|
Alam Mistik & Dunia Ghaib .. Apakah yang anda faham?
[Copy link]
|
|
lnakass posted on 8-6-2014 07:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
Salam TT.
Nak tanya.
Boleh ke kalau kita mimpi orang yang dah meninggal?
W'salam Saudari...
mengikut pemahaman saya, mimpi itu adalah pintu kita menembusi alam ghaib. Manakala berkenaan roh org yg sudah meninggal dunia pula, roh itu tidak diangkat langit, roh itu berada di suatu alam yg dinamakan alam barzah, atau dgn kata nama lain tempat kita standby sementara menunggu hari khiamat.
Berkenaan dgn persoalan saudari, bermimpikan arwah seseorg itu tidak kiralah siapa pun, jika mengikut pemahaman saya apabila seseorg itu bermimpikan seseorg yg sudah meninggal dunia menandakan yg arwah memerlukan bantuan dari yg masih hidup. Bantuan itu adalah berbentuk doa dan hadiah pahala bacaan ayat2 Al-Quran atau apa jua bentuk perbuatan yg boleh memberikan pahala kepada arwah. Ianya juga adalah untuk memberitahu bahawa arwah semakin dilupakan oleh kaum keluarganya.
Allah juga ada berfirman bahawa Roh itu adalah urusan Allah semata-mata, jika ada pun pengetahuan berkenaan Roh adalah terlalu sedikit shj yg akan manusia ketahui... Wallahu'alam....
** Penerangan ini adalah mengikut pemahaman saya semata2, boleh ditanyakan kepada ustaz2 yg faham berkenaan hal2 roh ini....
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih TT. Skrng baru la jelas semua benda. Sbb dulu musykil jugak tp taktahu nak tanya siapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Slm semua...sy ad satu cerita yg nk dikongsi bersma...
Bru2 ini suami sy telah koma setelah menjalani pembedahan buang bisul.koma selama 2 hari..allah je tau perasaan sy sbb klo diikutkan logik akal..buang bisul je kot..tp mse pembedahan..suami sy mengalami bleeding yg amat teruk hingga koma..
Ble dia dh sdr..dia ad cerita yg dia rse dia berjalan di satu lorong berkabus.dlm perjalanan tu dia jumpa dgn org2 yg dh meninggal termasuk arwah ibunya.
Bile ditya pd seseorg yg arif,katanya suami sy ni sbnrnya dlm alam lain yg mana erti kata lain suami sy hya peluang 50-50 semasa dia koma.
Namun kuasa allah dan berkat doa saudara mara,kwn2 dan ank2 murid sy suami telah bangkit semula..
Ble ditya lg,segala ceritanya dr seseorg ni nyata melampaui akal fikiran kita..namun sy bersyukur suami sedar semula...cuma smpi skang terfikir..kerana operate bisul blh koma..sdgkn sblm ni suami pernah juga operate buang bisul pd februari lps.kali ni berlaku komplikasi yg mne doc pun xtau kenapa... |
|
|
|
|
|
|
|
jebat05 posted on 6-6-2014 03:52 PM ![](static/image/common/back.gif)
Menjawab kepada persoalan tuan itu, saya cuba jawab mengikut pemahaman saya sendiri.
Sihir (puk ...
Terima Kasih untuk pandangan Jebat. Mungkin kerana inner belief sesorg itu telah Berjaya di tembusi, itu menyebabkan seseorang itu akan terdorong untuk mengikut saja kehendak org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 8-6-2014 02:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
kisah-kisah di sini sangat menarik dan banyak ilmu yang boleh dikutip (tidak termasuk mentera tu ye; ...
mcm mimpi yang baik. Insyaallah sprt akan mendapat kebaikan mungkin bertambah rezeki, naik pangkat ke atau akan di hormati atau keluar dari masalah yang di hadapi dan mendapat ketenangan |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 posted on 8-6-2014 11:18 PM ![](static/image/common/back.gif)
Slm semua...sy ad satu cerita yg nk dikongsi bersma...
Bru2 ini suami sy telah koma setelah menjala ...
Allah itu jika berkehendakan sesuatu itu terjadi tiada akan menjadi suatu kesulitan kepad Nya... Allah itu memberikan hidayah kepada sesiapa pun Dia kehendaki dengan pelbagai cara yg kadangkala tidak masuk di akal pemikiran kita sebagai manusia biasa. Setiap satu2 kejadian itu tersembunyi suatu hikmah yg hanya akan diketahui apabila sudah melaluinya... Wallahu'alam.... Semoga apa yg terjadi menjadi iktibar dan panduan kepada yg lain....
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalam kepada semua yg masih mengikuti Thread saya ini... Maaf sbb hari x update, bukan apa hari ini agak bz sikit, baru mula kerja hari ni setelah sekian lama menggangur... Alhamdulillah wpun gaji tidak seperti yg diharapkan tetapi memadailah utk kami sekeluarga...
Ada beberapa reader yg mengalami permasalahan yg berkaitan dgn unsur2 makhluk halus, gangguan jin, iblis dan syaitan... Saya memberikan saranan2 yg patut dilakukan oleh pesakit sendiri kerana saya tidak melakukan rawatan jarak jauh kerana tidak digalakkan, mula2 dulu saya buat begitu setelah dinasihatkan oleh seorg "otai" saya hentikan cara rawatan jarak jauh ini.
Saya peringatkan readers yg meminta bantuan dan panduan dari saya supaya berbuat semua saranan saya itu dalam jangka masa terdekat atau sesegera mungkin. Mengikut pemahaman saya jin, iblis dan syaitan ini akan menjadi bertambah kuat apabila rahsianya dibongkarkan dan mereka ini akan menjadi bertambah sombong.
Mereka ini akan menunjuk2 kekuatan mereka bagi membuatkan mereka yg mengalami permasalahan yg berkaitan menjadi takut dan dilambat2kan untuk pergi beruabat atau pun beramal.... Sebenarnya mereka itu yg takut, mereka itu akan ketakutan setiap kali ayat2 Allah dibacakan, mereka ini akan ketakutan setiap kali zikir diucapkan oleh lidah dan hati.
Bagi mengelakkan pesakit berbuat apa yg sepatutnya mereka ini melakukan apa saja cara asalkan pesakit tidak pergi berubat atau beramal.... Tiada apa yg perlu ditakutkan, Allah sahaja yg perlu kita takut dan tunduk. Jin (jahat&kafir),iblis dan syaitan ini bijak dalam berlakon dan berdrama.... Jika dijadikan skrip confirm BOX OFFICE.....
Ada juga dikalangan perawat2 yg berjaya mereka kelentong dan putar belitkan hinggakan perawat2 tersebut terbelit.... Wallahu'alam.....
Wallahu'alam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg pernah bertanyakan kepada saya satu soalan yg saya susah nak menjawabnya, tapi saya jawab jugalah hentam kormo... huhuhuhuhu
Soalan : Cukupkah hanya dengan membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas itu menghalau jin(jahatdan kafir), iblis dan syaitan? Sebab biasanya pak ustaz - pak ustaz yg membuat rawatan secara kaedah Islam ini membaca ayat yg berbagai2, panjang2...
Termenung juga sekejap, mcm manalah nak jawab soalan ni, sbb saya bukan pak ustaz, bukan hafiz Al_Quran... Hanya manusia biasa ala-ala cap ayam gitu..
Jawapan : Bagi mereka yg memahami apa yg terkandung tersurat dan tersirat dalam surah Al-Fatihah dan A-Ikhlas itu pada saya sudah cukup bagi menghalau atau menhapuskan jin(jahat dan kafir), iblis dan syaitan... Kerana jangan kita lupa Al-fatihah itu penghulu segala ayat ,Penghulu mestilah Power, sbb tu dalam Al-Quran tempatnya di permulaan Surah, Al-Fatihah juga merupakan ayat2 doa, ayat2 peringatan..... Al-Ikhlas pula merupakan ayat mengEsakan Allah Ta'ala, ayat peringatan kepada semua makhluk bahawa Allah itu yg berkuasa atas segalanya.... Wallahu'alam...
Penerangan di atas adalah sekadar mengikut pemahaman saya yg serba daif dan jahil ini.... Last edited by jebat05 on 10-6-2014 12:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
saya nak tanya pasal mimpi yg menghantui sy sejak 3-4 tahun yg lepas. mimpi ni still dtg smpi lately ni. mula2 saya pernah mimpi jatuh dari tempat tinggi and bila jatuh terus terjaga. saya kerap jugak mimpi mengandung dan melahirkan. ada satu ketika saya mimpi menyusukan bayi yg saya lahirkan. baru2 ni saya mimpi mengandung dan kandungan direnggut dari rahim saya dan saya dpt rasakan renggutan tu sampai saya terjaga dan saya berada dlm posisi hendak melahirkan spt dalam mimpi. saya juga kerap bermimpi bercinta dgn lelaki. lelaki2 tu ada yg saya kenal ada yg tak. tapi Alhamdulillah mimpi tu belum sampai ke tahap yg tak sepatutnya. nak tanya pendapat pasal mimpi2 saya ni sbb mimpi2 ni buat saya jadi tertanya2 dan takut... |
|
|
|
|
|
|
|
cloud17 posted on 10-6-2014 03:19 PM ![](static/image/common/back.gif)
saya nak tanya pasal mimpi yg menghantui sy sejak 3-4 tahun yg lepas. mimpi ni still dtg smpi lately ...
mimpi itu adalah pintu utk kite sebagai manusia biasa untuk menembusi alam ghaib... Wallahu'alam... saya akan pm saudari utk jawapan keseluruhan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar peringatan... saya cuma membantu terdaya dan termampu saya.. apa yg saya lakukan bukanlah suatu bentuk rawatan jarak jauh... semua saranan dan panduan yg diberikan adalah suatu rawatan yg dilakukan sendiri untuk merawat diri dari dalam... bukan untuk tempoh jangka pendek... Yakin dan istiqomah itulah yg penting. "penglihatan" saya terhad, hanya mampu untuk "tembus" dengan izin Allah dan sekadarnya sahaja... Kalau ada yg berkata dia mampu melakukan satu2 perkara itu tanpa sebarang batasan... Wallahu'alam...
Apabila saya tetapkan tempoh2 tertentu untuk seseorg itu beramal, kebiasaannya mereka akan lakukan, tetapi 99% tiada yg akan bertanya "kalau saya buat lagi lebih dr tempoh yg ditetapkan, macam mane boleh ke?" Jawapan, boleh tiada masalah itulah yg terbaik.. untuk merawat hati dan jiwa.. apabila hati dan jiwa itu terawat dengan sendirinya maka apa sahaja jenis penyakit yg hinggap pada diri kita akan terhindar dgn sendirinya... InsyaAllah...
Jangan percayakan saya, percayakan Allah semata2... Setiap kesakitan yg kita alami sebenarnya adalah cara Allah menghapuskan dosa2 kita... Jgn sesekali kita mengatakan "ahhh, dah mcm2 ubat aku makan x sembuh2 jugak" atau "ahhh, dah mcm2 tempat aku gi berubat x mau elok2 jugak"
Mudah2an ada sedikit manafaat dengan apa yg disampaikan... Wallahu'alam...
|
|
|
|
|
|
|
|
salam,
saya pernah dengar mengenai kalau nak ubatkan seseorang pesakit, sebaik-baiknya perawat tersebut adalah sedara pesakit sendiri cth: ayah, abang atau adiknya.
betul ke dan kenapa ye? |
|
|
|
|
|
|
|
cloudy_83 posted on 14-6-2014 12:39 PM ![](static/image/common/back.gif)
salam,
saya pernah dengar mengenai kalau nak ubatkan seseorang pesakit, sebaik-baiknya perawat ter ...
wassalam... mengenai persoalan tuan/puan... jika mengikut kefahaman saya mengenai persoalan sebegini, yg dikatakan perwat yg terbaik adalah saudara sendiri atau kaum keluarga sendiri adalah satunya mereka iu adalah muhrim, jadi nak pegang2 nak cuit2, senang ckp, bersentuhan kulit tiada menjadi halangan... walaubagaimanapun pada pendpat dan pengalaman saya, sukar untuk saudara mengubati saudara sendiri, atau ayah mengubati anak, suami mengubati isteri kerana sbb2 yg sukar untuk diperkatakan disini.
bagi awal permulaan mungkin perawat tiada masalah unuk mengubati saudara sendiri, tetapi setelah seberapa lama, perawat semakin sukar utk mengubati saudara sendiri... kerana ilmu yg ada adalah untuk membantu org lain bukan untuk diri atau kaum keluarga sendiri... ibarat kata pasir dalam mata sendiri mana dapat kita keluarkan sendiri, kita memerlukan org lain utk mengeluarkannya walau sehebat mana pun seseorg itu.... wallahu'alam....
|
|
|
|
|
|
|
|
assalam... kenapa yg masih mengikuti thread saya ini saya minta maaf byk2 kerana tiada input terbaru sejak 2,3 hari ini... kerana disibukkan dgn kesibukan dunia... al maklum br2 keje, mcm2 nak kene buat...
dalam kesibukan itu kebiasaannya kita akan terlalai dalam mengingati yg Haq... kita akan terlupa tujuan asal kita dijadikan oleh Allah sebagai khalifah dibumi ini... kita ingat mengingati supaya kita tidak dilalaikan dgn urusan dunia ini, kerana kita lebih byk urusan di tempat yg abadi nanti.... Wallahu'alam... sekadar menaip beberapa patah ayat wpun dlm kesibukkan.... wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
jebat05 posted on 14-6-2014 03:07 PM
wassalam... mengenai persoalan tuan/puan... jika mengikut kefahaman saya mengenai persoalan sebegi ...
terima kasih atas penerangan tt ye. rasa-rasanya saya faham analogi yang tt beri tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cloudy_83 posted on 14-6-2014 04:04 PM ![](static/image/common/back.gif)
terima kasih atas penerangan tt ye. rasa-rasanya saya faham analogi yang tt beri tu..
hanya memberi penerangan setakat yg termampu... wallahu'alam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni x jd nak gi keje.. sbb keje dh selesai... huhuhuhu... selamat.. kalau x sampai tgh mlm lg ler jawabnye..
Oleh kerana x sibuk sgt hari ni, maka dapatlah meng update thread ini...
Suatu malam saya berzikir seprti kebiasaan tetapi kali ini saya bawa sekali anak saya yg berumur 1 tahun bersama berzikir... anak saya duduk diam sahaja tanpa banyak karenah... seolah2 dia tahu apa yg sedang saya lakukan... sedang2 asyik berzikir tiba2 kelihat sekujur tubuh dihadapan saya, tetapi hanya diparas lutut kebawah shj yg nampak...
Lalu saya berkata "Assalamualaikum Kanjeng sunan, ini anak kulo kanjeng sunan... minta dberkati anak kulo ini kanjeng sunan"
Saya pun tidak pasti bagaimana boleh terkeluar kata2 itu dari mulut saya... Sedangkan saya tidak mengenali sekujur tubuh dihadapan saya itu.
Seketika kemudian, sekujur tubuh berkenaan hilang dari pandangan....
Saya tertanya2, siapakah gerangan yg datang td? Benarkah itu kanjeng sunan kali jaga? kalau benar, kenapa dia datang? saya ini tiada yg istimewanya. terlalu banyak perkara2 dosa yg telah saya lakukan... kalau diri saya ini diumpamakan sebagai baju, saya ini sudah kotor, kaoyak rabak, dan x boleh dipakai lagi... paling2 tida pun hanya digunakan sebgai pengesat kaki atau digunakan sebagai pembalut buah nangka atau cempedak....
Kanjeng sunan sudi memberkati anak saya, x hairanlah sbb budak2 tiada dosa, secalit tompok hitam pun tiada didalam hatinya...
Atau yg datang td iblis atau syaitan? yg sengaja dtg untuk memperolok2kan saya? supaya saya perasan yg saya ini ada suatu keistimewaan untuk didatangi oleh kanjeng sunan?
Wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
jebat05 posted on 15-6-2014 01:14 PM ![](static/image/common/back.gif)
Hari ni x jd nak gi keje.. sbb keje dh selesai... huhuhuhu... selamat.. kalau x sampai tgh mlm lg le ...
sungguh pelik ni..err..kanjeng sunan tu..orang ke apa?
Saya ada kisah..tapi kawan kepada adik saya..
Dia ni suka tahajjud..bangun malam..hampir setiap malam.
adik saya pula cukup respect kat kawan dia ni..kawan dia ni hanya kerja sebagai cleaner saja tapi sungguh alim..
satu hari, dia cerita, selepas dia solat sunat..kira2 pukul 3 pagi..lepas tu berzikir..tiba-tiba ada makhluk macam pocong berdiri di depannya. Semakin dia pejam , semakin nampak benda tu.dia sudah berpeluh..dia tak berani nak teruskan zikir..dia ambil keputusan tidur saja.
Lepas tu..seminggu juga dia tidak bangun malam..
banyak dugaan...
*adakah itu salah satu gangguan syaitan untuk melemahkan manusia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 15-6-2014 02:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
sungguh pelik ni..err..kanjeng sunan tu..orang ke apa?
Saya ada kisah..tapi kawan kepada adik s ...
Kanjeng Sunan itu sebutan tanda memuliakan Wali Songo.... Mcam kita panggil bapak2/mak2 sedara kitalah... pak long, maklong, pak ngah mak ngah...
Tidak beriman seseorg itu selagi tidak diuji.... Ujian dan dugaan itu pula datangnya dengan pelbagai2.... kita ibaratkan seperti kita hendak bekerja di sesebuah syarikat... Sudah tentu sebelum di ambil bekerja kita akan di interview dulu, ditemuduga dulu.. betulkan? Yang apply keje kerani, soalannya sudah tentu soalan yg level kerani, yg apply manager sudah tentu soalannya level manager... begitu jugalah urusan kita dengan Allah...
Allah itu sudah menjanjikan suatu bentuk kebahagian untuk hambanya di Akhirat kelak tetapi dengan satu syarat kena lulus interview dulu lerkan... Mana boleh bagi macam gitu ajer, betul x?
Berkenaan dgn apa yg diceritakan, itu biasalah.. tiada apa yg pelik.. kita belum pasti lagi yg datang itu pocong, hantu, syaitan, iblis, jin atau sesuatu yg lain... Ntah2 malaikat.. mana kita tahu sebab belum selesai lagi apa yg sedang kita perbuat sudah kita berhenti dan angkat kaki...
Ingatkan semula bagaimana keadaan Nabi Muhammad ketika pertama2 Baginda mendapat wahyu dari Jibrail... Kita beribadah itu kerana apa sebenarnya? Betulkan semula niat kita... InsyaAllah Allah itu akan sentiasa melindungi kita walau dimana kita berada, walau didalam keadaan bagaimanapun.... Wallahu'alam...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|