hi kakleen, nemo, Teh, shass, nicole and bija.....good afternoon sumer!!
Along_XX Post at 8-4-2012 17:40
selamat malam semua....nemo, kakleen, teh, shass, nicole, along ....gudluc for abpbh n performance tonite hafiz....for live streaming click here http://apps.emedia.com.my/abpbh/
Tahniah Hafiz diatas kemenangan utk kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2011.....
blackberry90 Post at 8-4-2012 23:10
Bila teringat apa yang dilalui oleh Hafiz sebaik jadi juara (yg dianaktirikan), dan pencapaian dia sekarang (kategori terbaik dan popular), menitis air mata........
Sesungguhnya itulah hasil berkat kesabaran dan kegigihan dia......dan yang pasti, Allah sebaik-baik perancang....
Tahniah Hafiz, tahniah juga kepada fans yang sentiasa menyokong dia sejak dari dulu
Salam KPH! Tahniah HAFIZ coz menang Artis Lelaki Popular!!! Wuhoooooooo!!!!!!!
Lepas ni toksah ade yang gatal cakap Hafiz x popular okeh!
Bangga sangat dengan pencapaian Hafiz skrg! Wuhoooooo....
Tahniah juge buat semua warga KPH yang bertungkus lumus vote Hafiz! Yeehaa!
salam and good morning KPH!!! TAHNIAH kepada HAFIZ dan KPH di atas kemenangan Hafiz sebagai Penyanyi Lelaki Popular di ABPBH 2011!! Hafiz telah memenangi kategori popular dan terbaik!! apa korg mau lagi wahai reputzzzzz???
Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) bersempena dengan sambutan kali ke-25 acara itu.
Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.
Manakala pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.
Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada malam itu.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.
Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Maya Karin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.
Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi 3 Suara yang dianggotai oleh Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Yuna buat dua tahun berturut-turut.
Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Fizz Fairuz dan Fasha Sandha.
Hero drama Juvana, Johan As'ari memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Tasha Shila meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.
Pelakon drama dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala memenangi Artis Komedi Lelaki Popular adalah Johan (Raja Lawak).
Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.
Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Aznil Nawawi dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang disandangnya sembilan tahun berturut-turut.
Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh empat pengacara iaitu Zizan, Raja Azura, Sharifah Shahira dan Didie Alias.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Black, Amy Search, Siti, Stacy, Anuar Zain dan sebagainya.
ABPBH 2010 ialah edisi ke-25 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
Edisi kali ini ditaja oleh Lux sebagai penaja utama.
salam and good morning KPH!!! TAHNIAH kepada HAFIZ dan KPH di atas kemenangan Hafiz sebagai Penyanyi ...
Along_XX Post at 9-4-2012 08:24
wsalam n morning long...
kannn long...ingat lagi dulu, ada org kata, hafiz ler juara AF pertama yg x menang artis baru lelaki popular...rasa sedih sgt..
n sekarang kita dah boleh berbangga dgn pencapaian hafiz....POPULAR N TERBAIK....