|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: BLOSSOMING ORCHARD
[Copy link]
|
|
‘Kehadiran orang ketiga punca saya dipukul suami’
Zahnita mendedahkan dia sudah lama berdepan dengan masalah keganasan rumah tangga.
PETALING JAYA – Selepas mendedahkan lebam di bahagian mata, pelakon Zahnita Wilson mendakwa dirinya merupakan mangsa keganasan rumah tangga. Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mengakui sudah lama dibelasah suaminya sendiri, Abdul Zackery Ghouse. “Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama,” katanya.
Berkongsi lanjut, bekas peragawati itu memaklumkan detik hitam tersebut terjadi selepas dia mengajukan soalan mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka. “Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” ujarnya lagi.
Difahamkan, Zahnita yang kini berada di Kuantan, Pahang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut. Sebelum ini, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.
Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011. Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Kematian Palapes UiTM, 34 individu diambil keterangan
GAMBAR HIASAN
SHAH ALAM – Seramai 34 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ini termasuk sembilan individu baharu dengan kesemuanya antaranya melibatkan pegawai perubatan, pegawai jurulatih, pelajar-pelajar terlibat dan pengadu. Katanya, pihaknya akan memanggil beberapa lagi individu bagi melengkapkan kertas siasatan (IP) sebelum dirujuk kepada Mahkamah koroner untuk inkues dan arahan lanjut. “Kalau koroner kata ada unsur jenayah, tentunya arahan akan diberikan untuk teruskan kertas siasatan dibawah Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan. “Jadi, selepas inkues kita tengok bagaimana. Sebab itu saya minta jangan ada pihak mensensasikan atau memanipulasi kes ini. “Kadang-kadang mungkin emosi namun jangan kita terbawa-bawa sampai menyalahkan mana-mana pihak. Bagi ruang kepada polis melakukan siasatan. Keadilan akan ditegakkan, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelupusan barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang pelatih Palapes daripada sebuah universiti tempatan meninggal dunia pada 13 November lalu selepas bapa mangsa mendakwa anaknya didera secara fizikal termasuk dipijak dada serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatih Palapes. Mohd. Iqbal memaklumkan, kes ketika ini masih disiasat mengikut mati mengejut (SDR) dengan rekod perubatan mangsa masih dalam semakan. “Walaupun SDR tetapi segala usaha siasatan dilakukan meliputi pelbagai aspek dari segi forensik dan perubatan. Semua kita tengok dan tidak tinggal sebarang bukti,” tegasnya. Jelas Mohd. Iqbal, siasatan kematian tersebut dilakukan berasingan dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Mereka (ATM) pun tunggu keputusan siasatan polis dan kita pun akan maklum sekiranya ada tangkapan atau keperluan, kita akan maklum mereka,” ujarnya. Ketika mengulas mengenai isu buli dan kecuaian itu, beliau menjelaskan semua itu masih dalam siasatan pihaknya. “Kita terima pun laporan selepas semua urusan selesai dan mayat telah dikebumikan. Selepas dua hari iaitu 15 November, baharu keluarga memaklumkan ada unsur-unsur penderaan, buli dan sebagainya. “Justeru, sekiranya ada maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd. Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/kematian-palapes-uitm-34-individu-diambil-keterangan/
|
|
|
|
|
|
|
|
ASEAN Malaysia 2025 bawa suara negara membangun
Anwar (tengah) selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Tindakan Bersama (CAF) 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!
KUALA LUMPUR – Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang bertemakan ‘Keterangkuman dan Kelestarian’ mewakili cabaran langsung terhadap sistem yang meminggirkan negara-negara membangun. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam masa sama visi pemusatan ASEAN juga adalah bagaimana wilayah di selatan global boleh mengekalkan kebebasan sambil terlibat secara konstruktif dengan kuasa global. Beliau turut menyentuh mengenai tindakan pihak Israel terhadap rakyat Palestin yang merupakan jenayah perang, hukuman kolektif dan pembunuhan beramai-ramai adalah penghinaan terang-terangan terhadap norma undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. “Sejarah telah menunjukkan kepada kita kuasa perpaduan moral. Aparteid di Afrika Selatan, dunia bersatu mengasingkan rejim yang mengabaikan prinsip kemanusian. “Hari ini pencerobohan Israel terus berlaku, tanpa menghiraukan kehidupan rakyat Palestin selain menyasarkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA). “Dalam kita menghadapi cabaran ini, ASEAN menjadi contoh bagaimana kerjasama selatan-selatan (south-south partnership) boleh dimajukan dengan lebih saksama dalam pelbagai hala,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Forum Tindakan Bersama 2024, di sini hari ini. Anwar berkata, penglibatan Malaysia dalam BRICS misalnya adalah berdasarkan pengiktirafan bahawa Malaysia sebuah negara berpendapatan sederhana atas yang semakin meningkat, berkongsi persamaan dari segi kebimbangan ekonomi dengan kuasa lain yang semakin meningkat. “Negara seperti Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan dan ahli BRICS yang lain mewakili pasaran dengan peluang besar. “Dalam keadaan dunia semakin tidak menentu, Malaysia mesti menggunakan setiap platform serantau dan antarabangsa yang tersedia untuk menangani perkongsian kebimbangan secara langsung dengan rakan kongsi utama,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/asean-malaysia-2025-bawa-suara-negara-membangun/
|
|
|
|
|
|
|
|
GV11: ‘Nyanyi lagu sendiri, saya potong 10 markah’ – Ramli MS
Ramli MS tidak akan berkompromi dengan peserta GV11 yang masih berdegil menyanyikan lagu sendiri untuk persembahan akan datang.
SHAH ALAM – Ketua juri Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Datuk Ramli MS atau Tokram menolak 10 markah untuk setiap peserta yang menyanyikan lagu sendiri. Pada konsert minggu kedua, tujuh daripada 14 peserta yang bertanding menyanyikan lagu sendiri termasuklah Ning Baizura, The Lima, Nai Dinamik, Yazid Lovehunters, Ronnie Hussein, Inka Christie dan Reshmonu. Menurut Tokram, alasan dia memotong sebanyak 10 markah adalah kerana ketidakadilan buat perserta yang perlu menyanyikan lagu penyanyi lain. “Kalau ikutkan persembahan, Ning menyanyi dengan bagus malam ini (semalam). Tetapi disebabkan dia menyanyi lagu sendiri, saya terpaksa potong markah. “Peserta lain perlu buat banyak ulangkaji untuk menyanyikan lagu orang lain. Mereka perlu hafal lirik dan melodi. Kalau menyanyi lagu sendiri, mereka sudah mahir. “Biarpun ada yang menyanyikan lagu sendiri, tetapi tetap tak dapat buat persembahan dengan baik seperti Ronnie Hussein yang mendapat kedudukan dua terbawah,” katanya kepada Kosmo Online.
Maestro muzik itu juga menyarankan agar peserta tidak lagi memilih untuk menyanyikan lagu sendiri kerana tindakan itu akan membuatkan markah mereka dipotong dan akan merisikokan kedudukan mereka di dalam GV11. “Minggu hadapan pasti ada penyingkiran. Biarpun peserta yang mendapat kedudukan Top 5 boleh menukar lagu mereka, tetapi saya sarankan agar mereka tidak berbuat demikian,” ujarnya. Pada konsert minggu kedua, Liza Aziz sekali lagi muncul sebagai juara mingguan selepas berjaya memukau juri dengan persembahan mantapnya. Arrora Salwa pula menjadi peserta yang mendapat markah tercorot. Namun, dia terselamat kerana tiada penyingkiran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/gv11-nyanyi-lagu-sendiri-saya-potong-markah-ramli-ms/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ameera Khan suka lelaki pandai melawak
Ameera mendambakan lelaki yang romantik dan mempunyai sisi komedi yang luar biasa.
PETALING JAYA – Romantik dan kelakar antara ciri lelaki idaman bagi pempengaruh sensasi, Ameera Khan untuk dijadikan kekasih. Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, berkata, kedua-dua itu merupakan perkara penting buat dirinya dalam soal menentukan pasangan. Malah, adik kepada pengacara dan usahawan Neelofa itu turut mengharapkan pasangannya nanti dapat menghormati dan menyokong kerjayanya.
“Romantik dan kelakar, kedua-duanya penting jadi saya pilih dua-dua. Bagi penampilan, gaya kasual dengan kemeja-T sudah memadai. “Rambut pula bergaya sederhana. Tentulah saya ingin dia menyokong kerjaya dan apa jua yang saya lakukan,” katanya dalam satu video temu bual di TikTok. Dalam pada itu, Ameera memberitahu, ketinggian lelaki tersebut bukanlah hal utama yang diambil kira. “Sama ada tinggi atau rendah, paling penting lelaki itu perlu mempunyai keyakinan. Saya suka dengan lelaki yang boleh menjadi pendengar yang baik.
“Bagi saya, dia perlu menjadi seseorang yang bercita-cita tinggi. Penting untuk dia mempunyai visi terhadap diri sendiri kerana bagi saya itu perkara yang amat diperlukan,” katanya. Sebelum ini, Ameera menarik perhatian khalayak apabila memuat naik video bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol. Terdahulu beberapa individu popular termasuk pelakon Meerqeen turut pernah dikaitkan dengan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan Ameera. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/ameera-khan-suka-lelaki-pandai-melawak/
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi iolss tepek lah jugak berita psl dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia kalu bukak mulut mesti terserlah |
|
|
|
|
|
|
|
LTSAH masih ditutup, Batik Air tangguh penerbangan ke Alor Setar
Keadaan landasan di LTSAH di Kepala Batas, Alor Setar yang turut dinaiki air sejak Sabtu lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!
ALOR SETAR – Batik Air menangguhkan penerbangan laluan langsung baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini ekoran banjir yang belum pulih di landasan kapal terbang di Kepala Batas, di sini. Perkembangan itu susulan satu surat penangguhan majlis pelancaran laluan terbaharu itu di LTSAH dijadualkan pada 5 Disember ini yang diedarkan kepada media, hari ini. “Berdasarkan situasi banjir terkini di Kedah dan Notis Kepada Juruterbang oleh Malaysia Airport, kami dengan dukacitanya mengumumkan penangguhan acara pelancaran penerbangan Batik Air pada 5 Disember di LTSAH. “Kami ketika ini berusaha mendapatkan tarikh baharu untuk acara ini,” jelas surat tersebut. Sementara itu, Malaysia Airport melalui laman rasminya memberitahu, LTSAH masih ditutup kerana banjir yang melanda daerah ini sejak Jumaat lepas. “Terminal bagaimanapun tetap beroperasi. Sila hubungi syarikat penerbangan anda untuk mendapatkan kemas kini penerbangan terkini, kekal selamat,” kata notis tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/ltsah-masih-ditutup-batik-air-tangguh-penerbangan-ke-alor-setar/
|
|
|
|
|
|
|
|
Liek Hou mahu kekal rekod bersih
LIEK HOU
JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou memasang impian untuk menamatkan kempen musim ini dengan rekod tanpa kalah menjelang Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Bahrain di Manama bermula 11 hingga 15 Disember ini. Pemain berusia 36 tahun itu dilihat tidak berdepan masalah besar untuk mencapai cita-citanya memandangkan dia merupakan juara bertahan, namun tahun ini taraf kejohanan tersebut dinaikkan ke Tahap 1 berbanding Tahap 2 tahun lalu. Bagaimanapun, Liek Hou tetap berwaspada dengan ancaman yang mungkin hadir daripada pemain-pemain lain memandangkan hanya kelompok 12 pemain terbaik dunia bakal beraksi pada kejohanan penutup tirai 2024 itu. “Selepas ini saya akan menyertai kejohanan terakhir bagi musim 2024, iaitu Kejohanan Antarabangsa Bahrain. Memandangkan ia adalah kejohanan Tahap 1, jadi saya harus pergi dan bermain. “Tahun lepas saya menang tetapi ia Tahap 2 tetapi kali ini Tahap 1. Sekiranya saya dapat memenangi kejohanan tersebut, maka tahun ini saya tidak pernah kalah,” kata pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik itu. Sebagai rekod, Liek Hou yang juga perseorangan lelaki No.1 dunia kategori SU5 mengharungi kempen cukup cemerlang musim ini, terutamanya apabila berjaya mempertahankan pingat emas Paralimpik di Paris, Perancis pada Ogos lalu. Liek Hou turut menjelaskan, dia akan membuat pertimbangan mengenai masa depannya dalam arena sukan sebaik sahaja selesai temasya Sukan Para Asia 2026 di Nagoya, Jepun nanti. “Tahun depan saya merancang untuk menyertai lapan atau sembilan kejohanan dengan sasaran hingga Sukan Para Asia 2026. Selepas itu kena tengok kondisi badan, sekiranya diizinkan, saya akan sambung lagi. “Pada usia saya sekarang, sudah tidak ada tekanan kerana mahu nikmati detik setiap perlawanan yang diharungi. Saya hanya nak cipta lebih banyak rekod dan sejarah untuk diri sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/liek-hou-mahu-kekal-rekod-bersih/
|
|
|
|
|
|
|
|
Helikopter polis, bomba bantu hantar makanan mangsa banjir
Nik Raisnan (dua dari kiri) memeriksa barangan survival kit yang dibekalkan kepada penghulu di Anjung Marina, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!
GUA MUSANG – Bantuan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menjadi alternatif terakhir untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan kepada mangsa sekiranya berlaku banjir besar pada gelombang kedua bah di sini selepas ini. Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Nik Raisnan Daud berkata, pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sudah mengenal pasti tempat pendaratan dan 13 bukit untuk menghantar bekalan kepada mangsa. Katanya, taklimat dan penyerahan barangan ‘survival kit’ sebagai keperluan sudah diagihkan kepada kawasan yang terlibat sebagai persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan. “Peralatan seperti dapur, gas mudah alih, cangkul, lilin, khemah, tali dan bekalan makanan sudah disediakan di semua kawasan yang terlibat. “Selain itu taklimat dan suar sudah diberikan kepada wakil di setiap kawasan. Suar berwarna merah menandakan berlaku kematian di kawasan tersebut manakala warna kuning pula kekurangan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita di Anjung Marina, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini hari ini. Nik Raisnan yang juga Ketua Jajahan Gua Musang memberitahu, perbincangan bagi penggunaan helikopter di peringkat negeri sudah dimaklumkan dan ia merupakan ikhtiar semua pihak bagi menghadapi kejadian banjir luar jangka seperti yang berlaku pada 2014. “Kawasan mendarat helikopter tenggelam semasa bah kuning 10 tahun lalu. Tahun ini, pihak kami telah menyediakan tiga tempat pendaratan alternatif,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/helikopter-polis-bomba-bantu-hantar-makanan-mangsa-banjir/
|
|
|
|
|
|
|
|
Penganggur galas beg sandang edar dadah
KUMARASAN (tiga dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas susulan penahanan seorang Penganggur di Mutiara Rini, Johor Bahru.
ISKANDAR PUTERI – Penganggur dari Pontian ‘berkelana’ ke Mutiara Rini bagi melakukan kegiatan mengedar dadah kepada pelanggan tertentu serta pengunjung kelab malam di kawasan tersebut. Kegiatan yang dilakukan lelaki berusia 33 tahun itu sejak Julai lalu terbongkar apabila ditahan pihak polis kira-kira 2 petang, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pemeriksaan terhadap lelaki itu menemui pelbagai jenis dadah di dalam beg sandangnya. “Ketika tangkapan dibuat, pihaknya merampas 3,115 gram (g) serbuk ekstasi, 9.9g ketamin, 1.4g syabu, 4.2g pil ekstasi dan 1.14g pil erimin 5. “Kesemua dadah yang dijumpai dalam beg sandang suspek itu dianggarkan bernilai RM523,039,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini. Kumarasan berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bergerak secara solo dengan menggunakan beg sandangnya sebagai tempat menyimpan dadah tersebut. Kumarasan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. “Suspek kini ditahan reman lima hari bermula 29 November lalu hingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/penganggur-galas-beg-sandang-edar-dadah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dewan Rakyat: 2,113 kekosongan jawatan guru di Sarawak
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Sebanyak 2,113 kekosongan jawatan guru sekolah di Sarawak setakat ini belum terisi, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh. Beliau berkata, sehingga 31 Oktober 2024, jumlah perjawatan di sekolah-sekolah di Sarawak adalah sebanyak 43,334. “Namun hanya 41,221 jawatan telah diisi dengan baki kekosongan sebanyak 2,113 jawatan. “Kadar pengisian guru di Sarawak adalah sebanyak 95.12 peratus,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ali Anak Biju (PN-Saratok) mengenai perancangan jangka masa pendek dan panjang Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah inisiatif Pengambilan Guru Khas bagi mengatasi kekurangan guru di Sarawak. Kah Woh berkata, kementerian menyasarkan seramai 1,733 guru baharu akan diambil melalui pengambilan khas bagi mengisi kekosongan jawatan guru di Sarawak pada tahun ini. “Urusan pengambilan khas Sarawak tahun2024 adalah berdasarkan kekosongan jawatanmengikut opsyen seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Pendidikan Islamserta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. “Pengisian jawatan adalah bergantung kepada bekalan calon yang berjaya dalam temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/dewan-rakyat-2113-kekosongan-jawatan-guru-di-sarawak/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|