POLIS Perancis dikerah perketat kawalan di Champs-Elysees menjelang aksi separuh akhir. FOTO AP
Paris: Polis di Perancis bersiap sedia untuk perlawanan separuh akhir bola sepak Piala Dunia negara itu menentang Maghribi awal pagi esok, selepas kekecohan yang berlaku susulan kemenangan Maghribi ke atas Portugal di suku akhir minggu lalu.
Kira-kira 10,000 pegawai polis akan dikerahkan di seluruh negara berkenaan, di mana 5,000 anggota akan ditempatkan di wilayah Ile-de-France berdekatan Paris.
Kira-kira 2,200 lagi anggota akan ditempatkan di ibu negara itu, dua kali ganda kakitangan keselamatan berbanding perlawanan penting Piala Dunia sebelum ini, kata Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin di televisyen France 2.
"Rakan-rakan Maghribi kita, sama seperti penyokong Perancis, dialu-alukan untuk menganjurkan keraian dan tugas kami bukan untuk menghalang mereka daripada berpesta ... tetapi ini perlu dilakukan untuk keadaan keselamatan yang baik," kata Darmanin.
|