|
BOHSIA: Jangan Pilih Jalan Hitam ~ 23.04.09
[Copy link]
|
|
menyesal haku tgk cite ni smalam:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #124 shuffeak's post
motif tingok? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #125 jac_diehard_fan's post
motipnye sbb org blanje |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #126 welds's post
pastu port yg dorg lepak minum2 tu warung eh?
nape mcm ade org jual air yg mcm kat pasar mlm ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
nahhh!...
http://ajamihashim.blogspot.com/ ... g-menghiburkan.html
BOHSIA ~ jalan hitam yang menghiburkan?
Klasifikasinya 18PL. Itu sudah mencukupi bagi menghalalkan filem ini untuk ditonton? Bagi saya, elok diberikan label 'U' sahaja supaya remaja-remaja bawah umur 18 tahun boleh menontonnya dan belajar (baca: mengajar untuk tidak kurang ajar atau sebaliknya) sambil berhibur! Watak-wataknya memang menjijikkan tapi seronok untuk diperhatikan dari jauh di kedudukan sebagai seorang penonton wayang dalam panggung mahupun dari kacamata masyarakat yang dari golongan baik-baik. Kisahnya sudah tentu klise tetapi dimantapkan dengan penceritaan yang laju tanpa sebarang adegan yang meleret. Khalayak juga tidak perlu untuk memihak kepada mana-mana watak atau menyukai apa-apa babak yang dipaparkan. Penonton tidak kisah siapa yang akan dirogol, disuntik dadah, bermulut lancang, dibelasah sampai mati katak apatah lagi lumba-lumba haram yang bingit. Biarpun kepalsuan realisme dari cara dialog atau pakaian pelakon, juga tidak menjadi hal! Filem ini secara terang-terangan seolah berkata kepada saya "lu apa hal? ini kan filem beb?" Jadi kerana itulah saya menggemari naratif ringkas dan padat filem ini. Kisah asasnya mudah iaitu dunia bahaya di sekitaran 2 orang bohsia, Tasha (Nabila Huda) dan Amy (Salina Saibi) yang menjadi para bohsia kerana backstory institusi keluarga mereka yang celaka!
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ialah sebuah filem mengenai pilihan bebas yang mutlak tanpa sesiapa pun menyuruh atau mengongkong. Ia cuma sebuah filem pengulangan dan cedokan kisah yang dinaik-tarafkan dan diglamourkan dari filem-filem kasar remaja yang terdahulu seperti KL Menjerit, Kami, Budak Kelantan, Anak Halal, Haru Biru, Remp-it, malah bayangan siri Sembilu serta filem seangkatan dengannya. Bezanya cuma kali ini tanpa sebarang watak yang putih bagi meneutralkan majoriti watak yang hitam dalam Bohsia. Tidak! Watak Aisyah (Diana Danielle) juga bukan watak ikon yang bagus ok! Pemaparan secara terus itu tidak mahu berselindung apa-apa lagi kerana filem ini sebenarnya hanya untuk menggerunkan kepada sesiapa yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahawa gejala-gejala itu sudah dan sedang berlaku kini. Filem ini hanya menvisualkan dan memperdengarkan perihal yang seringkali dicetak di akhbar dan laku dibaca oleh masyarakat. Itulah sebabnya bagi saya ia sesuai untuk disuapkan sebagai 'U' kerana kisahnya sudah biasa kepada umum. Oh! Bagaimana pula seandainya ia dikhuatiri akan menjadi budaya gelap yang dipopularkan lagi oleh filem ini? Maka kamu lihat pula sekeliling dunia hari ini yang sememangnya sudah dicemari dari luar ke dalam siber dan kembali ke luar. Sama bukan?
Kekuatan paling nyata dalam filem ini ialah para pelakon yang hampir kesemuanya saling bantu-membantu penceritaan dengan sungguh meyakinkan. Ironi juga bila melihat kemunculan Nasir Bilal Khan yang mula popular dengan filem Perempuan, Isteri dan... dimana sewaktu itu perkataan 'Jalang' terpaksa di 'dot dot dot' kan kerana faktor penyaringan bahasa kasar yang ketat dalam perfileman Malaysia! Namun hari ini, perkataan-perkataan kasar dan pasar seperti mampus, jalang, dowh malahan 'bohsia' itu sendiri menjadi tajuk filem ini. Tidak keterlaluan seandainya saya katakan bahawa mungkin ada pelakon dari filem ini yang layak untuk menggondol pelakon terbaik di FFM tahun ini! Kita tunggu dan lihat! Adakah saya terlalu keterbukaan menilai filem ini tanpa prejudis dan paranoid kepada impak sosial yang mungkin berhasil dari menonton filem sebegini? Hey! ia soalan yang seakan sama sekiranya kamu pulang dari menonton sebuah filem seram yang sangat ya amat seram dimana kamu akan bermimpi hantu datang mencekik kamu! Maksud saya, harapnya impak sosial yang boleh dijana oleh filem ini ialah - Jangan Pilih Jalan Hitam..
|
|
|
|
|
|
|
|
menghibur atau memberi pengajaran? |
|
|
|
|
|
|
|
dh tgk td...
not bad la...best gak..
malas nak komen lebih2...gi tgk la sendiri...
utk hiburan,sure boleh layan..
mmg sure tak bosan sepanjang 2jam tu....
meriah gak td...panggung full house.... |
|
|
|
|
|
|
|
lakonan nabila mmg menjadi sebijik gaya bohsia.... havoc siut
ahaksss.... |
|
|
|
|
|
|
|
bf aku ajak tgk cte nih...eeee..malas btol nak melayan cte2 gni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tgk! rating aku bg 1/5.
1. Lakonan shaheizy sam dgn nabila huda lg idup dpd shamsul, diana, kawan diana, dll' .
2. Level acting Diana dgn shamsul aku bg c-
3. Watak bohsia2 dlm citer ni x outstanding langsung. x menonjol. Patutnya tajuk filem ko tukar 'keruntuhan moral dikalangan remaja melayu- (lu pikirlah sendiri)
4. Jalan cerita yang predictable sgt. i.e-gaduh---racing---isap ganja---kena 'kenduri' itu je idea shamsul
5. Watak aaron aziz dgn diana danielle dgn kawan dia x perlu sgt. x payah la ko nk buat subplot kalau x de impak kat jalan cerita tu.
6. Aku heran filem2 skop production ni process dubbing still lg tahap sembilu. way back to 90's
7. Byk ayat2 'mampos' dikeluarkan dlm filem ni.---'shamsul x de idea dowhh!!'
8. Budak2 rempit x keje, tp ada duit nak beli dadah, isi minyak motor, dll.
9. Citer ni bangang.
10. Mcm bapak dia punya cite. Like father, like son
11. Komen mat rempit psal cite ni---'bahasa dlm cite tu dah outdated. Itu zaman 90-an diorg dh guna. skang dah lain'. (buat homework shamsul, jgn syok sendiri).
12. Jalan cerita x de klimaks. mcm wat sex pastu masing2 tertido-retard!
13. Baik ko buat filem dokumentari pasal bohsia ni. ala2 indie film 'bukak api'
14. Lain kali buat filem yang semenggah sikit.
15. And diana danielle, tolong ambik watak yang sesuai dgn usia kau. Kau tu baru lps SPM. Nk cepat tua ke??
16. Stupid film
17. X membina
18. X bagi impact kat audiens
19. Stupid
20. ''G la mam dowh''---dialog berulang2 dpd nabila
[ Last edited by 2tigapuluh2 at 1-5-2009 11:43 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #136 2tigapuluh2's post
20 komen tu...
ni kes tak puas hati rasa tak berbaloi tengok kat panggung ka apa? |
|
|
|
|
|
|
|
tengok vcd cetak rompak je...tu pun pinjam orang punya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
poster pn xhingin nk tengok..:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
erm aku tunggu abg aku bli dvd
atau tunggu tyg kt asteruk |
|
|
|
|
|
|
| |
|