|
sat naaaa...aku nak koute...gatai sesajer...
since korang dok hilite benda ni berulang2...
terpanggil lak aku nak ulas...hmmm..
pokus idop aku yg utama nak penuhkan kota ASB dah lama terca ...
koko2 Post at 24-12-2009 17:07 
tahniahlah koko...........aku jangan kata 250K + dividen bonus......50K pun tak ada dalam ASB aku....kalau campur duit suami aku + duit anak2 aku...pun nan ado juger.............bersyukurlah rezeki ko murah....cuma jangan riak...tu jah pesan aku di petang ini.
ps....off topic sat...hang tau tak pasal kijang emas / simpanan dalam bentuk emas ni...story sikit kat aku....(cisss...macam aku banyak duit nak melabur dalam bentuk emas bagai...). |
|
|
|
|
|
|
|
ajik nak tanya sket.....
cemana nak sulamkan kepahaman law of attraction nie dlm bentuk keagamaan
bole bagi idea sket....
atau cemana nak paham qado n qadar dlm konteks law of attraction
k ...
my-alja Post at 24-12-2009 15:18 
nak paham law of attraction dari konsep qada qadar?
tu ibarat kalo breastfeeding tak cover tetek maka itu bukan sebagian agama ke anik?
THOUGHTS ARE THINGS
walo cuma bentuk fikiran, walo teori mori cam seme kata , walo it is a dream, it can influence lot of other things
mende sejak azali yang salu di beri pakej baru..tu je anik
law of attraction ni SUNATULLAH.
aku yakin nabi pun buat mende ni sebelum di angkat jadi rasul dan di tugaskan sebar risalahNYA
yang nabi bersunyian di gua hira' bertaun taunnnn, anak dia fatimah yang kekadang dok mai bawakkan makanan, nabi buat apa dalam gua soang2? tidoq sakan? dia duk pulun memikirkan mana datang segalanya, kenapa dia wujud, siapa cipta dia, kemana akhirnya seme pergi ..lama dok pikir sampai 'panas' vibration dah cukup kuat dan tiba pada limit (ketetapanNYA) lalu turun lah malaikat jibrail sampaikan wahyu pertama..tu pada aku law of attraction gak
nak paham qada qadar mengenai law ni macam nak paham satu negara dengan tenguk peta dia..terlalu kecil gitu, pada aku ler.
rezki secupak takkan jadi segantang..qada qadar pun yer..law of attraction pun ye..kalo lam otak ko nak rezki secupak sudah laa..memadai so rezki mai secupak je lah
so camna nak BERANJAK? quantum leap gitu? tu ler kene ada being aware, conscious, self awareness, kalo ko tahu dan ko sedar dan ko faham tapi ko masih macam tu dan dalam fikiran ko MAHU lebih dari itu , kalo ko dok layan kemahuan or demand diri tu , otak tu jadi 'panas', dalam diri tu berkecamuk, macam pusaran air, berkocak selalu, so apa jadi lama2? it creates low pressure so high pressure sekeliling tu dok mai..attracting kat ko
kalo mai mende kita 'tak mahu' camno? bab ni kene tahu camna MINDA esp subconscious bekeje. In mind ianya tidak ada NEGATION, otak kita tokleh terima any negation or persoalan tidak, jangan, no, or anything bersifat anti.
kalo misal kita kata Jangan pikir pasal lembu. Otak kita cuma paham LEMBU..jangan pikir tu dia tak paham. so tak register pun. So dalam kita dok kata aku takmo itu aku takmo ini, aku tak suke itu aku tak suke ini sebenonya kita menguatkan lagi tarikan tu dengan memanaskan otak dengan berkata cam tuh.
sebab tu oang duk sibuk kata camna nak lupakan si dia? tapi dia dok salu cite pasal bekas pakwe dia dok sakit hati so dalam nak lupakan tu sebenonya dia ingatkan lagi kuat so camna nak lupa?
otak ni cam antenna, or dish tuh..dia pick up vibration or frekuensi seme yang ada. Lagi power antenna tu lagi ler banyak dia dapat dan lagi clear..btui dak?
aku guna term 'aura' untuk vibration tuh. bleh rasa RADIANCE energy sesapa pun walo in siber thought ni mind over matter, tadak boundaries tadak limit kecuali yang di limitkanNYA, actually bukan masalah limit thought cuma masalah KEMAMPUAN DAYA TAHAN jek
kene semata mata berlindung pada NYA...maha esa. Kalo berlindung selain dari Allah swt, carik nahas ler k? Kan da kasik tau lam quran, Allah takkan uji kalo diri manusia tu tak mampu ujian tuh, tak kene lah sifat pengasihNYA kan kalo paksakan ujian yang ko tak mampu.
yang aku wisau, depa dok baca2 ilmu secret ni seme ni tanpa faham bab perlindungan ni, nanti boleh membahayakan diri seolah2 Allah tu bukan segalanya disebalik kejayaan masing2, so jadi cam iblis plak..sombong bongkak haa..naya kang
banyak oang alim2 dok terpedaya dengan bujukan dan tipudaya syaitan..kan? kene beringat, quran tu kitab peringatan. being aware, beware, be conscious, seme ni isu peingatan.
ramai oang sombong , dengan kejayaan duniawi depa tapi depa sebenonya menipu diri sendiri, nasib lah..setidaknya aku dah sampaikan peringatan |
|
|
|
|
|
|
|
124# ajinomotonosuga
ermm....gud ajik, thanks
i like ur brain |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kita tak tau apa bakal jadi walo kita leh nampak dalam fikiran apa kita mahu
ni yang anik tu dok tanya pasal law of attraction..
sebab kuasa mutlak kat Allah swt
kalo saya kata nak itu dan fokus itu dan yakin itu dan percayaaaaaaaaaaa itu tapi Allah kata tidakkk dan Allah berkehendak jadi lain untuk saya..siapa saya nak deny seme tu?
nabi ibrahim kene campak lam api..tak terbakor
nabi isa lahir tadak ayah
nabi yunus kene telan ikan paus tapi tak mati
nabi yusuf jadi hamba, masuk jel kendian last2 jadi menteri raja
dan beeeeeeeeeeeeeeribu2 sejarah silam kalo RAJIN nak menelaah..amik ikhtibar kan?
fokus saya tak penting untuk awak , ianya untuk saya jek
fokus awak tak penting untuk saya , ianya untuk diri awak jek
tapi kehadiran kita ke dunia ni penting untuk semua yang mahu BERFIKIR
aaaaaaaa btui dak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ye...betui la.... |
|
|
|
|
|
|
|
77# rissa_i
adalah bisnes kecik2......................pernah ler dapat untung puluh2 ribu setakat nih. |
|
|
|
|
|
|
|
wah complicated jugak fokus idup kekorang yek.... |
|
|
|
|
|
|
|
fokus? ermm.. susah nak jawab soklan neh.. yang penting nak gembirakan hati aku, isteri dan anak jek..
plan nak beli rumah dah tercapai.. dah ada property..
plan utk keja part time ke, utk pasang keta baru ke, tak terlintas lagi wat masa skang.. |
|
|
|
|
|
|
|
120# koko2
bape ribu?
misy Post at 24-12-2009 17:17 
first time ko nak penuhkan ASB tuh, ko blh deposit max to RM200k.......after a year, dpt profit....ko bley samada nak biarkan jek dlm tuh or ko blh la kuarkan profit ko tuhhh and in future ko blh deposit balik apa yg kuarkan......maknanya after dpt profit ko blh simpan up to rm300k... |
|
|
|
|
|
|
|
fokus aku buat ms ni nak besarkan dan bagi pendidikan kat anak2 setakat mana yg dia org nak........rete sumer ni donia semata kannn.....ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
first time ko nak penuhkan ASB tuh, ko blh deposit max to RM200k.......after a year, dpt profit....ko bley samada nak biarkan jek dlm tuh or ko blh la kuarkan profit ko tuhhh and in future ko ...
BingkaUbi Post at 24-12-2009 20:57 
teringat kawan lama dulu kat opis, anak ex- ketua polis
tunjukkan akaun bank dia ada rm200k.... hmy3:...masa tu kami baru lepas grad |
|
|
|
|
|
|
|
fokus aku... untuk famili terutama untuk pendidikan anak aku. setakat ni ada sorang jer, so, kena bagi lebih tumpuan la...
2nd.... untuk kerjaya aku... nak naik 44.... nak naik gred.
yg lain2 tu untuk kerohanian aku rasa memang kewajipan aku da kena tunaikan sebaik mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
136# twisties_oren
u cikgu ke twisties? kalo cikgu..after naik 44, apply for GC, terus naik 48..prepare all the filing from now..
kalo dept lain..sowwy, tak tahu short cut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hereana at 25-12-2009 16:48
sat naaaa...aku nak koute...gatai sesajer...
since korang dok hilite benda ni berulang2...
terpanggil lak aku nak ulas...hmmm..
pokus idop aku yg utama nak penuhkan kota ASB dah lama terca ...
koko2 Post at 24-12-2009 17:07 
aku byk kali dengar pasal perselisihan pendapat ulama/ustaz ttg ASB nih,
btw..terpulang pd individu tertentu..
kat sini aku bg stmt drp ust zaharuddin bkenaan ASB,ASN nih..
just utk renungan bersama shj..apa2 pun terpulang pd diri memasing..Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Versi Kemaskini Oleh Zaharuddin Abd Rahman
Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.
Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.
1) Pandangan Yang Mengharuskan
Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.
Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-
Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".
Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.
a- Ihya Ulumiddin
b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie
2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.
Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-
Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hereana at 25-12-2009 16:55
1. Fatwa Yang Mengharamkan
Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-
1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.
Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.
2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.
Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.
Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.
Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.
Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).
Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)
Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-
a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)
3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.
Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.
Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-
1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad 1.07 %
Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.
Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.
Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):
" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............
..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..
Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"
Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.
Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.
Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.
Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-
1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.
Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.
Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.
PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB
Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
Sekian, Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|