kiva13 posted on 8-8-2012 03:11 PM
Okay ni cerita lepas aku dengar abg aku kena kacau tu. Tapi ni bukan aku kena la. Mak aku yg cerita ...
komen ikhas dari FC ..
jalan penceritaan yang best .. senang di fahami.. takde singkatan sangat atau tepat nya bahasa sms ..
cuma ..
kalau boleh hehehe "hidup" kan cerita tu..
ok contoh :
Sedang dia berjalan, bola itu mula bergerak ke kiri dan ke kanan seperti di tolak angin. Ali berasa terkejut tetapi dia berfikiran positif iaitu angin menggerakkan "bola" tersebut walaupun dia tidak merasa angin tersebut. Lalu dia berjalan dan semakin hampir pada bola tersebut tanpa mempedulikan bola tersebut.
sedang dia berjalan.. Ali makin cuak .. maner tak haa~ bola tu nampak seolah2 bergerak ke kiri ke kanan .. tapi Ali pujuk2 hati.. cakap sendiri .. alaa~ angin jer tu
contoh jer .. ader yang lebih arif tentang ni.. tapi memang best citer ni.
Tertarik bila bacer ni tadi sebenar nya :
Ali akhirnya berada betul2 di hadapan "bola" tersebut dan tidak mempedulikan bola tersebut tetapi dia tiba-tiba berasa tertarik untuk melihat bola tersebut walaupun dalam hati dia penuh dengan ketakutan. Sebaik saja Ali melihat objek yg di sangka bola itu. Dia mengucap panjang dan terus membuka langkah seribu.
hahahaha kalo FC jadi Ali .. rasa nya tak sempat nak lari kot .. terpegun.. terkaku kat ctu jer
FanTasyCreaTioN posted on 9-8-2012 10:36 AM
komen ikhas dari FC ..
jalan penceritaan yang best .. senang di fahami.. takde singkatan sangat ...
hehehe. nak buat ayat sendiri. tapi susah sebab reka balik. mak sy cerita paling simple. kata anak kawan dia nampak kepala. hahaha. pendek sangat kan. so better cuba buat dari pandangan ali. tapi thanks sebab bagi nasihat.
kiva13 posted on 9-8-2012 11:07 AM
hahaha. mak nak takutkn anak2 dia mmg macam ni la jadinya. ada je kisah seram dia nk bagi thu. bg ...
ekekekeke mak FC tau .. cara tu tak jalan ngan anak dier ni
sebab mak tau FC ader kelebihan dan suka bacer2 citer2 antu ni .. so dier malas laa~ nak layan...
november ni masuk 22thn .. hahaha masih nak maintain 21thn selagi boleh
kiva13 posted on 9-8-2012 11:27 AM
hahaha. kelebihan apa?
hahaha. FC jgn la panggil abg. muda dari FC plak.
ces ces ces hahaha adik rupa nya
kelebihan akak dapat ni bermula dari masa terlantar kat spital dalam 4thn lepas ..
balik dari spital.. mula laa ~ mula merasa kehadiran ..
takat ni takde la sampai boleh nengok betol2 .. takmo dan tak nak!!~
seboleh2nya akak masih nak berpegang pada logic akal.. tapi kadang tu ntah la ... berlaku gak perkara2 di luar logik akal tak tau adik paham ke idak
FanTasyCreaTioN posted on 9-8-2012 11:35 AM
ces ces ces hahaha adik rupa nya
kelebihan akak dapat ni bermula dari masa terlantar kat sp ...
hahaha. apa la. dh akak yg panggil abg. sy muda lg. hehehe.
oh. dpt merasa kehadiran. sama la ng sy.
tp sy sebab nmpak bungkusan gula2 tu. hehehe.
sy paham. kuasa Allah. tak logik bleh jd logik.
Changa posted on 20-5-2012 08:37 AM
Mungkin anak anak jiran sebelah? Duduk apattment kan berselebahannsebegitu kadang kadang b ...
ha`ah benda2 bunyi ni kadang mengelirukan gak..
macam jiran sebelah bunyi moto ke keta ke .. memang dengar dari dalam rumah seolah2 melencong masuk rumah kiter .. tengok2 takde sapa2 pun.. tengok2 .. jiran sebelah rupa nya..
aku tak tahu nak cerita apa lagi. tapi tiba-tiba baru teringat ada kisah yang berlaku waktu aku tingkatan 6. tapi takde la seram mana. lebih kepada misteri. Kisah ni terjadi dekat kawan aku. Tapi memang kelakar la time ni tapi jadi menakutkan.
Aku bercakap dengan siapa?
Kisah dia bermula time kelas pengajian perniagaan dah nak bermula. Di sebabkan takde guru yang mencukupi. Kitorg terpaksa bergabung kelas.
Lagi pun kitorg kena cepat sebab guru ni agak kecoh kalau kitorg lambat masuk walhal kitorg tengah ada kelas lagi time tu. Disebabkan tak nak dengar bebelan dia. Kitorg rush untuk masuk ke kelas dia. Then aku dengar Afiq cakap sesuatu. Time tu dia dekat belakang aku. Lebih kurang macam ni la dia cakap.
Afiq : Wei nanti teman aku pergi amik buku kedatangan.
Aku : Okay. Tunggu jap. *sambil tengah letak barang2.
Aku bangun je tengok Afiq dah keluar dari kelas. Aku hairan gila. Ajak aku teman tapi dia blah dulu. Aku duduk balik sebab malas nak pk sebab tengok muka cikgu tu dah mula bengang.
Di pendekkan cerita. Habis kelas aku laju je keluar dari kelas malas nak dengar cikgu tu membebel. Aku tengok Afiq, Faiz dan Zamir dalam kelas muka tengah cuak je. Aku diam je la letak barang2 dan tanya la kenapa dengan dorg semua. Tapi tak nak bagi tahu pun. Huhu. Kejam woo.
Aku yang tak puas hati terus desak Afiq cerita kat aku apa yang jadi. Sebab tengok muka dia cuak je. Then dah lama sikit lepas dah ramai dalam kelas dia bukak cerita.
Afiq : Tadi aku cakap dengan Faiz kan dekat belakang kelas waktu kelas P.P?
Aku : Time bila?
Afiq : Time aku nak keluar amik buku kedatangan la.
Aku : Okay kenapa?
Afiq : Aku sebenarnya tengah cakap dengan Faiz suruh amik buku kedatangan sebab time tu aku nampak dia jelas kat helmet and aku kenal sangat bentuk badan dia. Aku sembang2 la dengan "Faiz" and dia diam je and diri je. Lepas aku ajak dia, "Faiz" cakap "hmm" je dengan aku. Lepas tu kau tahu tak aku keluar je and masuk kelas kita. Aku nampak Faiz dengan Zamir dalam kelas. Terkejut gila aku time 2. Takkan la Faiz jalan laju gila sebab aku keluar dulu dari dia.
Aku time tu macam terkedu je. Patut la dia main blah je tinggalkan aku. Ingat ajak aku. Tapi ajak org lain. Hahaha. Lepas tu Afiq sambung lagi.
Afiq : Aku pun tanya la Faiz ada ke dia duduk belakang aku tadi. Tapi dia cakap mana ada. Aku ingat dia main2. Ye la otak dia kadang2 bukan betul skit (slumber dia je ckp org mcm 2).
Aku : Agak r. Dia pun kuat "kencing" skit (aku pn join sekaki kutuk org).
Afiq : Tu la pasal. Lepas tu aku cakap la jangan main2. Tapi dia mati2 cakap dia dengan Zamir. Tapi Zamir memang backup dia. Dia kata Faiz dengan dia dari tadi. Jadi aku bercakap dengan sapa?