CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KatakPisang

? Orang Sungai Besar/Sekinchan 换

 Close [Copy link]
Post time 25-10-2007 05:06 PM | Show all posts

Reply #1330 liaolia's post

dulu pun aku jumpa din poyo kat pasar gak..dukung anak & bini dia ada sekali..tapi tak cakap banyak..mentang2 la aku ni solo lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 05:14 PM | Show all posts

Reply #1328 liaolia's post

Aku dah lama nak jadikan isu PAPITUSULEM ni sebagai satu teka teki, tapi asyik lupa jer tgk dah ada orang jawab tak jadi nak bagi teka teki. anyway PAPITUSULEM tu memang homestay.

aku dah lama nak reply tak tak boleh, asyik block tak pun failed. belum nak baca lagi. langsung tak boleh buka.

so apa cerita si Usop Sontorion tu? keje mana? ala si Nordin tu ada bau bau kentut dengan Usop pun dia tak tau ke mana Usop sonto tu ghaib. masa dia kerja kat Subang Jaya dulu aku ada juga cuba cari tapi dah pindah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 05:17 PM | Show all posts
Lupa nak maklumkan,

tengah hari ni ada kemalangan yang boleh dikategorikan langgar lari melibatkan sebuah kereta (yang dipercayai jenis Proton Wira) dan 2 pelajar SDM tingkatan 2 di depan rumah mereka di Parit 8 Sungai Leman ketika menunggu bas utk kesekolah. seorang maut dengan pecah di kepala manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal dan dihantar ke Hospital Kelang. setakat laporan ini di buat arwah belum lagi dikebumikan begitu juga dengan mangkuk yang bawa kereta, belum diketahui hujung pangkalnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 06:10 PM | Show all posts

Reply #1330 bottombikini's post

hehe ..mesti le dia nk cover line ..ko ni pn ..kang jelus lak bini dia ..ko kan macam amoi .. ..dia keja kat rembau n9 skang ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 06:13 PM | Show all posts

Reply #1331 CharlieDale's post

ooo ..memang homestay ke? ..kt jln laut tu ekk ? depan umh wati kikin tuu ????
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 08:35 AM | Show all posts
al-fatihah utk arwah...sejak jln dh lebar nii ..banyak kemalangan ngeri yg terjadi ..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2007 09:22 AM | Show all posts

Reply #1332 CharlieDale's post

seberangan umah hang la ni...? kesiannya....  alfatihah

aku doa org yg langgar tu kena langgar lori
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 25-10-2007 05:14 PM
Aku dah lama nak jadikan isu PAPITUSULEM ni sebagai satu teka teki, tapi asyik lupa jer tgk dah ada orang jawab tak jadi nak bagi teka teki. anyway PAPITUSULEM tu memang homestay.

aku dah lam ...


wakaka!

usop sonto keje kat kelana jaya..sesapa nak makan kek free bole kontek dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 10:23 AM | Show all posts

Reply #1337 bottombikini's post

dia keje buat kek ke keja com buat kek ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:27 AM | Show all posts
smbung bab kemalangan semalam,

mangsa kedua telah meninggal dunia pada jam 7 malam semalam manakala mangsa pertama hanya dapat dikebumikan pada jam 1 malam tadi kerana beberapa masalah teknikal.

diberitakan, kejadian berlaku disebabkan kecuian pemandu kereta Iswara. pada mulanya pemandu berkenaan telah memberhentikan kereta  di tepi jalan dan menjawab panggilan telefon. tetapi ntah macam mana dia kemudiannya ingin memandu semula tapi masih memegang dan menjawab telefon. dan anda sendiri tahu kalau dalam keadaan gear satu pcik up kereta macam mana? so secar tidak semena-mena dia langgar 2 pelajar ni yang dok menelaah buku (depa nak exam) sambil tunggu bas kat tepi jalan ni. dilaporkan pemandu berkenaan lari namun plet no kereta yang pecah menjadi bukti. pemandu dipercayai penduduk kg Sg.Sireh Tg. Karang.

namun kira bernasib baik juga (belum ajal menjemput) kerana kebiasaannya mereka berlima namun pada waktu kejadian hanya bertiga ( mangsa 2 orang terselamat sorang) yang 2 lagi suruh mak/bapak mereka hantar manakala yang terselamat sorang tu pun sebab tgk kawan dok menelaah buku dia pun pergi balik rumah nak ambil buku. balik tgk kawan dah arwah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by bottombikini at 26-10-2007 09:22 AM
seberangan umah hang la ni...? kesiannya....  alfatihah

aku doa org yg langgar tu kena langgar lori



kat depan rumah Pak Chat (rumah ayah Fauzi Arshad), seberang jalan je. orang yang jual mentarang depan rumah tu nampak  bagaimana kemalangan tu berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:36 AM | Show all posts
Hari ni ada majlis sambutan Hari raya dan Majlis Perpisahan GPK 3 yang dinaikkan pangkat ke Gb di SK Pt 13 sg besar.

Ptg ni pula aku gerak ke Kl atas jemputan sekolah lama aku nak buat camping di Kem Sg Besi.

Sabtu dan Ahad aku akan berada di Banting kerana ada rpogram intergrasi dengan sebuah sekolah di Banting.

Insyaallah, tahun depan kalau ada rezeki, buat dengan sekolah di Sabah pula. mungkin dengan kerjasama UMS.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:48 AM | Show all posts

Reply #1340 CharlieDale's post

laa ..selang 3 bijik umh je dari umhku ..baru tepon mak tadi ..mangsa ke2 anak sulung k.ita ..sebelah umh pak chat ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:55 AM | Show all posts

Reply #1338 CharlieDale's post

kesiannya..speechless aku..bersungguh betul nak amik exam tak sangka ajal menjemput..

b*** betul pemandu tu :@

dale - hang dah mai kl ni tak reti2 nak singgah jumpa kami?  bole buat reunion ajak usop skali..lama x jumpe nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 12:47 PM | Show all posts

Kemalangan berulang!

Sekali lagi Pt 8 digemparkan dengan kemalangan, di kawasan yang sama (cuma bertentangan, semalam kat seberang jalan kali ni di depan rumah arwah) membabitkan kereta dengan motorsikal. juga disebabkan kecuaian pemandu ( datang melawat keluarga mangsa) yang mengreverse keretanya ala fast and furious terus ke jalan raya (dia parking kereta di tepi jalan) tanpa disedari bahawa ada motorsikal di jalan raya dan terus motor tu tak sempat elak dan langgar bontot kereta tu. 2 laki bini penunggang motor patah kedua belah kaki.

BB, bukan tak nak tapi busy ma....g Kl pun bukan sesuka tapi ada keje.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 05:18 PM | Show all posts

Reply #1338 CharlieDale's post

dengar gak cerita dari my hubby..... errrmmm kesiannya... tapi sungguh le, pemandu kat sana bawa keta laju2... nak drive masuk jalan pun terpaksa tunggu lama.... ishk dah jadi mcm litar lumba lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2007 11:05 AM | Show all posts
mmg jalan raya beso tu dh jadi litar lumba...jalan raya depan umah aku tu, mmg susah nak melintas...klu tak terrer mmg kene tunggu lama la baru leh melintas..almaklumla...jlan beso, laluan lurus je pulak...lagi bahaye klu memalam..lori, mak aiiii..laju2 belaka...aku rase jalan tempat accident tu mmg keras la...anak org kampung aku pon penah mati accident kat ctu...mati on the spot...dh la baru lepas spm..sian mak ayah die...harapan mak ayah plak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 01:04 PM | Show all posts
Uiks, berita boleh sampai ke Bumi di Bawah Bayu tu?

anyway cerita versi lain pula begini, pemandu tu menghala ke Tg karang, berhenti sebentar di tepi jalan dan menjawab telefon, sambil menjawab telefon dia pun buat U turn nak patah balik ke Sg besar maka di masa itulah sebab tak boleh nak kawal maka terlanggarlah kedua-dua mangsa, seorang duduk seorang berdiri, yang duduk tu maut ditempat kejadian, pecah kepala manakala yang berdiri patah pinggang namun meninggal dunia 7 jam kemudian.

dan diberitakan walaupun berdasarkan no plet yang patah itu, dikatakan kereta tu dimiliki oleh penduduk Sg sireh, namun dikhabarkan pula bahawa dia telah menjualkan kereta itu dan dia sendiri tak tahu siapa pemilik keretanya sekarang. maka kesimpulannya, pemandu itu masih lagi gagal dikesan.

memang dah jadi litar lumba, tambah lagi kalau kereta besar, 4WD, atau pemandu kereta wira, kancil yang eprasan dia bawa ferrari. aku selalu kalau bawa 80 /90km/j kat lane kanan tapi ada je orang bagi high beam, memang aku hangat. dah tu suka cucuk belakang. aku kalau dah geram aku tekan brek sikit (kan kalau kita just pijak sikit jer pun lampu brek akan menyala walaupun kita tak brek lagi) bagi dia kelam kabut membrek dan setakat sign middle finger tu dah selalu aku dapat tak pun dia potong lepas tu dia akan himpit masuk kekanan balik dengan cara merbahaya. kalau dapat memang aku masukkan jer no plet kereta yang mangkuk-mangkuk ni dalam forum ni. mana tau kot kawan korang ke, adik korang ke.... :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 05:07 PM | Show all posts

Reply #1346 CharlieDale's post

yg penting bukan haku..

penah sekali aku bwk lane kanan..blkg ada lori pertanian..lokasi: jln k.selangor ke tg karang..masa tu kami je yg ada..bukan aku taknak ke tepi tapi saje aku nak test..alang2 jalan dah besar apalah salahnye ko potong kiri pastu kalo nak masuk kanan balik gaya bebas ke gaya kupu-kupu ke bukan aku heran pun..lori tu cucuk2 aku..aku buat ketat je..sampai satu ketika dia langgar aku punye side mirror belah kanan..pecah!
punye la dia nak jugak memotong sebelah kanan..patuh undang-undang jalan raya gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 06:46 PM | Show all posts
hohohoho...

kalau aku dia kasi pecah side mirror memang aku kejar. aku punya side mirror je dah dalam lingkungan RM 3rat. hari tu kena sekali kat traffic light (bukan kat Selangor la) aku kejar. dia kata kecil jer..yer la kecil pun 2-3rat sapa nak ganti? bukan salah aku, salah dia yang ngimpit. tu pun rugi RM 20 kena tambah duit ngecat. ampeh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.242868 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list