Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 214 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 387,971. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 257 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 379,122 orang. Manakala 289 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 268 orang di hospital, 20 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 14 orang manakala enam (6) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan baharu tidak banyak berubah dengan jumlah semalam. Jumlah jangkitan baharu ialah 214, pertambahan sebanyak empat (4) kes. b. Angka jangkitan baharu diperolehi daripada 2,906 sampel ujian dengan kadar positiviti 9.64%. Kadar positiviti yang lebih rendah berbanding 11.18% kelmarin menyumbang kepada pertambahan kes baharu yang marginal (+4) walaupun jumlah sampel ujian hampir satu ribu lebih banyak daripada sebelumnya. c. Secara keseluruhan tidak banyak perubahan berbanding kedudukan semalam. Sebanyak empat (4) daerah mencatat jangkitan dua angka, Kota Kinabalu 64 kes (-7), Tawau 32 kes (+11), Tuaran 22 kes (+9) dan Penampang 11 kes (-8). Lima daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu. d. Sebanyak 209 daripada 214 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4 serta satu (1) kes dalam Kategori 5. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 980 unit. Hospital 932 unit. PKRC (Awam) 20 unit. Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 29.49%.
|