CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peYno

[Tempatan] Johor banjir , dalam masa yg sama air dicatu beberapa bulan

[Copy link]
Post time 16-11-2015 04:07 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 16-11-2015 03:58 PM
Yeke..... Tu penama sahaja , kira 2% ja drp shares
Lagi 98% siapa pegang share?

today mall mmg bukan under jcorp........lepas gomen state pindah nusajaya, kotaraya mmg sendu...la ni ada UTC oklah kot..ada lah org2 yg dtg
manakala komtar,persada msih milik jcorp...tp seriusli byk company bwh jcorp yg dh kluo atau berkubur....tinggal KPJ, Kulim


lepas bos aku tan sri ali blah, aku pun beenti dr jcorp......yg lain2 aku x tau cite...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 04:09 PM | Show all posts

hujan lebat..tghr td..banjir wooo...kena lak air laut tgh pasang, dgn projek sungai seagate lg tgh bikin....mmg masakkk



Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:11 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 16-11-2015 01:47 PM
Meh sini aku nak citer pasal kotaraya.... Zaman dulu kala , org luar johor mmg kagum giler kalau s ...

sembang kencangla la org jb..sopink mol jual kt siporeansedeh..

aku perati org jb/jorean suka jadi retis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:13 PM | Show all posts
pisang69 replied at 16-11-2015 04:09 PM
hujan lebat..tghr td..banjir wooo...kena lak air laut tgh pasang, dgn projek sungai seagate lg tgh ...

kena catu gak air tak tau laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:17 PM | Show all posts
Bandar raya JB banjir kilat

http://www.hmetro.com.my/node/93446

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
[email protected]
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 2:57 PM



Johor Bahru: Hujan lebat dan air pasang penuh menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya Johor Bahru (JB) dilanda banjir kilat dengan air sedalam satu meter kira- kira 12.30 tengahari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Johor Bahru Leftenan Muda (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.39 tengah hari berhubung perkara berkenaan daripada orang awam dan menggerakkan dua aset bersama 10 anggota untuk tugas menyelamat.

"Berdasarkan maklumat awal daripada Pusat Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru, punca banjir kilat disebabkan hujan lebat dan air pasang penuh yang berlaku serentak.

"Kami menghantar bantuan ke beberapa kawasan yang teruk terjejas iaitu di Jalan Wong Ah Fook dan berjaya mengeluarkan seorang wanita berusia 20-an yang terperangkap dalam keretanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir kilat di Jalan Wong Ah Fook kira-kira 12.48 tengahari dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru bersama enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Aziz ke tempat kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:36 PM | Show all posts
Edited by ira_229 at 16-11-2015 04:39 PM
TravellingBear replied at 16-11-2015 01:47 PM
Meh sini aku nak citer pasal kotaraya.... Zaman dulu kala , org luar johor mmg kagum giler kalau s ...

kotaraya yg depan ada temple india tu kan..? mmg dengar dari pekedai2 disitu dah dibeli oleh singaporean tapi kosong sekarang mcm biz tak rancak...sampai skrg pun ada azan dlm mall tu bila tiba waktu solat...tapi tak perasaan muzik dihentikan ke tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2015 04:44 PM | Show all posts
Banjir kilat landa JB, puluhan kenderaan terkandas

http://www.malaysiakini.com/news/319723

Hari ini, 4:18 petang      Hari ini, 4:22 petang



Johor Bahru hari ini dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar bandar raya lumpuh dengan puluhan kenderaan terkandas berikutan hujan lebat sejak 12 tengah hari ini.

Antara jalan berkenaan adalah Jalan Wong Ah Fook yang dinaiki air setinggi kira-kira 1.5 meter.

Kawasan ini adalah tumpuan orang ramai dan terletaknya pusat beli-belah utama Komtar JBCC dan City Square.

Turut terjejas adalah Jalan Meldrum, Jalan Siu Chin, Jalan Sulaiman, kawasan Stulang Darat dan Nong Chik.

Hujan lebat luarbiasa itu dilaporkan berterusan selama sejam sehingga menyebabkan banjir kilat.



Beberapa kawasan sekitar bandar raya itu seperti Jalam Kolam Ayer turut mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 replied at 16-11-2015 04:36 PM
kotaraya yg depan ada temple india tu kan..? mmg dengar dari pekedai2 disitu dah dibeli oleh singa ...

Muzik dihentikan tu zaman dulu2.... Zaman kegemilangan peniaga kotaraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
inzal baca sambil ketap bibir menahan amarah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:58 PM | Show all posts
Tiga pemandu terperangkap dalam banjir kilat di Johor

http://bm.therakyatpost.com/beri ... jir-kilat-di-johor/

PUBLISHED: Nov 16, 2015 04:19pm
UPDATED: Nov 16, 2015 04:19pm


Tiga pemandu terperangkap di dalam kenderaan ekoran banjir kilat di sepanjang Jalan Wong Ah Fook di pusat bandar hari ini.

Namun, anggota bomba berjaya membantu mengeluarkan mangsa dan polis trafik menutup jalan-jalan di sekitar kawasan yang dinaiki air.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Johor Baharu menerima panggilan kecemasan pada jam12.48 tengah hari.

“Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada 1 tengah hari dan segera memberikan bantuan,” katanya sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiga kenderaan yang terperangkap itu adalah antara 20 trafik lain tidak dapat melalui jalan itu kerana dinaiki air kira-kira dua jam selepas hujan lebat berterusan dari jam 12.00 tengah hari.


Antara kawasan yang terjejas adalah Jalan Wong Ah Fook, kompleks membeli-belah City Square Johor Bahru dan Komtar JBCC.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata paras air naik setinggi 1.5 meter di atas jalan raya menyebabkan kenderaan tidak boleh bergerak.

“Kami segera menutup jalan dan mengalihkan lalu lintas ke laluan alternatif kerana paras air membahayakan kenderaan dan pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sulaiman berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan polis mengawal aliran trafik sehingga air mula surut pada jam 2.15 petang.

Beliau menasihati pengguna jalan raya untuk mengelakkan jalan-jalan yang terjejas ke pusat bandar dan menggunakan laluan alternatif.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 06:42 PM | Show all posts
kecimpret replied at 16-11-2015 04:13 PM
kena catu gak air tak tau laaaa

bak kata SAJ nok... hujan tak turun kat kawasan tadahan.

aku rasa macam nak berkhemah kat situ.... hitung hujan pakkal la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 06:45 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 16-11-2015 01:47 PM
Meh sini aku nak citer pasal kotaraya.... Zaman dulu kala , org luar johor mmg kagum giler kalau s ...

kosong sebab sewa mahal... lama sangat tutup masa renovation dulu, tenant pun dah takmo balik situ semula...

dulu2 balik sekolah aku suka makan kat situ, penuh time lunch...tapi skang area bando tu tempat yang aku cuba elak nak pergi, udah la jem parking pun letih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kak_sue replied at 16-11-2015 01:08 PM
Kamu orang johor kan...permintaan kamu akak tunaikan.....



Nak muntah ijau dgr kaksue ucap timokasih kt rkyat johor.....patutnya jawa jdt dok ucap timakaseyyy kt spork sbb sudi jual ayaq terawat 50cent wpun depa jual 3 sen sajorrrk.....

Pengurusan ayaq habah akak!....klau x krn jasa atuk akak si kuan yew deal air mkn x habis dgn mahathir dah tentu2 hakak la ni dok tonggang ayaq newater hari2 smpai kembung perut wakakaka

betui la ckp peribahasa bini kt umah tinggal2kan, cikcur lrg hj taib hang tunggang2kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 16-11-2015 04:11 PM
sembang kencangla la org jb..sopink mol jual kt siporeansedeh..

aku perati org jb/jore ...

persis org indonesia
yg suka retis dan hiburan

kalau dah serumpun tuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2015 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
topic paling legend

baru bukak topic johor catu air tapi banjir

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 07:11 AM | Show all posts
sub5zero replied at 16-11-2015 07:22 PM
Nak muntah ijau dgr kaksue ucap timokasih kt rkyat johor.....patutnya jawa jdt dok ucap timakaseyy ...

Dik...akak correctkan statement kamu.

1. klau x krn jasa atuk akak si kuan yew deal air mknkontrak air bukan dgn Mahathir.
Kontrack air di buat masa singapura di tendang keluar dari Malaysia. Jadi bukan dgn mahathir tapi Tengku Abdul Rahman


2. tentu2 hakak la ni dok tonggang ayaq newater hari2 smpai kembung perut wakakaka
sekarang 60 percent air kita dari johor. 40 percent air newater. Dah kembooooonggg dik perut boyan singapura

3. betui la ckp peribahasa bini kt umah tinggal2kan, cikcur lrg hj taib hang tunggang2kan
Part ini akak tak faham. Akak pun tak kenal sapo si Hj Taib tuuuu....kamu bebual lah sendiri ye

4. patutnya jawa jdt dok ucap timakaseyyy kt spork sbb sudi jual ayaq terawat 50cent wpun depa jual 3 sen sajorrrk....
Bukan ke kamu jawa jdt??  
Itu sebab Nabi suruh kita cari ilmu....walau di negari Cina. Tapi kalau nak dok sembang kencang aje kat porem maka jadi macam kamu.

5.  Nak muntah ijau dgr kaksue ucap timokasih kt rkyat johor
Silaaa kan....









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kak_sue replied at 17-11-2015 07:11 AM
Dik...akak correctkan statement kamu.

1. klau x krn jasa atuk akak si kuan yew deal air mkn[/ba ...

Nampak sgt hakak failed subjek pengetahuan am agaknya umur akak ni sebaya dgn lee kwan yew hatuk kesayangan hakak tuh kot? Org len dh move on.... hakak sorang2 yg retorik.....klau nk ckp deal TAR  dgn lky tu toksah citer lg la kak....brp byk pub yg dh ttp skg, tu sbb kna rajin bljr sampai liang lahat.....xpun klau mls sgt tnya pacit google spork dpt supply air dr mna skg????


X prnh dgr lorong hj taib? Sejak lahir hakak mmg dibesarkan kt bwh tempurung kah???? Kesian hakak....tu sbb klau masuk msia jgn tekan minyak smpai 240 kmj kt highway plus kan dh terbabas smpai chiangmai wakakaka!!! ke mmg hubby hakak punya fevret cikcur siam???
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:44 AM | Show all posts
sub5zero replied at 17-11-2015 09:17 AM
Nampak sgt hakak failed subjek pengetahuan am agaknya umur akak ni sebaya dgn lee kwan yew ha ...

Laaaa...kamu yg sebut pasal contract/deal air. Itu sebab akak cakap contract air di buat masa LKY & TAR.
Masaalah kita dik...we communicate at a different level.
Itu sebab kamu tak faham ape akak cakap
Akak tak faham ape kamu cakap.
Biar umum yg baca & buat keputusan yg mana satu mereka faham.
Akak (sekolah PAP LKY) atau kamu (sekolah Ketuanan Melayu UMNO).

Aiseman......akak tak tau lorong haji taib akak di label katak bawah tempurung

Mmmmmmmmm ...at the end of the conversation...gostan gohead tantu tantu....cerita tekan minyak 250 kmj, cerita pump minyak, tak ada muntri boyan, takdaaa pilot boyan juga yg akan di sebut.....








Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:46 AM | Show all posts
sub5zero replied at 17-11-2015 09:17 AM
Nampak sgt hakak failed subjek pengetahuan am agaknya umur akak ni sebaya dgn lee kwan yew ha ...

Oppss lupa...

ke mmg hubby hakak punya fevret cikcur siam???

dah enterframe hubby akak juga...sound macam si pak rahim sewel jeeee





Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:59 AM | Show all posts
kak_sue replied at 17-11-2015 09:46 AM
Oppss lupa...

ke mmg hubby hakak punya fevret cikcur siam???

hai kak sue..spore ape citer..banjir gak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.093938 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list