CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rizalman82

Hobin Jang Hobin..[Tujuh muka baru kuatkan NS]

[Copy link]
Post time 5-11-2009 04:40 PM | Show all posts
Polis tidak kompromi dengan penyokong bawa barang berbahaya

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana penyokong yang membawa masuk barang berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Hamid Mohd Ali, berkata barang berbahaya itu termasuklah senjata, bahan letupan, topi keledar, batang kayu, payung, botol dan tin minuman yang disenaraikan sebagai barang larangan.

"Kita akan membuat pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap individu di pintu masuk ke stadium. Jika didapati mereka memiliki barang larangan itu, polis tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya di sini, hari ini.

Katanya, seramai 1,400 anggota polis termasuk anggota trafik, Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan bahagian jenayah akan ditempatkan di sepanjang jalan dan kawasan luar serta dalam stadium.

Bagi meningkatkan kelancaran pergerakan trafik, Abdul Hamid berkata, penyokong Kelantan dikehendaki memasuki stadium melalui pintu hijau manakala penyokong Negeri Sembilan akan memasuki melalui pintu biru yang terletak bersebelahan dengan Majlis Sukan Negara.

Abdul Hamid berkata, semua bas yang membawa penyokong Kelantan dikehendaki melalui Lebuh Raya Kesas, masuk ke susur Awan Kecil menuju ke Jalan Games Village, belok kiri ke Jalan Cagar Merah dan seterusnya masuk ke tempat letak kenderaan “F”.

Bas yang membawa penyokong Negeri Sembilan pula dikehendaki melalui Lebuh Raya Seremban-KL, Lebuh Raya Kesas, masuk susur Jalan Merah Cagar ke Jalan Merah Cagar dan masuk ke kawasan tempat letak kenderaan Taman Keluarga.

Semua kenderaan lain termasuk kereta penyokong kedua-dua pasukan boleh melalui Lebuh Raya Kesas susur Awan Kecil ke Jalan Games Villages seterusnya ke Jalan West untuk ke parkir A dan B.

"Mereka juga boleh melalui Lebuh Raya Seremban KL ke Bulatan Lumba Kuda menghala Puchong Links/Pusingan-U susur Taman teknologi ke Jalan Puchong Links untuk parkir D dan E," katanya.

Abdul Hamid berkata, polis akan menutup beberapa jalan mengikut keadaan ketika lalu lintas termasuk Jalan Putra/Jalan West yang akan ditutup bermula 4 petang.

"Lebuh Raya Kesas/susur Jalan Merah Cagar dari arah Carrefour dan dari arah MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah II) akan ditutup mengikut keadaan jalan," katanya.

Katanya, Jalan Puchong Links/Susur Jalan West iaitu susur dari arah Kinrara dan Jalan Puchong Links/Susur Jalan West dari arah Bulatan Lumba Kuda turut akan ditutup.

Sehubungan itu, Abdul Hamid menasihatkan penyokong supaya keluar lebih awal ke stadium, mengamalkan perkongsian kereta dan seelok-eloknya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Bagi pengguna jalan raya yang tidak bercadang untuk menyaksikan perlawanan itu, sebaik-baiknya merancang perjalanan dan mencari jalan alternatif bagi mengelak melalui jalan yang ditutup, katanya.

Kaunter tiket dibuka mulai esok dari jam 11 pagi hingga 7 petang di pintu kuning.

Pintu masuk stadium pula akan dibuka pada 5.30 petang pada hari perlawanan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 09:54 PM | Show all posts
KTM lanjut waktu komuter sempena Piala Malaysia
05/11/2009 6:20pm

KUALA LUMPUR 5 Nov — Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM Bhd) akan melanjutkan waktu perkhidmatan komuter Sabtu ini sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia yang menyaksikan pertemuan antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Bagi memudahkan penonton, perkhidmatan tambahan akan beroperasi bagi laluan Bandar Tasik Selatan-Seremban, Bandar Tasik Selatan-Rawang dan Stesen Sentral Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang.

KTM Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi laluan ke Seremban dan Rawang, jadual tren terakhir dari Stesen Bandar Tasik Selatan ialah pada pukul 12.15 pagi, manakala bagi laluan ke Pelabuhan Klang, perkhidmatan tren tambahan terakhir akan tamat pada pukul 12.40 pagi dari stesen Sentral Kuala Lumpur.

Bagi memudahkan urusan perjalanan penonton, mereka boleh menaiki komuter dari mana-mana stesen untuk ke stesen Bandar Tasek Selatan dan membuat pertukaran dengan menaiki tren Rapid KL untuk ke Stadium Bukit Jalil.

Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan KTM Komuter disaran membeli tiket perjalanan pergi-balik bagi mengelak kesesakan di mesin jualan tiket untuk perjalanan pulang.

Katanya orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB dengan menelefon 03-22671200 atau menghubungi stesen komuter berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by BeskotCekelat at 5-11-2009 23:13
boleh ko klau den nk download lagu ni? blues gang nyanyi kan kalau xsilap?
anoyzz Post at 4-11-2009 03:41


Bukan Blues Gang, namo penyanyi ni Poe, Artis taun 90-an, yang lagu ala la la latok tuh...
Buleh donlod kek sini,
http://n9futbol.com/index.php?option=com_content&;task=view&id=13&Itemid=28
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:09 AM | Show all posts
harap NS memang bergaya....penyokong pun tak buat haru...kang malu NS....sok gegak gempita laaa semua2 gerai..warung ..restoren
pasang bola......secawan teh doq minum spi 2jam...kah kah kah....
golllllllllllllllll ns...gollllllllllll ns........
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 11:02 AM | Show all posts
pukul kelate! jgn x pukul!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 02:25 PM | Show all posts
salam warigh sey sumo...

meh ghamai2 poie stedium
biar kaler KUNING samo byk nga kaler merah
teket The Reds 60k da abih nih...

Hobin kono pulun 100%
Hobin Jang Hobin...!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2009 03:11 PM | Show all posts
deyen polik mano penyokong nismilan, dokek boghojam beghatur moli tiket kek stadium kit jalil, payah boto nak jumpo penyokong nismilan, ponoh dek oghang kelantan jo...apo2 hal pun, "hoben jang hoben"jumpo di stadium bkt jalil malam sok...:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 07:34 AM | Show all posts
123# BeskotCekelat orait.. tq biskot... banje ar biskut chipsmore satu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2009 11:57 AM | Show all posts
Salam waghih...
Den tak pek datang mlm ni ado lawan badminton
Tapi den haghap bona la N9 monang..

Hobin jang hobin...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 08:37 PM | Show all posts
jgn lupa tgk rtm 1
malam nehh
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:32 PM | Show all posts
syabas NS... banggo den ...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:38 PM | Show all posts
131# stroberi_80


as for now sudah 3-0...

hobing jang...hobing.....
monang kito
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:53 PM | Show all posts

N. Sembilan Juara Piala Malaysia 2009 [setelah menunggu 61 tahun]

Post Last Edit by Syd at 8-11-2009 07:57

syabas skuad negeri......

den banggo......:pompom:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 11:00 PM | Show all posts
tahniah!! nasib baik bukan kelantan menang..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 11:04 PM | Show all posts
part xtahan. c juruhebah tu x abis2 kira zaquan kena usung.
4x usung... berbaloi baloiii

yay!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 11:09 PM | Show all posts
yesss...n9 menang.Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2009 11:11 PM | Show all posts
Yahoo! N.sembilan jore!...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 11:15 PM | Show all posts
Tahniah jang....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 11:20 PM | Show all posts
yeahh!!!!kito monang!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 11:20 PM | Show all posts
Tahniah N9!!!!.......sonyum jo Yamtuan tadi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.710943 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list