|
Anak ular : Ibu kita ni beracun tak?
Ibu ular : Tidak...mengapa tanya?
Anak ular : Saya baru saja tergigit lidah saya! |
|
|
|
|
|
|
|
sapa la yang rajin reka lawak2 ni semua..:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Perikemanusiaan
Dua orang perompak Bun dan Ben telah berjaya menculik seorang ahli perniagaan yang baru mengeluarkan wang dari bank sebanyak 1 juta RM. Untuk menjaga keselamatan mereka berdua, Bun berpendapat adalah lebih baik untuk membunuh sahaja ahli perniagaan tersebut. Ahli perniagaan itu merayu-rayu minta dikasihani. Ben yang lebih berperikemanusiaan tidak bersetuju untuk membunuh ahli perniagaan tersebut. Setelah bertekak sekian lama, Ben mendapat suatu idea yang bagus iaitu dengan membogelkan ahli perniagaan tersebut... sekurang-kurangnya mereka berdua sempat untuk melarikan diri.
Sekali lagi ahli perniagaan itu merayu supaya diberikan kembali pakaiannya.
"Tolonglah jangan biarkan polis menjumpai aku dalam keadaan tanpa seurat benang begini, aku sangat malu nanti"
Sebelum sempat Ben menyuarakan pendapat berperikemanusiaannya, Bun dengan segera menarik sesuatu dari poket bajunya untuk diberikan kepada mangsa mereka itu dan terus menarik tangan Ben keluar dari rumah untuk melarikan diri...
Setelah jauh dari tempat kejadian itu Ben bertanya
"Apa yang kau berikan kepadanya tadi..??"
Bun dengan selambanya menjawab
"Aku tunaikan permintaannya, seurat benang...." |
|
|
|
|
|
|
|
TAK PASAL2 AKU KENA BELASAH
Pada satu masa dulu yang tak tau bila ada la tinggal satu keluarga yang terdiri daripada 3 orang, bapak, emak dan anak lelaki mereka yang selalu saja rileks kerjanya.
Adapun masalah sebenar mereka adalah mereka ini suka sangat bercakap bohong, malah boleh kata macam hobi pulak. Sehari kalau tak menipu memang terasa tak lengkap hidup. Memang tak lalu makanlah.
Maka pada satu hari, ditakdirkan isteri lelaki terbabit meninggal dunia. Mati tanpa sebab, tetiba jer. Maka beritahulah sibapa kepada anaknya.
"Kau pergilah bagitau kat Imam dan orang2 kampung berita sedih ini, untung untung ada orang boleh tolong.. aku tak boleh pergi sebab kaki aku sakit...
"Si anak yang memang tau bapak dia menipu hanya mengangguk. Dia berlalu pergi.Setelah berita itu di sampaikan kpd orang kampung maka tiada seorang pun yang percaya akan berita yang disampaikan. Mana taknya itu bukan kali pertama berita semacam itu didengar.
Maka pulanglah si anak dengan wajah yang hiba. Berita itu disampaikan kepada si ayah.Si bapak dengan wajah yang kesal akhirnya bersuara. "Aku ingat sudah sampai masanya kita berubah... tak boleh menipu lagilah.
Pagi esok kau ikut aku, kita pergi ke lubuk kat hujung kampung sana, aku semalam bermimpi dan diberitahu bahawa sesapa yg nak buang sikap buruk, dia kenalah buktikan dengan terjun dan campakkan sifat buruk dia jauh ke dalam lubuk. Camna?"Si anak hanya mengangguk sahaja kerana tiada lah ia mampu menandingi skill menipu bapaknya yang memang luarbiasa itu.
Pagi keesokan harinya, setelah jenazah diuruskan, mereka bergerak ke lubuk misteri seperti yang dirancang.Setelah sampai berkata si bapak dalam hatinya. "Ini kalau aku terjun dulu ni mahu lemas dan hilang macam tu saja, ish bahaya ni..."
Lalu dia bersuara, "Leman (nama anak dia ler)...kau terjun dulu biar aku berkawal, kat sini memang keras, org berpengalaman macam aku jer yg boleh mengawal keadaan dan keselamatan dgn baik".
Si anak tanpa membuang masa terus saja terjun ke dalam lubuk sambil si bapak menunggu. Seminit...Dua minit... tiga minit...Si bapa mengeluh. "Dah mati ke budak ni?. Lama betul..."
Pada masa yang sama sebenarnya si anak sedang bertarung dengan nyawanya di bawah permukaan air. Sebaik sahaja terjun kakinya telah tersangkut di akar pokok dan dia tidak dapat menimbulkan dirinya kembali. Sudah tentulah setelah berlaku tarik menarik akhirnya dia berjaya lalu timbul di permukaan air.
"Apa yang kau buat lama sangat kat bawah tu?" tanya si bapak kehairanan. "Huh, mau nya tak lama pak, kat bawah tu macam2 ada, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan. Semuanya free belaka. Ada nasi goreng, roti canai, Kenny Rogers dan macam macam lagi. Kalau tak teringatkan bapak sorang sorang kat sini saya ingat dah tak nak naik lagi dah.."jelas anaknya dengan penuh penghayatan.
Cerita si anak tadi telah menyebabkan asid di dalam perut dibapak tadi mengeleggak. "Dari semalam tak makan, ini kira best giler dah ni, baik aku terjun.."nekad si bapak. Dush...si bapak tadi terjun ke dlm lubuk kepala dulu dengan kecepatan yang tak boleh dijelaskan. Kepalanya terhantuk dengan batu dan berdarah teruk. Tak sampai seminit dia timbul kembali. Si anak bertanya, "Bapak, apa yang telah berlaku?"
Bapak dengan selamba menjawab "Tu la hang, lain kali kalau nak makan bayar laa.. tak pasal2 aku kena belasah sebab hang makan dan minum pas tu tak bayar..." |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ebok at 6-6-2006 10:30 AM
Anak ular : Ibu kita ni beracun tak?
Ibu ular : Tidak...mengapa tanya?
Anak ular : Saya baru saja tergigit lidah saya!
EBOK...
Kota tumpang menyebok sama... :bodek::bodek::bodek:
:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
WAHID DAN MINAH
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami
krisis...tidak kira
siang atau malam mereka akan bertengkar.. Setiap
pertengkaran itu pastinya
menggangu jiran tetangga...
"Kalau aku mati...aku akan menjadi hantu dan
mengorek tanah
di depanku untuk keluar mencekik engkau.."
terdengar pekikan si Wahid...
Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan
si Wahid terhadap
isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu
hitam yang sangat luar
biasanya...
Beberapa hari berlalu.... Wahid ditemui mati
akibat mangsa langgar lari...
Walaupun benci, tapi sebagai isteri... Minah tetap
menguruskan pengebumian
suaminya dengan baik..
Seminggu selepas itu.. Jiran tetangga amat
kehairanan melihat Minah
yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan
suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?"
tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah....Aku dah tanam
dia mengadap kebawah..!" |
|
|
|
|
|
|
|
CICAK YANG BUDIMAN
Pada suatu hari, termenunglah seekor cicak yang sedang mengenangkan nasib diri dan keluarganya .Setelah sekian lama berfikir dan berfikir dan berfikir ..tanpa disedari tiba-tiba ia terjatuh.
Bahaya ni!!!!! sebaik sahaja sampai di atas lantai, dengan sepantas CAHAYA ia kembali semula memanjat naik ke atas siling dan sambil berkata,
Fuu....nasib baik aku sempat tahan siling ni, kalau tidak mesti dia jatuh jugak macam aku.......
*hehehhehe* |
|
|
|
|
|
|
|
Doa Yang DiMakbulkan
Alkisah.....
Seorang lelaki melayu ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan
untuk memburuberuang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia
berlanggar dengan seekor beruang.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya
tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok.
Ada lagi ..Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya,
sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut,
"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat
yang mulia ini Ampunilah aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang
yang memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn .."
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki
tadi.Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun
berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin!"
Beriman betul beruang tu...nak makan lelaki tu pun baca doa dulu...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
PETUA NAK DAPATKAN BABY KIUT
Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak.
Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk
menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan
benih lelaki lain utk mengandung..
Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan"
spermanya, maka satu hari.. berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi
dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan
sperma dia)
Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba? muncul seorang
jurugambar yang kerjanya ambik gambar? bayi.
"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis
bercakap, si isteri tadi memotong kata?ya dan berkata "oh ya.. saya memang
menunggu awak.."
"errr ye ke?" kehairanan photographer tu..
"kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..
(maksudnya gambar bayi yang baik la.. )
"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan
masuk.. dan duduk la.."
"Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapa ketika...
"Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali
kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai di
ruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelaki tadi
menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar..
"Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada
saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas
isteri....
"Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi
kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya
jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri .tercengang...
"Puan..dlm keja saya nie..seseorang me sti mengambil masa sikit..saya
suka berada diluar dan didalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak
suka..
"Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi
mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "yang ini saya
buat masa di atas bus kat London..
"Hah!...atas bas????" terkejut si isteri...
"Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa
memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi..
"Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri..
"Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park
utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk
melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..."
"Di depan public???"tekazut si isteri. "Ya..dah tu..lebih kurang 3
jam baru selesai.. emaknya.. menjerit.terpekik.. sehingga saya tak boleh
nak concentrate..bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya
terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper..
"awak maksudkan tupai? tu really usik awak punya....alat???" tanya si isteri..
"Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan..
"Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri..
"OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. "
"Err puan.??? Puan??? La....dia pengsan!!!
###################################################### |
|
|
|
|
|
|
|
best best...... :pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kota at 7-6-2006 11:14 AM
EBOK...
Kota tumpang menyebok sama... :bodek::bodek::bodek:
:pompom::pompom::pompom:
silaaa silaa kak kotaa...
haiyaa p mana lama tatak nampak???
wendu o0o0o0o :love: |
|
|
|
|
|
|
|
KAMI POW DARI BOARD LAIN...........MUAHAHHAHAHAH!!!!
> Awal kahwin VS Hujung Kahwin
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Jom kita pergi shopping"
> Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Jom kita pergi shopping"
> Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt
ke..drive
> ke..teksi ke.."
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Jom kita pergi shopping"
> Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
> Suami : "OK..no problem.."
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
> Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
> Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Ayang mengandung.."
> Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
> Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
> Suami : "Haiii.anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong
nyer..." ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
> Suami : "OK..no problem.."
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
> Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
> Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya
nak kuar
> ngan maid kita yg baru ni...."..
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
> Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
> Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke?"
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
> Suami : "kompang nak ?"...
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
> Suami : "takpe, biar abang masak.."
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
> Suami : "masak jer la apa2 jer.."
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
> Suami : " bakar je lar dapur tu..."... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari sudah malam ketika Joni kembali kerumahnya. Dilihatnya isterinya sedang berbaring di ranjang tanpa sehelai benang pun di tubuhnya. Dan ia sudah hendak naik ke ranjang, ketika pada tray yang terletak di atas meja di sisi ranjang itu, Joni melihat sebatang cerut yang masih menyala.
"Bagus ! Bagus ! " katanya dengan geram sambil berteriak.
"Kalau kau tidak memberitahuku dari mana cerut ini, maka akan kubunuh kau !"
Tiba-tiba dari atas siling terdengar suara menyahut,
"Ok.. Ok... cerut tu dari Havana... !" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eis_82 at 5-6-2006 06:52 PM
aku rasa macam jatuh cinta ngan lawak ni....... macam best!! dan kretip!!
mmm jatuh cinta kat lawak ja ka?
kat orangnya tak nak jatuh cinta ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu hari kat dalam hutan...
Monyet : Tarzan..., kenapa engkau sorang je yang pakai
cawat? Kami semua tak pakai. Ada apa-apa rahsia ke?
Tarzan : Tak ada apalah!
Monyet : Kita kan kawan baik. Takkan nak berahsia kut?
Tarzan : Aku kata tak ada..., tak ada lah!
Monyet sungguh rasa tak puas hati dengan jawapan Tarzan. So dia
pun ajak kawan-kawan dia ke pondok Tarzan dan mengintai untuk congkel
rahsia Tarzan.
Seperti biasa, sebelum mandi Tarzan mesti buka cawat dia
(itulah satu-satunya cawat yang dia ada). Bila tengok aja keadaan
Tarzan yang berbogel tu, monyet-monyet tu pun ketawa dengan berdekah-dekah.
Monyet : Patutlah dia pakai cawat. Rupa-rupanya dia malu sebab ekor dia kat depan!!!
lol |
|
|
|
|
|
|
|
MENJERIT BERSAMA
Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai..
tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan
mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak
itu menjerit..
"Tolong, Tolong"
Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak
didengari oleh orang lain..
lalu salah seorang budak lain berkata..
"Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"
"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain.. dan mereka
semua mula menjerit
"Bersama ! Bersama!" |
|
|
|
|
|
|
|
AKUI DIRI
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke
bilik kuliahnya.
Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri".
Semua pelajar diam. Ada yang senyum.
Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"
Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang
saja yang berdiri! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|