|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: BLOSSOMING ORCHARD
[Copy link]
|
|
ramai yang muda join sekali |
|
|
|
|
|
|
|
last last tak jadi cikgu pun |
|
|
|
|
|
|
|
tiada work life balance |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga melecur, seorang parah dapur meletup
Pasukan bomba melakukan memeriksa dapur tempat pembakaran kayu untuk mendapatkan haba yang meletup di sebuah kilang di Miri, menyebabkan empat orang pekerja melecur dengan seorang daripadanya parah.
MIRI – Empat pekerja lelaki melecur, dengan seorang daripada mereka parah dalam letupan dapur tempat pembakaran kayu di sebuah kilang di sini pagi ini, ketika mereka sedang melakukan kerja kimpalan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mereka terdiri daripada dua warga tempatan dan dua lagi warga Indonesia dan China berusia antara 24 hingga 57 tahun. Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.42 pagi tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi yang terletak 11 kilometer dari balai. “Setibanya di lokasi, didapati kebakaran terkawal dan tidak melibatkan struktur. Kesemua mangsa dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/tiga-melecur-seorang-parah-dapur-meletup/
|
|
|
|
|
|
|
|
Haramkan kuasa veto UNSC – Anwar
Anwar berucap pada Forum Tindakan Bersama 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu diharamkan dalam kes kekejaman besar-besaran sehingga ia dapat dimansuhkan. Beliau berkata, proses membuat keputusan UNSC memerlukan sokongan lebih luas daripada ahli tetap dan tidak tetap serta tertakluk kepada Perhimpunan Agung melalui majoriti mudah. “Kuasa veto melumpuhkan majlis berkenaan, manakala kekurangan wakil dari wilayah seperti Afrika dan Amerika Latin mencerminkan era zaman dahulu. “Daripada menjadi kenderaan untuk bertindak, Majlis Keselamatan terlalu kerap menjadi alat kebuntuan. “Kita melihat akibat ini di tempat-tempat seperti Gaza, penganiayaan terhadap etnik Rohingya selain perang di Ukraine,” katanya berucap Forum Tindakan Bersama 2024, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/haramkan-kuasa-veto-unsc-anwar/
|
|
|
|
|
|
|
|
AmBank tawar bantuan banjir buat pelanggan terjejas
Keadaan banjir di Kok Lanas, Ketereh dekat Kota Bharu. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
PETALING JAYA – Kumpulan AmBank bersedia memberikan bantuan pembayaran balik pembiayaan untuk membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi peminjam yang terjejas akibat banjir yang berterusan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AmBank Group, Jamie Ling berkata, pihaknya sedang membantu dengan tindakan bantuan banjir yang berterusan untuk meringankan beban pelanggan yang telah terjejas disebabkan situasi banjir semasa.
“Di Kumpulan AmBank, kami bersedia untuk menyokong pelanggan, pekerja dan komuniti kami mengharungi masa yang sukar ini. “Program Bantuan Banjir kami direka untuk menyediakan bantuan dan bantuan kewangan segera, membolehkan mereka yang terjejas fokus kepada pemulihan dan pembinaan semula,” katanya dalam kenyataan hari ini. Tambah beliau, AmBank menawarkan bantuan yang disasarkan kepada pelanggan yang layak dengan moratorium sehingga enam bulan untuk semua kemudahan pembiayaan. Untuk mendapatkan bantuan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Perhubungan AmBank 24 jam di 03-2178 8888. Bagi yang berkemampuan dan jika selamat, mereka juga boleh mengunjungi cawangan untuk mendapatkan bantuan. Maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Banjir AmBank boleh didapati di sini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/ambank-tawar-bantuan-banjir-buat-pelanggan-terjejas/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Bukan hanya rumah, sawah saya pun tenggelam banjir’
Saad (kanan) dan Azhar menunjukkan kawasan sawah padi di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar yang ditenggelami banjir. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!
ALOR SETAR – “Saya hilang kata-kata kerana bukan sahaja rumah kena banjir, malah lebih 14 hektar sawah yang saya dan keluarga usahakan turut sama tenggelam”. Demikian luah penduduk Kampung Alor Gunung, di sini, Saad Ahmad, 77, ketika ditemui di Jalan Gunung Keriang, di sini hari ini. Menurut Saad, tanaman padi di kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) i-II Kuala Sungai yang baru berusia kira-kira tujuh hari tenggelam sepenuhnya dan dikhuatiri rosak sekiranya terendam dalam masa lama. “Sedih bila tengok rumah dan sawah ditenggelami banjir, namun apakan daya itu semua ketentuan Ilahi. Semua tanaman tenggelam, sudah jadi macam lautan. “Kalau tengok keadaan, 10 hari pun susah air dalam petak sawah ini nak surut. Tanaman saya ini mungkin rosak dan saya perlu ulang semula proses menabur,” katanya. Ujarnya, dia mengeluarkan kos lebih RM15,000 untuk membeli benih padi dan lebih RM2,000 untuk kos upah orang membajak dan menabur benih. “Nasib baik saya ada mesin pembajak sendiri, jadi kos dapat dikurangkan. Apa pun saya berharap pihak kerajaan dapat membantu saya dan pesawah lain yang terjejas untuk memulakan proses menabur. “Kalau boleh kerajaan beri bantuan, kita tidak mahu berhutang untuk cari modal baharu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/bukan-hanya-rumah-sawah-saya-pun-tenggelam-banjir/
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis tahan suami bekas model, Zahnita Wilson
Suami Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse ditahan pihak berkuasa hari ini selepas bekas model itu membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
PETALING JAYA – Suami Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse ditahan pihak berkuasa hari ini selepas bekas model itu membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam media sosial. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu. Bagaimanapun, Wan Mohd. Zahari tidak memperincikan tentang penahanan tersebut. “Ya, suspek sudah ditahan pun ditahan hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.
Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, sebelum ini mendedahkan bahagian mata kirinya lebam didakwa akibat dipukul oleh suaminya. Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu turut mengakui sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sementara pergaduhan dengan suaminya itu terjadi selepas dia bertanyakan tentang kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka. Difahamkan, Zahnita yang kini berada di Kuantan, Pahang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.
Terdahulu, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013. Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011. Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/polis-tahan-suami-bekas-model-zahnita-wilson/
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki sudah bertunang rogol remaja dalam kereta
GAMBAR HIASAN
MUAR – Seorang lelaki yang sudah menjadi tunangan orang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur dalam sebuah kereta yang diparkir di hadapan rumahnya, bulan lalu. Tertuduh, Khairul Irsyad Khairuddin, 22, yang juga juruteknik sebuah universiti awam (UA) di Pagoh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor. Mengikut kertas pertuduhan, lelaki didakwa merogol gadis berusia 15 tahun dalam sebuah kereta di hadapan sebuah rumah dalam daerah ini pada pukul 9 malam, 15 November lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan. Berdasarkan laporan dibuat, mangsa mengenali tertuduh melalui aplikasi mencari kenalan sebelum mereka bertemu. Mangsa dibawa oleh suspek menaiki sebuah kereta sebelum berhenti di hadapan rumahnya lalu melakukan perbuatan terkutuk itu. Selain merogol, suspek juga mengugut menyebar video lucah mangsa serta tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapapun termasuk ibu bapanya. Kejadian terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis selepas diugut tertuduh kerana mahu memutuskan hubungan sebaik mengetahui lelaki itu sudah bertunang. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Qurratul Aini Md Roslan. Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 6 Januari untuk serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/lelaki-sudah-bertunang-rogol-remaja-dalam-kereta/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanah runtuh, Jalan Gua Musang-Jeli tidak boleh dilalui semua kenderaan
Keadaan laluan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di Gua Musang yang runtuh malam tadi. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!
GUA MUSANG – Laluan Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di sini ditutup untuk semua kenderaan selepas jalan tersebut runtuh sepenuhnya susulan hujan lebat melanda kawasan tersebut baru-baru ini. Runtuhan tanah yang berlaku pukul 11 malam tadi itu menyebabkan jalan tersebut terputus hubungan. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jerek, Wan Zahari Wan Harun, 56, sebelum runtuhan berlaku, keadaan cuaca hujan sehingga menyebabkan air dari pembetung bersebelahan laluan terbabit melimpahi permukaan jalan berkenaan. “Tidak lama selepas limpahan air dari pembentung surut, tebing jalan mula terhakis sedikit demi sedikit bersama aliran air pembentung sebelum runtuh sepenuhnya dalam tempoh 20 minit. “Runtuhan dan hakisan tanah itu menyebabkan curam yang dalam,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini. Wan Zahari memberitahu, jalan itu sudah tidak boleh dilalui walaupun dengan cara berjalan kaki. “Kami bernasib baik kerana telah mengambil langkah awal menghantar anak-anak untuk tinggal di asrama sekolah terutamanya mereka yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini,” katanya. Seorang lagi penduduk, Mohd. Zain Daud berkata, susulan itu mereka mengambil inisiatif membina laluan sementara bagi menghubungkan semula lapan kampung yang terjejas akibat kejadian jalan runtuh itu. Terdahulu, lebih 3,000 penduduk di lapan buah kampung di sekitar mukim Jerek, di sini terjejas apabila Jalan Gua Musang-Jeli yang menjadi penghubung utama mereka runtuh akibat mendapan tanah dan tanah runtuh. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah Jambatan Bailey akan dibina di Kilometer 35 Jalan Gua Musang-Jeli bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada mangsa banjir dan kerja menyelamat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/02/tanah-runtuh-jalan-gua-musang-jeli-tidak-boleh-dilalui-semua-kenderaan/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|