Aku terbayang senario seorang budak.. Yg mempunyai masalah keluarga.. Gi rumah kawan dia..

Kawan  ...
Cakkkk....aaaa Post at 11-8-2011 08:19



    mmg fishy
harap tindakan di ambil secepat mungkin.....

apa pon SOP jais tu mmg aku tak setuju
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2011 02:31 PM | Show all posts
Sebab ko terlupa ambik vitamin Bijak kot.
pondanblonde Post at 11-8-2011 12:43


sebab tu kumpul bukti dulu baru serbu..
ni serbu dulu baru kumpul bukti... mmg kene pijak kepala la ngan loyar2
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:32 PM | Show all posts
sebab tu kumpul bukti dulu baru serbu..
ni serbu dulu baru kumpul bukti... mmg kene pijak kepal ...
atira Post at 11-8-2011 14:31

la tira klau tak 'serbu' mana la nak dpt bukti ade 12 org islam tuh
pokoknya tindakan jais tu berasas... fullstop....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2011 02:32 PM | Show all posts
apa pon aku harap mmg jais ni betul..
tak sanggup aku jais dikutuk oleh semua termasuk aku yg kurenggg dgn SOP depa bab2 serbu dan skodeng tu
cepatlah ambil tindakan terhadap gereja itu supaya kegiatan ini tidak merebak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:36 PM | Show all posts
baca dari awal buat saya terfikir atira ni islam ke bukan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 02:56 PM | Show all posts
http://mynewshub.my/bm/2011/08/1 ... ukan-kisah-dongeng/
Kisah Benar Melayu/ Islam Berlindung Di Gereja

August 11, 2011
Baru-baru ini Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.


Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti” sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.

Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.

Sementara peguam mereka pula, Annou Xavier berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi “harapan” kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.

Bagaimanapun, katanya, pada “malam yang malang itu”, JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.

Sejujurnya saya tidak mahu prejudis atau berprasangka kepada mana-mana pihak, apatah lagi sekiranya mereka mendakwa mereka melakukan kerja amal dan sebagainya.

Cuma saya teringat pada satu peristiwa yang berlaku kira-kira dua tahun lepas di sebuah gereja yang terletak di atas bukit di Batu Arang, Rawang, Selangor.



Ada pihak yang mendakwa ia bukanlah gereja daripada erti kata yang sebenarnya, tetapi sudah bertukar menjadi Rumah Perlindungan HIV yang dikendalikan sekumpulan mubaligh Kristian.

Gereja ini juga dikenali sebagai White House (walaupun bentuknya jauh berbeza dari kediaman Presiden Amerika yang terletak di Washinton itu)



Ia ada salib yang besar, setiap pintu bilik digantung gambar Jesus Christ, ada kata-kata yang dipetik dari buku Bible dan terdapat sebuah dewan syarahan besar yang penuh dengan lambang agama berkenaan.

Mereka mendakwa mereka membantu para pesakit HIV/AIDS yang terbiar di jalanan, tanpa ada niat yang ‘terselindung’

Ya, saya kagum dengan usaha itu.

Cuma yang agak ‘menggerunkan’, hampir sebahagian daripada mereka yang berlindung di dalam premis itu adalah orang Melayu, orang Islam!

Selama ini saya hanya mendengar ramai anak Melayu yang berlindung di dalam gereja, majoritinya mereka yang daif dan berpenyakit.

Katanya ini kerana masyarakat Melayu atau Islam sendiri memandang keji terhadap golongan ini hingga mereka tidak tahu ke mana hendak mengadu.

Akhirnya mubaligh Kristian membawa mereka ke rumah perlindungan atau gereja seperti di White House ini.

Walaupun pihak gereja ada menyediakan bilik kecil yang mereka dakwa surau untuk membolehkan penghuni Islam beribadat, namun realitinya kehidupan penghuni Islam di situ tidak ada banyak bezanya dengan penghuni bukan Islam.

Mereka tinggal di dalam bangunan yang dipenuhi mubaligh Kristian, mereka berkumpul di dewan ‘syarahan’ Kristian, dan bilik tidur mereka juga dihiasi dengan gambar Jesus seperti mana yang saya katakan tadi.



Saya rasa penganut agama Kristian juga akan merasa tidak selesa sekiranya perkara itu terjadi kepada penganut mereka….apa perasaan mereka agaknya jika saudara seagama mereka tinggal di bangunan yang dipenuhi Ustaz, berkumpul di dewan solat dan tidur di bilik yang dipenuhi ayat suci Al-Quran yang bergantungan.

Alhamdulilah, dengan inisiatif seorang guru agama terkenal, Ustaz Muhammad Amin, pada 13 Julai 2009, saya  dan rakan-rakan serta sekumpulan NGO yang diketuai oleh Muhammad sendiri bertolak ke gereja berkenaan dengan berbekalkan satu misi- mengeluarkan semua pesakit Melayu dan Islam dari gereja itu.



Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ

Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’

Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV

Melihat saja kelibat mereka, saya hampir menitiskan airmata, kesemua mereka yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu

Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad



Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi oleh masyarakat sekeliling

Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat

Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga

Untuk pengetahuan anda, saya sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan

Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh

Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut

Saya tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya

Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang demi seorang anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati.



Saya berharap dalam membantu golongan yang memerlukan, sama ada kerana penyakit, kedaifan dan kemiskinan, kita sebagai umat Islam kena betul-betul membantu dalam erti kata yang sebenarnya.

Agensi-agensi yang diberi amanah harus melaksanakan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh.

Adalah mudah untuk mencari kesalahan tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah, tindakan yang pro-aktif perlu disemai dalam setiap sanubari agar golongan sebegini dapat dibantu dalam menjalani kehidupan yang singkat ini

Yang paling penting, sekiranya kita tidak mahu iman dan akidah saudara kita dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kita sendiri terlebih dahulu kena memnghulurkan tangan dan menarik mereka keluar dari segala kesulitan ini.

Saya masih ingat kata-kata Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

Katanya memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian.

Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.

Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.

Menurut beliau, pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan.

Contohnya, gerakan kepada masyarakat orang Asli.

Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini.

Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi.

Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.

Selain itu, menurut Dr. Ab. Aziz, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang.

Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’.

Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.

Kesimpulannya jika kita tidak bertindak cepat dalam menangani permasalahan ini, jangan terkejut jika lebih ramai umat Islam di muka bumi ini akan menghuni pusat perlindungan seperti di White House…atau gereja…atau apa saja nama dan gelaran yang kita beri padanya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 03:04 PM | Show all posts
malunye aku bila terbaca artikel kat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:08 PM | Show all posts
hari ni gigih betul MOD potong kredit
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:30 PM | Show all posts
malunye aku bila terbaca artikel kat atas tu
atira Post at 11-8-2011 15:04


saya lagi malu bila seorang MB islam yg dikatakan berpelajaran tinggi awal2 lagi dah minta maaf sebelum mendapat lapuran dari pegawai dia sendiri..sangat2 mengaibkan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:36 PM | Show all posts
hari ni gigih betul MOD potong kredit
R2D2 Post at 11-8-2011 15:08



    dah MOD namanya, artikel tak berkenaan politik pun kena...yg lawaknya reply posting yg berbau politik, tak pasal2 TT yg kena potong credit........ini tidak adil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 03:38 PM | Show all posts
kat mana potong2 kedit ni?
mamaque gila tu yg kene?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 03:38 PM | Show all posts
baca dari awal buat saya terfikir atira ni islam ke bukan...
c===8 Post at 11-8-2011 14:36



tgk avatar tu bangla aja....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:39 PM | Show all posts
yg penting potong dulu
pastu baru nak tgk kenapa dipotong
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:39 PM | Show all posts
Kisah Benar Melayu/ Islam Berlindung Di Gereja

August 11, 2011
Baru-baru ini Harapan Komuniti ...
atira Post at 11-8-2011 14:56


beb, thx for sharing this article.. this is good..

Alhamdulillah, ada segelintir Muslim yg sedar & berbuat sesuatu ttg kesedaran tu dgn cara berhemah.. terasa malu dgn dorang, while we were barking here pinpointing fingers at each other in the name of politics, these ppl out and about resolving the root of the issue..

who are these ppl, and how to get in touch with them ek?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:42 PM | Show all posts
harap2 Pusat Zakat, Baitulmal dan jugak pihak berwajib dapat improve dari segi pengagihan wang zakat..  tiap2 tahun dok gebang dapat byk gitu gini ...    mesti ada cara yg terbaik, itu pun kalau ikhlas la nak bantu......  agak2 tak ikhlas , sok2 korang jawab la kat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.098355 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list