CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tangopapa

Misteri dan kes paranormal di pahang

[Copy link]
Post time 8-8-2008 01:03 PM | Show all posts

Reply #120 tangopapa's post

tak tgk pun cite congkak...
ekeke
kurang layan cite melayu kat wayang...kat TV kira leh terima agi...

hrm...pe ikhtiar nak kurangkan gangguan tu sume...
cam len macam jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2008 02:59 PM | Show all posts
makhluk tu dapat naik bas free je....untung betul......taktik mereka berjaya untuk naik bas percuma dengan menganggu pelajar sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 03:13 PM | Show all posts

Reply #122 cik_ein's post

cetsss
sebab nak naik bas je???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2008 06:10 PM | Show all posts

Balas #123 ReLyZa\ catat

bawak g taman teruntum, tgk zoo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2008 06:15 PM | Show all posts

Balas #122 cik_ein\ catat

berkesan sungguh taktik geng halus ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 06:46 PM | Show all posts
la teringin nak naik bas je rupanya
naik lah kapal terbang ke, kapal selam ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2008 10:36 PM | Show all posts

Balas #126 cintan66\ catat

sape yg berani bawak kak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2008 10:58 PM | Show all posts

Mangsa semakin ganas - Episod baru melanda mangsa histeria SMK Tanjung Lumpur



KUANTAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2008 11:00 PM | Show all posts
degil geng halus ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2008 11:03 PM | Show all posts
degil geng halus ni....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 8-8-2008 10:36 PM
sape yg berani bawak kak


aok mesti berani tango sbb aok pun kadang2 jadi hantu gak (teringat statement aok ni)
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:07 AM | Show all posts
Utusan Online hari ni

Histeria: Ibu bapa enggan pindahkan pelajar

KUANTAN 8 Ogos - Sebahagian ibu bapa pelajar yang mengalami gangguan histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini enggan membenarkan anak mereka dipindahkan ke sekolah lain kerana menghadapi masalah pengangkutan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ibu bapa terbabit selepas satu mesyuarat tergempar antara Jabatan Pelajaran negeri dan pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu hari ini.

Abdul Aziz bagaimanapun memberitahu, beliau yakin isu tersebut akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat kerana pada mesyuarat hari ini, ibu bapa berkenaan memberi jaminan untuk memikirkan cadangan itu semasak-masaknya.

"Selain masalah pengangkutan, ibu bapa yang enggan anak mereka bertukar sekolah memberi alasan anak mereka tidak sanggup meninggalkan sekolah berkenaan kerana tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan serta guru-guru sekolah tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur bertambah buruk apabila beberapa pelajar perempuan bertindak lebih agresif, termasuk cuba melarikan diri dari sekolah dan melawan guru yang cuba membantu mereka.

Kejadian misteri itu menarik perhatian media dan orang ramai apabila Utusan Malaysia pada 25 Julai lalu melaporkan sebilangan pelajar sekolah berkenaan diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.

Selasa lalu, Jabatan Pelajaran Pahang memberitahu mereka akan menyegerakan proses memindahkan 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur yang mengalami histeria, ke sekolah lain sebagai usaha menamatkan kejadian misteri yang berlaku di sekolah berkenaan sejak empat bulan lalu.

Abdul Aziz berkata, walaupun jabatan tidak berhak mengarahkan pelajar terlibat bertukar sekolah, namun beliau lega apabila 17 ibu bapa yang lain menyatakan persetujuan mereka untuk berbuat demikian demi masa depan pelajaran anak masing-masing.

Menurutnya, satu perbincangan khas mengenai proses pertukaran sekolah bersama ibu bapa yang bersetuju itu akan diadakan Isnin ini.

''Antara tawaran yang dikemukakan ialah menukar anak mereka ke sekolah lain secara terus atau sementara waktu hingga keadaan kembali stabil.

''Kita membuat cadangan itu kerana 35 pelajar yang mengalami histeria dilapor akan pulih selepas pulang ke rumah dan kembali mengalami histeria apabila memasuki pekarangan sekolah tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Tanjung Lumpur, Omar Senik ketika dihubungi berkata, kebanyakan ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka bertukar sekolah adalah dari kalangan mereka yang tinggal di kawasan berdekatan sekolah.

Menurutnya, ibu bapa berkenaan terdiri daripada penduduk Kampung Tanjung Lumpur dan sekiranya anak mereka diminta bertukar sekolah, ia akan menambah belanja pengangkutan ke sekolah.

Justeru kata beliau, PIBG SMK Tanjung Lumpur sedang mengkaji kaedah lain atau mungkin mendapatkan sebuah van bertujuan memudahkan pelajar-pelajar terbabit meneruskan pelajaran di sekolah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 8-8-2008 11:03 PM
degil geng halus ni....


dugaan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2008 10:21 AM | Show all posts

Balas #131 cintan66\ catat

koi hantu baik, tak kacau bdk sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 11:33 AM | Show all posts
bahaya tui..
mesti ada yg kaco menda2 tu...
kalo tak..takkan ia mengganas
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 11:52 AM | Show all posts
pernah menghadapi situasi yang lebih kurang serupa malah lebih teruk rasanya masa skolah dulu pd tahun 1991 di salah sebuah skolah agama kat pahang gak.
sepanjang tahun tu mmg asyik cuti jek, kadang2 sampai hampir 2 minggu skolah terpaksa tutup dan hampir setahun lebih jugak cermin tingkap tidak dipasang keran mangsa akan memecahkan cermin tersebut dengan tangan. ada yang luka dan hampir putus urat nadinya.

alhamdulillah selepas kejadian tersebut sehingga kini tidak kedengaran lagi kejadian histeria berlaku di skolah tersebut, cuma gangguan biasa saja. yang ada pun budak2 sendiri yang jadi hantunya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2008 11:59 AM | Show all posts
camne leh jd camtu durrah????
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 12:02 PM | Show all posts
masa tu sultan masuk campur, wartawan x dibenarkan buat liputan & xde gambar kluar pun.  mcm2 bomoh la try nak ubatkan, makin teruk ade ler sbb ade yang amik kesempatan tinggalkan jin dia plak.. ustaz harun din pun prnh turun tgk tapi cam x berkesan. last rasanya sultan gak yang bawa sorng ustaz ni dari indon, kitorg panggil bapak. dia ada bagi doa pendinding utk budak2 ni amal and selepas tu kejadian histeria tu beransur kurang dan langsun xde lepas tu.

dalam masa yang sama, kebersihan asrama & skolah tu kena sentiasa jaga terutama hostel pompuan. jin & setan ni kan mmg suka benda2 kotor. perangai budak2 pun kena jaga, jangan dok galak sangat.

rasanyan budak2 kat tjg lumpur tu ade berpunca dari diorang gak kot. macam ustaz harun din cakap dlm paper ari ni la , "ubat" belum cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 12:08 PM | Show all posts

Reply #137 ReLyZa's post

masa tu yang kena bukan sikit, lebih kurang 40 0rang satu masa. boleh kata hari2 ade kes.

diorang citer tengok kat cermin tingkap tu nampak cantik je, macam ade benda dok kat tingkat tu, sbb tu diorg pi pecahkan cermin tu.utk keselamatan kena la cabu semua tingkap tu, nasib baik xde yang terjun bangunan plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 12:10 PM | Show all posts
ubat tak ckup????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.131258 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list