CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Voyagers

[Tempatan] Rakyat Malaysia hilang selepas menonton konsert di Jakarta dijumpai dalam lokap

[Copy link]
Post time 6-4-2017 10:57 PM | Show all posts



JAKARTA: "Kami merayu jika benar Kamarol sudah berada di Malaysia, tolonglah muncul dan bantu kami cari Shafa," kata Mohamad Hafizul Razali yang kini berada di Jakarta untuk mencari adik iparnya itu.

Abang ipar kepada Mohamad Shafa Ahmad itu berkata, mereka mendapat maklumat kononnya Kamarol Arifin Mohamad Darus yang dilaporkan hilang bersama-sama adiknya di Jakarta telah dikesan pulang ke tanah air kerana pasportnya menunjukkan Kamarol telah melepasi imigresen di Johor Bahru kelmarin.

"Tetapi Kamarol dipercayai pulang seorang diri dan tidak menghubungi keluarganya sehingga sekarang... kami sangat hairan dan kami sangat perlu bantuan dia untuk cari Shafa untuk ceritakan apa yang sebenarnya berlaku
,"katanya ketika ditemui Bernama di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Mohamad Hafizul berkata beliau dan dua rakannya telah berada di Jakarta sejak semalam (Rabu) sebagai usaha mencari adik iparnya dan setakat ini masih belum mendapat petunjuk daripada mana-mana pihak.

Katanya, mereka akan berada di Jakarta sehingga Ahad ini dan setakat ini telah meronda di semua tempat yang sepatutnya Mohamad Shafa kunjungi seperti kawasan hotel yang ditempah, pusat beli-belah Tanah Abang dan sekitarnya.

Mohamad Shafa, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada 2 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang,Selangor dilaporkan hilang di Jakarta sejak 30 Mac lalu dan mereka mengunjungi ibu kota itu untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo di sini. Kedua-dua mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan juga dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.

Mohamad Hafizul berkata, setakat ini semua anggota keluarga begitu risau dan keliru kerana jika benar Kamarol telah pulang, kenapa tidak bersama Mohamad Shafa dan tidak menghubungi keluarganya.

Bertambah menghairankan kenapa Kamarol dikesan pulang melalui Johor Bahru sedangkan mereka telah membeli tiket untuk pulang melalui klia2.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pihak kedutaan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan kedua-duanya. -Bernama

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... dUy36mZpryOHD5O9.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 12:41 AM | Show all posts
Edited by nolya at 7-4-2017 12:45 AM

Kamarol dn Shafa yg diberitakan hilang  di Jkt begitu  menghairankan.  Mereka  dikhabarkan berangkat ke Jkt dgn AA untuk  sertai kawan2 yg sudah pergi duluan untuk menyaksi konsert di sana.  Ttpi  dua orang ini tidak  datang dan tidak menyertai  kawan2  mereka di hotel maupun konsert. Kemudian tiba2 saja Kamarol diberitakan kembali ke M'sia mll  CIQ di JB. Benar2 pelik dan penuh teka teki.  

Perjalan dgn pesawat AA:   KUL-CGK-KUL  sudah ditempah mengikut jadwal tidak ditepati malah  perjalan pulang berubah  arah.  Pasti  menimbulakn seribu pertanyaan, ada apa sebenarnya bila satu pp yg dpt dikesan masuk balek ttpi  pemegang ppnya masih ghaib sedangkan yg seorang lagi tak ada khabar berita.   Membingungkan  ya tak? Dan untuk mencari orang hilang  bukan  mudah.  Sekalipun  famili Kamarol dan Shafa  mau mencari  mereka  di Jkt,  sangatlah sukar sekali sebab kota Jkt itu besar dan luas, apa lagi  dgn suasana  lalulintas yg macet nak mampus.

Saya hanya dpt  memberikan idea begini, iaitu  usaha mencari  dimulai   pada titik  langkah pertama iaitu keberangkatan.  Sekalipun  dikatakan  Kamarol-Shafa terbang dgn AA mll KLIA2, apakah mereka benar2 fly to Jkt.  Adakah sudah dicek dgn imi airport KLIA2 bahawa 2 orang ini  ada  dlm daftar keberangkatan.  Kalau betul berangkat, tentu juga ada daftar ketibaan di imi Cengkareng airport.  Silalah dicek.  Assuming mereka  tiba di Jkt tetapi tak hadir  di hotel,  maka  misteri kehilangan mereka  boleh saja  bermula dari saat itu.  Dgn kawan2 mereka yg sudah ada di Jkt, apakah mereka  tak  dikontek  bagi memberi khabar  kalau  dua sahabat ini sudah sampai dan akan menyusul  sertai mereka  sejam-dua lagi.

PP Kamarol yg terdeteksi  masuk mll CIQ JB dpt diandaikan Kamarol tukar route pulang  via S'pore.
Caritaulah,  dgn pesawat  ape dia  ke Changi  as it  is considered an int flight. Or is it Kamarol fly to Batam with local airline and then proceed ke CIQ JB. Running himself  around the bush,  expenses  kena  calculate  sama.  All posibilities  has to be considered in trying  to trace  the  consequences.  Kamarol ada bawa banyak duit  ke  semasa  ke Jkt?  

Saya tak bermaksud nak mengkepohkan diri atau berlagak  ala Insp Canon,  but  kasus  Kamarol  ni bagaikan mengundang kepedulian saya,  kalaupun tak ikut serta mencari  tetapi  sekadar memberi  idea yg diharapkan dpt membantu.  Itupun kalau  dirasakan  idea  saya boleh disambut.
Seumur  lewat 20an,  dua orang  itu tentu boleh  berfikir  kalau betul  terjebak  dlm  masalah.  Semoga  Allah  membantu  mereka  dan mendengar doa  drp keluarga.
By the way, foto mereka yg  terlihat, adakah itu gambar terbaru?  Di KLIA1 atau di KLIA2?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kedua rakyat malaysie itu diberikan perlindungan dan kesihatan.. Mudah-mudahan bu polis dan pak polis ini boleh membantu menemukan mereka.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
zaetis replied at 6-4-2017 03:35 PM
malon jadi maling kerna sekolah ke

Patut ler indon tongong, tak sekolah yer?  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
DjembutRosmah replied at 7-4-2017 12:50 AM
Semoga kedua rakyat malaysie itu diberikan perlindungan dan kesihatan.. Mudah-mudahan bu polis dan p ...

Bangganya indon pajang keturunan yg dihenjut arob/belanda... keturunan asal indon malu yah mau tunjuk   
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 03:54 AM | Show all posts
Voyagers replied at 6-4-2017 04:43 PM
“Petang semalam pihak kedutaan memaklumkan pasport Kamarol digunakan di CIQ Johor Bahru. Kami sek ...

kat entrance tu takde cctv ke... cuba check betul ke kamarol yang msuk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2017 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 7-4-2017 03:54 AM
kat entrance tu takde cctv ke... cuba check betul ke kamarol yang msuk...

Kann....takut orang lain yg gunakan passport dia.
Mudah2an tiada kejadian buruk menimpa dua sekawan ni. Kesian dengan keluarga mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya diorg dah dijumpai dan hubungi keluarga.. dirompak kat indon dan ditinggalkan di kwsn pedalaman hutan. See.. betapa lemahnya imigresen kita tak dpt detect org lain guna passport rakyat sendiri. Sebab mgkn dibayar baik punya atau lane yg imigresen chop tak guna biometric. Sgt lemah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 06:04 AM | Show all posts
kesahnya, dah jumpa..

babi la indon ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Immigration kita x ketat sgt pun kawalan...kecuali immi KLIA mngkn susah nk lepas
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 7-4-2017 03:04 AM
Bangganya indon pajang keturunan yg dihenjut arob/belanda... keturunan asal indon malu yah mau tun ...

Jangan berburik sangka bang, awak boleh buktilan depa kacuk belanda..?    
Salam sejahtera dari polis wanita  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 08:30 AM | Show all posts
zeed replied at 7-4-2017 05:25 AM
Katanya diorg dah dijumpai dan hubungi keluarga.. dirompak kat indon dan ditinggalkan di kwsn pedala ...

la iye ke? kesian nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 09:29 AM | Show all posts
JDT replied at 7-4-2017 04:06 AM
Kann....takut orang lain yg gunakan passport dia.
Mudah2an tiada kejadian buruk menimpa dua sekaw ...

aku pun doa menda yang sama...  sepatutnya awal2 lagi dah check cctv...  mustahil kat pintu keluar masuk negara takde cctv...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 09:31 AM | Show all posts
zeed replied at 7-4-2017 05:25 AM
Katanya diorg dah dijumpai dan hubungi keluarga.. dirompak kat indon dan ditinggalkan di kwsn pedala ...

aku tak penah kagum dengan immi kita...  tengok la sewenang2nya orang keluar masuk tanpa passport....  apatah lagi kalo ada passport curi...  corrupted to the max weih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 7-4-2017 09:31 AM
aku tak penah kagum dengan immi kita...  tengok la sewenang2nya orang keluar masuk tanpa passport. ...

Bimbo nya sister, yang masuk tak guna passport itu sah sah la tak ikut kaunter imigresen.
Alahai otak sister  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 09:36 AM | Show all posts
zeed replied at 7-4-2017 05:25 AM
Katanya diorg dah dijumpai dan hubungi keluarga.. dirompak kat indon dan ditinggalkan di kwsn pedala ...

harap nti diswastakan imigresen x lalok mcm ni lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 01:22 PM | Show all posts
zeed replied at 7-4-2017 05:25 AM
Katanya diorg dah dijumpai dan hubungi keluarga.. dirompak kat indon dan ditinggalkan di kwsn pedala ...

belum jumpe lagi kan.. kakak die baru update kat fb 2 jam lepas masih blom jumpe


dari fb kakak kamarol
Hanya passport yg dikesan...tuan punya passport belom dpt dikesan...mohon pemberita siarkan mengikut kesahihan cerita yg benar...
Bagaimana pon sy memohon bantuan dari org ramai jika ade mengetahui apa2 berita sila hubungi sy ditalian... 0173190113.. kami tak pernah berhenti mencari... dan bermacam2 ikthiar dilakukan utk mencari 2 sahabat ini...
Allahuakbar...


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 01:32 PM | Show all posts
Changa replied at 7-4-2017 09:35 AM
Bimbo nya sister, yang masuk tak guna passport itu sah sah la tak ikut kaunter imigresen.
Alahai  ...

qko la yang bimbo... kalo tak lalu camne boleh detect... bengap takleh diajar ko ni... sedih betul la... takpe, aku ampunkan dosa ko...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 01:57 PM | Show all posts
eyansss replied at 7-4-2017 01:32 PM
qko la yang bimbo... kalo tak lalu camne boleh detect... bengap takleh diajar ko ni... sedih betul ...

sendiri buat statement bimbo sendiri tak mengaku.

  tengok la sewenang2nya orang keluar masuk tanpa passport


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 7-4-2017 09:36 AM
harap nti diswastakan imigresen x lalok mcm ni lagi

Kalau nak swastakan imigresen kena ambik company kokesen betul2, harapkan company Mulayu nanti jadi Puspakom lah atau AES ...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063059 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list