|
+ Thread Borak Warga Bod Mawi 11.0 + - Today topic : Pagi yang gelap
[Copy link]
|
|
cite psl che det dgn plesiden ameno ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1359 niy\ catat
pedih tul kan... dah asyik tido jer...
wokeh korang kekanda mau berangkat pulang..... kenang daku dlm tidurmu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1356 niy's post
muhyidin yasin???
soh le mamat nihhhhh
sama lebih kurang pak lah jugak
ehhhh
bagi KJ jer lah
hak hak hak |
|
|
|
|
|
|
|
Korang dah baca ni?
Dari Mingguan Perdana 25 Mei, 2008.
KUALA LUMPUR : Kisah cinta Ikin dengan Mawi memang gah diperkatakan peminat, namun ramai tidak tahu Ikin pernah bercinta sakan dengan seorang putera raja selama lapan tahun.
Memang bahagia dan mengasyikkan, namun menyedari tidak setaraf dengan istana, keluarga Ikin minta hubungan intim itu dihentikan di pertengahan jalan. Lagipun Ikin tidak mahu 'terkurung dalam sangkar emas' selama-lamanya.
Akhirnya pelakon yang memiliki nama sebenar, Nora'asikin Rahmat, 29, akur dengan kemahuan keluarga dan dengan hati berat ia mengambil keputusan tidak meneruskan percintaan dengan putera raja yang berjiwa rakyat itu.
Menurut Ikin, hubungannya dengan putera raja itu mula terjalin ketika usianya 21 tahun dan sepanjang perkenalan mereka, Ikin merasakan cukup bahagia dan mengasyikkan, cuma Ikin rasa agak terkongkong disebabkan status 'buah hatinya' dari golongan istana.
"Ikin mula menjalin hubungan cinta dengan putera raja yang lima tahun lebih muda daripadanya itu setelah diatur seorang rakan," ujar Ikin dalam satu pertemuan ekslusif dengannya, baru-baru ini.
Namun, apa yang membanggakan Ikin, walaupun kekasihnya seorang putera raja, dia tidak pernah menyombong diri, sebaliknya ikhlas menerima kehadirannya.
Malah, kata Ikin, putera raja itu sudah beberapa kali bertandang ke rumahnya berjumpa dengan ibu bapanya, Fatimah Saad, 54 dan Rahmat Haji Mohamed, 59.
"Begitu juga dengan Ikin, sudah bertandang ke istana," jelasnya.
Menurut Ikin, sepanjang percintaan mereka, putera raja itu sentiasa mengambil berat tentang dirinya, malah mereka sering berhubung menerusi telefon bimbit serta khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Hubungan kami lebih berupa percintaan jarak jauh, kerana Ikin di tanah air manakala putera raja di luar negara," ujarnya.
Ikin mengakui disebabkan asyik dilamun cinta, bil telefonnya mencecah ribuan ringgit sebulan kerana sering berbual melepaskan rasa rindu.
Bagaimanapun, menurut Ikin. kerana terlalu sayangkan dirinya, putera raja itu bertukar menjadi seorang yang terlalu kuat cemburu dan mahu tahu setiap pergerakan dirinya, sehingga kadangkala membuatkan dirinya rimas dan terasa dikongkong.
"Selain itu, kadang-kadang Ikin rasa tidak bebas bergerak kerana ke mana saja kami pergi akan diiringi pengawal peribadi putera raja itu, " ujarnya.
Ikin berkata, antara dia dengan putera raja itu tidak ada masalah besar berbangkit, kecuali sikap cemburunya yang berlebihan itu kadangkala buat dirinya terkongkong.
Walaupun begitu, Ikin mengakui hubungan mereka mendapat restu dari keluarga kedua-dua pihak.
Cuma, kata Ikin, keluarganya mengambil keputusan memintanya tidak meneruskan perhubungan itu memandangkan kedudukan mereka tidak setaraf kekasihnya dari golongan istana.
"Ibu dan bapa Ikin tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kemudian hari disebabkan jurang kedudukan itu, " katanya.
Ikin berkata, sewaktu dia menyuarakan hasrat memutuskan hubungan, putera raja itu enggan menerimanya, sebaliknya mahu hubungan mereka dikekalkan.
"Sehingga kini dia tidak pernah lupa bertanya khabar tentang diri Ikin," ujarnya.
Mengenai hubungannya dengan Mawi, Ikin berkata, dia rasa amat bahagia sekali, malah dia berterus terang memberitahu putera raja itu yang dia sekarang ada hubungan istimewa dengan Mawi.
"Saya katakan pada putera raja itu, jika ada jodoh, saya bersedia menjadi isteri Mawi," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
"Ikin mula menjalin hubungan cinta dengan putera raja yang lima tahun lebih muda daripadanya itu setelah diatur seorang rakan," ujar Ikin dalam satu pertemuan ekslusif dengannya, baru-baru ini.
Lagi satu, asyik diatur je percintaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 20-5-2008 07:44 PM
Menurut Ikin, hubungannya dengan putera raja itu mula terjalin ketika usianya 21 tahun dan sepanjang perkenalan mereka, Ikin merasakan cukup bahagia dan mengasyikkan, cuma Ikin rasa agak terkongk ...
Takkan ler propa.
Kang tak pasal-pasal raja tu murka.
Dah ler semua org kecoh n seolah-olah tahu saper anak raja yg dimaksudkan.
Ni citer jujur ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1369 chami's post
Kalau nak, ikin blh kawen ngan anak raja tau.
Tapi dia pilih Mawi gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1365 houdini's post
[quote]Ikin memang taste dengan lelaki muda ke ?
Macam simpan anak ikan pulak
Betul ke citer ni atau sekadar propa ? [quote].....
cerita yg dipersedapkan sikit..takkan nak cite dah....tttuuuutttt.....
simpan anak ikan...tapi anak ikan yg sponsor sume |
|
|
|
|
|
|
| |
|