|
aerolz posted on 20-11-2012 01:04 PM
sedih nya.. mesti arwah baik orangnya kan.. alhamdulillah tak kisah la sape hamba allah tu kan
tu lah. bersyukur jugak ade "orang" tu pasal yang mandikan jenazah abang pun bukannya expert sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kluangman posted on 20-11-2012 11:20 AM
Allahyarham makcik aku pun nampak budak kecik.
Kalau nak explain dari segi saintifik maybe kesa ...
tak sure la pasal morfin dalam ubat ke. cuma kejadian berlaku dalam rumah waktu malam. esoknya arwah bising dia kata siapa ambik budak yang tidur sebelah dia semalam. kami gelak je sebab budak tu tak ujud pun.
cuma bebaru ni masa balik kampung saya buka bilik arwah yang dah lama kosong tu. tekejut saya sebab ternampak sorang budak perempuan yang jugak nampak terkejut sebab saya masik bilik tu. bila tengok sekali lagi budak tu dah hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Nak share jugak la
1)NENEK >> Nenek saya sakit tua,beberapa bulan sebelum meninggal dia tak boleh nak berjalan dah,sorong naik wheelchair je.
tiap2 malam mengingau,katanya ada org nak mencuri brg2 dia..(nenek ni byk harta). lagi beberapa minggu nak meninggal, dia mintak maaf dengan mak saya.
mak saya adalah menantu yg paling dia tak suka. tapi tak tahu nak katalah kan,sebabnya..nenek ni jenis garang dan tak reti nak tunjuk rasa sayang dia.
cara dia mintak maaf dengan mak sangat tertib,dia kata "ni ramai dayang2 tunggu kat belakang".
2)ADIK LELAKI >> adik saya ni lumpuh sejak darjah 2.dia baik,rajin dan patuh kpd ibu bapa.tak pernah melawan ckp mak.
padahal, adik beradik yg lain..bila geram kat mak..mlawan jugak ..mak pun ckp, dia ni paling baik dan lembut.
dia meninggal sbb jangkitan kuman pd paru2. aruah dimasukkan ke wad 2-3 minggu sblm meninggal.
masa di wad, dia selalu ckp kat ayah (ayah yg 24/7 jaga dia kat wad), dia bgtahu ayah, tadi ada 1org perempuan yg sgt cantik dtg melawat dia.
ayah dah faham masa tu.sebab masa tu ayah ada je dekat sebelah dia.
masa saya dtg melawat dia, saya pesan, banyakkan baca surah-surah pendek..dia kata dia dah baca..tapi lepas tu fikiran dia melayang...mcm dia tak sedar.
masa di wad tu dia mintak saya potongkan kuku dia, tapi tak boleh nak buat,sbb takde sepit kuku.
bila balik kerumah..dia asik mintak ayah saya potongkan rambut dia n potong kuku. disebabkan bosan..serabut la dengar dia asik pesan suh potongkan, ayah saya potong la,masa tu hari selasa. esoknya dia meninggal. tapi 2-4j sebelum dia meninggal, masa tu dia baru lepas mandi,mak belum pakaikan dia baju lagi..dia cakap kat mak "mak,hari dah nak kiamat mak".setahu saya mati ialah kiamat kecil. pastu saya tanya mak..kenapala mak tak tanya apa yg dia nampak..
3)MEMBER OFIS > ni kawan ofis yg sgt periang. lelaki. meninggal masa umur 29th, 2009. menninggal sbb jangkitan kuman kat otak.
masa dia masuk wad tu,dia dah teruk sgt dah..mata dah juling sbb tarikan urat kat bhgn kepala. dia sakit kepala yg amat, mlmnya tu siap hantuk2 kepala kat dinding.
badan kurus sgt.selang 3-4 hari..dia dah sihat la..malam sebelum dia meninggal dia cerita kat mak dia, ada sorang perempuan cantik mcm bidadari ajak dia kawin.
hantaran puluh ribu jugak.
esoknya meninggal..sedih..
dia ni jenis happy sentiasa, masuk je opis, dgr suara dia je..dentap kasut dia pun kita dah kenal, nanti bila dah masuk opis mesti dia akan sebut..
"Hi girls.."
rindu la kesemuanya ~Alfatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
baru teringat, kata kawan saya..antara tanda2 nak mati ialah apabila kita bermimpikan org yg dah mati dan kita mengikutnya pergi.
kawan saya ada cerita,abag ipar dia dah meninggal. lama lepas tu, kakak dia mimpi suami dia ajak ke suatu tempat dan dia mengikutnya.
memang ..kakaknya mati lepas tu,sebab sakit rasanya.
saya pernak mimpikan aruah adik saya.
masa tu saya terlalu rindukan dia, malam tu saya mimpi dia,
saya melawat dia kat asrama..dia bawah penyapu, pakai kain pelikat dan singlet putih.gotong royong agaknya
saya tanya dia, "ok ke kat sini?" dia ckp ok.tapi tak ckp lisan, dlm mimpi biasalakan..mcm..masing2 bisu tapi paham sendiri.
lepas tu tiba2 scene kat rumah.saya ada dlm rumah, lepas tu ada org bagitahu dia balik, so kitorang adik beradik pergi keluar..
dia tak masuk dalam rumah, cuma duduk atas tangga je..masa tu saya peluk dia erat2..memang mcm real je..air mata dia mengalir, saya lap.
memang terasa la airnye tu. terubat rindu saya padanya lepas mimpi tu.
skrg dah tak mimpikan dia lagi.~Alfatihah utk Adikku. dulu masa dia hidup, saya selalu ckp kat dia,"jgn risau, nanti bila ko mati,akak akan bacakan yassin macam ni..yaaaaassinn"..
nanti dia marah2..saya ni jahat, suka nyakat dia
ayah saya punya mimpi lagi kelakar, dia mimpi atuk saya balik rumah naik vespa.
sama jugak la...tak naik atas rumah..sembang kat luar je.atuk meninggal kat mekah,lepas buat haji.huhu..rindu tokki.
~Alfatihah |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum arwah ayah saya menemui penciptanye.. saya yang "semacam" bukan dia, terbalik, menyebabkan saya terfikir saya ke yang akan "pergi" :
1. saya suruh dia potong kuku, biar bersih kata saya...
2. saya suruh selesaikan hutang2 yang ada , chek kalau2 ada terhutang dengan orang tak
3. saya yang teringin nak buat wasiat.... padahal tak pernah terpk nak buat wasiat
4. saya dan family belikan makanan sedap2 dan mahal2 yang tak pernah atau terlalu jarang2 beli, semua utk dia, saya x dapat pon takper
5. saya nak beli kain putih nak hadiahkan dia sehelai jubah, guna kain eqyption cotton , malangnyer tak sempat
6. saya tak bagi mak dan ayah saya bercekau walau sikit pon, malah saya menggalakkan mereka supaya tersenyum antara satu sama lain, mmg pelik, sbb saya tak pernah buat.
7. saya suruh ayah saya letak penama kwsp nama adik perempuan saya dan mak sahaja delete nama saya. beria2 saya suruh dia.... tapi dia tak buat pon
8. saya rasa ramai betol orang nak datang rumah, hingga rasa "kenapa dorang ni x dtg2 lagi...." padahal tak der hal aper pon kenduri ke aper ke
9. rasa nak bersihkan seluruh rumah betol2 tapi tak mampu...
10. selalu tatap wajah parent masa tido... lama saya tenung... sampai rasa dalam hati "betol ke aku dah nak "pergi" nih?" "amal aku sikit sangat"
11. saya suka sangat tgk wajahnyer, sampai dia perasan saya merenungnyer.
12. saya teringin sangat nak pergi mekah dengan dia... tapi dia x pernah kata ia.....
13. terlalu teringin nak minta maaf, mintak halal makan dan minum, tapi saya tak buat sebb tak nak susahkan hati parent saya, takot mereka fikir yang bukan2.
14. bila duduk sebelah dia saya rasa semacam, rasa bukan kita berdua sahaja..... rasa macam ada orang lain
15. beberapa bulan sebelum tu , saya menangis macam nak gila bila mengenangkan kalau saya yang "pergi".... macam mana dengan parent saya.. sape nak jaga mereka...
16. las day dengan dia waktu malam, (dia meninggal siang pagi esoknyer), masa parent saya tido saya resah, ke hulu hilir dalam rumah , intai bawah katil belakang almari, bawah kerusi bawah meja every part of the house...cari aper saya pon tak tau ... saya toleh tgk dia tido normal macam biasa.
17. mimpi gigi depan atas, tercabut... saya cerita kat dia.. tapi ayah saya tak der respon.. diam jer... mungkin dia dah tau
18. duduk berdua dalam kereta dgn ayah, saya asik toleh kebelakang, padahal kat belakang tak der saper pon.... rasa macam ada orang lain.. dan banyak lagiiiiiii...
arwah ayah saya pula
1. sehari sebelum meninggal, dia bersalam dengan sumer orang kat officenyer, siap mintak maaf halal makan minum
2. office mate dia cakap ayah saya kelihatan terlalu gembira, tapi kat rumah dia muram jer... apa yang dia tahu masa tu saya mmg tak akan tahu
3. ayah saya pesan tanam pokok jambu air depan rumah , takot nanti tak merasa lagi masa depan
4. pesan jgn tinggal solat kalau nak senang kat alam lagi satu, kalau ada rezeki pergi tunaikan haji, kalau nak kubur terang rajin2 ikhlaskan sedekah ke masjid
5. beria2 nak belanja atok saya makan kat muara pelabuhan klang, tak sempat
6. jumpa sedara mara dan kawan2 yang jarang2 jumpa
7. masa tido dia tersenyum.....
8. melawat kubur ibu dan bapanyer tergesa2...
9. dia belikan saya lokan sungai (tak pernah makan dan tak pernah beli sebelum ni)
10. dia berpesan dengan semua orang perkara baik2...
11. dia selalu cakap dekat nak mati ..... saya cakap kalau sesiapa pon dah sampai masa nak buat camner, bukan boleh ditahan pon kepada sesiapa pon dalam rumah kami
12. sentiasa bercerita tentang alam akhirat, saya tahu dia rindu sangat dengan arwah ibunyer sebb masa ibu dia meninggal dia baru 7 tahun...
13. dia ni jenis makan tak banyak mana, hari tu dia makan ikan bakar sampai saiz sederhana 2 ekor....
14. jumaat terakhir, dia tumpang naik moto kawan gi masjid solat jumaat.... sebelum ni tak pernah sekalipon dalam kerjer berpuloh tahun
15. suruh saya hafal no pin bank, tapi saya ignore, sbb bagi saya tu bank dia, saya takot melencong...
16. pesan raya tahun ni 2012, raya kat sini (rumah) dan byk lagi....
rindunyer saya dengan dia Allah jer yang tahu........ orang baik2 ni selalu dijemput kembali awal2.....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 20-11-2012 06:15 PM
wahhh. pandai hest berpuisi. hest ni memang pemuisi ea??
ada masa je |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak dengan arwah abah aku.. Arwah abah aku meninggal malam ke 21 ramadan pada hari isnin 10 tahun yang lalu.. Arwah abah saya dah start demam pada hari khamis sebelum tu.. kebetulan masa bulan puasa tu, aku berulang alik dari rumah parents aku ketempat kerja, padahal aku menyewa umah dekat jea dengan opis..
Masa hari isnin pas buka puasa, arwah abah aku kata nak duk ruang tamu . So aku ngan mak aku pun papah lah arwah abah aku.. Masa duduk tu, tetiba, arwah abah aku cakap kat mak aku, kenapa biarkan budak2 kat luar tu main kat luar maghrib2 nie.. mak aku cakap, mana ada budak2 kat luar.. pastu x lama tu pulak abah aku kata nak masuk kat bilik dia.. bilik arwah abah kat belakang.. masa aku tengah susun pinggan, arwah abah aku cakap ngan aku, 'tu ada orang datang tu, suh dia masuk'.. masa tu aku dah rasa lain sangat sebb camne lak arwah abh aku leh nampak, sebb ada dinding dapur.. yang aku perasan muka arwah abah aku memang dah lain sikit, pucat sikit..
tak lama pastu, arwah abh mintak mak aku mandikan dia.. mula2 mak aku xnk mandikan, sebb hari dah malam, lagipun masa tu arwah abah aku kan demam.. tapi arwah abah aku suh juga mandikan dia, dia cakap ngan mak aku, dia nak mandi bersih & minta mak aku mandikan dia dengan air yassin.. masa tengah mandikan dia tulah, mak aku yang siram, abg aku tolong pegang arwah abh aku, abag aku rasa tetiba badan arwah abah aku cam lembik.. bila panggil2, arwah abah senyap, maybe masa tu, arwah abah dah xde..
aku rasa sedih sangat- sangat sebb aku rapat sangat ngan arwah abah aku.. teringat aku masa awal puasa tu, aku tya dia, raya tahun tu dia nak baju apa, arwah abah aku jawab, dia nak baju yang jenis kain sejuk..
rindunya aku dekat arwah abah aku ..... |
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 20-11-2012 12:39 PM
haha.. itu la kan. tak senonoh betul sampai kesitu disusukkan. sape la nak tengok kan?
maaf cakap la ye.. takut terlucah lak nanti...
pakai susuk kat situ bukan nak bagi orang tengok cantik ke hapa.. tapi bila 'bersama' dia rasa sedap sangat2 sampai lelaki teringat2.. macam nak ikat laki tu la... tu yang pakai susuk kat situ tu...
semoga roh dia dirahmati Allah, dan segala dosa dia terampunkan olehNya...
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah aku pulak mcm ni. mase umur aku dlm belasan tahun, kalau ada org nak meninggal dunia, aku boleh rasa. banyak kali terjadi, bila kawan @ kenalan ayah aku yang nak "pergi" aku tiba-tiba rasa sayu sangat. malam-malam susah nak tido. resah gelisah. siap terdengar macam suara berbisik kat telinga, "ada orang nak mati ni" tup-tup esoknya dapat khabar, kawan ayah aku meninggal.
pernah satu hari tu, aku tengah berdiri kat depan rumah aku. tiba-tiba hati aku terdetik, ni ada orang nak mati ni. aku terus pandang umah jiran aku. 1-2 hari kemudian, dapat khabar jiran aku warded sebab suspect denggi. tak lama pastu, mati. (jiran aku ni non-muslim)
dan perasaan aku setiap kali bila dpt tahu memang ada yang meninggal lepas tu, aku biasa-biasa aja. takde langsung rasa teruja nak cerita kat sesiapa. mulut aku seolah-olah terkunci. cuma dalam hati aku cakap.. fuh.. lega.. pasni boleh tidor dengan aman sebab dah takde lagi perasaan resah gelisah dan dengar bisikan2 macam tu lagi.
tapi yang peliknya, aku cuma boleh rasa benda ni jika kematian tu berlaku kat kenalan ayah aku. kalau sedara-mara yang meninggal, kenalan emak aku ker, tak de la pulak aku rase ape-ape.
aku tak pernah pon cerita kat family aku. sebab mulut ni macam tak terbukak untuk cerita kat dorang. pernah satu malam tu, tiba-tiba datang lagi perasaan resah gelisah tu. aku cakap kat diri aku, pergi.. aku tanak benda ni. aku tanak tau apa-apa. huh.. tau apa berlaku? makin banyak tanda-tanda kematian yang datang kat aku. makin aku halau, makin banyak plak. aduhh... tp alhamdulillah, tanda-tanda ni cuma datang kat aku time aku nak tido, dan takdelah sampai mengganggu-gugat aktiviti seharian aku.
aku plak.. family aku bukanlah orang alim-alim sangat2. aku sendiri pon... sedang2 aje bab2 agama ni. hihi... tapi now, bila umur makin mencecah tua ni... tanda-tanda dan perasaan resah gelisah tu dah hilang dengan sendirinya. mungkin sebab aku ni banyak buat dosa kut. maklumlah, masa zaman kanak-kanak ribena kan, suci murni lagi kekdahnya. dosa tak banyak. tu sebab kut dapat tanda-tanda mcm tu. tapi tak tahulah sama ada kebetulan ker atau sebaliknya.
wallahua'lam...
sori TT kalau cerita aku ni out of topic |
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 20-11-2012 03:41 PM
sedih nya.. arwah ayah mamaida meninggal sebab sakit ke accident?
YE, AYAH SAYA DRIVER KERAJAAN, KE PENANG ANTOR BARANG.
INGAT LAGI BILER SAYA MASAK, AYAH MKN SAMPAI ABIS. PASTU SBLUM KEPUTUSAN SRP KELUAR SAYA KERJA KILANG BAJU KEMEJA, BELIKAN AYAH BAJU, DIA BANGGA KAT ORG KATA INI ANAK SAYA BELIKAN.
TU KENANGAN YG PALING SAYA X DPT LUPAKAN SAMPAI BILER2. SKRG NIE RUPA ANAK LELAKI SAYA SALING X TUMPAH RUPA AYAH CUMA AYAH KULIT ITAM MCM MAMAK DAN ANAK SAYA CERAH ORGNYA.
DEPA KATA KALAU SIAPA NAK LIHAT WAJAH AYAH SAYA, BOLEH LIHAT WAJAH ANAK SAYA.
SEDIHHH
|
|
|
|
|
|
|
|
sedey la baca kisah lam thread nih...insafffff.... |
|
|
|
|
|
|
|
adina80 posted on 21-11-2012 01:58 PM
sedey la baca kisah lam thread nih...insafffff....
kan?
memang sedih sangat..
makin rindu kat arwah yang telah pergi..
al-fatihah..
|
|
|
|
|
|
|
|
lepak kat thread ni buat aku rs rindu sgt kat arwah abah aku. baru je meninggal ms bula syawal baru2 ni sbb brain tumor. ms arwah tgh tenat sakit, hati aku selalu jer terdetik yg dia akan pergi pd hari jumaat. setiap kali hr jumaat aku akn kuatkan hati utk terima berita sedih, akhirnya benda ni betul2 jd.. abah aku mngadap ilahi pada hari jumaat.. umur 63thn.
arwah bapak aku ni kuat isap rokok.. tgh2 tenat pon dia still mintak rokok n isap rokok. ada 1 hr tu dia suh belikan 1 katun rokok, dia kata cukup la stok utk sebulan, pasni dah xyah beli agi dah.. mmg betul kata dia, sebulan pastu dia g ngadap Allah. rokok tu tinggal skotak jer ada ms dia meninggal, so aku yg abiskan rokok tu.
cerita ni xmisteri pon tp aku just nk share kat sini sbb aku rindu kat abah aku
Last edited by skeezotone on 21-11-2012 02:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella posted on 21-11-2012 05:40 AM
sebelum arwah ayah saya menemui penciptanye.. saya yang "semacam" bukan dia, terbalik, menyebabkan s ...
Saya pun ada pengalaman yg lebih kurang sama la...
masa tu saya tingkatan 2, saya stay kat asrama.Pagi tu dalam pukul 5.30 saya dah bangun tuk mandi...
Masa kat kolah mandi tu.. tiba2 saya rasa berdebar sangat2... datang perasaan macam sy dah nak mati..
Serius.. mental dan fizikal saya betul-betul terganggu masa tu. Saya tak boleh nak belajar..murung je.
Kan org kata... kalau org nak mati ni.. dlm 40 hr mmg dah boleh rasa kan??
So saya akan tanda di kelender dari hari ke hari... mcm menunggu hukuman gantung je.
Saya cerita kan pada mak saya, mak saya kata maybe perasaan saya shj... uhuhhu
Kat sekolah.. saya sampai kena jumpa kaunseling@ustazah..
Ustazah just menasihati saya (maybe dia nak sedapkan hati sy juga kot) Ustazah tu kata, kalau org nak mati.. di atak kan cerita mcm ni kat org...
Masa tu... tiap2 malam sy buat sholat taubat.. hajat.. mtk Allah bg sy peluang.. pjg umor lagi.. sampai basah telekung saya dgn air mata...
Saya cuba melawan perasaan nak mati tu.. saya tak hiraukan sgt.. sampai la masa tu dh nak dekat cuti sekolah.
kebetulan sekolah saya ada buat pertandingan sukaneka pengawas.. byk sy dpt hadiah dlm btk gula2.
saya kumpul kan semua hadiah gula2 tu nak bwk balik rumah.. happy sgt sbb saya nak bg kat 2 org adik saya. no 4 bwh saya pompuan. yang bongsu lelaki.
masa sampai umah... saya tgk ada akak dgn mak sedara saya. keadaan mcm ni amat la pelik sbb rumah saya jarang ada org.. mak sy mmg sibuk berniaga...
saya sampai umah.. minum air jap.... saya ty akak saya.. mana pergi Mak? pastu dua2 org tu senyap je... so sy ty la lgi..
balik kg ka...? senyap lg...
pastu akak saya.. ckp... Dee (panggilan sy anak k-3) ateh ( adik ke-4 saya) dh tak.der.. jatuh sungai..masa naik bot ngan abah, mak n adik...
Serius saya tak percaya.. ingat main2.. saya masuk bilik sholat asar.. then terdengar org kg dtg ty pengesahan berita yg mcm akak sy bgtau tadi tu...
Oh ya.. lupa nk cite..
mlm sebelum kejadian.. msa tu sy kat hostel.. sy tgh kemas2 brg.. sy duk belek2 gambar2 family.. tetiba tertgk gambar adik saya.. tiba2 saya jadi sayu sangat2... then sy menangis tuk sebab yang saya pun tak tahu..
3 minggu seblm kejadian.. saya blk cuti di rumah.. masa ni mak ngan abah saya stay kat dusun durian.. buat rumah pondok kat situ..... bila saya nak blk asrama ... kena seberang sungai pahang. masa tu abah saya antar naik perahu ngan adik saya. akak sy dh ready kat seberang...
last word adik saya... dia jerit2 kat saya...........
"babai.. dee... babai dee..."
tp ego nya saya... sy tak pandang pun muka arwah adik saya tu.. sbb sy ngan dia ni rajin sgt bergaduh
sampai skrg rasa terkilan dan terngia-ngia lagi suara halus adik saya tu... jerit2.. babai dee...babai dee..
rupa-rupanya... itu la ucapan selamat tinggal tuk saya
( ateh... dee rindu sgt kat ateh...)
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnye baca...insaf ....mati itu pasti...cuma bila, bagaimana n kenape itu rahsia Allah....wuaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun nak share kat thread niii...
makcik aku meninggal awal tahun hari tu....aku ingat lagiii
masa tu aku gi tengok dia kat spital...petang khamis masa tu...
masuk jee wad memang aku dah rasa lain..sebab aku memang nampak lain sangat muka dia
hidung dia jatuh...telinga dia layu...kaki dia layu..ala macam lembik...sebab ustaz aku pernah cakap
tanda2 tu...dan aku dapat rasa makcika aku tak lama...
pastu hari ahad petang aku dapat call..cakap makcik aku dah meninggal...
Tapiyang aku terkilan sangat arwah mak aku pergi..aku tak nampak langsung....
hari selasa tu..tengahari..aku gi lawat mak aku kat hospital...tengah aku dok sembang ngan mak aku..doktor datang
bagi tau mak aku dah ok...insyallah..esok tu boleh keluar...so aku pun happy..cuma masa aku nak balik mak aku
cakap "nak balik dah ke? hari nak hujan", aku pun cakap..."nak gi makan dulu"...sebab aku gi tengok mak aku
waktu lunch...
pastu malam selasa tu..aku dapat call dari hospital kata mak aku nazak.....bergegas adik beradik ke sana..
sampai2..doktor tengah cuba selamatkan mak aku....tapi mak aku pergi jugaaa...bulan 4 hari tu...
tu yang aku lama menyepi...
tapi serius memang aku tak nampak...cuma kakak aku jee cakap isnin tu dia potong kuku mak..kuku dah liat...
aku tak sangka hari yang doktor jangka mak aku boleh keluar adalah keluar dalam bentuk jenazah..
dan sememangnya aku akan rindukan mak aku sampai aku mati...insyallah..
|
|
|
|
|
|
|
|
btui sangattttt.........arwah abah nak meninggal pun, dia gtau kami...mak ayah dia ada mai jenguk dia tadi..senyum senyumkat dia...mama dah rasa, abah tak lama ja.....alfateha buat abang awak ya...dia sakit apa??? moga arwah tenang di sisiNya...Insyaallah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|