CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

KPH - VILLA 97TH - TAHNIAH SUPERSTAR MANIA!!!! HAFIZ!!!!! Congrats semua pengund

   Close [Copy link]
Post time 6-4-2012 11:08 AM | Show all posts
Nantikan kejutan, gimik sensasi
Oleh Georgie Joseph
[email protected]      

TINGGAL dua hari lagi, persoalan selebriti manakah yang akan merangkul trofi terhebat - Bintang Paling Popular - dalam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), bakal terjawab.

Pelbagai teka-teki masih bermain di fikiran peminat dan penggiat seni hiburan sendiri dan pastinya proses undian akhir sedang ligat dilaksanakan di Balai Berita, Bangsar.


Jika tahun lalu, babak akhir Shaheizy Sam menyorong ibunya, Khaty Fauziah dalam kerusi roda menjadi saat paling lucu dan diingati, apakah pula gimik yang disediakan penganjur Berita Harian serta pihak penerbitan TV3 bagi menggamatkan suasana?

Semuanya masih lagi menjadi rahsia namun barisan hos utama, penyampai trofi dan artis yang membuat persembahan sudah diumumkan. Malah, masing-masing sudah bersedia dengan tugas yang diberikan bagi memastikan ABPBH2011 yang juga edisi ke-25 penganjurannya, menjadi acara terhebat dan meninggalkan kenangan paling indah.


Antara persembahan yang dijangka menarik adalah segmen muzikal Ombak Rindu yang menampilkan gandingan tiga bintang utama, Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani bersama paduan vokal merdu Hafiz dan Adira.


Segmen itu direncanakan dengan rapi oleh pengarah Ombak Rindu sendiri, Osman Ali bersama penulis skrip ABPBH2011, Roslen Fadzil yang juga Pengarang Hiburan Harian Metro.

Mereka terharu kerana mendapat sokongan orkestra besar seramai 45 pemuzik di bawah pimpinan Datuk Ramli MS yang membuat skor khas bagi pementasan menarik itu.

ABPBH yang kini mencapai status Jubli Perak tahun ini menampilkan tema simbolik, ‘Larger Than Life’ yang merujuk kepada aura anugerah itu sendiri yang begitu istimewa dan berpengaruh besar terhadap industri hiburan di rantau ini.

Buat pertama kali empat hos digandingkan iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira, Didie Alias dan Zizan Razak.

Difahamkan ada suatu gimik lucu akan dipersembahkan mereka berempat pada babak pembukaan. Ia suatu gandingan Timur dan Barat yang belum pernah ditonjolkan dalam anugerah sebelum ini dan turut mendapat kerjasama Istana Budaya (IB).

Yang pasti, persembahan pada malam itu nanti akan turut membariskan nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Datuk M Nasir dan Amy Search.

Membuka tirai pada malam itu adalah persembahan lagu-lagu berentak ‘dance’ iaitu Stacy dengan lagu Thriller nyanyian asal Michael Jackson, Alyah (Bad Romance) dan Datuk Siti Nurhaliza (Falling In Love/ I Wanna Dance With Somebody).

Artis tiga generasi iaitu Datuk M Nasir, Tam Spider dan Aizat pula menjanjikan sesuatu yang hebat menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud manakala, Datuk Sheila Majid pula akan tampil solo dengan lahu hitnya.

Menjadi nadi perjuangan anak seni sedari dulu, tidak ketinggalan lagu-lagu malar segar akan berkumandang dalam nafas baru oleh Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah (lagu P Ramlee dan Saloma), Black & Najwa Latiff (lagu Datuk Sharifah Aini & Brorey Marantika), Bob (Sudirman) serta Shila Amzah (lagu Datuk Siti).

Mengisi segmen seterusnya, lagu-lagu 1980-an dan 1990-an yang popular sehingga kini seperti Keabadian Cinta (Anuar Zain) yang akan dinyanyikan Bintang Idola Berita Harian Azhar Osman, Menaruh Harapan daripada alunan Jaclyn Victor, Anggapanmu oleh Ziana Zain dan Lagu Untukmu oleh Azlan The Typewriter.

Tidak dilupakan, dendangan lagu-lagu dangdut oleh Shiha Mentor (Rindu - Amelina), Mas Idayu (Senggol-Senggolan), Ramlah Ram (Selamat Jalan Romeo) dan Kopi Dangdut (One Nation Emcees).

Keseluruhan persembahan pastinya yang paling dinantikan apabila segmen lagu-lagu slow rock dan hard rock menjadi penutup. Salma akan menyanyikan lagu Teringin (Shima), Hazama (Suci Dalam Debu), Faizal Tahir (Mahakarya Cinta), Isabella (Amy Search) dan seterusnya Highway Stars (Deep Purple).

Di samping susunan persembahan dan penyanyi, antara penyampai trofi yang naik ke Genting Highlands termasuklah Nora Danish, Ady Putra, Neelofa, Erra Fazira, Datuk DJ Dave, Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

Saksikan secara langsung anugerah gilang-gemilang ini menerusi TV3 tepat dan frekuensi Hot FM mulai jam 9 malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 11:09 AM | Show all posts
morning......
nemobarracuda Post at 6-4-2012 10:49


morning nemo.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2012 11:47 AM | Show all posts
morning nemo.....
Along_XX Post at 6-4-2012 11:09



    morning along.. hehehe.... tak g genting nnti?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 03:21 PM | Show all posts
morning along.. hehehe.... tak g genting nnti?
nemobarracuda Post at 6-4-2012 11:47


nope.....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 08:54 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 08:55 AM | Show all posts
saja suka2......jom undi kat sini....jommmmmmmm!! hehehe

http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2012 05:52 PM | Show all posts
Hafiz, Adira dan Hazama sedang sound check utk konsert Mania....
Along_XX Post at 5-4-2012 15:33



    Hafiz akan berambut macam ni kat ABPBH nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 05:54 PM | Show all posts
Hafiz akan berambut macam ni kat ABPBH nanti?
Teh_90 Post at 7-4-2012 17:52



    MM 27
       1. Ombak Rindu
        2. Watak

       Well done fans Hafiz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2012 07:45 PM | Show all posts
massuuukkk........nite to all kph...miss u all ...gudluc hafiz for mania tonite...vote vote vote...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 07:58 PM | Show all posts
Jom banzaiiiiiii Hafiz di Mania, MM27, ERA, HotFM, Suria FM dan dimana2 carta dan pertandingan!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 08:07 PM | Show all posts
hi along sweet.....alamak hafiz selesema pulak la....

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 11:48 PM | Show all posts



btw..someone like u by hafiz sangat awesome!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2012 08:48 AM | Show all posts
terbaek persembahan hafiz malam td *saya tak bias eh.. kekekeke..

awi pon besh.... *naseb awi tak kena keluar (larikkkkkkkkkkkkkk)

jangan lupa tengok ABPBH... kita da berusaha.. harap HAFIZ MENANG malam nnti.. aummmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 10:18 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

Apasal YT Hafiz Someone Like You takde sape upload??
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 01:24 PM | Show all posts
Good job last nite Hafiz, goose bumps!!  Pemilihan lagu kena tepat, lagu Adele semalam is perfect for him.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 01:28 PM | Show all posts
Good job last nite Hafiz, goose bumps!!  Pemilihan lagu kena tepat, lagu Adele semalam is perfect fo ...
nicolebaby Post at 8-4-2012 13:24



    Harap Hafiz menang malam ni (kategori popular, trofi kategori terbaik sudah digenggamnya)......Semoga reputz yang pernah melabelkan dia juara tak popular insaf.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2012 02:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum....

Juz stopping by to wish gud luck to Hafiz for tonite's ABPBH....

Along....dah sedia teks ucapan untuk Hafiz ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 03:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum....

Juz stopping by to wish gud luck to Hafiz for tonite's ABPBH....:lovelines ...
blackberry90 Post at 8-4-2012 14:28



    So  Along kena  ikut Hafiz ke Genting ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 04:15 PM | Show all posts
So  Along kena  ikut Hafiz ke Genting ni
Teh_90 Post at 8-4-2012 15:58


hai Teh_90...

hehe....Along pegi ke Genting ke?....nak pesan kat Along...kalo bole mtk dia bagi tau kat Hafiz...kalo dia bagi ucapan nanti jangan mengelabah...bercakap dgn tenang....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 04:21 PM | Show all posts
good luck untuk hafiz malam ni......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.090557 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list