CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: burung_pungguk

NING CLIX

[Copy link]
Post time 9-9-2006 08:03 AM | Show all posts
ning masih dara lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2006 09:11 AM | Show all posts
watch her tonight! astro ria for Anugerah Era

[ Last edited by  Brokeback at 9-9-2006 09:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 04:16 PM | Show all posts
ning ni boleh dijadikan artis contoh ... ning byk berubah ke positif ... dia memperbaiki dirinya dan sekarang imejnya yg bersih .... go ning ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2006 04:20 PM | Show all posts
kenapa dia potong rambut pendek ek???
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 02:00 PM | Show all posts
Ning umpama Dewi Greek
Oleh Ellyna Ali

SEORANG lagi selebriti yang tidak kurang anggun ialah Ning Baizura bersama rekaan pakaian, Raymond Jolly dan Aaron George dari Von Jolly. Sememangnya Ning cukup menyenangi pakaian rekaan Raymond dan Aaron bersama motif batik yang berunsurkan alam serta kombinasi warna ungu dan hijau bagi menyerlahkan kelainannya.

Saya pasti ramai yang tidak akan terfikir kedua-dua warna ini mampu digabungkan dengan begitu baik sekali. Ternyata ia sudah terbukti dan bagi saya kedua-dua warna ini adalah satu gabungan berani,
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:57 AM | Show all posts
Siapa jejaka di sisi Ning?

DALAM diam rupanya penyanyi dan pelakon, Ning Baizura sudah punya kekasih.

Khabarnya, jejaka hati Ning itu boleh tahan kacaknya. Lebih penting, dia jauh lebih muda daripada Ning.

Teman SS mendakwa dia nampak Ning begitu mesra dengan jejaka dimaksudkan ketika terserempak di pusat beli-belah di Bangsar.

Bagaimanapun, apabila perkara ini SS tanya kepada empunya diri, Ning cuba mengelak dengan topik lain.

Tapi SS tidak patah semangat lalu memancing Ning dengan bertanya apakah kekasihnya itu berusia belasan tahun. Ning dengan pantas menjawab jejaka yang dilihat bersamanya itu 25 tahun.

Alah, tidak kisah muda atau tua yang penting si kekasih hati tahu menghargai diri kita. Kadang-kadang kalau dapat yang usianya lebih tua tetapi tidak matang pun tidak berguna juga.

Ning sendiri, kalau hati sudah suka apa salahnya. Lagipun tahun depan usia Ning sudah mencecah 32 tahun, jadi sesuailah mengakhiri zaman bujang. SS sentiasa mendoakan agar Ning memperoleh kebahagiaan apabila berada di sisi si dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2006 03:50 AM | Show all posts
Ning Baizura raya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 08:46 PM | Show all posts
Ning Baizura tuai hasil
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

HAMPIR setahun 憁enanam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 12:13 AM | Show all posts
Ning Baizura tidak memilih
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN


Apabila usia semakin meningkat pastinya tiada soalan lain yang akan diajukan. Bila nak kahwin, siapa calonnya? Itu antara soalan-soalan 慶epumas
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 01:50 AM | Show all posts

yeah

Aku tengok Studio Satu tue...byk terkucil..kekadang suara tue garau semacam..tak tau le gegendang telinga aku
rosak ke pe...

Teringat komen Ning kat Ekin af3 dulu pas dier nyanyi lagu Lets get loud....: kak ning rase nak ajar vocal pada ekin.....
Geli komen nie terngiang2......
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 03:44 PM | Show all posts
Ning: Nikki dan Yani legasi saya
10-11-2006 02:56:24 PM
Radin Sri Ghazali



"Merekalah legasi saya untuk menyambung perjuangan dalam industri ini,
" kata Ning ketika ditemui baru-baru ini
(Foto The Star Oleh S.S Kanesan)



Selama 14 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan tempatan, Ning Baizura Hamzah kini sudah matang mengharungi pelbagai  kontroversi.

Kini Ning bukan sahaja sibuk menguruskan kerjayanya malah  menguruskan kerjaya dua orang protegee iaitu Nikki dan Yani.

"Merekalah legasi saya untuk menyambung perjuangan dalam industri ini," kata Ning ketika ditemui baru-baru ini.

Kesungguhan Ning mendidik anak-anak didiknya jelas kelihatan apabila kedua-dua mereka kini bernaung di bawah syarikat rakaman kepunyaan Ning iaitu Artiste United Records.

"Saya sudahpun berjanji kepada Yani serta keluarganya untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang penyanyi," ujar penyanyi bersuara soprano yang turut menyatakan bahawa kesungguhan serta disiplin remaja itu turut mendorongnya menunaikan janji yang dilakukan secara langsung menerusi rancangan Mentor pada tahun lepas.

"Saya mahu membuktikan bahawa bakat daripada siri realiti dapat pergi jauh jika diberi peluang dan saya sanggup mengambil risiko untuk membuktikannya," kata Ning lagi.

Walaupun sebumbung dan sementor, Ning mengakui bahawa kedua-dua protegeenya itu mempunya identiti serta watak yang berbeza.

"Yani mempunyai suara yang lembut, suara yang sudah jarang kedengaran di dalam industri kita. Kekuatannya lebih daripada irama tradisional.

"Albumnya bakal diedarkan pada penghujung tahun. Dan uniknya dia akan berduet bersama salah seorang finalis Akademi Fantasia 4, Diddy," jelas Ning yang turut menggunakan khidmat komposer Audi Mok.

Mengenai Nikki yang berasal dari Sabah, Ning berkata, dia mempunyai suara yang boleh mencecah 5 octave seperti Mariah Carey.

Bekas finalis Malaysian Idol 1 itu sudahpun mengeluarkan album berjudul Maharani serta mengecapi sukses yang memberangsangkan menerusi duet bersams Zahid AF2 iaitu Caramu.

Diva ke India



Diva... Bakal mengembang sayapnya ke peringkat anatarabangsa
menerusi tayangan di India

(Foto The Star)


Bercakap mengenai filem Diva, di mana dia memegang watak utama, Ning berkata, penggambarannya kini sudah siap dan akan ke panggung tidak lama lagi.

Produksi filem tersebut pernah dihentikan pada bulan Mei tahun ini namun disambung semula setelah dua bulan penangguhan.

"Setiap filem sudah semestinya akan mengalami masalah. Apatah lagi sebuah filem yang membabitkan kerjasama tiga buah negara iaitu Malaysia , Indonesia dan India, katanya.

Ning memgang watak utama iaitu Kartika. Dia merupakan seorang gadis kampung yang berhijrah ke luar negara untuk menjadi seorang penyanyi terkenal.

Setelah kematian bapanya, dia kembali ke tanahair untuk menyambung warisan bapanya yang yang mempunyai sebuah sekolah seni.


Filem tersebut turut melihat watak yang dipegang Ning mendidik empat orang penyanyi harapan dan ini seakan-akan sinonim denga apa yang dilakukannya bersama-sama Nikki dan Yani.

Selain daripada itu, cabaran yang turut dihadapi Ning adalah konsep filem tersebut merupakan drama muzikal.

"Bukan sahaja berlakon, tetapi kami turut menyanyi serta menari bersama-sama 40 orang penari untuk babak nyanyian," ujarnya.

Ning mengaku teruja dengan filem yang menggunakan tiga bahasa -- Bahasa Melayu,  Indonesia dan Inggeris bagi membolehkannya menembusi pasaran antarabangsa seperti India dan Indonesia.

Mahu bawa batik ke Eropah

Setelah kejayaan Ning European Summer tour pada tahun lepas, penyanyi yang berasal dari Kajang itu sekali lagi akan berangkat ke benua Eropah tidak lama lagi.

Dia bercadang ke Perancis dan Jerman tahun depan bagi memulakan perniagaan batik secara kecil-kecilan di sana.

"Ketika persembahan saya, saya pastikan saya menggunakan pakaian tradisional negara seperti Batik. Saya terkejut dengan sambutan serta permintaan orang Eropah terhadap batik," ujarnya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 05:58 AM | Show all posts
Ning ke Bali dengan...

Oho, tak cakap dengan Joyah ya. Pergi bercuti senyap-senyap saja. Tapi tak berdua, ada temannya bersama. Bukan orang Melayu kita, tetapi jejaka putih melepak, tinggi lampai orangnya. Mat saleh lagi.

Alahai, maaf Ning ya kalau cerita Ning bercuti ke Bali tu terdedah di sini. Jangan marah Joyah, tetapi marahkan tukang penyebar cerita yang tak sayang mulut tu.

Tapi mereka bukan berdua saja, sebaliknya dengan kawan-kawan yang lain pun ada juga. Kata pembawa cerita, Ning kelihatan mesra dengan mat saleh itu dan ini bukan kali pertama mereka kelihatan bersama.

Apakah ini jejaka yang dikaitkan dengan Ning yang terbaru? Joyah hendak tunggu juga apa jawapan Ning lepas ini.

Janganlah main sorok-sorok lagi macam sesetengah artis tu. Tak gemar Joyah suka sangat kepada teka-teki.

Memang sudah masa untuk Ning memiliki teman yang jauh lebih dari tahap kemesraan seorang kawan. Harap Ning tak terusik dengan apa yang Joyah tulis ni dan sudi berkongsi rahsia cinta barunya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 09:47 PM | Show all posts
Soseh-soseh: Ning sudah ada teman?


DI KALANGAN wartawan hiburan sudah kecoh mengenai cerita Ning Baizura dilihat bersama lelaki Inggeris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.


Malah cerita itu turut dipaparkan dalam satu akhbar tetapi tiada pengesahan sama ada ia teman istimewa Ning atau kenalan biasa saja.

Baru-baru ini sewaktu teman SS bertemu Ning dalam satu majlis, perkara ini turut dibualkan. Ning mengakui memang benar dia bersama lelaki Inggeris di KLIA hari itu tetapi mengatakan dia bukanlah kekasih hatinya.

Sebaliknya Ning mengakui lelaki itu hanya kenalan biasa. Katanya, dia ke Bali pada hari itu tetapi untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Tapi kata Ning, dia agak hairan mengapa baru sekarang cerita itu digembar-gemburkan sedangkan ia sudah lama berlaku.

Ning juga mengakui dia sendiri tidak pasti siapa lelaki Inggeris yang dimaksudkan tetapi kalau benar kemungkinan dia bersama Luigi, pengurusnya di Eropah.

Apa pun ceritanya, rakan-rakan tidak sabar mahu melihat Ning mengakhiri zaman solo dan SS sendiri selalu mendoakan agar ia menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Setahu SS, ini bukan kali pertama penyanyi yang popular dengan lagu Awan Yang Terpilu itu dikaitkan dengan teman lelaki. Sebelum ini pun SS pernah melaporkan Ning keluar dengan jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.

SS faham rakan wartawan banyak bertanya bukan kerana mereka menyibuk atau cuba menyelongkar cerita dalam kain penyanyi bersuara soprano itu sebaliknya menunjukkan keprihatinan mereka terhadapnya.

Maklumlah sejak kebelakangan ini ramai artis melangsungkan perkahwinan. Bagi SS kalau ikut usia, sudah sewajarnya Ning naik pelamin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:50 PM | Show all posts
masa bila gambo ni?? :hmm:

mariah tak pakai bra ke??
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 12:20 AM | Show all posts

Reply #137 freekey's post

:kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2006 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 17-11-2006 03:22 AM
oit freekey...motif ko letak pic nih kat sini??

ehehe..

sbb aku baca jkat 1st page.. nampak avatar TIPAH..

dia guna gambo mariah tu..

bila masa eh mariah pakai mcm tu?

ke tu superimposed??
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 07:16 AM | Show all posts
Ning Baizura jadi penerbit album
Oleh Nor Fadzilah Baharudin

Lama tidak mendengar cerita penyanyi popular Ning Baizura. Selain sibuk dengan aktiviti nyanyiannya, Ning Baizura kini juga sibuk dalam studio rakaman sebagai penerbit eksekutif.

Dan album pertama yang akan diterbitkannya ialah album protegenya, Yanie. Album itu akan diterbitkan di bawah terbitan syarikat milik Ning sendiri, Artist United Records.

揃aru Ning tahu. Rupanya bukan senang nak jadi penerbit eksekutif album. Kena cari lagu yang terbaik dan macam-macam lagi. Semua itu memerlukan kesabaran dan ketelitian.

揑a bertujuan agar segala yang dirakam adalah yang terbaik untuk Yanie. Memandangkan ini merupakan album pertama Yanie, jadi Ning tak mahu ambil mudah sahaja,
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 06:27 AM | Show all posts
Ning dengan lelaki mat saleh

AKHIRNYA Ning Baizura mengaku juga kisah percutian ke Bali baru-baru ini. Hah, mana mahu menyorok daripada Joyah. Tak boleh tau. Ning bagi tahu kawan Joyah yang dia memang ada ke Bali untuk bercuti tidak lama dulu.

Dan dia juga ada bertegur sapa bersama-sama dengan beberapa lelaki Inggeris sewaktu percutian itu.

揗emang Ning tak nafikan wujud lelaki Inggeris dalam hidup Ning seperti yang ditulis dalam Pancaindera tu. Memang Ning ada ke Bali baru-baru ini,拻 kata Ning.

Jadi benarlah itu cinta terbaru Ning bagai yang Joyah siarkan baru-baru ini? Tetapi kata Ning, kisah itu lain daripada apa yang dijangkakan oleh semua orang. Ning kata, dia ke sana bagi meraikan perkahwinan seorang rakan baiknya.

揔ebetulan kawan baik Ning itu berkahwin dengan lelaki Inggeris. Jadi sudah tentulah banyak kaum 憁at saleh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 03:09 PM | Show all posts
ning....
suara you best.. hope janganler buat sesuatu yang hangat macam dulu.. nanti jatuh lagi kat industri hiburan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.149018 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list