CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Teguran pada perawat Islam

  [Copy link]
Post time 5-7-2011 10:24 PM | Show all posts
Reply 120# gammbir33

Salam...

Baiklah saya terima teguran saudara. Minta maaf kepada TT jika saya dianggap bersangka buruk. Tujuan saya hanyalah untuk minta pencerahan berkenaan ayat tersebut.


Jika TT masih merahsiakan, terpulanglah. Tujuan saya berada di dalam forum ini pun untuk mencari ilmu dan berjalanan kearah kebenaran.


Jazakallahu khair.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 10:27 PM | Show all posts
Reply  JulietTheOrange

Jika demikian, mengapa disebut nama si penyampai?
Bukankah adab dalam m ...
evilcooler Post at 5-7-2011 21:38



    eh ape punya ilmu daaaaahhhh , itu cerita bukan pasal ilmu daaaa itu sms antara sorang ngan orang lain..teguran soal jawab eeeehhh apa pasal mau sanad daaaa eeeehhhh tak paham aku....

dua singit dus singit dua singitttt. haiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 10:34 PM | Show all posts
Reply  gammbir33

Salam...

Baiklah saya terima teguran saudara. Minta maaf kepada TT jika saya ...
evilcooler Post at 5-7-2011 22:24



    setujuuuu so kita tungguuuuu jelah
i followw
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 10:52 PM | Show all posts
Reply 122# gammbir33

Oh sms je?? Tak boleh dijadikan pengetahuan ke? Jadi sms yang membawa teguran kepada perawat Islam pun ini sekadar baca cerita karut dan dongeng semata-mata??
Maka kepada perawat Islam yang lain, sila abaikan sahaja benang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:00 PM | Show all posts
Reply  gammbir33

Oh sms je?? Tak boleh dijadikan pengetahuan ke? Jadi sms yang membawa teguran k ...
evilcooler Post at 5-7-2011 22:52



    boleh jadi renungan dan pengetahuan bro
tapi tak perlulah bersanad bagai, sib baik tak tanya cikgu matematik ke, sains, geografi semua tu "yang cikgu ajar saya ni tolong bagi mana sanad dan dalil dia dlm hadis ngan alquran" agak2 ape jawapan cikgu tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:18 PM | Show all posts
sib baik tak tanya cikgu matematik ke, sains, geografi semua tu "yang cikgu ajar saya ni tolong bagi mana sanad dan dalil dia dlm hadis ngan alquran" agak2 ape jawapan cikgu tuhh

gammbir33 Post at 5-7-2011 23:00


Adakah saudara menyamakan ilmu duniawi seperti matematik dan geografi dengan pengetahuan ghaib seperti yang hanya dialami oleh TT sahaja? Sedangkan ilmu matematik pun anda perlu rumus dan jalan kerja untuk membuktikan sesuatu hipotesis, jikalau tidak akan ditolak oleh ahli2 matematik yang lain dan rumus anda tidak boleh diguna pakai.

Inikan pula 'sms' atau cerita yang berkaitan agama Islam, lebih ketat lagi usul periksanya kerana kelak dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan penyelewangan di kalangan umat Islam yang kurang berilmu. Jikalau tidak, jadilah ia sekadar cerita karut dan wajar diabaikan oleh orang Islam. Nak baca boleh, percaya jangan (macam ramalan nombor ekor lak )

Saya bertanya cukup untuk mengelakkan TT dituduh yang bukan2. Apa yang TT hadapi adalah pengalaman sendiri, dan itu adalah satu amanah yang perlu dijaga.

Sedangkan para auliya Illah sangat takut dengan karamah dan peristiwa pelik menimpa diri mereka kerana takut dgn ujub dan dikeramatkan oleh masyarakat umum yang jahil agama, apatah lagi kita yang penuh dgn dosa ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2011 11:24 PM | Show all posts
Reply 124# evilcooler


    Sy ni nak ckp bnyak ilmu..of cos laaa tidal..still merangkak2 untuk pelajari segalanya...seperti saudara ingin mmpelajari n mencari ilmu...sy jua seperti itu...tp sy tetap percaya,sumtimes ape yg berlaku adakalanya di luar pemikiran mnusia..sesungguhnya Allah tu Maha bekuasa...ape yg berlaku pasti ade sbb sndiri yg kite sndiri x pasti..jgn sekali kite persoalan siapakah?bagaimanakah?dimana?mengapakah?smua ini tiada seorg pun mnusia mmpu mnjwb dgn tepat sekali kerana hanya Allah maha mengetahui...apa yg Penting disini..isi kandungan yg Cuba d smpikan...sama2 kite cuba memberi pendpt...bukan ngan menjadikan ini sbgai st perbalahan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:36 PM | Show all posts
Reply 127# bunga7788

Salam bunga,

   Saya tidak pernah pun menyangkal pengalaman yang ada pada TT, bahkan saya suka membaca pengalaman dan cerita2 nya. Samaada ia benar atau tidak, biarlah Allah s.w.t dan TT sahaja yang mengetahuinya.


  Apa yang saya nak tekankan bila TT mengatakan sebahagian besar perawat Islam sudah jauh menyimpang, hanya berdasarkan bicara dan sms dengan makhluk ghaib yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Dan TT telah mengatakan ini secara umum iaitu dgn membuka benang di dalam forum ini. Bukankah ini boleh menimbulkan perbalahan di kalangan umat Islam??

  Teguran saya kepada TT juga supaya jika benar anda menuduh sebahagian besar perawat Islam sudah menyimpang kerana niat tidak ikhlas dan sebagainya, maka hubungilah mereka semua dan duduk di satu meja untuk membincangkan perkara ini secara tertutup dari org awam. Bukankah ini lebih elok adabnya dari menembak ke dalam forum semata-mata??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 11:47 PM | Show all posts
Adakah saudara menyamakan ilmu duniawi seperti matematik dan geografi dengan pengetahuan ghaib s ...
evilcooler Post at 5-7-2011 23:18

Bro Evilcooler... mari kita jenguk balik diawal post TT. apa yg saya faham ialah tt tidak mempersoalkan agama sama sekali tetapi persoalannya berkisar tentang perawatan "islam" yg menggunakan ayat Alquran sebagai ubat dlm rawatan. Dimana perawat tersebut membaca ayat Alquran dengan bersebab dan mengikut pandangan tt ianya mempersoalkan keikhlasan si pembaca. apakah persoalan ini boleh dikategori kan sebagai persoalan yang mempersoalkan agama? bagi saya tidak, kerana ianya tidak mempersoalkan pasal akidah,syariat, dan hukum, ianya persoalan IKHLAS.(hati,niat).
seorang yg bagi sedekah dengan tak ikhlas jatuh syirikkah? tentulah tak kan tetapi sia sia lah sedekahnya itu di sisi Allah,(tak ade maknanya)

so percakapan berkenaan ikhlas sekiranya tidak mendatangkan sanad maka percakapan tersebut, sama ngan kita cerita kat org pasal drama TV malam ni gitu?
saudara ade ilmu yang perlukan sanad dan ade yg tak perlukan sanad,ade perlu berguru ade boleh sekadar membaca je,
tambahan pula TT mengketegah kan persoalan ikhlas, kan belambak dalil dan nas berkenaan ikhlas tu maka rujuklah balik, betul ke tidak ape yang di ketengahkan.
itulah gunanya perbincangan. sebelum tread ni melarat semakin teruk saya harap para forumer sentiasalah membelek2 page2 belakang2 agar kita tidak terkeluar dari perbincangan ini,
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:55 PM | Show all posts
Reply 128# evilcooler


    Pendpat saudara juga perlu di pndang...berkali2 sy bc ape yg di postkan oleo tt....niat tt may b just ingin berkongsi...dan tt sndiri tertnya mngapa mnybut peramal islam....dan tt juga berkali2 mngakui yg dirinya bukan org yg cerdik pandai yg mngthui Segalanya....just ingin berkongsi apa mksud sebnrnya...jika saudara katakan ianya sesuatu mngarut...may b tt hormati pndpat saudara...cuma kdgkala sy pelik bila org tu terknl ngn ilmu agama dan mngalami ape yg seperti tt alami mngapakah Snng org ramai mnrimanya???may b kerana org tu sudah terknl dgn ilmu agamanya bukan??so org mudah mnerima apa jua yg di smpikan walaupun Adelakalanya x masuk akal...maaf yaaaa...andai tersilap berbicara..tp ini laaa yg sy perasan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:59 PM | Show all posts
Reply 129# gammbir33


    Sy bersetuju ngan pendant saudara
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:15 AM | Show all posts
Reply 130# bunga7788


   Sebab itulah saya tegur, kerana saya tidak mahu niat TT yang dihormati di salah anggap. Sudah ramai forumers di sini yang telah sembuh dari sakit hasil usaha TT, biiznillah. Sebagai perawat Islam, TT sudah bertahun2 merawat malah terkenal di alam jin sebagai pembunuh jin yang masyhur lagi!
  Tetapi itu tidak menjadikan TT terlepas dari membuat kesilapan. Hanya junjungan baginda Rasulullah s.a.w sahaja yang maksum dan merupakan insan sempurna. Dalam kes ini saya merasakan TT terkhilaf kerana membuka perbincangan ini secara umum.
Walaupun ia sekadar teguran, tetapi sikap TT seolah2 melontar batu sembunyi tangan, kerana sekadar menceritakan mengenai sms yang di terima tanpa memberi sebarang penyelesaian.

Adakah cukup sekadar itu sahaja? Jikalau benar hendak membuat sesuatu perubahan, saya cadangkan TT membuat satu surat terbuka memanggil semua perawat Islam bermuzakarah dan di panggil perawat Islam yang otai dan terkenal seperti Tuan Guru Dato Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus sebagai moderator.

Barulah nampak jalinan ukhuwah terbentuk dan sebarang perselisihan boleh dibincangkan secara mulia dan beradab, insyaAllah akan ada penyelesaiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:51 AM | Show all posts
Reply 128# evilcooler


    Salam sahabat,

Setuju saya dgn hujah saudara. Sesuai dgn hukum syarak ASWJ... Alhamdulillah...

"Tidak boleh walau engkau sudah sampai kamil mukammil sekalipon menzahirkan hal yg ghaib kpd umum. Dan pula yg hanya kamil mukammil itu adalah Rasulullah shj. Apabila kedapatan rasa dianugerahi ilham yg tiada syak,waham dan dzon sekalipon tidak Allah izin menzahirkan rahsia yg dianugerahi."

Hal pendapat mengenai bacaan dgn niat atau tidak itu adalah urusan Allah. Sekali lagi saya ingatkan URUSAN ALLAH semata-mata. Tidak boleh manusia lain menyentuh akidah manusia lain dgn menzahirkan rasa melalui terjemah ayat sekalipon selagi manusia lain itu tidak melakukan perkara yg kufur dan munafik.

Berhati-hati dan berhemah dlm menegur adalah jalan yg paling baik diantara keduanya. Jika engkau tidak 'menang', nescaya Allah menyaksikan dan Allah Maha Adil dan Maha Pengampun...

Hujah TT amat diperlukan mengikut kefahaman hatinya, sesuai dgn tingkat ilmunya agar kita semua jelas. Dlm bicara ilmu, tidak digalakkan kamu mencari kemenangan sekalipon kamu telah menjalani makam insan kamil. Soal menegur akidah insan lain adalah perkara yg mustahak dan bukan boleh digunapakai mengikut terjemahan akal logik.

'Khabar muttawatir' yang dibahas ini hendaklah yang sejalan dengan pengakuan dan penyaksian terhadap sandaran ajaran Rasulullah SAW dari seorang hamba kepada Tuhannya sesuai dengan tali ilmu mulai dari dirinya yang mendapatkan pengajaran dari syeikhnya, syeikhnya mendapat pengajaran dari syeikhnya dan seterusnya hingga kepada tabii-ittabiiin yang mendapatkan pengajaran tabiiin, dan tabiiin mendapatkan pengajaran dari Sahabat, dan Sahabat mendapat pengajaran dari Rasulullah SAW, dan Rasul SAW mendapatkan pengajaran dari Jibril hingga kepada Allah.

wallahu holaqokum wamaatakmaluun...

p/s,
ayat nih saya tak copy paste... saya kene ingatkan selalu nih nmpknya.... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:41 AM | Show all posts
Reply  bunga7788

Salam bunga,

   Saya tidak pernah pun menyangkal pengalaman yang ada pada TT ...
evilcooler Post at 5-7-2011 23:36



    betol betol..saye sokong. ade ke ckap membaca ayat al quran dgn niat minta ganjaran tu TERPESONG ??

   ikhlas tu dh semestilah ikhlas. tk sape sangkal. tp mengatekan sesiapa yg baca al quran kerana niat mintak ganjaran tu terpesong adalah tidk betol. kite ni kan hamba, kalau bukan meminta pade Allah, nak minta pade makhluk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:46 AM | Show all posts
Ramai perubatan islam yg sudah jauh terpesong dari landasan Allah.... mambaca ayat ayat AlQuran dengan NIAT NIAT yg tertentu adalah terpesong sama sekali..... niat laaa kamu kepada Allah.... sesungguhnya AlQuran itu terlalu banyak mukjizatnya...yg tak mampu dicapai akal manusia... bantu laa mereka wahai hamba Allah.... kembalikan mereka
pada jalan Allah.

adakah sms yg diterima ini menghalang orang lain untuk merawat dengan Al-quran ??
safamm Post at 5-7-2011 19:14



    ape kehal ni. dalam satu kes kamu setuju bahawe baca dgn niat tertentu adalah terpesong. kemudian dlm kes ni kamu tanye balik adekah menghalang org bace al quran? kamu ni sendiri pon rase tak faham perbincangan disini.

kamu nk cakap mcm ni. bace al quran bole tapi asalkan takde niat tertentu. tp bukan ke dlm topik ini isunya perawat dikatekan terpesong kerana membace dgn niat ayat merawat bukan kerane allah?

disini semer org bincang samade salah atau tidak terpesongnya kalau kita bace al quran dgn niat mengubat. jadik jgn pusing pusing.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:53 AM | Show all posts
Ikhlas itu adalah salah satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah..

Amalan yang ikhlas dilakukan semata-mata hanya kerana Allah bukan kerana ada sebab2 yg lain atau ada dorongan2 yang lain.

Amalan kebaikan akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekerjaan yg dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat pangkat, nama, penghargaan, pujian, kedudukan, etc

Lakukanlah amal dan juga perkerjaan itu tanpa memikirkan balasannya dan ganjarannya..

Dekatkanlah diri kita dengan Allah.. sentiasalah berzikir kepadanya.. alunkanlah zikrullah dibibir dan dihati, tiap masa & detik..

aii mumia2.. muncul kembali dgn id lain ? x payah la pakai sampai 2,3 id
LeEd Post at 5-7-2011 13:44


ikhlas tu dah semestinya. solat 5 waktu. puasa. ikhlas kerane Allah. ini betol le. ade sape sangkal ke? takde kan? kan?

isu timbul bile dikatekan kalau niat menta ganjaran tu salah. betol ke salah dn terpesong? bahas bab ni ok.

tak perlulah cakap sentiasa berzikir setiap detik setiap saat. semer org pun dah tau. kamu ikhlas sangat kah sampai terbuka hijab nampak mumia tu org yg menyamar?? atau sangka sangka saje??

ape yg TT cakap ikhlas tu ade benarnye. saye sokong. tp apabila ditambah nasi oleh org org mcm ni ler benda dah jadi lain.

semer org sokong dan setuju IKHLAS KERANA ALLAH. jadi jgn le nak posting lagi seolah ade yg sangkal konon tak perlu ikhlas. org kurang akal je sangkal. jadi kite semer same je sebenarnya. tp pasal ade yg nak jadi hero ni laa masalahnye timbul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 01:54 AM | Show all posts
Reply  evilcooler


    Salam sahabat,

Setuju saya dgn hujah saudara. Sesuai dgn hukum syarak ...
tunggulbatu Post at 6-7-2011 00:51



    betol tu sahabat. truskn perkongsian saudare disini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 02:04 AM | Show all posts
betol tu sahabat. truskn perkongsian saudare disini.
hearts Post at 6-7-2011 01:54



    Kita sekadar tegur menegur. Saling memberi pendapat agar mendapat pencerahan selanjutnya memupuk ukhwah.. insyaAllah...

“Dan berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hatimu, dan dengan nikmat Allah-lah kamu menjadi orang-orang yang bersaudara.” (Ali Imran: 103)

p/s,
copy paste
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 02:05 AM | Show all posts
TT minta bincangkan isi dan mesej yg disampaikan
Bukan siapa yang menyampaikan
JulietTheOrange Post at 5-7-2011 21:30



    hehehe. dlm mempelajari agama kena jugak tau sumbernye. kalau tak masakan hadis hadis ade perawi. masakan ayat al quran ade surahnye. tk salah kalau kite persoalkn sumbernye dulu sebelum mengupas isinye.


contoh. ade org bagi kamu oren. salah ke kamu tanye mane beli oren ni? atau jgn tanye le mane sumbernye. janji oren tu halal. makan aje terus rezeki jgn tolak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 02:25 AM | Show all posts
‎"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." Al Hujarat ayat 6

segenap umur pun boleh memahami ayat ni insyaALLAH.. terang lagi bersuluh.
wallahualam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067096 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list