|
Post Last Edit by delima at 25-1-2012 17:23
Utusan Online:
Hafiz bertemu peminat di segmen Jom Chat Bersama...
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Juara program realiti televisyen Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh, Mohd. Hafiz Mohd. Suip akan bertemu peminat di segmen Jom Chat Bersama... di laman web Utusan Online pukul 8:30 malam esok.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, beliau gembira kerana diberi peluang untuk berbual santai secara interaktif dengan peminat menerusi segmen tersebut.
“Saya berterima kasih kerana diberikan kesempatan begini untuk berbual dengan peminat.
“Selain daripada dapat memberitahu peminat tentang perkembangan terbaru karier saya, kaedah berbual santai begini turut merapatkan hubungan saya dengan peminat.
“Insya-Allah, segala pertanyaan yang dikemukakan, saya akan cuba menjawabnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarang Kanan Online, Gamal Nasir Mohd. Ali berkata, Jom Chat Bersama... yang dapat diikuti di laman web www.utusan.com.my semakin mendapat tempat di hati pembaca online.
“Minggu ini kita tampilkan seorang artis remaja yang mempunyai ramai peminat iaitu Hafiz AF7.
“Walaupun beliau sedang sibuk menjalani latihan sebagai persiapan untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-26 Ahad ini, beliau tetap meluangkan masa untuk bersembang dengan peminat.
“Oleh itu, para peminat Hafiz di luar sana, jangan lupa esok malam, berbual santai dengan artis berkaliber ini,” katanya. - UTUSAN
Utusan Online:
NOTA:
Semua komen dan soalan yang dikirim tidak dipaparkan secara automatik bagi memastikan sesi bual santai ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan.
Hanya tetamu jemputan Jom Chat Bersama... yang akan menentukan dan memilih komen atau soalan mana yang hendak dijawabnya.
Sehubungan itu, sila elak kemukakan komen atau soalan yang telah dijawab bagi memastikan komen atau soalan anda dipilih untuk dijawab.
Utusan Online:
Sertai ruangan interaktif bual santai, Jom Chat Bersama... HAFIZ AF7 di Utusan Online ini pada hari Rabu, 25 Januari, 2012 bermula pada pukul 8:30 malam.
Anda juga boleh ikuti sembang tersebut secara live streaming di streaming player TV Utusan.
Jangan lupa untuk juga jemput rakan-rakan anda dengan menekan butang "Share Facebook" pada mesej ini.
|
|