|
'Terlalu tinggi buat saya'
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
Rap | ![](http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Rap/20081223090817/mainpix) | DUA perkara menarik dikaitkan dengan bintangmuda Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, 24, atau Scha Al-Yahya yangsemakin menyinar namanya dalam dunia seni. | Pertama, bakatnya yang begitu menyerlah dalam filem Histeria dandrama bersiri Awan Dania, kedua, hubungan intimnya dengan pengacara danpelakon terkenal, Fahrin Ahmad, 29.
Ditemui di sesi fotografikhas bersama Rap, baru-baru ini Scha, bagaimanapun enggan berceritapanjang mengenai pengacara rancangan Sehati Berdansa itu sebaliknya diasenang bercakap mengenai kerjaya lakonan yang baru disertai selepasmemenangi pertandingan Dewi Remaja 2006.
"Kami baru saja kenalrapat dan sudah bersama hampir lima bulan. Sebelum itu sayamengenalinya sebagai rakan pelakon dan pernah digandingkan dalam satudrama yang ditayangkan di RTM.
"Masa pertama kali bertemu, sayaingat Fahrin ini seorang lelaki yang 'kawal kacak' tetapi apabilamengenalinya dengan lebih dekat ternyata dia berbeza daripada apa yangsaya sangkakan. Sepanjang tempoh kami berkawan tidak dinafikan hubungankami kini sudah di peringkat 'selesa'.
"Bagaimanapun, saya tidakmahu terlalu mengharap dalam perhubungan ini. Biarlah ia berlangsungmengikut keselesaan saya mahupun Fahrin sendiri," katanya menjelaskan.
Kebetulansewaktu sesi fotografi berlangsung, Fahrin turut hadir menemani Scha.Selain menyaksikan fotografi dijalankan, Fahrin turut membantu pelakonjelita itu bagaimana hendak berhadapan dan menjawab soalan wartawan.
"Sebagaiorang baru, saya memerlukan bimbingan. Fahrin banyak membantu bermulamemantau apa yang saya gayakan sehinggalah bagaimana hendak menjawabsoalan agar nanti tidak disalah tafsir.
"Saya ini orangnyaringkas dan kalau bercakap tidak pernah 'kawal' mulut. Peringkat awalsaya ingat perkara seperti itu lebih mudah kerana menjadi diri sendiri.Bagaimana pun, apabila sudah bergiat aktif dalam bidang senirupa-rupanya ada cara yang betul bagaimana hendak berhadapan denganwartawan dan menjawab soalan.
"Pernah juga sekali dua apabilamembaca kembali temu bual dilakukan wartawan saya berasa kecewa keranaapa yang ditulis bukanlah apa yang saya maksudkan.
"Tetapi jelas Fahrin perkara itu berlaku kerana cara sayamenangani soalan diberikan silap menyebabkan artikel itu ditulisbegitu. Apabila Fahrin memberikan banyak tunjuk ajar sekarang sayasudah mula faham," katanya.
Menyentuh lanjut mengenai Fahrin kata Scha tanpa berselindung dansambil ketawa, dia suka kepada aktor kacak itu kerana pengacara popularitu bertakwa dan bertubuh sasa.
"Kalau masa muda dan kurangmatang, saya akui lebih gemar berkawan dengan lelaki yang sukabersosiol kerana sebagai bekas pramugari memang ia sebahagian daripadagaya hidup.
"Berbeza sekarang, saya semakin dewasa dan kalauboleh saya mahu menjalani hidup hari ini lebih baik daripada semalam.Begitu juga dengan ciri-ciri pasangan hidup. Saya mencari seoranglelaki yang mampu membimbing saya ke arah kebaikan. Saya nampakciri-ciri itu ada pada Fahrin," katanya.
Beralih topik kepadakerjaya, cerita Scha pada peringkat awal, dia tidak pernah terlintasakan bergelar pelakon kerana mengikut cita-cita asal anak buah kepadapenyanyi Datin Sheril Aida ini mahu membuka galeri lukisan.
"Sayalebih berminat dalam bidang perniagaan. Sebenarnya filem Antoo Fighterdan drama Awan Dania bukanlah lakonan pertama saya sebaik memenangipertandingan Dewi Remaja. Saya pernah cuba berlakon selama enam bulan.
"Lepasitu saya berhenti kerana berasakan ia bukan bidang saya. Dalam tempohmendiamkan diri saya banyak terbabit dengan penggambaran iklan.Bagaimanapun, kerana ingin menambah pendapatan saya kembali terimatawaran untuk berlakon lebih setahun lalu hingga sekarang.
"Tidaksangka pula apabila saya kembali aktif, lakonan saya mendapat perhatiandaripada penggiat filem dan drama mahupun peminat. Namun, saya masihbelajar dan banyak yang perlu dilakukan untuk membaiki diri," katanya.
Dalampada itu ada yang berkata Scha antara pelakon muda yang dilihat mampumenjadi pelapis kepada pelakon filem yang ada sekarang ini seperti ErraFazira, Maya Karin, Umie Aida dan Nasha Aziz ini kerana gadis kelahiranSungai Petani, Kedah ini memiliki ciri-ciri untuk bergelar heroin filemsekali gus mampu menarik penonton menyaksikannya di pawagam.
"Sayatakut apabila orang meletakkan saya setinggi itu. Saya budak barubelajar dan untuk berada di tahap pelakon terbaik mengambil masapanjang. Apapun saya mengharapkan sokongan daripada orang lama sepertimereka supaya kehadiran saya dalam industri dapat membantu," katanya.
JelasScha lagi, lakonannya dinilai baik oleh penonton kerana kebanyakanwatak tidak jauh daripada sifatnya yang sebenar. Bagi Scha, bakatnyabelum lagi benar-benar mencabar kerana dia belum membawa watak yangjauh berbeza daripada apa yang pernah dipersembahkan.
Menyentuhmengenai filem Histeria yang mula ditayangkan 18 Disember, kata Schadia berasa seronok kerana dapat berlakon di bawah pengarah berbakat,James Lee.
"Boleh dikatakan semua pelakon muda membintangi dramaini bagus dan sebelum penggambaran dimulakan pengarah sudah membinakeserasian antara kami dengan mengadakan latihan untuk mengenal watakselama sebulan.
"James Lee juga seorang pengarah yang serius.Sewaktu penggambaran dijalankan walaupun ada babak tidak membabitkandiri saya tetapi sebagai pelakon dia mahu saya terus berlatih untukbabak seterusnya supaya apabila masuk lokasi kami sudah tahu apa yangperlu dilakukan," jelasnya.
Menyentuh mengenai babak berciumantara dia dan Norliana Samsudin, jelas Scha dia mengharapkan tidak adapihak yang cuba menjadikan ia satu kontroversi kerana ia hanya paparanteknik kamera dan mereka tidak benar-benar bercium.
Profil
Nama Penuh: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir
Panggilan: Scha
Asal: Sungai Petani, Kedah
Kelulusan: Diploma Teknologi Maklumat, Kolej PTPL cawangan Shah Alam.
Berat: 50kg
Tinggi: 170cm
Makanan Kegemaran: Makanan Itali
Minuman kegemaran: Jus tembikai
Hobi: Membaca dan berenang
Pencapaian: Dewi Remaja 2006 dan 50 Wanita Paling Jelita disenaraikan majalah Female.
Kerjaya: Pelakon Dan Model
Drama: Bella, Luna Fantasiku, Sadiq and Co, Honeyz dan Awan Dania.
Filem: Antoo Fighter, Histeria dan Papadom. |
|